nasib yang tak punya nama..

4 Comments

old-van.jpg

ini bukan van adik ipar mama …ini van dah kena lupus kot?

dapat mesej dari adik di kampung:

“M(suami adik) denda kena gantung lesen tak boleh bawa kereta setahun, denda RM 240 oleh mahkamah.Bawa van tak dak roadtax.”

Tu dia! berat denda tu untuk orang kampong yang dok cari makan kais pagi makan sehari…mungkin gamaknya adik ipar mama ni,M bukan sapa sapa…bukan macam Eric Chia yang kesnya boleh digugurkan sbb tak cukup saksi,tak cukup bukti.

M bukan pandai macam buat roadtax palsu macam sesetengah orang.Dia yang naif terpaksa dan terdesak bawa van buruknya tanpa boleh diperbaharui roadtax sebab gerannya hilang.Dah report polis pasai gerannya tu tapi bila dia pikiaq walaupun vannya itu memang van dia beli dengan duit halal, yang harganya tak senilai dengan sebelah tayar kereta pakmenteri ,kalau bawa p tunjuk kat PUSPAKOM, kat JPJ ka dah tentu tak lulus punya. Gerenti depa suruh tukar tu tukaq ni, cat baru dsb yang sudah tentu bajetnya nak bayaq roadtax pun hangus.Jadi dia pun nekad dan tekad ajelah bawa van yang uzur tu untuk membantunya berniaga.

Suami adik berniaga kecil kecilan jual cucuq udang di pasar malam.Dengan van yang sangat uzur tu dapat la di cari sekupang dua untuk menyara hidup depa sekeluarga dan empat orang anaknya yang masih bersekolah.Kadang kadang anak lelaki sulungnya yang baru abih SPM membantunya di gerai.Dulu semasa adik sihat dia yang membantu buat nasik lemak untuk dijual,kadangkadang dapat tempahan buat nasi tomato dari supermarket berhampiran jika ada pihak pengurusan buat jamuan.

Tapi sejak adik sakit terlantar selama 6 bulan dihospital kena belah perut ari tu segala galanya dilakukan sendiri oleh suaminya.Sejak itulah punca pendapatan mereka jadi tak menentu .Di rumah tiada yang urus.Belanja anak anak sekolah ,kelengkapan sekolah dsbnya mama dan adik beradik pakat pakat bantu.

Baru 2 bulan yang lepas dia baru nak mula nak berniaga semula.

Nasib tak baik malam tu lepas abih berniaga,terserempak dengan JPJ buat roadblok ,roadtax tak renew.Terus kena saman walaupun jenuh dia merayu.

memikirkan itu periuk nasi keluarganya , sekali lagi dia cuba merayu pada pihak JPJ tapi jawapannya,” kes ni kena selesai kat mahkamah”.Tu dia!! ketaq lutut orang kampung macam M bila dengaq kesnya tu kena bawa sampai mahkamah.Dia bukannya ber’uang’ nak ambik loyar ..jauh sekali nak pakai Karpal Singh ka.Akhirnya dia dijatuhkan hukuman seberat itu oleh hakim yang pakai turban tu,”GANTUNG LESEN SETAWUN, denda RM 250″. Terkejut dengan keputusan tu dia kuatkan semangat merayu supaya dikurangkan denda.Hakim kurangkan denda RM 10 je , kena bayaq juga RM 240.00,hukuman yang lain kekal.Kalau setakat duit tu boleh la diusahakan bayaq tapi bab Gantung lesen memandunya hinggakan dia tak boleh bawa kenderaan lain tu apa kena mengenanya???Bukan dia langgaq orang sampai mati pun,langgaq anak kucingpun dia tak pernah.Tapi…itulah hukuman dunia.

Inilah nasib mereka yang tak punya nama, bukan sapa-sapa..tak kenal sapa sapa..hanya orang kampung biasa yang mungkin macam melukut saja….yang tak reti nak huluq bawah meja..rakyat biasa ….yang mungkin akan disapa bila pilihanraya..yang akan ditatang macam raja bila nak suruh undi depa.Lepas depa menang ?..lantaklah hangpa nak hidup ka..nak jadi apa..

Bila dapat mesej dari adik… mama bagitau abah. Abah cuba call M tapi enponnya tak berjawab….mungkin tengah pening dia dok pikiaq macamana dia teruskan menyara anak anak yang empat orang tu, kalau lesen memandunya dah kena gantung bukan sehari, bukan sebulan tapi setahun!..macamana nak p hantaq dan ambik anak anak p balik sekolah tiap tiap hari…macam mana nak p nega(berniaga) ….tentu serabut fikiran.

