Boikot jangan tak boikot

3 Comments

Kecoh kejap pekan kami bila camna tiba-tiba b*b* hutan boleh meradang meluru masuk KFC di pekan ini suatu hari..kejadian ini berlaku semasa kita semua sibuk-sibuk dok kempen boikot barangan keluaran Israel.
Gamaknya B*B* yang selalu kita hina walaupun dia ni makhluk ciptaan Allah juga sebenarnya meluat dan telah menunjukkan kebenciannya dengan cara begitu…turut protes ke?.Mungkin kah begitu?

Pecah berderai cermin kaca bila dirodok ganas binatang tersebut, kecoh pelanggan melompat tanpa sedar naik atas meja ketakutan.Mama boleh bayangkan tentu kecuh dan kelamkabut didalam tu bila binatang yang ditakuti ni boleh bolos masuk ke situ.Camna boleh terbabas ke sini itu sukar nak dijelaskan .

” Mujur kami selamat duduk di sebelah kaunter “.Gadis Melayu ,pekerja di situ bercerita di klinik suatu hari.
Pastu kabarnya kelam-kabut juga pihak kedai ni bawa pihak yang arif agama datang tolong samakkannya sebelum timbul krisis keyakinan ke’halal’an produk mereka…

Taktau apapulak nasib siB*B* tu..kalau terjumpa ngan Orang Asli mungkin nasibnya jadi gini..
bb1

Advertisements

Antara Remia dan Setaq

7 Comments

Pernah tengok buah remia?buah gemia atau buah kundang?BILA teringat buah ini kecoq airliur kan?
Masa mission possible ke G.Musang baru-baru ini sempat jugak menyinggah di pasar G.M dan hajat hati mencari kopok lekor untuk dibawa pulang…laju mama mencapai sebungkus kopok lekor dan zup zap nak laju nak ke kereta(sebab semua dah menunggu) tapi opppps!mata terpaku kepada buah ni…
buahsetaq
Kenal tak?…close-up sikit
setaq

Wah! ni la yang dicari!Buah remia kata orang utara,kundang disebut orang tempat lain .Tapi ada yang kata inilah buah setaq ,asal nama Alor Setaq pun katanya dari pokok ini.
Mamapun tak pasti, nak kena tanya YB Dato’ Azizan MB Kedah kot dia kenai…ehehhe.

Tapi buah remia yang biasa mama makan di kampung dulu,dok cicah ngan garam belacan(kuah rojak) punyalah masam ..berwarna hijau berbiji ungu(mungkin sebab itu orang utagha pangge kaler ungu=biji remia)rupanya camgini..
remia5

Tapi buah remia sebelah Kelantan ni isinya manis dan bila makan tu tak terasa nak lagi dan lagi…Dan sempat mama beli untuk dibawa pulang..
kundang2
hirisan-setaq

Penyakit Emosi

3 Comments

Huh!diagnosis glamer ni..
Tahu tak penyakit gini lagi mudharat dari penyakit fizikal tau.Kalau luka ditangan nampak darahnya..luka dihati?X-Ray pun taknampak ,Scan pun tak boleh kesan…
Jadi jom kita cuba selami perasaan ini..

Meluru masuk seorang ibu muda 30an,berjaket tebal seperti dipakai
penunggang motor Harley-Davidson,berstokin cam dalam pantang..terketar-ketar kesejukkan minta dioffkan kipas di bilik rawatan,memegang kepalanya yang kesakitan ..naik mengerekot diatas katil,anak-anak lelakinya dalam usia 4tahun dan 2 tahun mengekor masuk berguling meniarap berseloro sesama mereka atas lanati bilik rawatan tu di usir keluar emaknya.Mencicit mereka berlari keluar tapi masih bergelak riang ..ye la mereka bukannya tahu apa masaalah emaknya kan?

