Surga Cinta

7 Comments

surgacinta

Filem komedi dakwah yang agak menarik patut di tonton oleh remaja yang ketandusan filem cinta bercorak dakwah…

Antara dialog dalam filem itu:-(syuhada=lakonan Heliza,Irham=lakonan Awal)

Syuhada:Atuk pernah cakap yang jodoh itu terbahagi pada tiga.

Irham:Tiga?

Atuk: Yang pertamanya, yang dikatakan jodoh dari syaiton. Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat maksiat, akhirnya Syuhada mengandung. Baru kamu menikah.

Yang keduanya, jodoh dari Jin.Kamu berdua berkenalan.Kamu sukakan Syuhada, tapi Syuhada tak sukakan kamu. Kamu bomohkan dan sihirkan agar Syuhada suka kepada kamu.Dan kamu berdua menikah.

Dan yang ketiganya,jodoh dari Allah. Kamu berdua berpandangan mata,terus menusuk ke kalbu.Kamu terus meminang Syuhada dan Syuhada terima pinangan kamu.Dan kamu berdua menikah. InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan SYURGA CINTA.

Apa pendapat anda, setujukah begitu?

Innalillah…

Leave a comment

Semalam dia dah ke emergency spital daerah yang sama yang mama citer sebelum ini tapi doktor kata hanya sakit biasa…ubat hanya pagi tadi doktor suruh pergi ambik semula di spital(mungkinkah ubat yang dimaksudkan tak ada dalam simpanan emergency semalam?)…semalaman dia tak tidur kata isterinya menahan sakit di epigastrium ….(jangan ingat hanya gastik aje yang sakit di situ..serangan jantung juga simptom begitu..)

Pagi ini setelah ambik ubat di spital Pakcik ini bertegas nak datang berubat di klinik mama juga walaupun ubat yang diambik di hospital tadi belumpun sempat di makannya..entah kenapa dia enggan pergi berjumpa doktor di spital tu lagi walaupun keadaan sakitnya tak berkurang..sebaliknya dia insist sangat nak di bawa ke klinik mama yang berbeza direction dan jauh berbatu-batu…he is not my regular patient since.His last visit pun about 3 years ago…Isterinya terpaksa akur menurut saja..

……….dalam celah ramai patient yang menunggu staff mama terus menolaknya masuk…Dan di sini segalanya jadi kalut …Dalam sedarnya Pakcik kelihatan pucat biru SEJUK kaki dan tangan..BP unrecordable.mama melihat wajahnya yang pucat itu dalam gelisah.Resah seperti yang selalu mama lihat bila berdepan dengan mereka yang nazak…
Owh!Pakcik jangan pergi dulu..mama minta staff panggilkan ambulan segera..mama minta isterinya duduk disisi suaminya..bisikkan apa yang sepatutnya ajaran kita.Yang lain biar mama cuba usahakan..

Pakcik dah dalam keadaan shock! bukan syok tau jangan salah faham..dia collapsed sebaik sahaja di angkat naik ke katil.Rawatan kecemasan cardiac arrest di berikan sebaik mungkin.ABC,CPR tidak berjaya memulihkannya.
Tiba-tiba Pakcik menjadi seperti spasm, dengan tangan menggenggam kuat seperti kena tetany,kakinya kejang,kepalanya terangkat sedikit keatas,mukanya berkerut seperti menahan sakit yang amat hebat hingga timbul urat-urat di mukanya dan dahinya,matanya memandang ke atas dannnnn kemudiannya Pakcik terkulai tak bernafas lagi .Pakcik enggan membuka matanya lagi selepas itu… selepas menghembus nafas yang panjang untuk ke sekian kalinya…sebelum sempat ambulan tiba.
Kes pertama patient meninggal di klinik ini..

Isterinya tersangat cool di sisi,mungkin agak terkejut.Katanya sejak semalam suaminya asyik sebut nak datang ke sini…nak ke klinik ini juga.Taksabar dia menunggu siang.
Hati mama jadi hiba..maafkan mama tidak dapat membantu lebih dari itu..dan kerana Allah lebih mengetahui perjalanan hidup hambaNya.