Mama tumpang simpati.

Kesian nasib adik mama sekeluarga.Bila mama call adik..dalam hiba dia berkata.”Malang keluarga kami bertimpa timpa.Baru baik sakit setelah terlantar di hospital hampir 6 bulan selepas operation perutnya…bila dah dah cuba mula nak berniaga begini jadinya”

dah lewat sebulan…

3 Comments

monalisa4.gif

sekadar ingin berkongsi cerita,

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4bulan.

Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, “Ayang,period i dah lewat sebulan, tapi i takboleh nakpastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor.”

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapapun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar-benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.

Pegawai TNB tu pun berkata: “Ini rumah En. Ahmad ker?” “Ya, saya ni isterinya. Ada apa encik?”

Pegawai TNB tu pun berkata, “Puan, ni dah sebulanlewat, saya dah tak boleh tunggu ni,nanti boss saya marah.”

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu.

“Apa? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat?!”

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab:”Ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online”

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan siisteri tu lagi terkejut. “Apa!!! Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu!”

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan”Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan”

Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, “nanti saya bincang dengan suami saya”. Lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ.

Keesokan harinya, selepas si Ahmad ini di beritahu oleh isterinya. Dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan.

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata,

“Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh-hebohkan ke dalam Internet.
Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr?!! Bisness apa korang buat niii?Nak kena saman kerr?

Lalu pegawai yang datang kerumah si Ahmad ni berdiri dan mententeramkan keadaan.
“Sabar encik,sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je…” kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Ahmad lagi naik berang.

“Apa? nak bayar korang? belahhhh lahh….”

Lalu pegawai TNB tu pun cakap “Kalau macam tu,Kita terpaksa ‘potong’ encik punya….”

Si Ahmad mencelah “apa? potong?! Abih tu isteri saya di rumah nak pakai apa?”

Pegawai TNB tu pun cakap ” nampak gayanya isteri encik kena pakai LILIN ajer laaaa….” Laughing

katakan tak nak….tak nak..

Leave a comment

 

‘Dimana saya melihat encik sebelum ini?’soal mama kepada anak muda India  S,berusia 36 tahun bertongkat crutches di kedua dua belah ketiaknya, kaki kirinya tiada ..mama berkerut dahi sambil cuba recall memori yang banyak ter’delete’ sejak dua menjak ini.

‘Dulu kan saya bekerja di bank yang puan selalu pegi’ jawab S .”Anak isteri saya selalu ke sini tapi saya tak pernah masuk, tunggu kat luar aje”.

‘ooo…maafkan saya,tapi kenapa dah jadi begini?”,soal mama sambil menunjuk kaki kirinya yang dah ‘hilang’.Anak muda ini tegap badannya dulu, tetapi kuat merokok..Kehitaman kulitnya tidak dapat menyembunyikan hitam bibirnya akibat rokok.

‘kaki kiri saya kena potong dari paras paha.Doktor kata tak boleh nak diselamatkan lagi.Ada darah beku dalam urat darah saya, kaki saya dah jadi hitam,dah gangrene .(Gangrene” is the medical term for death of tissue (necrosis) in part of the body)Darah tak jalan.”Sambung beliau.’Dah habis dekat RM 100k hanya untuk membuang kaki saya ni.mujur pihak bank bayar semuanya.Sekarang saya dah tak kerja,dah ambik socso.

Hari ni minta tolong cek tekanan darah saya, pagi tadi cek kat klinik kerajaan diaorang kata darah saya tinggi.Dr bagi surat suruh cek tekanan darah hari hari”pintanya.

Mama tak mau menambah derita nya lagi dengan menuduhnya menjadi begitu akibat merokok yang terlampau,tapi itulah hakikatnya!….

PERIPHERAL VASCULAR DISEASES-gejala yang diakibatkan oleh merokok,kurang bersenam,duduk terlalu lama( beliau, bank officer yang duduk berjam jam di meja) boleh merisikokan darah beku terbentuk didalam urat darah dikaki,menghalang aliran darah dan menyebabkan kaki itu terputus bekalan darah/makanan ,akhirnya jadilah gangrene.

Jadi kepada sesiapa saja yang masih merokok dengarlah nasihat KKM tu,sayangilah anggota badan anda…katakan TAKNAK..TAKNAK PADA ROKOK.