Dalam menghayati Perjuanganmu Rasulullah

1 Comment

mosque_prophete_psl_at_night.gif  

CAHAYA SELAWAT-RAIHAN

Ya nabi salam alaika
Ya rasul salam alaika
Ya habib salam alaika
Solawatullah alaika

Ya rasul kau bawa cahaya
Menyinari alam buana
Bumi tandus
Subur kembali
Rasa gembira di hati

Lahirmu membawa rahmat
Memimpin ke jalan selamat
Akhlakmu yang sungguh memikat
Contoh buat seluruh umat

Mulianya pengorbananmu
Kebaikan yang kau seru

Biarpun halangan menimpa
Namun dirimu tetap tabah

Ya Muhammad yang berjasa
Quran dan sunnahlah pusaka
Menjadi panduan manusia
Untuk hidup aman sentosa

Ya Rasulallah…

2 Comments

makka1.jpg  

Yaa Nabi Salam ‘Alaika

Artist: HADDAD ALWI

Album: Cinta Rasul
Song Category: Nasyid

Yaa Nabi salaam ‘alaika
yaa Rasul salaam ‘alaika
yaa Habiib salam ‘alaika
sholawattullah ‘alaika

Asyroqol badru ‘alainaa
fakhtafat minhul buduuru
mitsla husnik maa ro-ainaa
qoththu yaa wajhas suruuri

Anta syamsun anta badrun
Anta nuurun fauqo nuuri
Anta iksiiru wa ghooli
Anta misbaahus-shuduuri

Yaa habiibi yaa Muhammad
yaa ‘aruusal khoofiqoini
yaa muayyad yaa mumajjad
yaa imaamal qiblataini

nak bukti ?

7 Comments

shortstory.jpg

dapat phone call dari sorang client tanya,” kalau nak buktikan adik saya ni dah ditebuk tupai ka tidak. boleh ka?,Dia lari ngan boifren sehari semalam,kami dah jumpa.Tapi depa tak ngaku buat apa apa2″…Laa…apa kena mengena ngan tupai?Adik dia yang lari ngan boifren bukan dengan tupai.Tupai pulak yang salahkan…

Emi masuk wad lagi

Leave a comment

241020061.jpgBaru dapat mesej dari Anjang, ” Emi msk ubat hari ni.platelet 14K.Msk wad.Td dapat hamper dr polis.Mungkin 2hari msk ubat.Esk balik kut.Dia sihat.”

Emi msk wat lagi.Long mai la.”mesej dari Emi , guna enpon abahnya.

OK.Nanti long ajak Long Daa p“balas mama.

Long , depa cucuk sakit la“..mesej Emi lagi

Emi anak menakan saudara mama dah 2 tahun dikesan mengidap ITP tahap chronic diusia 6tahun.Makin kerap pulak kena transfuse Immunoglobulin.Masa cuti Raya Cina hari tu , plateletnya tinggal 3K.Gum Bleeding.lepas transfuse ubat ,naik 102K.

‘Mama , nanti perut Emi kena belah ka?’sebak Anjang adik mama bila Emi dengar penerangan doktor tentang kemungkinan limpa nya di buang.Emi mula memberontak takmau dicucuk ubat.Anjang tepon mama minta pujuk Emi.

Nanti Long  bawa gameboy dan hadiah bagi Emi,nak tak?”pujuk mama ditalian.Alhamdulillah Emi mahu bekerjasama ngan Nurse pastu, ditambah lagi dapat hamper plak sempena Hari raya Cina.

Ini gambar Emi masa mama sekeluarga melawat di spital tempohari.

buku scrap Azim dan Roket angah

Leave a comment

Semalam Azim tido lewat nak siapkan buku scrap siviknya.Mama yang memang suka benar bila tengok anak anak mama buat buku scrap sebab itulah masanya depa akan baca suratkabar,belek satu satu helaian paper tu nak cari bahan.Kalau tidak nak suruh baca  suratkabar memang zero…Tapi kesian tengok tersenggok-senggok dia cuba menyiapkannya…esok Azim ada peksa, pastu petang ada motivasi..pastu malam ada tuisen sekolah pastu…pastu…

Last last mama yang kena belek belek suratkabar pulak carikan bahan dan siapkan….Takpa kan cikgu?Sian anak mama….

Along dan angah memang mama dah boleh berbangga dengan buku scrapnya…along menang wangtunai RM 80 masa darjah enam, angahpun dapat cek besaq  replika je jugak masa darjah enam dulu tapi sampai sekarang dah form 4 duitnya tak dapat lagi.Gurubesarnya pun dah bersara.Sian angah…Tapi usaha sekolah tu sangatlah mama hargai.

Malam sebelumnya, mama temankan angah buat projek sekolahnya juga ‘Roket Berparachute’ sampai waktu orang dah bangun tahajjud..baru angah tido rasanya sebab mamapun dah tertidur….zzzzzzzzzzzzzzzzz….

Esoknya angah bagitau,di sekolah ,roketnya naik tapi parachutenya tak leh kembang….pehal?

bila nak siap ni?

3 Comments

Hospital baru Aloq Staq dengan nama Hospital Sultanah Bahiyah akhirnya siap juga.Sambil pot pet Samy Velu berperang mulut ngan Chua Sui Lek, dengan nafas lega  JKR akhirnya menyerahkan kepada KKM.Pihak KKM pula janji nak belek belek tengok dulu sebelum boleh beroperasi.Kabarnya 6 bulan lagi….? itupun kalau segalanya berfungsi,suisnya, plaknya,mesinnya.Terima kasih pada Samy Velu sebab buat hospital dekat ngan kampung mama.walaupun mama dah dekat 20 tahun merantau tapi mama bersyukur dapat spital canggih macam tu jadi mercutanda masuk ke kampung mama….ayah ngan mak dengan bangganya akan bagitau,”Kampung kami dekat ngan spital baru Aloq Staq”  pada sesiapa aja yang bertanya di mana depa tinggai.

Cuma ada satu yang ayah agak terkilan…jalan masuk ke kampung dah tak macam dulu lagi. jalan dua lorong yang berkilat berturap tar ~500meter hanya cantik dipandang dari jalan besar kemudian berakhir dengan jalan sempit satu lorong, berlubang dan berlopak untuk sampai ke kampung kami yang berada di tengah tengah sawah.Sudah beberapa kali ayah naik turun pejabat gomen nak minta peruntukan lebarkan, turapkan jalan….tapi semuanya hampa.Mungkin sebab pilihanraya pun lambat lagi ,,permohonan ayah sbg JKK kurang diberi perhatian…

mama yang pernah bertugas di pendalaman Kelantan 10 tahun dulu pun heran,sebab batas ban yang merentasi sawah padi menghubungkan dari satu kampung ke satu kampung di sana sebenarnya adalah jalan raya dua lorong yang sangat cantik berturap.Jauh berbeza kalau nak dibandingkan dengan jalan kampung di Kedah yang sangat daif seperti jalan kampung mama…

permata buat isteri

7 Comments

tokngah31.JPGtokngah2.JPG
Ni gambaq Ngah dan PakNgah..makNgah dah tak larat berjalan.Ada kencing manis , Darah Tinggi & Lemah jantung.Depa duduk sebelah umah mama di kampung.Petang petang Pak ngah akan tolak makNgah mai dok bersembang atas pelenggaq kat umah kami.Mama cukup terharu tengok depa ni..kasih sepanjang hayat.

Older Entries