sunathon..part2

1 Comment

selepas 2 minggu diwar warkan di klinik dan kampung…dah terkumpul lebih 120+ nama kanak kanak yang akan di’sunat”kan.Wow! masih ada lagi yang nak antor nama and sad to say ‘No’ terima gak….

Penyunat?…. Alhamdulillah…dah hampir 30 orang sukarelawan(doktor and paramedic) yang dah berjanji akan membantu.Faridah dah uruskan…Thanks Faridah…Semoga Allah mempermudahkan urusan mereka untuk turun pada tarikh tersebut.Nampaknya wang bukan segalanya…Mama tau musim cuti ramai antara sukarelawan yang boleh menyunatkan budak dengan kos > RM 70/seorang tapi ada yang sanggup kosongkan tarikh itu untuk turun membantu.

Pembantu?….hahaha…ni lagi ramai.’Nak mencari pengalaman.”kami dah ada 56 orang nak datang bole tambah lagi ke?”suara sweet girl medic student dari RPMC bertanya.”datang ler”….jawab mama.

” dah dekat 60 orang dah mendaftar tapi Prof nak antor 40 je” medic student CUCMS nak turun berkonvoi dari sana…Along akan uruskan.

Peralatan?….” insyaallah …saya akan uruskankan”senior MA di PKD .

Dr Hj.K pengarah hospital SR dan Dr. MK pengarah hospital G akan antor 2 team beserta peralatan.Hospital T antor 2 team.

‘saya ada 3 circumcision set dan akan bawa ari tu nanti” ex-senior MA mama dari Sabak Bernam yang memang berpengalaman dalam hal hal gini.

‘ kami akan bawa peralatan kami sendiri , tolong sediakan 2 meja ‘OT’ untuk kami.”our Mr.President sms dari Jakarta….

Ubat ubatan post op?…Alhamdulillah semua dah dapat, dah dipackkan. Hospital I uruskan.Thanks to Azlina.Jasamu di kenang. ….

tapi banyak lagi..dan lagi..lagi…papantanda,banner,persiapan tempat,makan minum peserta./petugas…dllll……

Ajim! dah mesyuarat ke ngan kengkawan camna nak sediakan dan bawa bunga manggar nanti?….Ala lambat la lagi mama….grrrrrrrrrr….

Advertisements

SUNATHON..

9 Comments

memang sibuk minggu ni tak sempat nak update dan ziarah blog sahabat cyber…

buatlah kebaikan ketika kamu melalui jalan itu kerana mungkin kamu tak berpeluang untuk melalui nya untuk kali kedua dan seterusnya’kata-kata siapa mamapun tak ingat tapi pernah terbaca baris baris ini yang memberi perangsang.

ya selagi ada umur cuba untuk melakukannya…

alhamdulillah mendapat sokongan keluarga,kengkawan dan rakan sepasukan.

anak jiran saya sampai dah umur 15 tawun tak sunat-sunat lagi..orang susah‘…bekas nurse mama yang dah pencen bercerita suatu hari.

mama, orang kampung tanya boleh tolong sunatkan anak lelaki mereka ? campur campur dah ada 10 orang semuanya” tanya abah selepas balik dari surau.

Tiba -tiba teringat why not buat sunathon?.iaitu sunat, “thon” beramai ramai macam marathon.

Lakukan dengan percuma…pada mereka yang memerlukan.

sms pada Dr. Asiah, Dr Faridah, Dr. Azlina, Dr. Asmah,Dr. Taherah dan Dr. Noor”bleh kita¬† buat sunathon untuk program PPIM kita tawun ini?“..

Tawun sebelum itu mama and the geng buat program untuk ‘Pemeriksaan Kesihatan Mata’ cukup mengujakan sambutannya.

“OK” sms jawapan dari mereka meyakinkan mama.Malangnya Dr.Noor dah pindah ke selatan..mendoakan kejayaan kami dari jauh.

‘Kita buat kem kesihatan sekali , screening untuk penyakit kronik OK?”Tambah Asmah yang memang program dibawah kawalannya.

“Maliga bleh buat dental check-up skali? bleh gunakan mobile team you?”tanya mama pada dental officer yang lemah lembut cakapnya.

” sure, why not?” jawab Maliga ringkas.

Alhamdulillah…Tuhan permudahkan semua urusan…Belek belek kalender dan cadangkan tarikh¬† Sabtu 8 Disember ini.Ok semua setuju…walaupun Asiah tak dapat bersama kerana seruan haji….

meeting hari minggu ni di surau J.J…sambil shopping sambil meeting orait gak kan?bleh bawa famili skali sambil meraikan orang yang nak menyambut seruan haji.

Kenapa aku letih bekerja?…

6 Comments

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :
work.jpg
Aku keletihan kerana terlebih kerja… nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,
Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal
diorang nie nak kerja macam mana… tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja….

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja….

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja…

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku…

Dari dua orang ini… engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung… jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie…

Mana aku tak letih!!

Jadi sedarlah skit…. dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2
Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak!

Sunathon ..mencari sukarelawan…….

Leave a comment

cuti sekolah ni Sabtu 8 hb Disember, mama dan sahabat- sahabat dari PPIM(persatuan perubatan islam Malaysia)cawangan Perak akan mengadakan sunat beramai -ramai(SUNATHON) untuk anak anak di sini secara percuma.

