rujuk kembali…

Leave a comment

Walaupun keintiman DAP-PAS mungkin hanya begini dalam PKR………

dan sebaliknya hubungan PAS-UMNO  camnii sebelum ini …

tapi sangatlah diharapkan mereka ini dapat mencapai sesuatu yang positif demi agama dan bangsa…Walaupun dah lama mereka tidak tidur sebantal tetapi kita masih saudara kan…kata mereka.

TAK BERHATI PERUT!

2 Comments

Stop busybody and heboh pasal deman chikungunya dalam media ..bukan boleh bawa mati pun!” Itulah kenyataan tak berhati perut dari seorang doktor yang berjawatan tinggi dalam kementerian kesihatan ekoran liputan media tentang demam missteri yang melanda sebuah kampung di Slim River yang kemudiannya disahkan sebagai deman Chikungunya akibat sejenis virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes ..yang mengakibatkan pesakitnya mengalami demam, sakit sendi dan ruam seperti yang diterangkan dalam entry mama yang lepas 7 Julai 2008.Masih ingat kan?

https://drzeze.wordpress.com/2008/07/07/chikungunya-fever/

Takut nanti pelancong tak berani datang” Tu dia ..dia lebih concern pasal pelancong yang takut nak datang akibat lapuran mediaa yang kononnya mengurangkan pendapatan negara berbanding kesan kepada masyarakat sendiri yang mengalami wabak tersebut.

Kenyataan yang keluar dalam akhbar pagi ini benar benar mengejutkan mama… panas hati ditambah dengan demam yang sedia ada.Apakah pak menteri yang selalu duduk dalam pejabat aircond ini pernah turun melawat dan melihat sendiri kampung tersebut?Melihat pesakit pesakit yang diserang demam panas tiba tiba mendadak hingga ada anak anak yang diserang sawan dan ahli keluarga yang terbaring kesakitan tak dapat bergerak akibat sakit sakit sendi..Bukan mortaliti yang kita soalkan tapi morbiditi..serta yang paling penting tindakkan kawalan yang terlalu slow hinggakan masyarakat mencari alternatif lain untuk mencari diagnosis penyakit mereka, mencari media.Salahkah mereka berbuat demikian?

Awak yang gaji berjalan setiap saat takperlu risau tentang sakit orang lain tapi fikirkan orang kampung yang kais pagi makan sehari..yang hilang pencarian rezeki akibat kesakitan demam sendi yang menular dari sebuah rumah ke sebuah yang lain dan mengganggu setiap ahli keluarga ,resah melihat seorang demi seorang ahli keluarga mereka menanggung kesakitan..

Mama mohon pak menteri ni turun sendiri berjumpa dengan orang kampung..dengar sendiri keluh kesah dan bimbang mereka yang seorang demi seorang tidak dapat turun ke ladang kelapa sawit atau menoreh getah..Apakah dah cukup tindakkan kawalan yang dibuat sebelum menyerang pihak media…Apakah dengan hanya semburan kabus boleh meyakinkan penduduk yang nyamuk pembawa penyakit itu tidak akan muncul lagi dari takungan air nanti?

Memang bila berlaku sesuatu penyakit menular pihak yang bertanggungjawab masing dipaksa zip mulut mereka atas alasan remeh seperti selalu.Takut pelancung taknak datang walaupun berlambak pelancung yang sedang melencung dalam negara ..dah lebih ramai dari rakyat sendiri disesetengah tempat tu..

Mama percaya kes ini kalau di kesan dengan teliti, tindakkan kawalan dipercepatkan dan dilakukan secara bersungguh wabak penyakit ini akan dapat dikawal sepenuhnya.

Kesan dengan telitibermaksud begini:

Tanda tanda klinikal demam ini cukup tipikal..demam hari pertama dengan panas mendadak kemudian akan reda keesokkannya,kesakitan di merata sendi yang disalaherti sebagai gout=tergeliat oleh pesakit, diikuti oleh ruam yang diagnosakan oleh patient sebagai demam campak..pengesanan dalam darah hanya significant 4-5hari selepas itu .Ambik darah untuk kesan virus ini juga perlu timing yang betul dan menggunakan tiub container darah yang septutnya untuk virus isolation ..kalau tidak lab result akan negatif..dan bila negatif semua orang akan bertepuk tangan yang ianya bukan Chiku-ngunya sebab tak dapat dibuktikan sedangkan semua simptom ada di depan mata..Tapi kita yang tengok orang demam hari hari di klinik dapat lihat perbezaan antara denggi dan demam bongkok ni..