“Tolong doktor saya ni mungkin ada penyakit saraf tunjang ni,kebas -kebas semua tangan dan jari ni, uwek!uwek!” muntah dua kali ..nampak cam laksa yang belum sempat hazam dalam vomitusnya..(jangan geli..awak kan kena tengok apa kandungan muntahnya..)
mungkin ini surirumah educated ni , rajin membaca ..mungkin banyak membaca kolum kesihatan di akhbar-akhbar kot?Yang ambik simptom penyakit pastu letak di diri sendiri..ini kerap berlaku bila layman membaca tentang penyakit .Jangan mare …ini selalu terjadi.

“Dah scan kepala ni doktor kata tak ada sakit apa.Doktor spital tu pesan kalau sakit lagi takyah datang lagi kesana, pegi je jumpa doktor lain” Aikk!pelik.. betoi ke ni?

Lepas peksa,test urine(alamak significant), dan bagi injektion untuk settlekan sakit kepala dan muntahnya dan biarkan dia berehat sebentar.
Dah azan asar biar mama pegi semayang dulu sementara dia berehat jab.Nanti nak storikan sikit dengan dia.Nampak gaya bukan setakat penyakit fizikal aje ni.Nampak resahnya lain macam.Kebetulan patient yang last ni bleh lama sikit pasni.

“Awak takkerja ,tapi dirumah tentu banyak kerja kan?” mama cuba bertanya bila dia nampak dah relax,jaket tebalnya pun dah ditanggalkan, dah boleh duduk,takder uwek uwek lagi.Tengok ke’nakalan’ anak-anaknya tadi membuatkan mama cuba menduga resahnya.Rasanya stress nya yang lebih yang mungkin diterjemahkan dalam penyakit fizikal.

“Memang ler banyak kerja kat umah tu.Nak kena jaga mak mertua lagi yang stroke,nak jaga anak-anak yang ‘buas’ lagi.” sampai hati dia kata anak dia ‘wild’ gitu.Kalau opah dengar tentu dia tak suka,pantang sebut camtu kat bebudak.

Saya bukan tak boleh jaga emak mertua saya tu,tapi saya geram gak.. yang anak-anak dia lain 10 orang lagi tu kenapa takmau jaga sama.Anak pempuan dia kan ada (huhuhu mama tak ada anak pempuan camna?sapa nak jaga tua nanti?).Lagi satu mak mertua saya ni pulak banyak kira (banyak kerenahnya),kalau masak tak setuju ngan dia dia suruh pergi masak lain,bagi baju pakai dia kata tak suka pakai baju tu nak baju lain..letih saya dibuatnya.
Pastu suami pulak asyik sebelah mak dia saja.Yang betul mak dia aje.Saya geram jugak.
Ni bila sakit gini suami marah-marah kenapa selalu sakit.Sanggup dia kata, dah la emak sakit ,awak pun sakit juga..sampai hati dia”

Tu dia! kan dah terlerai masaalah sebenar yang terbuku disimpan.

“Sekarang saya sakit gini doktor hantar saya masuk wad pun saya sanggup,biar emak dia… dia hantar pergi duduk umah adik beradiknya yang lain.Saya dah larat nak jaga “

Begitu sekali jalan keluar yang dipilihnya.

Berat telinga mendengar, berat lagi bahu yang menaggungnya kan?Dalam keadaan begini pesefahaman dan timbangrasa pasangan sangatlah diperlukan…Pernah dia berbincang dengan suaminya ..

“Suami asyik layan emaknya saja.saya tak dipedulikannya”Dah kena penyakit attention deficit disorder plak ni..Pastu sang suami plak tentu lagi pening ,nak ditelan mati emak ,nak diluah mati isteri camna tu?