Rupanya malaikat maut menunggunya di sini..Innalillah..

Geram..kerana sikap

3 Comments

Hari ini mama rasa sedikit terkilan dengan perangai sebahagian kakitangan perubatan di barisan hadapan spital daerah..terasa sedih bilamana melihat seorang Pakcik yang diabetic demam teruk diperlakukan sedemikian oleh kakitangan hospital yang sepatutnya memberi bantuan kepada pesakit yang memerlukan perkhidmatan di hospital mereka.

Pakcik yang ada kencing manis serta demam panas tu di suruh balik pergi mendapatkan rawatan di klinik di kampungnya dulu pastu bila ada surat rujukan baru boleh jumpa doktor di emergency?…Pakcik ni bukan pegawai kerajaan yang reti baca procedure ..

Tak kesian belas ke tengok orangtua yang lemah ni menunggu sekian lama di berikan jawapan begitu?…Takterfikir ke berapa jauh pakcik ni travel dari kampungnya nak keluar ke hospital semata-mata ingin mendapatkan rawatan pastu nak suruh patah balik hanya kerana dia tak ada surat rujukan?Tak tengok ka masa dia bercakap nampak putih -putih dalam mulutnya akibat jangkitan candidiasis..diabetic..coated tongue…weiiii…bukan demam biasa tau.

.tau la sekarang musim hospital bizi kat emergency tapi kalau pakcik tu pergi layanlah sewajarnya..lagipun masa tu pakcik tu bagitau hangpa dok bersembang aje sebab tak der kes pun..cuma hangpa bagi reason ‘kalau-lah kalau ada kes kecemasan’ tapi sekurang-kurangnya tengoklah pakcik ni yang sanggup meredah jalanraya sejauh berbatu-batu dari Felda tu nak ke sana…Huh!sedih rasanya diperlakukan demikian…

Dengan hati kecewa Pakcik yang keletihan ,dehydrated dan demam yang tinggi ni meredah jalan sejauh itu lagi untuk datang ke klinik mama…dan enggan di rujuk ke hopital itu semula walaupun mama rasa dia perlu di masukkan ke wad untuk rawatan lanjut…

Selesai rawatan mama bekalkan juga surat rujukan kot kot dia berubah fikiran tapi sebelum balik dia bagitau….

” Kalau Pakcik bagitau depa yang pakcik ni bapa doktor Lailamajnun (bukan nama sebenar) yang pernah bekerja kata spital itu mungkin layanannya berbeza kot?”

Hati mama rasa seperti tertusuk sembilu…Bapa doktor L rupanya dia.

Camtulah sikap manusia pakcik…ramai yang melayan kita berdasar pangkat, rupa dan harta..kalau orang kampung yang biasa-biasa mungkin dibeza…
Kalau ke jabatan kerajaan pun gitu lah juga..kalau datang berkot bertali leher mungkin dari jauh dah di senyum sapa tapi kalau sekadar berkemeja lusuh atau berkasut seret merasalah ditolak pergi kesini sana…
Mungkin depa lupa janji masa temuduga nak dapat kerja dulu kot?..atau lupa diri asal usul mereka?

Terbayang piagam pelanggan yang terpampang di dinding semua gomen spital yang berbunyi begini:-

Piagam Pelanggan – Hospital

Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan yang cekap dan berkualiti di dalam suasana yang selesa, mesra, bersopan santun dan bertimbang rasa;

Selepas pendaftaran, setiap pesakit akan diperiksan oleh doktor dalam tempoh ..?…minit.

Demam lagi..

Leave a comment

Salam Syaaban..

Semenjak dua menjak mama perasan dah ramai pulak yang datang dengan demam mengejut,sakit sendi-sendi dan ruam di badan cam campak@measles..demam bongkok@Chikungunya kembali lagi..

Kalau masih ingat posting mama 7hb Julai tahun lepas wabak Chikungunya bermula kan?Wah sekarangpun dah Julai kembali dan nampaknya virus tu cam menyambut ulangtahun serangannya pulak.mula mengganaz kembali…tapi sasarannya kini di kampung yang lain plak..mula menjangkitkan jiran dan jiran sebelah menyebelah..