U jangan sure sangat kata ini Chikungunya, sedangkan ia mungkin denggi“kata seorang Pegawai Kesihatan bila mama maklumkan dua tiga kes yang disyaki al-maklumlah belum pernah dengar lagi kejadian didaerah ini.Dulu ada la kat sebelah tepi pantai nun dan di 2 buah kg di Johor.Depa taktau ke pergerakkan rakyat Malaysia dah lebih cepat sekarang?nyamuk pun boleh travel sama dalam kereta tu dari Johor ke Melaka dan ke sini tanpa bayar tol sesen pun?…Fikir fikirkan lah.

Ingat lagi 7hb Julai entry mama pasal demam ini?,pastu suratkabar kata 17 julai konfirm kes..Tu la hampa takmau dengaq cakap..mama dah maklum sejak 10hari dah, hari ni baru hangpa kelamkabut nak pergi buat survelan.Jangkitan dah merebak.Pesakit semakin keliru ..

Anwar, please don’t!

Leave a comment

musim rambutan kembali lagi…

Bila UNcle Sam menunjukkan keperihatinannya kepada kes Anwar mama mula bimbang adakah ini permulaan campurtangan mereka dalam pemerintahan negara kita..Beria ia Cik Condom-leeza Rice menempelak kerajaan kita terhadap isu ini seolah olah Anwar tu macam anak saudara nya yang dok pegi mengadu sok sek perihal esak tangisnya yang teraniaya..Jangan cuba bermain api Anwar..mereka tu mungkin mencari isu untuk campurtangan…jangan menang sorak kampung tergadai.Rakyat sedang menilai siapa yang benar dan siapa yang pengkianat..Mama dah jelak membaca isu ini yang mengambil lebih dari 50% berita diakhbar hingga masaalah gundah gulana rakyat yang taknyenyak tidor malam akibat diganggu rompakkan,kecurian dsb mungkin terpaksa diabaikan polis yang terbabit yang mengutamakan kes yang berprofil tinggi ini.

Mama pun takfaham kenapa skrip lama ini di putar kembali selepas 10tahun? Ada bukti baru ke? atau sengaja melengahkan waktu? Siapa punya idea ni?

Kalau siasatan pembunuhan kes Benazir Butto hampir 100juta dihabiskan rasanya banyak juga wang dan tenaga akan diperuntukkan untuk menyiasat isu ini.Mama tak nampak di mana logiknya pihak hospital nak mencari air mani atau sebarang tinggalan tertuduh pada Saiful tu sedangkan kes yang yang lepas lepas boleh terlepas hanya berdasarkan bukti yang takdapat dilihat nyata…Hanya bau aja….ingat lagi kes pembunuhan Norita yang hanya kerana seorang saksi boleh tercium bau busuk dan suspek yang sentiasa berbadan wangi boleh terlepas walaupun dia mengaku telah melakukan hubungan seks dengan mangsa sebelum itu..Nak kena panggil CSI datang siasat gak ke?

Dan ketika MB Teganu mendabik dada mempertahankan tindakannya membeli Merc sebagai ganti Proton Perdana yang ditohmahnya sebagai tidak ekonomikal rupanya banyak lagi perkara kecil yang besar terbongkar! camna penyelenggaraan sebuah kereta yang dipakai orang orang besar ni begitu tinggi kosnya, RM 145 K terlalu besar nilainya ..hanya untuk menyelenggarakan sebuah kereta! Boleh beli sebuah kereta Perdana baru..apa depa perlu tukar semua pekakas dalam Proton Perdana tu setiap kali penyelenggaran ke?…Biras mama yang kehulu ke hilir dengan kereta tu dari Bagan Serai ke Teluk Intan saban minggu tak pulak mengadu kereta tu bermasaalah walaupun pakai yang 2nd hand?Tak pulak dia komplen gear box rosak seperti yang didakwa MB Teganu tu.

