sesi santai bulan puasa

3 Comments

DSC_4296
Hapit dan sikecik Hadif ..

DSC_4332

DSC_4438
Nabila dan adiknya Akmal yang rajin menyapu..wakil MPPP ehehehe.

DSC_4450
DSC_4462
DSC_4461
DSC_4479
Amy plak bertugas..Wakil dari MPPP gak
Lepak di taman plak..
DSC_4492
DSC_4495
aktiviti dalam umah..cam selalu kanak-kanak cyber taklepas ngan tenet
DSC_4517

DSC_4540
emak gelak sakan bila ayah buat lawak..jap jab nak buat rambut pacak cam Haikal sebelum mama petik kamera..
Ok tak rambut ayah?
DSC_4541

All in one
DSC_4555

masa berbuka..anak-anak di ruang tamu.respek depa puasa…yang dewasa di dapur..
DSC_4607
Dekna sempat buat lawak lagi tergelak Amy..yang lain tensen laparr
DSC_4614
DSC_4644
Amin……. moga puasa kita diterimaNya

gejala puasa..

3 Comments

selamat berpuasa semua pengunjung budiman..
Rupanya dah lama taksempat nak update blog..terlalu bizi dengan klinik dalam wabak ni.Maaf kalau ada emel yang taksempat dibalas.

Dah masuk hari ke-4 kita berpuasa tapi istimewa puasa kali ini di rumah meriah dengan keluarga,emak,ayah, adik-adik dan ipar serta anak-anak saudara ..napa? kan cuti sekolah..
Hari minggu lalu lagi meriah bila semua dapat berkumpul ramai-ramai berbukat puasa termasuk Along dan Angah serta Waqi yang menjadi ahli baru keluarga kami.
Nanti mama uploadkan gambar-gambarnyanya nanti.

Semalam anak saudara,KakAnis dah mula sound, ‘Long kami dah rindu ngan biftik Long” sedang semua mereka sibuk membantu mama buat roti sardin gulung di dapur selepas balik klinik petang semalam.Faiz tersengeh menggangguk tanda setuju gak.Ehehehe..feberet mereka rupanya.

Tapi hari ni ikut pelannya resepi mama adalah Chickenchop dan kuew teow Kungfu setuju? Wah!sepuluh orang kanak-kanak Ribena mama vote for chickenchop not biftik!campur tolak mama kena sediakan lebey kurang 18 ketul chickenchop!sempat ke petang ni?

Takpa mama cuba.Anak-anak yang duduk jauh jangan terliur okey: ).

MASK dimana kamu?

1 Comment

Mask dah semakin pupus dipasaran bila ianya tiba-tiba menjadi keprluan semua orang..OOOOO..Mask dimana kamu berada?…walaupun kata menteri Dato’ Ismail Chik,:

Harga maksimum borong bagi satu kotak (100 keping) selapis bergelung ialah RM5 sekotak dan harga maksimum runcit ialah RM7 sekotak. Bagi dua lapis bergelung, harga maksimum borong ialah RM8 sekotak (100 keping) dan harga maksimum runcit ialah RM 10 sekotak iaitu 20 sen seunit.

“Untuk tiga lapis bergelung, harga maksimum borong ialah RM25 sekotak (50 keping) dan harga maksimum runcit ialah 80 sen seunit.

Bagi tiga lapis bertali, harga maksimum borong ialah RM 30 sekotak (50 keping) dan harga maksimum runcitnya pula ialah 80 sen seunit.

“Akhir sekali bagi jenis N95, harga maksimum borong ialah RM100 sekotak (20 keping) dan harga maksimum runcit ialah RM6 seunit,” katanya

Mortaliti H1N1 ..

Leave a comment

Kata menteri kesihatan 40% pesakit H1N1 yang meninggal akibat lewat mendapat rawatan..

Itu kata menteri yang mungkin dapat figure dari staffnya..tapi dari pengamatan mama ada beberapa tindakkan pembetulan yang perlu dilakukan di peringkat pengkalan hadapan perkhidmtan hospital atau kLINIK Kesihatan..

Kualiti pengesanan yang tidak efisen dan juga pemeriksaan terhadap kes yang dianggap ringan simptom yang dibuat sambil lewa mungkin menyebabkan banyak kes -kes akut menjadi komplikasi teruk kemudiannya…
Alasan makmal Sg.Buloh dah tepu dengan specimen,wad padat ngan patient dan orangraamai takmau bekerjasama hanya alasan remeh yang ada langkah penyelesaiiannya…