Bila dah jenuh bercakap panjang dengan isteri ,kerutnya dan sakitnya tadi nampak dah hilang..dah nampak tenang mungkin dah lega dapat meluahkan yang terbuku dihati..
Bila isteri dah yakin apa yang mama cuba ubatkan ..fizikal dan mentalnya serta emosinya.dia melangkah keluar.Tangan tidak lagi memegang kepalanya,jaket tebal tadi dipegangnya saja…mungkin tak sejuk lagi
Sang suami masuk dan bertanya,
“Seriuskah penyakit isteri saya?Perlu masuk wad ke dia?” nampak risau dalam lebat misainya.
Dia angguk setuju bila dibagitau apa sebenarnya….Dalam hidup rumahtangga mesti ada berbelas-kasihan baru boleh menyambung kasih-sayang kan?

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(Surah Ar Rum, Ayat 21)

Mission Possible Part 1

10 Comments

Aduh!badan terasa sakit semua gara-gara menjadi ajen CSI..tapi bukan siasat mayat cam dalam citer tu sebenarnya menjadi ejen me’narik’kereta..
Mula-mula tu semua dah macam tak jadi..tiba-tiba bila ayah nekad tepon ‘pemilik’ kereta adik …jenuh dok kompromi ngan dia akhirnya baru dia nak serah kereta tu kembali dengan bersyarat tunai sebagai tukarganti..Hampeh! yang dia dok pakai kereta tu free selama ini dengan beban hutang adik mama yang menanggung selama ini dia tak peduli?

Bukan 3bulan tapi dah 3 tahun!Dah puas pujuk..dah jenuh berbincang..cuma tak mau buat aniaya kat dia saja..kalau ikutkan boleh saja report dia curi kereta tu habih cerita..janji palsunya kononnya nak terus sambung bayar tak dikotakan..Ini jenis manusia yang tak takut Tuhan.manusia munafik….yang hanya takut pada undang-undang dunia.

Kesian Zam yang terperangkap dengan keadaan,hanya kerana tersilap jual taktukar nama,bank dah nak blacklistkan nama dia kalau takjelaskan bakinya,mau takmau hangus juga lebh 20K+ kat bank..nak bersihkan namanya.Tapi keretanya takdak dalam tangan..sebaliknya orang lain yang melaram kete tu tanpa perlu risau dimufliskan.Zalimkan?

Berdasarkan clue yang ada kami nekad sekeluarga berombongan seramai 12orang nak pergi sendiri berjumpa dengan dia.Nunnn! diGua Musang tempat yang kabarnya tempat simpan lebih 2,000 buah kereta berpenyakit begini. yang dijaga oleh sindiket yang kononnya berselindung disebalik kumpulan 3line, kumpulan yang kononnya amal maaruf nahi mungkar.
simpangpulai
ch_road11
Perjalanan awal pagi merentasi banjaran Titiwangsa dari Simpang Pulai hingga ke Gua Musang dimulakan dengan ayah membaca doa selamat sebelum kami sekeluarga melangkah keluar pintu umah mama.Semuanya sehelai sepinggang kerana berdasarkan perkiraan kalau semuanya berjalan lancar sehari perjalanan pergi dan sempat balik pada hari yang sama ..tak perlu bermalam.Lagipun semua kanak-kanak tak ikut serta misi ini kecuali Haikal yang masih kecil.
haikal
Abah dan my bro-in-law,Usop jadi pemandu terhormat ..membawa kami yang kalau apa-apa terjadi hanya tinggal Rohaya ,adik di Penang yang akan menjaga waris lain yang tinggal..Ayah,emak,mama,Zam dan Angah dalam satu kereta dipandu abah dan MPV saatu lagi dinaiki Zaharah,suaminya Maie,Rohani,Haikal,DekMira dan Hapit dipandu Usop.

