Bila yang mudah menjadi payah

Leave a comment

“Hello..kak, kita punya road tax tak boleh renew..geran kereta kita tak der di bank ” adik di ujung talian(mana ada tali enfon saja) memaklumkan.

Dah renew roadtax tahun ni?pejam celik dah cukup masanya untuk buat perjanjian semula dengan syarikat insuran kereta setiap tahun dan renew semula roadtax.Alangkah bahagianya kalau semuanya ini takpayah kan?..Rasa macam tiap-tiap tahun tu percuma aje bayar duit kat agen insuran tu cam mencurah garam ke laut aje …syarat wajib yang membebankan.

Aik! selalu tu mudah saja ..tepon syarikat kereta yang juga penjual insuran kereta tu..bank-in duit..then tunggu je zup zap pos laju, roadtax pun sampai di atas meja.Mudah kan?

Rupanya agen penjual kereta syarikat kereta tu yang selama ini jadi runner untuk menguruskan hal-hal gini dah cabut lari..dah diberhentikan kerja..dah keluar namanya dalam suratkabarpun kata dia dah ‘tak ada apa-apa urusan dengan syarikat kereta tersebut” tapi padahnya kami yang kena..bukan kami tapi beberapa customer lain pun mengalami nasib yang sama bila syarikat terlalu percaya sangat dengan staff dia yang satu ni..dan bila amanah dikhianati yang mudah menjadi payah.

Mujur ada Myeg memudahkan segalanya…ehehe

Laman impian no?

Leave a comment

next…………my secret garden
dsc01006
dsc01135
mydahlia
bunga dahlia yang menjadi idaman…
pinkdahlia
nak undo my laman…rasa bahgia menghidu bau bunga kesidang yang dah meriah berbunga
dsc01373
redahlia
mampukah mereka bertahan?
pink1dahlia

Pig Flu Update

Leave a comment

banner04

entry Along yang membuatkan mama senyum sendiri tentang pig flu di sini

Petikan dari Kosmo,

BANDAR RAYA MEXICO – Bimbang dengan selesema babi yang semakin merebak di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada, berjuta-juta penduduk Mexico tidak keluar rumah bagi mengelak dijangkiti virus berkenaan yang sudah meragut 103 nyawa.

Menteri Kesihatan, Jose Angel Cordova dalam kenyataan lewat semalam berkata, angka kematian akibat penyakit itu di Mexico meningkat kepada 103 orang manakala 400 yang lain masih dirawat di hospital di seluruh negara.

Di ibu negara Mexico, keadaan bandar raya berkenaan hampir lumpuh apabila berjuta-juta warga kota tinggal di dalam rumah bagi mengelak dijangkiti selesema babi.

Mereka yang berani keluar rumah berbuat demikian dengan memakai topeng muka manakala sesetengah majikan membenarkan kakitangan mereka bekerja dari rumah semalam.

“Ini ialah kali pertama saya keluar rumah dalam tempoh dua hari. Saya perlu mengambil angin,” kata seorang pekerja pejabat, Juan Casino, 39.

Ketika kematian akibat selesema babi terhad pada Mexico, penyakit itu semakin menular dengan 20 kes dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) dan enam di Kanada selain beberapa kes baru di Eropah, Israel dan New Zealand.

AS mengisytiharkan darurat kesihatan manakala seorang pegawai kanan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyatakan kebimbangan kematian akan berlaku ketika penyakit itu semakin menular di negara berkenaan.
Beberapa pegawai kesihatan New York pula mengesahkan lapan pelajar sekolah tinggi Saint Francis di bandar raya berkenaan dijangkiti virus maut itu manakala 140 pelajar lagi turut menunjukkan simptom influenza.

Kesemua mereka disyaki dijangkiti virus H1N1 daripada seorang pelajar yang baru pulang dari Mexico baru-baru ini.

Kelapan-lapan pelajar sekolah St. Francis yang disahkan positif virus H1N1 itu menyertai 12 orang lagi di AS yang dijangkiti selesema babi.

