dilema patient

5 Comments

Seingat dah hampir dua bulan lepas mama rujuk kes pesakit yang satu ini,H, ke hospital berpakar didaerah ini.Bengkak di bawah telinga di leher kirinya yang semakin membesar dengan cepat tapi tak sakit itu membimbangkan mama.Dah dua kali dibuat biopsi dispital tu tapi doktor kata tak dapat cukup tisu untuk diperiksa.Ibu muda ini hanya mampu datang mengadu pada mama.Serik dibuat biopsi tanpa bius?Dan perlu dibuat sekali lagi?

Masaalahnya… kesnya sekarang dirujuk ke hospital lain yang akan mengambil masa lagi …Mei depan.
Hati mama semakin bimbang bila melihat bengkak yang pada mulanya hanya bersaiz guli itu sekarang dah hampir memenuhi sebahagian leher kirinya..Ini bukan sesuatu yang perlu ditunggu..next appointment?ohhhh lamanya?hidung dah tersumbat, telinga kirinya dah terganggu pendengarannya pastu ada bunyi berdesing pulak tu begitu melengkapkan telahan mama..tapi apakan daya ..hingga dibuktikan melalui biopsi baru boleh diiktiraf dan mama terikat untuk melakukannya di klinik ini…

Cuma mama boleh cadangkan alternatif lain..

“Ada insuran perubatan tak?kalau ada you pergilah ke hospital swasta mungkin cepat sikit dapat tahu sakitnya”

Dan semalam kakaknya yang datang ke klinik bagitau mama.

Ingat pada adik saya,H doktor dah sahkan dia kena kanser hidung.Dah tahap 3.Sekarang ada kat KL untuk rawatan lanjut.

Rupanya kerana dah taktahan menaggung bengkak, sesak nafas dan herot mukanya(cranial nerve involvement) akhirnya dia terpaksa juga pergi kesepital swasta.Habis 6 ribu hanya untuk nak konfimkan penyakitnya Nasopharyngeal Carcinoma(NPC) stage 3.Tapi untuk teruskan rawatan disitu mungkin takmampu ditanggung belanja …20 ribu untuk operation dan belum lagi kos chemo dan radiation.Dia mohon dirujuk ke hospital kerajaan untuk meneruskan rawatan seterusnya..malangnya setibanya disana disergah doktor disana sebelum baca surat rujukan..Kan apppointment bulan 5..belum masanya lagi? soal doktor marah -marah pada mulanya.Tapi bila dilihatnya gambar CT scan dia mula diam dan akur untuk masukkan ibu ini ke dalam wad.

Aduh!begitu sekali.Ini cerita sikakaknya yang sedang bersedih dengan nasib yang menimpa adiknya.Dia yang perlu memberi sokongan emosi dan psikologi untuk adiknya melalui saat saat begini..anak-anaknya yang masih kecil pun perlu diberi perhatian.Akhirnya kakaknya ini yang stress naik darah tinggi.
Mama hanya mampu bersimpati dan geram sendiri…kenapa mama lupa nak minta nombor enfonnya tadi.Harap dia diberi kekuatan untuk berdepan dengan penyakitnya ini.

NPC ,cancer yang jarang terjadi ,tetapi agak kerap berlaku ke atas masyarakat Cina .dan pada mereka yang suka makan makanan yang panas-panas atau makan ikan(salted fish) atau daging jeruk lebih berisiko…

Jom kita baca sikit artikel mengenai penyakit ini..

Pakar Perunding Otolaringologi yang juga Pakar Bedah Kepala dan Leher, Hospital Pakar Puteri Johor Bahru, Johor, Dr. Archuna Umapathy berkata:

“Kanser nasofaringeal merupakan ketumbuhan yang terbentuk di dalam nasofarinks, kawasan di mana bahagian belakang hidung terbuka hingga ke bahagian atas tekak dan juga di mana saluran telinga akan terbuka hingga ke tekak.

“Kanser nasofaringeal jarang berlaku di negara-negara Barat. Sebaliknya, ia boleh didapati secara meluas di rantau Asia Tenggara dan China Selatan”.

Tidak seperti penyakit-penyakit lain, agak sukar untuk menemui jurnal-jurnal mahupun artikel perubatan yang menyentuh secara terperinci mengenai kanser ini.