Tepat 12 tghari kami tiba di G.Musang(sori takada gambar atas highway Simpang Pulai-Gua Musang-x ada mood nak ambik gambar)..singgah balai polis buat report dulu then lunch pastu bertolak ke tempat yang dijanjikan..suspen jugak mulanya…orang yang nak kami jumpa di tengah gazebo di dataran Kesedar tu rupa tidak sendirian..ada 3orang kawannya bersama ..dan di atas jalan depan kedai makan mama perasan juga ada lagi..atas lori pun ada..dalam van pun ada sedang memerhatikan kami.Mungkin mereka ingat kami akan datang seperti ajen tarik kereta macam samseng tu..yang berbadan tegap berkepala botak denga otot berbenjol dilengan serta berdada berketol ketol kot?
meeting
gmuse
Mereka silap telahan bila melihat yang datang; ayah yang agak uzur berjalanpun tercungap penat,emak je masih tegak berjalan takperlu dipimpin yang sentiasa meyakinkan kami,anak-anaknya biar berlembut dalam berbincang dan mengalah jika perlu demi kepentingan semua..ipar mama , Maie yang sentiasa tersenyum ramah menegur siap saja,Usop bermisai tebal tapi lembut dalam tegasnya, Abah tetap konfiden sebagai jurucakap ditemani bekas staff dibawah jagaannya semasa abah bertugas di sana 20tahun yang lalu.

“Beri duit dulu baru ambo g ambik keta”

tegas ‘pemilik’ kereta Zam yang hanya bersinglet putih Pagoda yang di panggil Abe Wee oleh saingnya yang lain..
Mana mungkin gitu?
Kami sebaliknya bertegas jugak nak tengok kereta dulu baru janji dikota.
Dah puas dipujuk dan di’jampi’ ehehehe..akhirnya baru Abe Wee ni berlembut .Susah sangat nak berbincang dengan demo ni.Tapi masaalahnya kereta yang dijanji untuk dipulangkan tak berada di situ,katanya masih di simpan di nun Kuala Krai ~1jam perjalanan lagi kalau nak ke sana.Aduh!!!!!Jauhnya di sorok?Sabar mama dah hampir-hampir nak hilang limitnya mujur dia buat keputusan segera nak pegi ambil bawa ke tempat kami berada.Katanya beri dia tempoh 2jam untuk pergi kesana dan bawa depan kami kereta tu.Okey..kami tunggu…masih bersangka baik.

Kami buat keputusan untuk lepak di masjid untuk selesaikan kewajipan dengan Allah bersolat jamak dan qasar disamping melepaskan penat letih di situ.Nak chek-in kat hotel ayah kata tak berbaloi pulak untuk tempoh 2jam tu.
masjid

Congak congak masa lebey kurang jam 4petang boleh le selesai semua urusan dan boleh le bertolak balik sebelum hari malam.
Tunggu punya tunggu dari langit cerah bertukar gelap,dari siang menjadi malam,dari panas bertukar hujan ribut..hingga hampir maghrib kereta yang dinantikan tak muncul-muncul juga..bila tepon tanya macam macam alasan diberikan..Mujur sesi pujuk memujuk antara keluarga berjaya mengurangkan panas hati masing-masing..sabar mak dan letih ayah menenangkan kami ..
cathaikal

Selesai Maghrib baru Abe Wee ni tepon suruh ambik kereta di tempat yang dijanjikan.perjanjian dikotakan.kereta dan cash bertukar tangan..paksa rela kata Zam.Benci kami melihat pastu dia dengan bangganya melaung kengkawannya ajak ke kedai makan.Tak sekelumit rasa bersalah pun.

Rupanya kengkawan Abe Wee yang kesian melihat nasib kami menceritakan siang tadi sebenarnya ramai geng Abe Wee dok tunggu disekeliling untuk sebarang kemungkinan…Fuh!gitu sekali.Depa ingat kami ni gengster ke apa?

Hapit, bakal mekanik kami peksa kereta Wira kesayangan Zam yang dibelinya dengan duit kerjanya 7tahun dulu mujur masih elok..cuma jalannya tersengguk-sengguk..perlu direpair.Road tax dah mati sejak 2006..
Di luar hari dah gelap,hujan masih renyai-renyai mana mungkin berani kami nak meredah highway Gua Musang -Simpang Pulai dalam gelap gulita malam berkabus camni.