Mereka yang menghidap penyakit itu akan menunjukkan tanda-tanda selesema biasa seperti demam mengejut, sakit tekak, batuk dan sakit sendi sebelum merebak menjadi jangkitan paru-paru teruk.

Ketika ini wujud kebimbangan wabak selesema babi yang merebak melalui jangkitan antara manusia akan menular ke seluruh dunia dan mengakibatkan kematian lebih 100 juta orang.

Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) me nyatakan ubat selesema burung, Tamiflu didapati berkesan bagi merawat penyakit maut itu. – Agensi

Kata menteri kesihatan kita pulak,

Kita tiada vaksin untuk H1N1

Pig flu

2 Comments


Symptoms, which include a fever of more than 100 F, body aches, coughing, sore throat, respiratory congestion and in some cases, vomiting and diahorrea.

Aduh!tiba-tiba rasa tersentap sebentar bila terbaca berita iini.Influenza B*b* mempunyai simptom biasa telah menjadi sesuatu yang luarbisa lagi merbahaya?Susah ati juga kan?Pasni kena pakai mask pulak ke ?

Memang nampak ada peningkatan kes influenza yang agak ketara di klinik tapi apakah mereka di KKM sedar dan cukup fasiliti untuk mengesan virus ini sebaik mungkin?Apakah wabak ini akan segera dikesan disini setangkas kapalterbang yang mendaratkan pelancong dari semua penjuru dunia di negara kita?

Macam biasa bila sebut bab sensitif binatang pembawa penyakit ini tentu kita masih ingat wabak JE yang pernah kita alami dulu..dan binatang yang sama juga penyebabnya…kesian pada haiwan ini ..bukan diminta dilahir begini tapi takdir menjadikan dia begitu..benda kotor yang haram dimakan oleh orang Islam atas alasan penyakit yang dibawanya yang bermacam rupa..

Batuk,selsema,demam adalah simptom yang terlampau umum kan?merasalah nanti klinik dan fasiliti kesihatan akan ‘jem’ panjang dengan patient yang bimbangkan selsema glamer ni.

**makin rajin ler menteri buat spot check di klinik kerajaan selepas ini..

Mad cow disease or HFMD?

Leave a comment

cuba peratikan kanak-kanak disebelah tu kenapa asyik meragam aje? makan tak mau,minum tak nak,air liur asyik meleleh aje, letak tangan kat dahi rasa cam demam “dedar”( low grade fever) kata maknya..mamanya komplain kat punggung penuh ruam,tapak tangan ada bintik-bintik merah…dan cuba tengok kat tapak kakinya pun mungkin ada cam tu jugak..

Apa ke bendanya ni?
AAAAAAAAAAAA

dsc01018
bintik-bintik di tapak tangan
dsc01029
dan juga di kaki
dsc01020

Inilah rupa sakit tangan ,kaki dan mulut(hand,foot and mouth disease or HFMD).Semenjak dua menjak ni ramai pulak kanak-kanak yang datang begini jangan keliru dengan sakit kuku dan mulut yang menyerang lembu tu pulak ehehe..Ini antara penyakit berjangkit yang perlu dinotifikasikan ke Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan untuk di buat pemantauan selanjutnya.
Peksalah anak anda…

ole-ole dari kampung

2 Comments

mykgview
myhouse
Hmmmm. dah seminggu balik kampung baru dapat upload gambar dari sana.
Cuaca agak panas dari biasa walaupun bendang dah penuh dengan air..musim menabur padi sudah bermula.
Ayah masih ketagih untuk turun ke bendang walaupun puas dilarang,katanya hanya sekadar menebas rumput dibibir batas bendang sebelum kerja menabur dilakukan.