Jika pun ada, satu fakta yang tidak dapat dipisahkan dengan kanser nasofaringeal adalah kaitannya dengan kaum Cina.

Ini kerana, kanser nasofaringeal boleh dikatakan unik bagi rakyat Asia sahaja di mana ia kerap ditemui di negara-negara seperti Singapura, Filipina, Hong Kong, Taiwan dan China Selatan. Ia turut direkodkan di Tunisia dan beberapa bahagian di Afrika Utara.

Dr. Archuna berkata: “Di Malaysia, di antara 50 hingga 60 peratus kanser nasofaringeal berlaku di kalangan kaum Cina manakala Melayu, hampir 40 peratus.

“Anda mungkin berisiko tinggi menghidap barah ini sekiranya anda atau nenek moyang anda berasal dari China Selatan khususnya dari Guangzhou (Kanton) atau Hong Kong.”

Siapa lagi yang berisiko

* Lelaki; ketumbuhan adalah tiga kali lebih biasa di kalangan lelaki berbanding wanita

* Berusia lebih 35 tahun; satu umur yang secara relatifnya adalah awal untuk satu-satu kanser berkembang.

Sehingga kini, penyebab utama kepada kanser nasofaringeal masih menjadi perdebatan di kalangan komuniti perubatan.

Penyelidikan berterusan sedang dijalankan dengan meluas bagi mempelajari tentang punca-puncanya.

Sekalipun tidak disokong oleh bukti yang kukuh, para saintis menjurus kepada dua kemungkinan utama iaitu faktor genetik dan persekitaran.

“Seseorang itu barangkali mewarisi kecenderungan untuk menghidap kanser nasofaringeal daripada ibu bapa atau keluarga masing-masing.

“Faktor genetik mungkin merupakan faktor risiko terpenting memandangkan keadaan penyakit itu sendiri yang sering menyerang warga yang berasal dari China Selatan,” kata Dr. Archuna.

Salah satu punca lain adalah kekerapan memakan makanan jeruk atau tinggi kandungan garamnya seperti ikan, daging dan telur masin, sayuran jeruk dan lain-lain sejak dari kanak-kanak lagi.

Kajian mendapati, makanan yang dimasak menggunakan suhu yang tinggi boleh menyebabkan penghasilan bahan kimia yang boleh memusnahkan DNA.

DNA yang rosak ini seterusnya mengubah keupayaan sel-sel untuk mengatur pertumbuhan dan proses replikasi dengan baik.

Harissa – adunan berasaskan cili berempah yang digunakan di Afrika Utara dikatakan mempunyai kaitan dengan risiko kanser nasofaringeal yang meningkat di Tunisia.

Sementara itu di China Selatan, kepercayaan popularnya dikaitkan dengan makanan diawet khususnya ikan masin yang menjadi makanan utama nelayan selama beberapa minggu berada di laut.

“Kemungkinan yang lain ialah kesan jangkitan dari Virus Epstein-Barr, sejenis serangan penyakit yang biasa berlaku di seluruh dunia,” tambah Dr. Archuna.

Bagaimanapun, dengan mengetahui faktor-faktor risiko yang boleh meningkatkan peluang seseorang mendapat penyakit ini, sudah cukup baik sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kebanyakan kes kanser nasofaringeal boleh dikesan pada peringkat awal penyakit lagi kerana ia menunjukkan gejala-gejala yang menyebabkan pesakit perlu mendapatkan perhatian perubatan.

“Malangnya, sesetengah darinya sama sekali tidak memperlihatkan sebarang gejala sehinggalah penyakit sudah sampai ke peringkat yang lebih teruk,” ujar beliau.

Sebahagiannya juga mungkin menunjukkan gejala-gejala yang lebih kelihatan seperti boleh dikaitkan dengan penyakit biasa dan bukannya kanser.

Ada juga benigna yang boleh menghasilkan beberapa gejala seperti kanser nasofaringeal dan penilaian perubatan adalah satu-satunya untuk memastikan kewujudan NPC atau sebaliknya.

Dalam kes-kes tertentu di mana masalah hidung seperti resdung atau rinitis kronik adalah biasa, gejala hidung yang dianggap tidak penting ini selalunya akan dibiarkan begitu sahaja beberapa bulan lamanya sehingga tanda akhir kelenjar leher metastatik muncul.