Rasanya Toyota Fortuner camni

yang dicadangkan sebagai pilihan kedua oleh bahagian kewangan tu lebih rational untuk digunakan untuk masuk kampung berjumpa rakyat berbanding Merc mata belalang tu.Toyota Fortuna ni lebih hebat dari Toyota Prado yang mama pernah naiki untuk mendaki bukit jalan tanah merah yang licin untuk melakukan kerja kerja pemeriksaan kesihatan Orang Asli yang tinggal nun jauh di dalam hutan puncak banjaran Titiwangsa.Cengkamannya di atas jalan laluan lori balak seperti ini

yang licin dipinggir jurang itu lebih meyakinkan berbanding Mercedes hanya boleh dibawa melaram aje tu.Yang tersadai rosak di tepi lebuhraya pada pengamatan mama  lebih banyak kereta Merc berbanding kereta lain..Betul tak?

Bab pembaziran duit kerajaan memang banyak berlaku di jabatan jabatan walaupun bermacam peraturan di buat untuk menyekatnya…Dulu pemandu pemandu mama berkeluh kesah bila mama buat peraturan supaya semua kerja penyelenggaraan kereta dan tukar alat ganti yang telah diganti perlu dibawa pulang oleh drebar ..nak buktikan yang mereka benar benar menggantikan perkakas tersebut dan bukan hanya mendapat bayaran ganti tanpa mengganti apa apa..Dan mendapati kos penyelenggaran telah dapat dijimatkan secara mendadak!Maksudnya tak sewenang wenang drebar boleh bawa kereta ke bengkel sesuka hati,sain bil pastu bagi ke pejabat untuk dibuat bayaran…dan mama percaya bila kos petrol naik mendadak mungkin lebih kerap drebar akan bawa balik kereta kerajaan ke rumah untuk di kosongkan tangkinya..bukan menuduh tapi tak mustahil berlaku dan yang funnynya anaknya sendiri ceritakan kepandaian bapanya mendapat minyak free begini.

Itu belum bab stationaries pejabat yang dihakmilik sendiri,belum kira pembaziran yang staff lakukan terhdap kemudahan asas yang disediakan di pejabat seperti Air, letrik dsbnya…banyak yang akan ditanya Tuhan diakhirat nanti…hak kamu hak kamu, hak kerajaan jadi hak kamu jugak!

gathering Medik UM 82/87…

Leave a comment

Semalam sahabat lama singgah umah..setelah bernostalgia mengenangkan 20 tahun dulu dia mencadangkan buat gathering untuk sahabat dan rakan lama dulu di Medik UM 82/87.Ye lah dah masuk usia begini memasing dah agak setel dengan anak anak ; kini tiba masanya terdetik di hati untuk mengumpul semua kengkawan yang masih berminat menjalinkan silatulrahim yang hampir renggang akibat kesibukkan masing masing…

So minta cadangan dari kengkawan yang terbaca ( espy Tokasid and Mokk please respond to this..nak contact no dan emel rakan rakan yang ada dalam simpanan.My emel drzzab@gmail.com) untuk memberi cadangan tarikh dan tempat.Dia cadangkan pergi ke tempat tinggi di Cameron Highland….

errr..ni susah sikit.

Leave a comment

“Mana? takada surat pun? You tau kalau takder kelulusan pot pet pot pet…… I bleh kena tindakkan disiplin tau?”nyaring suara Makcik berjawatan tinggi di pejabat kesihatan dok pot pet pada mama bila nak maklumkan usaha murni medical student ni nak buat kerja amal di kg orang asli di kawasan jagaannya..tu kawan mama suatu waktu dulu..kawan yang pernah sejawatan dulu..mulutnya memang begitu suka pot pet pot pet tapi mama tau hatinya baik….

