menumpang kasih

Leave a comment

Momo lahir pada 24hb Januari lalu,sama dengan harilahir Ummair Razin anak saudara mama.pejam celik pejam celik dah sebulan lebih umur Momo.dari 3beradik hanya momo saja yang dapat hidup membesar hingga keumur ini.kembarnya yang dua lagi dah lama mati sekor cacat kaki belakang dan sekor lagi dah mati selepas berusia seminggu.Jadi tinggal Momo bersama ibunya Mami yang sangat takpandai menjaga anak..elok disediakan tempat anaknya tidor di gonggong anaknya di bawa pergi entah ke mana,kadang-kadang jumpa terbaring di tepi longkang,kadang-kadang terbaring tengah panas..walaupun begitu dapat juga Momo, anaknya itu membesar dan lincah bermain.
Hari demi hari momo dah sangat jinak dengan kami,lebih merapkan Ajim dan Arep berbanding ibunya,akan lepak manja di celah ketiak abah ditengah hari dan mula mengintai mengikut masuk rumah bila kami berada di rumah.

Dia dah mula pandai memanjat kusyen dan dah mula mencuba kuku mungilnya mencakar kusyen bila bersama kami menonton TV.Bila letih bermain dia akan tidur meringkuk dalam kusyen empuknya camgini


Dia menjadi buahhati Ajim dan Arep, balik aje dari sekolah mereka akan bergegas mencari Momo sebelum makan tengahahari..puas bermain ,melompat , mencakar dan mengigit manja dia akan keletihan tidor..Aduhhh sgt sweetnya baby cat ini…

Tapi…kehadirannya tidak lama…

Awal pagi tadi .selepas abah mengantar KakAnis balik Kampung,mama lihat momo dah tertonggok depan pintu emaknya entah ke mana.Mama ambik momo dan letak di atas katil sebelah Ajim yang masih lena…terus Ajim terjaga ..pandai momo mengejutkan Ajim..Jenuh di panggil turun Ajim breakfast Ajim masih ralet dengan momonya..

Bila mama sedang sibuk dengan patient di Klinik Arep,anak bungsu mama menelepon; dalam esaknya dia bagitau momo dah mati?Haaa?..napa?

Entah, badannya menjadi lembik tiba-tiba bila dijumpai didepan rumah oleh angah yang baru kembali hantar Ajim ke Pekan.. dan bila Angah bergegas panggil Arep untuk tengokkan Momo..Momo dah mati……………..tiada kesan darah tiada kesan cedera..

Hanya gambar ini menceritakan segalanya: tatapan terakhir seekor ibu kepada anaknya.selamat tinggal momo.terima kasih kerana menceriakan hidupkan untuk tempoh yang singkat itu..sob!sob!sob!

Reminder: saman JPJ saman PDRM

Leave a comment

Alahai semua yang ada lesen memandu dah cek ke saman dengan JPJ or PDRM?jangan tunggu last minit baru nak beratur bayar saman atau nak ber’on-line’ dengan myEg gerenti sesak atau akan akan sesak nafas selepas habih bulan ni.
Mama dah clearkan 23 saman ..2.5K !bleh beli notebook baru tau dgn jumlah tu tapi sia sia buang duit atas kesalahan yang takpernah mama lakukan.Mama bawa honda cabuk je dari rumah ke klinik yang taksampai 10 minit..trafik light pun ada satu je.tekan minyak tak sempat tukar gear* auto dah sampai klinik.Mama kan pemandu berhemah…mana sempat bawa melebihi had laju?mana tak pernah langgar lampu merah kalau nyala kuning dah slow bersedia untuk berenti.
bukan tekan minyak laju- laju untuk memecut dan tidak juga pernah silap parking kecuali di belakang klinik aje free parking..
Jadi mana silapnya?Aduh!tepuk dada tanya hati pasni kalau ada yang kesian belas dengan mama mereka seharusnya berhemah bila bawa kereta yang bernama mama…tau la memang kreta tu boleh tekan minyak hingga rapat ke lantai tapi kesian le pada mama yang kena bayar ni..
Kabarnya sedikit masa lagi Majlis Daerah pun nak tumpang sekaki ,nak masukkan sekali saman mereka dlm list JPJ, PDRM ni so rabak lagi ler poket tuanpunya kereta pasni..bila ada oranglain yang senang senang je hamburkan duit tu masa pilihanraya.

Silapnya berada di zaman pemerintahan Saman dan Cukai.

hidup tak selalunya indah

Leave a comment

Dalam lama menunggu untuk berjumpa mama,Aci yang underweight ni masih sempat tersenyum bila di sapa mama.Sambil kedua tangannya diangkat kedada dia kemudiannya tunduk seolah-olah nak menyapu sebelah kaki mama yang terkeluar mengadap nya di sisi meja..walaupun mama tahu itu sebagai tanda hormat seperti yang selalu mama lihat dalam citer Hidustan tapi mama kurang senang di perlakukan begitu.Cepat-cepat mama bangun memengang lengannya memintanya duduk..