Petanda awal kanser nasofaringeal

– Titisan hidung

– Masalah hidung berdarah

– Hidung tersumbat

– Masalah pendengaran di sebelah telinga atau rasa berdesing di sebelah atau kedua-dua telinga.

Tanda-tanda lain (mungkin sudah lewat)

– Penglihatan menjadi berganda atau kabur akibat serangan saraf-saraf yang mengawal pergerakan mata

– Pening kepala

– Rasa kebas di separuh bahagian muka

– Mengalami masalah pertuturan

– Terdapat ketulan di leher.

Mujurlah peluang untuk menyembuhkan kanser nasofaringeal adalah tinggi, di antara 80 hingga 90 peratus sekiranya ia berjaya dikesan pada peringkat awal lagi.

“Apabila kanser disahkan pada tahap lewat, peluang penyembuhan akan merosot di antara 30 hingga 40 peratus,” kata Dr. Archuna.

Jika terdapat salah satu daripada tanda-tanda atau gejala-gejala seperti di atas, doktor akan melakukan sesi interbiu dengan pesakit bagi mengetahui tentang sejarah keluarga, menjalankan pemeriksaan fizikal dan beberapa prosedur perlu.

“Doktor akan menggunakan kaedah endoskopi untuk cuba melihat kanser tersebut di mana sebuah kamera kecil di hujung satu tiub yang halus akan dimasukkan ke dalam hidung pesakit bagi membolehkan doktor melihat dengan lebih dekat ketumbuhan kanser tersebut.

“Ketika menjalani ujian endoskopi, doktor akan mengambil secebis kecil ketumbuhan tersebut sebagai sampel biopsi. Cebisan ketumbuhan ini akan dihantar ke makmal untuk diperiksa menggunakan mikroskop,” jelasnya lagi.

Doktor juga mungkin meminta pesakit menjalani ujian imbasan tomografi berkomputer (CT scan) atau pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk menentukan saiz ketumbuhan tersebut.

Dr. Archuna menegaskan agar mana-mana individu yang mengalami tanda-tanda kanser nasofaringeal agar segera berjumpa bagi membolehkan diagnosis yang tepat dibuat dan rawatan yang berkesan dimulakan.

Selalunya, gejala pertama kanser nasofaringeal yang dikesan oleh pesakit adalah bengkak pada leher yang bermakna, kanser telah merebak ke leher.

Keadaan itu menunjukkan bahawa ketumbuhan di belakang kerongkong telah berkembang selama beberapa bulan atau tahun dan melewati peringkat pertama.

Rawatan

Kata Dr. Archuna, pemulihan boleh dilakukan sekiranya kanser tersebut tidak merebak ke bahagian tubuh lain.

“Rawatan radiasi dan kemoterapi adalah rawatan standard untuk memulihkan penghidap barah nasofaringeal.

“Walau bagaimanapun rawatan radiasi dan kemoterapi akan menyebabkan pesakit berasa letih, dahaga dan sakit di dalam perut. Pesakit juga mungkin berasa pening selepas rawatan radiasi dilakukan,” ujar beliau.

Pembedahan hanya akan dilakukan sekiranya insidens kanser nasofaringeal berulang semula setelah pesakit diberikan rawatan radiasi.

Statistik berkaitan

– Saban tahun, lebih 50,000 orang di rantau ini meninggal dunia disebabkan oleh kanser nasofaringeal

– Adalah dianggarkan di antara 15 hingga 20 kes kanser nasofaringeal dilaporkan bagi setiap 100,000 orang di Hong Kong.

soul touching poem

2 Comments

Soul Touching Poem – Must Read

I went to a party Mom,
I remembered what you said.
You told me not to drink, Mom,
So I drank soda instead.

I really felt proud inside, Mom,
The way you said I would.
I didn’t drink and drive, Mom,
Even though the others said I should.

I know I did the right thing, Mom,
I know you are always right.
Now the party is finally ending, Mom,
As everyone is driving out of sight.

As I got into my car, Mom,
I knew I’d get home in one piece.
Because of the way you raised me,
So responsible and sweet.

I started to drive away, Mom,
But as I pulled out into the road,
The other car didn’t see me, Mom,
And hit me like a load..

As I lay there on the pavement, Mom,
I hear the policeman say,
“The other guy is drunk,” Mom,
And now I’m the one who will pay.

I’m lying here dying, Mom….
I wish you’d get here soon.
How could this happen to me, Mom?
My life just burst like a balloon.