Memang sangat senang berjangkit bila ada jiran-jiran yang masih kuat mengamalkan budaya ziarah orang sakit..tapi mereka menziarah di waktu makan nyamuk tu …waktu petang ler waktu santai kan( baguz budaya tu memang dituntut pun tapi mungkin kena ubah waktu menziarah tu.)..kan dah tau perangai Cik Aedes time hisap darahnya antara 5ptg-8 mlm …so bila jiran-jiran keliling berkumpul di rumah pesakit yang demam Chikungunya waktu tu senang ler menggigit mangsanya..takperlu terbang jauh kan..?So tu yang ‘terkena’ badi orang sakit tu ,lepas ziarah orangsakit mula la rasa seram sejuk plak.Lenkali bawak ubat nyamuk masa menziarah ehehehe..sure nyamuk takut nak dekat..

Fuhh! sabar ajelah ..tentunya Vektor unit kat JKN taktidor malam bila terpaksa bertarung ngan nyamuk yang kecik tu..denggi merata-rata, ini Chiku plak tiba..H1N1 mujur tak dibawa nyamuk jugak kalau tidak haruuu biru jadinya…

Nostalgia di Kampung

10 Comments

Citer dari Kampung..
Arif mencuba jalan baru..
DSC_7587

DSC_7389

Suatu ketika dulu tahun70an kampung mama masih guna air telaga tanah yang berlumpur bila hujan dan berlumut hijau bila musim kemarau…mama berulang alik melalui jalan ini untuk mencuci kain baju di taliair hujung jalan ini..air telaga di depan umah keruh seperti lumpur bila musim menanam padi..
DSC_7378

Haaa masa tu tunggu SPM dan mak dalam pantang melahirkan Zam adik bungsu mama..merasalah basuh lampin Zam di taliair ini..kat kunciair ini

DSC_7391
DSC_7540
tapi airnya tak ler ciput camgini..airnya banyak dan jernih.

Setelah lebih 20tahun baru ler merasa ada jalam tar merentas batas sawah ini memudahkan orang kampung melalui jalan pintas untuk keluar ke pekan Alor Setar ..mengelak dari jem jalan di depan Hospital yang takhabih-habih dalam pembinaan..tapi balik baru=baru ini anak-anak dan sepupu-sepapat mereka teruja berjoging ke rumah Onyang mereka,NekTeh..
Semasa ada aruah Nek Janggut..Wan, my grandfather, mama selalu kena berulang -alik tolong masakkan kari rempah giling yang ramuan rempahratusnya Wan yang jadi chefnya(Tok Teh,isterinya napa tak masak?ehehehe Tok Teh awal lagi dah keluar rumah pergi ambik upah menanam padi seharian.Jadi mama ditugaskan untuk menyediakan makan tengahari untuk Wan).selesai masak baru balik ke umah bersiap ke sekolah pulak..eh?masa tu baru belum ambik SRP lagi kot sebab kena sekolah sessi petang di SMSA..pengalaman yang cukup berguna untuk mama belajar menjadi pakar masak kari di dapur ehehehe..tu la hampa yang masih belajar jangan malas ke dapur tau…

DSC_7359
pokok beras kata Ajim…inilah rupa padi yang masih putik
DSC_7483

rombongan cucu-cicit melawat TokTeh awal pagi lagi..
DSC_7539
Baik-baik Ajim kain pelikat tu pakai betul-betul
DSC_7488

Anak=anak kucing yatim piatu di umah Tokteh;Ibunya mati dibaham anjing liar
DSC_7425

DSC_7428
berjalan pulang ke rumah
DSC_7553

Eh? napa Dik Aaa jauh ketinggalan dengan yang lain..ehehe budak Thllasaemia minor ni …
DSC_7552
DSC_7593
DSC_7611
Mak dengan ikan daratnya..
DSC_7616
DSC_7635
Rohani dan mama membantu …
DSC_7636
setelah disiangkan jadi gini..
DSC_7651

Tapi hasrat nak memancing tak kesampaian gak..musim hujan dah berenti dan air sawah bendang dah surut..tapi alhamdulillah hajat nak makan ikan puyu goreng rangup tercapai juga..

beware!