Seperti biasa walaupun sakitnya hanya sekadar demam dan selsema tapi sudah semestinya mama akan bertanya kabar akan dirinya.lagi-lagi pertama kali datang sepertinya.
datang dengan apa?Naik bas..tentunya berpeluh juga nak berjalan kaki dari stesen bas ke sini.Aci ni dah tua dah 77 umurnya..tapi masih lagi tegak dan kelihatan sihat selain demam sikit
Datang dengan siapa? sorang je.
Lorrr…Aci tinggal dengan siapa?Rupanya suaminya dah lama meninggal.Jadi sekarang tinggal berdua di rumah Felda bersama adik ‘jantan’nya spt katanya.

Yang bestnya bila tanya berapa umor adiknya?tahu apa jawabnya?ahahaha agak berbelit -belit :

“Adik saya aaaa 7tahun kemudian mari, saya aaaa 7 tawun dulu mari”..Haa congak la.berapa umo adiknya tu?

Jawapannya membuatkan mama tersenyum sepanjang hari tu…tAPI SEMPAT JUGA DIA NGUMPAT ADIKNYA TU

‘” Itu jantan aaa tarak guna punya orang, pinggan sendripun takmo cuci,badan saja besar.tahu makan tido saja”
Hari-hari dia masih pergi ambik upah menoreh buat getah skrap buat menampung hidup yang kais pagi makan sehari.Nak harapkan adik jantanya? Sori..malas!
Tapi apa boleh buat itu saja saudara merangkap kawan dan ‘musuh’ nya untuk buat peneman hidupnya yang masih bersisa.Tiada simpati tiada sapa lagi nak peduli.

Mujur Aci takambik hati dan menyusahkan hati dengan nasibnya..*mujur getah dah naik harga.

Pelajar kita di Mesir..selamat pulang

Leave a comment

Terharu melihat kesungguhan kerajaan kita memunggah pulang pelajar pelajar kita dari negara yang sedang bergolak sengit sekarang.
Tentunya yang paling legaaa adalah ibubapa yang anak mereka selamat tiba ke pangkuan keluarga…terharuuuu sgt kan..Ramai rakan yg anak mereka belajar perubatan di sana kedengaran resah dan risau menarik nafas lega bila dpt berhubung kembali dengan anak-anak mereka..
Mamapun nyaris-nyaris terlibat sama kalau my Angah meneruskan cita-citanya di sana.
.Aduh begitu pedih sebuah persengketaan..

Walau atas apa alasan pun cara mereka di sana cuba menggulingkan sebuah kerajaan dengan cara pertumpahan darah adalah sama sekali tidak seharusnya di contohi oleh rakyat kita..

Mungkin selepas ini kita akan lebih menghargaii sebuah negara yang aman seperti Malaysia..hujan emas di negara orang baik lagi hujan batu

Cuti CNY Family gathering

Leave a comment

meriah! meriah kat umah bila semua*almost semua family berkumpul.
kehadiran Ummair Razin ,anak sedara yang baru dalam pantang mama ambik kesempatan untuk mengadakan kenduri doa selamat,selamat my Sister-in-law bersalin secara C-Section dan anak sedara sorang lagi si Huzaid ,12 tahun selamat wat pembedahan appendiks…Amin

Acara seterusnya di isi dengan main game keluarga ni..jom lihat bila semua bersemangat nak mengurangkan kalori sebelum masuk ke dapur semula selepas itu..* thanks Finie yang tolong uploadkan kat youtube http://www.youtube.com/watch?v=X_Vt1WPRx7w

bila cuti datang..

Leave a comment

esok semua start cuti..horay!
CNY termasuk mama pun sibuk gak nak cuti walaupun emak dan adik-adik mengatakan wat rugi je cuti bila semua klinik lain tutup..ada yang kata masa ni ler nak cari duit, ada yang bagitau masa ni la nak tolong patient yang xder tempat nak dpt rawatan kalau semua dah tutup..

Walaupun apapun alasan mama akan tutup juga kerana sebab berikut:
*perlu ke beralasan? kan xyah isi borang cuti? ehehehe

Kat rumah penuh dengan saudara mara,emak dan adik-adik serta anak-anak saudara yang datang dari Kedah dan KL .Along dan Angah pun dapat balik semuanya dapat berkumpul serentak..Meriah tau!
.Mana boleh di sia-siakan masa berkualiti bersama mereka.

Emak dah pandai main bowling di KinectxBOX dgn Arep dan Maklang ani serta Pakteh..mak selalu strike tu yang ayah selalu jeles.
Kadang-kadang mak akan leka bercucuk tanam di Fiona’s Garden di iPAD atau bercakap dengan burung hantu ,game feberet mak yang Ajim tolong downloadkan.
Mak pun dah pandai search nama ustaz Kazim kat Utube bila dia nak dengar ceramah ustaz feberet dia ni..Ehhe itu my mother yang dulu xpernah sempat pergi sekolah tapi sangat celik IT bila di ajar.
………
opps nak minta diri dulu ..nnt sambung lagi