Petang semalam mama dijemput menyampaikan ceramah Manisnya Menjadi Gadis kepada gadis remaja dari usia 13-16 tawun di sebuah sekolah…topik yang bagus dan sesuai untuk tahap umur ini…malangnya dalam suasana hujan lebat di luar, serta dewan yang tidak kedap bunyi serta PA sistem pun kurang memuaskan menyebabkan seperti mama bercakap macam katak memanggil hujan …hahahaha.Mujur ada power point mama membantu….

gadis remaja pelbagai kaum di kawasan separuh bandar di sini nampaknya begitu naif dan berminat mendengar tentang perkembangan diri mereka sendiri yang kadang kadang sukar difahami…kenapa tiba tiba mereka berkembang begitu berbeza dengan rakan lelaki sebaya..mama berkongsi ngan mereka apa itu haid dan camna nak menjaganya…nak guna pad/tuala wanita yang mana…maxi?overnight?wing? confuse kan macam macam jenama di pasaran.Dan camna nak dispose pad yang dah dipakai tu…uish! benda tu pun mama kena bagitau ka?…memang kena bagitau..sebab kes tak betui buang pad tulah bocor tersumbat paip di Hospial Sg Petani hingga melimpah air najis masuk dalam wad…hingga wad terpaksa ditutup sementara…masuk paper besaq besaq Samy Vellu bagitau kenapa hospital barunya bocor!…buat malu aje bila plumber bagitau dia jumpa banyak pad /tuala wanita tersumbat di situ!.

Semasa berenti kat hentian R& R Bukit Gantang on da way balik kampung baru baru ni…pot pet pot pet sorang kakak tu berleter marahkan pengguna tandas wanita yang tak reti nak bungkus & buangkan tuala wanita yang dah dipakainya…just letak atas lantai dalam tandas walaupun tersedia tongsampah di situ .Mana tak marah kakak tu.grrrrr….Mama yang beratur panjang menunggu giliran masuk hanya mampu mengelengkan kepala.Tandas dah cantik..tahap hotel kelasnya..kebersihan pengguna?memalukan…Kenapa jadi begini.?..siapa nak ajar benda benda gini?nak tunggu masuk korikulum sekolah gak ke?…

So…kalau ada peluang…. kita berusaha mengubahnya…dan peluang berceramah dengan anak anak remaja semalam mama gunakan sebaiknya…

mereka ingin tahu kenapa ketulan lemak seperti nasik lemak tiba tiba membesar di dada mereka yang kadang kadang memalukan..macamana nak menjaganya ,malu nak beli coli sendiri..minta mak belikan …pastu camana nak tahu saiz coli dan cup sizenya?…ni emak kat umah dan cikgu di sekolah tak bagi tau…nak tanya rakan sebaya…depa pun aje buat muka dunno…jadi mama bercerita panjang semalam…