Doktor yang diletAkkan di emergency unit,OPD atau di klinik yang keletihan tanpa betul-betul memeriksa pesakit(patient meningkat berkaliganda oooo but please peksa depa ni betul-betul) mungkin terlepas pandang kes yang ada co-morbid feature spt kencing manis, ibuhamil ,obese dll yang mampu berubah gejala menjadi teruk dengan tiba-tiba..
Pernah mama terpaksa call tanya doktor kat emergency kat sebuah spital kenapa takmau admit patient yang mama rujuk..Kenapa patient yang obese,demam panas tahap maksima dengan penat ,batuk dengan dada penuh crept dan wheezing tu dengan gejala H1N1 tak layak masuk wad?
Jangan kata wad dah penuh sebab masa tu baru kes nak menular..wad lengang lagi..
.takcek pun tahap oksigen… tak di x-ray kata isterinya yang juga bekas nurse dispital tu dulu..Awat jadi macam tu?Adakah alasan takmau mendedahkan patient pada sinar-X yang membahyakan(doktor tu habaq camtu kat mama) boleh diterimapakai dalam kes ini?
Setakat bagi nebuliser pastu disuruh balik umah itu kat klinikpun ada..pastu mama susahhati bila patient panggil mama semula sebab sesak nafas dan demam panas nya takmau turun…bila mama tanya bos besar kesihatan kat state apa kriteria depa nak bagi patient masuk wad? beristifar dia bila tau doktornya kat barisan hadapan manage pateint cam tu sewaktu dalam wabak begini ..Baru kelam kabut nak masukkan patient ke wad..baru nak x-ray baru nak buat itu… nak buat ini…bla..bla..bla..Tak syok la kerja cam tu.

Dah tu bila patient mati, depa report patietn lewat datang dapatkan rawatan tak gitu?

Tu la hangpa asyik buat meeting ja..maklumat taksampai kat orang bawah..surat arahan simpan kat bilik pengarah je ka?sekali sekala turun la tengok depa buat keja camna.Takkan kat emergency unit bagi MA ja tengok kes malam-malam ..doktor on-call pi mana?Mungkin kat spital besar benda ni takberlaku tapi kat spital kecik ,yang orang kampung takreti komplen doktor on-call boleh tido lena malam-malam..kes bagi MA tengok ..(seronok nooooo dok komplen pasai orang hang ni…sambil menunjuk diri sendiri.dah tu patient mai dok bagitau camgitu…mama yang risau… dulu-dulu mama kerja tak buat camgitu pun.Awat la ni jadi gitu?)..

Mama bukan kata semua camtu tapi bila berlaku banyak kematian begini kita kena kaji setiap rawatan kita dimana bolosnya jangan buat kesimpulan yang menyimpul belit KKM sendiri.

penawar hati

5 Comments

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia

Leave a comment


PETIKAN DARI mStar Online hari ini..
Innalillah.Hilang seorang yang lunak suaranya dalam dunia nasyid.

Khamis Ogos 13, 2009

Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia

USTAZ ASRRI

Tinggal kenangan..Asri (dua dari kiri, bawah) ketika bersama anggota Rabbani yang lain. -foto The Star

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 42, disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.

Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.

Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Dia menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapab tahun berturut-turut.

Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar – 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti ‘ARAH Dari Mana… Ke Mana…’ (1997), ‘Pergi Tak Kembali’ (1999), ‘Intifada’ (2000), ‘Yalla Beena’ (2004) dan yang terbaru, ‘Nostalgia Nada Murni’.

Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini.

Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.

Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah.

Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya.

Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa dan negara.

Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan.

Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur.

Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan.

penangan H1N1

Leave a comment

Lemas rimas dan melemahkan bila sepanjang hari terkurung dalam N95 nni.Patient plak sabar menunggu giliran untuk berjumpa..

H1N1 publisiti diTV mengalahkan demam denggi yang lagi hebat mortalitinya.
Rasanya kalau gomen boleh buat kempen denggi sehebat H1N1 dengan laporan kematian setiap hari mungkin nyamuk Aedes tak berani nak jengoi muka lagi..
Tapi bila simptom H1N1 yang terlalu umum dengan lab diSg.Buloh dah tepu dengan spesimen untuk pengesahan virus tu dan doktor di spital pun dah tau mau lagi ambil darah atau throat swab kecuali pada kes -kes yang tertentu seperti yng digarispanduankan oleh KKM orangramai jadi sangat panik menyerbu premis kesihatan..tapi akan kecewa bila…

“Dah 2 jam tunggu doktor d kecemasan(ER) tapi bila tiba giliran jumpa,anak saya tak dipeksanya langsung..pegang pun idak,dia tengok gitu aje pastu tulis ubat.Camna dia tau paru-paru anak saya ni okey ke tidak? “

takpuashati kakak ni bawa anak keciknya 9bulan, demam,batuk + selsema dan 2 lagi anak-anak yang lain bersimptom serupa untuk dipeksa mama.
Mama tau ibu ni risau sebab anaknya juga mengidap asma.Mama dapat rasakan bayangkan penatnya doktor bertugas dan letih patient menunggu diwaktu wabak begini.

Seperti mama yang sangggggggggggggggggat lah leteyyyyyyyyy akhir akhir ini.

Older Entries