There is blood all around me, Mom,
And most of it is mine.
I hear the medic say, Mom,
I’ll die in a short time.

I just wanted to tell you, Mom,
I swear I didn’t drink.
It was the others, Mom.
The others didn’t think.

He was probably at the same party as I.
The only difference is, he drank
And I will die.

Why do people drink, Mom?
It can ruin your whole life.
I’m feeling sharp pains now.
Pains just like a knife.

The guy who hit me is walking, Mom,
And I don’t think it’s fair.
I’m lying here dying
And all he can do is stare.

Tell my brother not to cry, Mom.
Tell Daddy to be brave.
And when I go to heaven, Mom,
Put “GOOD BOY ” on my grave.

Someone should have told him, Mom,
Not to drink and drive.
If only they had told him, Mom,
I would still be alive.

My breath is getting shorter, Mom.
I’m becoming very scared.
Please don’t cry for me, Mom.
When I needed you, you were always there.

I have one last question, Mom.
Before I say good bye.
I didn’t drink and drive,
So why am I the one to die?

Don’t Mix Drinking And Driving…

sesi takder kerja..

2 Comments

Terjumpa video klip ni yang dihasilkan oleh produksi kecil mama,Angah ,Ajim,Arif dan sepupu mereka Lop.Masa tu Lop masih sekolah rendah lagi..sekarang dia dah form 5.Hanya berbekalkan kamera digital mama inilah dia..hasilnya jeng!jeng!..Psst…pssst.. jangan bagitau Ajim tau.

mengharap hujan emas

1 Comment

kerja tarak
overtime tarak
gajipun tarak..apa mau makan?tokeh suka -suka suruh cuti..kerjapun 3hari saja seminggu.
Hari-hari saya makan satu kpeing roti saja.Lagi 3bulan saya musti balik Bangla.Duit tarak mau bayar tambang..tokeh kata kerja sindiri cari.
Hari-hari kami orang jadi sakit- sakit..

Mana taknya..toke prosok satu kontena hampir 50orang.Kontena takder tingkap..takder kipas..takder lampu.
Mama cuba bayangkan sesak dan semputnya mereka didalam tu.Padan ler dua hari lepas sorang sorang Mat Bangla mengadu kenapa badannya semakin susut sangat..dia tunjuk gambar passportnya masa mula-mula datang dulu..masih tembam pipinya masih hensem macam shah rukh khan..tengok sekarang macam tengkorak berjalan aje..cengkung matanya dah timbul tulang belulang..teruk sangat kerja ke atau dah kebuluran diaorang ni…

Gawat..gawat makin mencengkam.Ramai pendatang yang takder kerja..pastu bosnya main lepas tangan ..melilau biarkan diaorang cari makan sendiri..walaupun diaorang pendatang kena juga ada sifat peri kemanusiaan bila dalam hal hal gini.Dulu masa diaorang diperlukan teruk diaorang disuruh kerja siang dan malam,dah gawat gini jangan biar lepas tak ambik peduli.Takut nanti bila perut dah lapar tak disi ..takdapat kawal diri..bertindak ganas baru nak dipeduli?
Pada pengamatan mama di sini kalau pendatang Bangla, Indon atau India yang bekerja diladang felda lebih bernasib baik..bila sakit dihantar, bil ubat dibayar.Yang kerja kontrak pembinaan dengan toke ‘baba’, ,sakit pengsan demam panas kat kongsi pandai-pandai ler datang sendiri ke klinik..
Pemuda Nepal,Mat Mynmar atau Mat Bangla yang kerja kilang pun sama cam gitu..kurang bernasib baik.Nampak riak muka mereka caam stress aje bila cerita keadaan tempat tinggal dalam kontena yang bersesak sesak tu..pastu kalau lapur kat bahagian kesihatan cam DOSH tu depa peduli ke?Aatau nak suruh Datin Irene Fernandez mai tengok?
Pendedahan Mazidul kat TV3 semalam tak sempat tengok..mungkin camtu gak kot?