Yela budak budak tu mana tau prosedur kat pejabat kerajaan yang banyak karenah birokrasi tu..tapi lagak kamu yang macam susah benar nak berurusan..Mama tepon ni nak bagitau je..kalau tak bagitau pun bebudak tu akan pergi jugak …

Kan baguz bebudak  medic  dari obesi  yang sedang bercuti tu nak buat sesuatu yang berfaedah kepada kesihatan masyarakat ..sekurang kurangnya dapat mendedahkan mereka kepada kehidupan realiti masyarakat yang mereka kan rawat suatu hari nanti..dapat alami sendiri apa masaalah kesihatan yang sering berlaku dikalangan masyarakat ini.Kita bagi sokongan ajelah .yang dok heboh pasal surat tu dan  surat ni tu apehal? Tu mentaliti sesetengah pegawai kerajaan..karenah birokrasinya mengalahkan  pak menteri..

Suatu ketika dulu mama pernah ditugaskan menjaga kesihatan kumpulan minoriti ini…tapi yang bestnya mereka di kawasan ini dah lebih moden dari kita yang di kampung gamaknya…jangan ingat orang asli ni masih bercawat tinggal atas pokok lagi..

Terkejut gak pelakon kanak-kanak Bong, Fimie dan keluarganya yang mama bawa melawat  kawasan kampung orang asli disini bila melihat ada piring ASTRO di bumbung rumahnya,ada kereta parking kat bawah umah …wah! dah maju mereka ni kan?

Dan peyakit mereka pun bukan lagi kecacingan, kudis buta atau kutu sebaliknya lebey kurang sama dengan penyakit orang sekarang gak..penyakit terlebih makan…

ulangkaji…

2 Comments

Semalam Angah dok buat slaid powerpoint  untuk subjek agamanya ..mama setelah selesai klinik malam itu menemankannya…tapi mama berminat untuk membaca kisah perkembangan ekonomi semasa Zaman permerintahan Abbasiyah plak, dimana Islam mencapai kemuncak kegemilangannya hingga hampir 2/3 dunia dikuasai…takjub juga kan? Bila pemerintahnya buat keputusan yang bijak memindahkan pusat pemerintahan ke Baghdad menjadikan perkembangan ekonominya berkembang pesat walaupun semasa tu mereka tak jumpa lagi emas hitam =minyak yang menjadi idaman Amerika…Dah dapat Iraq sekarang dok terlioq kat minyak Iran plak!..cari alasan ja nak serang Iran…nuklear konon?

Termenung seketika mama memikirkan bagaimana pemerintah dahulu boleh mengukuhkan ekonomi negara mereka dengan bijak melalui pertanian, perindustrian dan perdagangan serta dapat mentadbir 2/3 dunia dengan baik…bijaknya  Baitulmal mereka mengumpul dana negara dan menguruskan perbelanjaannya hingga hidup rakyatnya selesa….dan cuba belajar dari sejarah bagaimana kerajaan hebat ini boleh runtuh setelah kukuh berkuasa…

Jadi selesai mama baca bab sejarah kegemilangan Zaman Abbasiyah itu…bolehlah dirumuskan  minyak bukan segala-galanya …sebaliknya terletak kepada kebijaksanaan pemerintah untuk menguruskan negaranya…sumber ekonominya banyak..bocornya pun banyak..tiris disana sini…yang sampai kepada rakyat hanya sisa sisa hampas yang tak berguna…

Pelikkan? Sistem Perisian Keputusan Sukan Malaysia (Sukma)  yang ‘tidak menjelma’ pada temasya di Terengganu, bulan lalu  harga akhirnya mencecah lebih RM11 juta daripada anggaran awal hanya RM1.8 juta � Mewahnya depa berbelanja? Berbaloikah memasang benda tu yang hanya dipakai cuma beberapa hari aje pastu dibiarkan rosak begitu saja?Itukah yang dikatakan hemah berbelanja?…Kalau ambik duit tu untukdigunakan kepada benda yang lebih berfaedah kan baguz? Kalau guna peruntukkan tu untuk  korek longkang yang tersumbat ,dalamkan sungai yang selalu banjir… kan lebih melegakan rakyat yang sentiasa risaukan banjir kilat bila hujan…

Takyah tunggu selepas hujan baru nak fikir nak buat apa…dan sibuk berebut jawatan walaupun tak reti nak memimpin diri sendiri.