Leave a comment

Macam macam cara nak dapat duit free sekarang ni..mama dah banyak kali dapt emel dari mereka yang mengaku dari bank-bank ini…

Mula Urgent alert!

Dear Valued Customer,

Maybank security systems detected a serious (PR2) security problem in your account. Your account has been restricted due to several invalid login attempts from an unauthorized third-party. Your immediate attention is required to reactivate your account. Please be informed that your account will be temporarily closed if not activated now.

Activate Below
http://www.maybank2u.com.my/

Thank you for your understanding and support.

Maybank Berhad

………………………………………………………………………
Pastu Urgent transaction problem

Dear Valued Customer,

We discovered a serious security problem in your account as several unauthorized transactions were attempted. We deactivated and also restricted access to your account for security and safety reasons. Your urgent attention is required to reactivate your account. Please be informed that your account will be terminated if not activated now.

Activate:
http://www.maybank2u.com.my

Sincerely,

Maybank Group

…………………………………………………………*……………………
then dari CIMB pula…

Security Update Message – *5820*

Dear CIMB Customer,

CIMB has placed hold on your account for security reasons as we detected several invalid logon attempts from a blacklisted location. Your immediate attention is required to activate and restore access to your account.

Activate
http://www.cimbclicks.com.my/

Your account will be closed if not resolved within 5 minutes of notice.

Sincerely,

CIMB Bank

Masaalahnya mama takaderpun akaun dengan bank ini.Pernah dapat tak emel gini tak?
Tak berani nak klik seperti yang diarahkan takut takut ada buaya disebalik batu…

Ikan Darat

4 Comments

Ikan darat pernah dengar ?selalu kita kata ikan ikan di air kan?
Jangan pelik kalau pi sebelah utgha depa dok tanya ” nak makan ikan darat ka? jangan dok heran pulak..Ikan darat tu maksudnya ikan air tawar cam ikan keli tu yang sedang hot dipasaran sekarang ni..pakat dok ternak atau ikan puyu yang selalu orang buat pekasam yang banyak dijual di Pekan Rabu atau ikan haruan yang kalau pempuan lepas bersalin ‘wajib’ makan kerana khasiat penyembuh luka lepas bersalin..

“Ayah tahan spila, banyak bawa balik ikan puyu” mesej mak pada mama..

‘Kami dok mengail ikan kat petak sawah ni ,banyak ikan dok sentap kail’ sms Adik di kampung..mengujakan mama untuk balik memancing ikan yang dah lama dok mengidam untuk dilakukan tapi takpernah berkesempatan atau tak kena musim..

Musim hujan begini tentu banyak ikan yang suka melompat atas batas bendang ..ikan puyu,ikan keli atau ikan haruan dan ayah pasti tidak melepaskan peluang untuk meronda di pinggir bendang mencari gelong air tempat ikan bermain untuk menhan spila..atau membuat pelompat ditengah batas bendang(pelompat= perangkap ikan dibuat dengan mengorek lubang tanah ditengah batas bendang..bila ikan lompat atas batas tu (ni ikan yang tak pro ..lompat pun tak lepas eheheh..)sebelum mengesut masuk ke bendang seblah akan terperangkap dalam lubang tanah tu ..hah!kalau dulu berkarung-karung penuh bekas guni baja tu ayah angkut bawa balik.

dsc04526

.jenuh nak disiangkan gini…

masihkah kau ingat?
dsc04532

So kesimpulannya ..weekend ni kami akan balikkk kampung.
Harap-harap Arif akan lega@baik demamnya,abah akan kurang sakit giginya ..kalau tidak kempunan le nak makan ikan puyu goreng ranggup krupp..krapp gitew..
Dan nak rasmikan jalan baru kampung mama..
Jommm!
Israk mikraj cuti umum ke di tempat kalian?Rasanya Kedah,Perlis and N9 je yang cuti kot?

Older Entries