Dangai

7 Comments

Kenapa mama suka sangat beli kueh ini?

soal Ajim bila melihat mama borong kueh yang satu ini di pasarmalam.Ini namanya kueh dangai, anakku.Kuih yang mempunyai nostalgia dalam hidup mama.Kuih yang wajib mama beli bila terjumpa.Kenapa?
dsc00617
Kueh yang dibuat dari tepung pulut yang digaul dengan gula dan nyior muda ini sangat sedap kalau dimakan panas-panas.agak keras bila dah sejuk.Rasanya lemak lemak manis masin dan hmmmmm sedap.
dsc00616

Masih ingat masa remaja dulu, pecah pecah tapak tangan ini bila setiap hari mama akan menumbuk beras pulut yang emak rendam semalaman untuk dijadikan tepung menggunakann lesung penumbuk .rupa lesung lebey kurang camgini..pernah tengok tak?
lesung-kayu_menumbuk1

Setiap hari selepas balik dari mengaji quran inilah tugas mama,tumbuk ..ayak..tumbuk …ayak.Beras pulut yang agak liat akan melekat di lesung menyusahkan mama.Melepuh tangan dibuatnya berat mengangkat penumbuk kayu buatan ayah….tapak tangan yang perit melepuh yang takpernah mama merungutpun pada emak kerana mama tahu emak pun penat seharian bekerja di bendang….akhirnya siap tepung pulut yang akan dimasak menjadi kueh dangai awal pagi esok.

Awal pagi esok bila emak akan siapkan kueh dangai ni.Ayah akan kukur kelapa muda, yang akan emak gaulkan dengan gula sedikit garam dan tepung pulut pastu masukkan dalan acuan besi yang dah disapu sedikit minyak gini..
dangai
pastu dibakar diatas bara api.Dulu emak guna dapur kayu jenuh berasap ler penuh umah ..
100_1212

Bila dah masak tugas mama sebelumke sekolah … potong dan cantumkan kueh tu hingga jadi gini.
dangai250
Dan kemudian ayah akan hantar ke kedai -kedai kopi sekitar pekan Alor Setar setelah menghantar mama ke sekolah.Walaupun harganya tak seberapa tapi cukup untuk menampung belanja sekolah kami adik beradik.Cuma agak sedih bila kadang-kadang ayah balik dengan kueh yang berbaki tak habis dijual…tetapi kami tidak pernah kecewa untuk menjualnya lagi esok dan esoknya…

Cuma sekarang mama rasa membuat kueh dangai agak mudah bila mereka mungkin gunakan tepung pulut yang dah siap dimesin tak perlu ditumbuk lagi… rasanya mungkin agak kering dan be’rampas’ gitu.
Tapi yang pasti mama wajib beli bila terjumpa kueh dangai dijual kerana menghargai…mama pernah merasa susah untuk menyediakannya dan memperolehi rezeki darinya..

my ER

Leave a comment

Kucing kami, ER sangat sangat la kamceng dengan abah.Dimana ada abah disitu ler dia.Lepak jer yang lebih.
dsc00684

Kesian gak tengok dia ni yang yatimpiatu di tinggalkan sendirian di surau..tapi pandai memanjakan diri.
dsc006912

20.02.09

4 Comments

angah22
Selamat harijadi Angah…dah remaja anak mama ni..seperti anak -anak mama yang lain..Tiada hadiah berharga kecuali poem ini…

ALWAYS MY SON

You are my son, a part of me, and that will never change,
No matter what you do in life my love will still remain.
I held you as a baby and I looked into your face,
And I knew then, no other one could ever take your place.

I knew then as I held you, you would grow to be a man,
And anything you did in life I’d try to understand.
I knew you would make choices and would follow your own heart,
I only prayed that in your life I’d always have a part.

I knew some things you did in life would give me so much pride,
But also realized some things would tear me up inside.
I only want the best for you and want you to succeed,
And want you to find happiness with everything you need.

I can only guide you and give you a helping hand,
You will choose the path to take now that you are a man.
Along the road that you will choose, whatever that may be,
Just remember this my son that you can count on me.

I will not try to push you to live life in my own stride,
I only promise I will love you and stand by your side.
I know that you will make mistakes and life is full of them,
But realize my love for you will not let me condemn.

I know this life’s not perfect and we do the best we can,
Just realize I love you and I’ll always understand.
I knew one day you would grow up and you would leave my nest,
I will do what I can for you and let God do the rest.

I have held you in my arms and done the best I can,
Now I pray that God will hold you now that you’re a man.
Just remember in my heart you are a special one,
And I will always proudly tell the world, “this is my son.”

Older Entries