Calon calon untuk di sunatkan dah ada cuma mama sedang mencari sahabat sahabat di sini terutamanya dari sekitar Perak atau anak Perak yang ingin berbakti di sini(doktor atau MA yang berpengalaman atau mencari pengalaman atau medical student) yang berminat untuk turut serta membantu. Sila e-mail mama di alamat ini drzzab@gmail.com dan tinggalkan no. tel untuk di hubungi.

berhati binatang…

Leave a comment

berhati binatang selalunya kita merujuk kepada perlakuan jahat manusia yang kejam..tetapi lihat video ini..ada kalanya binatang ini lebih berhati mulia berbanding manusia….lebih mengenang budi.

oh what is it 2?…

2 Comments

ok..mama sambung semula cerita semalam…

clinically as mama said sebelum ni ..clinical examination espy kat abdomen penting sebab bleh elicit tenderness, guarded dsb so …memang nampak macam intra abdominal injury(trauma dalam perut) /peritonitis so mama pun refer dia ke nearest hospital kat tempat mama.Rasanya dia mengalami trauma akibat tali pinggang kledar/seatbelt injury.

Pastu bermulalah cerita dan penderitaan panjang pesakit ini…..

Dari spital kecil anto ke spital besar berpakar … pastu hantor plak ke spital yang lagi besar yang doktor berpakar lagi besar….kata doktor di situ amat malang pesakit ini hanya mempunyai satu buah pinggang!-yang tak diketahui pesakit ini sehinggalah selepas kemalangan ini. (kita manusia sepatutnya ada sepasang buah pinggang yang terletak dikiri dan kanan pinggang kita.)….dan buah pinggangnya tu pulak dikatakan telah rosak akibat kemalangan tersebut.Jadi tiada pilihan, patient kena buat dialisis(cuci darah istilah orang kita) untuk terus hidup.Tapi peliknya walaupun dengan dialisis, ujian darah masih menunjukkan se creatinine(indicator untuk fungsi buah pinggang) terus meningkat dari hari kesehari..kenapa???

vascular_access_pic_142.gif

Perut semakin buncit, bernafas semakin semput…mental makin keliru..dah ditebuk di sana dan di sini untuk buat arteriovenous(AV) fistula(i.e surgically created sambungan antara vein dan arteri untuk tujuan haemodylisis) termasuk last sekali dileher…fungsi buah pinggang masih gak haru biru..doktor tambah keliru…pesakit lagi lah taktentu….pastu doktor suruh balik bercuti dulu(cerita dari keluarga dia la.. kalau dia minta cuti tak tau la pulak.Kadang kadang bila nampak tenat gitu relative minta balik nak try berubat kampung plak).Lagipun dah sebulan dia dalam wad takder perubahan kata keluarganya nampak makin teruk ada la.

Balik umah dua tiga hari pastu depa bawak mai jumpa mama di klinik.Kali ini dia dah tak leh jalan, naik wheel chair,pucat,penat,bengkak/sembab seluruh badan termasuk muka dengan plaster besar menutup AV fistula di leher.”Nampak macam tak lama hayat wanita muda anak sorang ni kalau begini”bisik mama dalam hati.

Sekali lagi mama suruh depa bawa dia pegi semula ke spital…ini bukan kes outpatient ..dia patut berada di spital …bukan di sini .Rupanya selepas itu dia di masukkan ke ICU hinggalah keajaipan berlaku……………….

Kebetulan seorang doktor pakar dari sebuah hospital pakar yang doktor ni memang tersangat pakar dalam bab bab buah pinggang telah datang membuat lawatan bulanan di hospital tersebut telah dimaklumkan mengenai kes ini.Hasil pemeriksaan terperinci dan ujian lanjut ke atas pesakit mendapati bahwa buah pinggangnya masih normal!tetapi yang rosak adalah ureter yang menyambungkan dari buah pinggang ke pundi kencing telah terputus mungkin akibat cengkaman kuat talikledar semasa kemalangan tempohari.Ujian dye -ivp(seperti dalam gambar) yang telah tidak di buat sebelum ini telah menunjukkan dengan jelas air kencing itu rupanya melimpah masuk kedalam peritonium/perut pesakit tersebut…Jadi selama ini pesakit telah terkencing ke dalam perutnya!Oh no!…

kidney-stone-ivp.jpg

Dua bulan kemudian pesakit berjalan masuk ke klinik mama tersenyum jelita kembali tetapi dengan tiub sebagai ganti ureter diplaster erat di belakangnya bersambung ke urine bag.

“Saya dah boleh kencing semula,doktor akan cuba sambung semula walaupun harapan agak tipis kerana ureter yang putus tu dah melekat pada organ lain mungkin susah sket doktor kata”Mama menarik nafas lega.

oh what is it?..

4 Comments

“dah 3 hari tak leh kencing”.rasa nak kencing tapi bila pegi tak der air yang keluar.”keluh wanita berusia 20an sambil menekan perutnya..” eksiden 3 hari yang lalu,kreta terbabas. Tak teruk pun tak der luka.Mujur saya pakai talipinggang keledar.. hari tu jugak terus ke spitali peksa tapi kata doktor tak da apa apa..”jelas beliau yang jadi penumpang sebelah driver @ suaminya.

Setelah dipeksa mama dapati memang perutnya agak buncit dan tender(sakit )bila di sentuh.Cuba buat catheterization(masukkan tiub kencing melalui salur kencing) tapi tak der air kencing yang keluar????

Mustahil 3 hari tak kencing tiada setitikpun air kencing yang keluar….

Apa dah jadi???Berikan pandangan anda?…. Apa yang patut mama lakukan…

sambung esok..