Fikir fikirkanlah…

Debat hebat…

1 Comment

Debat yang hebat..bukan saja pendebatnya tetapi isu yang dibangkitkan juga hebat…sekurang kurangnya dapat membuka minda penonton untuk berdebat selanjutnya…Tahniah Anwar dan syabas Sabery …

Isu kenaikkan harga minyak begitu membebankan kita…tetapi kita sebagai rakyat yang biasa hidup ber’mewah mewah’ masih tak reti reti untuk berjimat belanja..lihat saja di rumah kita..jimatkah air yang kita gunakan? membasuh satu gelas menggunakan lebih banyak air berbanding dengan air yang kita minum dari gelas itu.Takcaya? cubalah sukat sendiri.

Apakah perlu kita menoleh kebelakang merenung apa yang boleh kita lakukan sepertu dulu…sewaktu minyak masih tidak menguasai kehidupan kita?

JIMAT AIR…Dulu-dulu bila air terpaksa diangkut dengan baldi dari telaga ,disimpan diatas rumah untuk diguna seharian tu… tau pulak untuk berjimat,sekole (bukan se’kolah’ tau) air boleh membasuh 4-5 biji pinggan mangkuk .boleh dibilas tiga kali beserta jirusan selawat untuk bilasan terakhir…Air basuhan beras atau ikan akan disimpan untuk siram bunga atau pokok sayuran yang ditanam di dapur…sekarang ngeri tengok air basuhan kain yang mencurah keluar dari mesin basuh setiap hari…

*nak guna teknologi reverse osmosis di rumah boleh ke?

JIMAT API…Mak Oiii! tengok bil letrik dah semakin melambung.mana taknya..lampunya berderet terpasang, sterika, aircond,water heater, tv etc semuanya guna letrik….dulu pakai minyak tanah atau kerosene untuk hidupkan sumbu pelita..cahayanya walaupun malap dan kelam hingga bersarang hitam lubang hidung mama dengan jelaganya tetapi itulah yang menemankan mama menela’ah buku- buku hingga larut malam…cumanya pernah mama tertidur dengan buku di tangan..dan pelita minyak tu terbalik tumpah membakar bantal tidur mama hingga tinggal separuh baru mama tersedar bila api dah menjulang tinggi..alhamdulillah mama terselamat.

* sape yang bleh rekacipta lampu solar plak?..

JIMAT PETROL..Tak payah heboh pasal nak suruh rakyat jelata berjalan kaki atau naik basikal …hakikatnya nak suruh bebudak pegi sekolah jalan kaki dengan menanggung beg yang hampir seberat guni beras tu mungkin buat orang kata zalim saja walaupun sekolahnya hanya sepelaung saja jaraknya…

Dulu dulu pegi sekolah jalankaki hampir berkilometer rasa macam dekat aja.. setiap ujung minggu mama berjalan kaki bawa bundut baju sekolah mama dan adik adik yang kotor untuk dicuci di umah tok yang ada air paip di kampung seberang rasa cam enjoy pulak ..sebab puashati dapat pakai bau sekolah warna putih sebenar putih  seperti anak orang bandar yang dah ada air dalam besi ,api dalam kaca..

contoh  telaga tanah camni la:

nak harapkan membasuh guna air telaga tanah depan umah ..alamat baju sekolah itu akan berwarna mengikut warna air dalam sawah bendang tu la..Kalau banyak lumutnya jadi hijau ler baju tu..kalau lepas sawah dibajak keruh air sawah ..kelabu asaplah warna baju sekolah tu..dah tu sterika ngan arang plak..kalau nasib tak baik bertepek tepek hitam baju tu jadinya dek abu yang terbang dari strika besi tu.Ni la rupa sterika besi dolu dolu…

Anak sekarang?….urut dada bila nabi kata “didiklah anak kamu sebagaimana zamannya“..bukannya bermaksud  sebagaimana zaman nabi tetapi zaman anak anak itu berada…Jadi tak guna berlagu pilu….

Older Entries