Seperti di sekolah ,tektik cikgu melantik murid yang paling nakal menjadi ketua kelas kadang kadang dapat mengawal masaalah disiplin mereka… di tempat mama, ada sorang dua kanak kanak yang agak noti GAMAKNYA boleh guna tektik ini agar dapat meredakan keadaan…

Mama, budak Leuckmain tu kencing dalam kolah surau” komplen Arif suatu hari bila balik dari sekolah petangnya, Sekolah Agama Rakyat. Masya’allah! hingga begitu sekali?

Sekolah yang kebetulan berkembar dengan surau digunakan oleh para pelajar sekolah ini untuk aktiviti keagamaan seperti sembahyang asar berjemaah dsb .

Budak Leuckmain tu baling batu kena kepala kawan hingga berdarah...” .Budak L ni lagi..

Ada budak dah berenang dalam kolam ikan surau..” bagitau jemaah surau pada mama suatu hari.

Ikan koi sebanyak 12 ekor yang mama lepaskan dalam tu tentu terkejut beruk bila ada pula manusia …pun berenang dalam kolam kecik tu…Dari deskripsi rupa mama rasa budak yang sama tapi takmau buat tuduhan tanpa buktikan?.

Lain ler macam Raja Petra yang berani buat akuan sumpah… di mahkamah pulak tu..mungkin dia ada bukti kukuh untuk berbuat demikian.Mama takder bukti..cakap dengar aja .Tapi heran gak kenapa Rosmah takberani saman malu atas kenyataan Raja Petra tu?..Mungkin alasan “saya ada banyak kerja lain” oleh Rosmah boleh diterima pakai setakat ini walaupun rasa pelik sikit sebab tuduhan rakyat biasa terhadap seorang isteri pemimpin negara dipandang remeh begitu?…Mungkin ada isu yang lebih besar kot entah entah dia sibuk nak bawa mai Shah Rukh Khan sekali lagi ke sini?…Tapi tak tumbuh tak melata kan..tak sungguh orang tak kata …itu pepatah orang tua jangan pulak kita lupa.Uish!!!! apa pulak dok melalut ni…eheheh itu selingan jab untuk difikir fikirkan semua…

Berbalik kepada kisah si budak Leuckmain yang berusia 8 tahun ini adalah patient regular mama sejak diadoptasikan oleh ibunya se lepas lahir lagi…Senakal nakalnya dia sangat hormat dengan mama…hinggakan semasa nak sunatkan dia waktu Sunathon dulu dia enggan berbaring untuk diberi ubat biuss..hinggalah mama datang memujuk (ehehe… eksen jab yer).

Jadi suatu hari bila dia datang ke klinik, selesai merawatnya saja je mama nak test dia..”Leuckmain, doktor dengar ada budak mandi dalam kolam ikan surau.betul ke?..ni doktor nak minta tolong sikit boleh tak?”terdiam dia terkebil kebil melihat mama.Mama buat buat tak reti meneruskan kata,” Doktor nak minta tolong Leuckmain jagakan anak anak ikan dalam kolam surau tu bleh tak?..bagi makan dan jangan bagi orang curi.Ada 12 ekor ikan semuanya dalam tu”

Ye ke 12 ekor?.Mana ada?…. saya tangkap hari tu cuma 8 ekor aje“jawabnya selamba.Ibunya disebelah senyum tersipu sipu malu.Sah! telahan mama kan?kan?