Emak dah jenuh melarang tapi kata ayah dia lebih rela berpeluh di bendang dari duduk berpeluh kosong.di rumah…rasa lebih sihat katanya walaupun kesian tengok dia dua tiga kali berenti penat di atas batas sawah …tapi dia lebih bahagia begitu apa nak buat kan?
ayah11
ayah
Risau juga atas batas bendang tu bila tengok banyak lubang ular..kata ayah dah banyak ekor ular senduk yang telah terserempak dengan ayah, ada yang berjaya dikorbankannya ada yang hanya di biar pergi kalau tak mengganggunya..mungkin dibiar untuk menangkap tikus yang suka merosak padinya.Nak harapkan burung hantu yang bertapa atas pokok kelapa depan umah ayah mungkin tak dapat menghapus tikus yang semakin banyak tu.

Tengok lah ayah..masih cinta dengan sawah bendangnya berbanding cucu -cucu yang hanya sekadar meniti batas bendang mencium lumpur..
ayah01
kgkids

Sambail bersantai ketagih udara petang sempat mama snap gambar-gambar ini sekitar umah..
kgview3

Dari batas bendang…fuh! cobra jangan jengoi please..
kgview
kgview2

Owh!matahari dah nak tenggelam..kalaulah chaletku menjadi kenyataan hari-hari dapat capture pemandangan indah ini.
kgview1

Buah kampung yang mama sendiri taktau apa namanya..
fruit
nampak serupa ceri tapi bukan ceri dan bukan cermai ,rasanya masam manis
fruit1

begini rupa pokoknya
dekmira
bila masak berwarna merah gini
kgfruit
close-up sket
localfruit

aduh!sakitnya..

5 Comments

“Adoi! sakitnya..kayap ke ni?” makcik ni memberi diagnosis sendiri bila terbongkok jalan menahan sakit di perutnya.

Nampak gayanya cam sakit tu serupa macam ada kayap melingkar kat pinggangnya..Mama minta dia baring untuk periksa perutnya..tapi bila diselak nampak camgini.
dsc01357

Warna putih disekelilingnya benda hitam tu adalah kapur sireh yang telah disapu kononnya untuk ‘mematikan’ kayap yang telah di jampi oleh pakar kayap di kampungnya.

“macam ada makhluk asing je kat sini makcik”mama cuba berseloro.”Ada masuk dalam semak sebelum ni?”

“Uish tu kulit makcik yang mengelembung tu..semalam makcik garu dia dah pecah..pagi ni nampak dia dah berisi semula”masih bertegas dengan diagnosisnya..Takpa makcik nanti saya tunjukkan…

Mama spray LA untuk redakan sakitnya..pastu titik dua-tiga titik ubat yang patut pastu tadaaaa!..berdebuk! makhluk tu tergolek jatuh …mama ambik letak atas gauze ….letak bawah cermin mikro dah tunjuk pada makcik tu.aik!masih boleh bergerak lagi.Makhluk halus ni berlenggang kangkung dia berjalan dengan bellynya yang mengelembung tu..terkejut beruk makcik.Benda kecik yang membawa kesakitan teramat sangat pada perutnya rupanya hanya sebesar saiz tahi lalat saja..rupanya begini..

dsc01360
dan bila di telentangkan begini rupanya..
dsc01361

Hah sekarang baru dia percaya..

“Laaaa! kutu b*b*” jeritnya mengubah diagnosisnya tiba-tiba.”eeeeeeee malunya nak citer ngan orang nanti” sambungnya sambil bangun menutup perutnya.”Ni mesti dapat dari ayam makcik.. 2-3 hari lepas makcik bawa turun ayam yang beranak kecik dari reban belakang rumah.Makcik selalu nampak ada kat badan ayam makcik ni”..siap ngan data lokasinya …wah makcik dah bagi lebih dari yang mama perlukan.

Mama pecahkan perut cikenit kecik(tick) tu nampak hitam darah makcik yang telah dihisapnya mungkin dua tiga hari lepas dah duduk bergayut di situ..dan serahkan ‘bukti’ penyakitnya untuk ditunjukkan pada pakcik yang sedang menunggu diluar.

Kesimpulannya…seeing is believing.

Older Entries