Lagipun kereta yang kami nak bawa balik pun tak sempat cek lagi sihat ke tidak nak melalui jalan berliku penuh gaung tu..so buat keputusan bermalam di sana.Call Along di umah bagitau kami tak jadi balik minta dia jaga adik-adinya Ajim dan Arif serta sepupu-sepupu mereka, Mat, Kak Anis, Dekna, Melia.Kebetulan letrik takder pulak kata Along.Kesian Arif…

Kami check-in di hotel Fully Inn semua dah kepenatan ..apa-apapun esok kita selesaikan…Terliur nasi kerabu, kopok lekor dan nasi dagang menjadi igauan.Rezeki kami telah ditentukan untuk makan pagi dan tengahari di Gua Musang hari ini.
parent
check-out
Selesai report polis sekali lagi untuk bawa kereta balik ,bawa cek ngan mekanik …
dsc00917
baru bertolak balik,Jam 5 petang baru kami tiba di rumah…12.30malam baru depa semua sampai di kampung.

mission possible

1 Comment

n_16gua
mama tiba-tiba jadi geng tarik kereta..tunggu pengalaman menarik yang akan mama storikan nanti.Perjalanan 2hari1 malam Simpang Pulai-Gua Musang -Simpang Pulai letihnya belum habih lagi.

hari ini dalam sejarah

3 Comments

Alhamdulillah..hari ini 20 MAC 2009=23 RABIUL AWAL 1430 surau kami diberi kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat..
Wah..meriah nanti depan umah.

Masam si asam pedas

2 Comments

May be inilah pertama kali dalam hidup mama berjumpa dengan species manusia seperti ini(.cuma ingin memujuk hati supaya bersangka baik.)..sombongkah dia dengan muka yang lebih masam dari asam pedasnya?Padanlah asam pedasnya kureng asamnya..tersalah letak rupanya..
Tapi itulah realitinya mereka sebagai golongan yang hipokrit..bila berlakun lembut gigi dari lidah cakapnya,tapi hakikatnya hampeh!

Ahhh!usah nak gred kebaikkan atau keburukan manusia lain okey?Ikhlasnya hanya Allah yang tahu..tapi moga hatinya baik kalau tidak masakan tergerak hatinya nak berhabis duit di zaman ekonomi meleset ini melabur untuk akhirat..Kalau dia nak ri’ak itu urusan dia denga Allah bukan kita yang nak putuskan..Betul tak?

Tapi itulah pengalamannya wahai anak-anakku…kita akan berjumpa dengan manusia yang bermacam watak dan kelakuan pelik yang kadang-kadang berada di ekstrem graf perlakuan manusia..So jangan tension atau serik untuk melakukannya sekali lagi usaha murni kalian.

Di satu sudut mama melihat bertaburan anak muda mengutip sampah,menjual kupon ,berhabis keringat di tengah basah hujan.Kesungguhan mereka anak-anak pelajar medic CUCMS berT-Shirt merah kuyup dalam hujan dalam usaha mengumpul dana untuk anak-anak HIV benar-benar menyentuh hati mama..usaha tanpa glamer dan niat berbakti yang tidak kesampaian akibat kurang sambutan bukan salah ikhtiar kamu semua…segala-galanya telah di buat dan diatur cuma aturan Allah tak siapa yang tahu.
Pengalaman berharga itu tidak akan kamu perolehi di dalam mana-mana teksbook pun hatta Merck Manual yang amat tebal itu.Sebenarnya itulah pengalaman untuk mengajar kamu untuk menjadi manusia yang berehsan berhati mulia.
Jadi tahniah dari mama untuk semua..nilai RM yang dikutip hanya bilangan carta dimata kita ..mudah-mudahan nilai pahala di sisiNya lebih berharga..

Older Entries