Target..

Leave a comment

Jadilah orang yang baik, bila ada dihormati, bila tiada di dirindui  bila mati ditangisi.

Jangan jadi orang yang jahat, bila ada di benci, bila tiada dikeji bila mati disyukuri.

Terjumpa catatan ini yang pernah mama tulis di buku conteng Azim.

Advertisements

panggilan Haji

Leave a comment

Jenuh pakcik tunggu selama ini nak pergi haji,akhirnya nama Pakcik masuk juga dalam senarai haji tahun ni..tapi bila  peksa ngan doktor , dia kata Pakcik tak boleh pergi pulak…oooo mana boleh macam tu.Dia ingat kalau pakcik tak pergi boleh sembuh sakit pakcik ni?.Biar pakcik mati disana pun tak apa..lagi dekat dengan nabi kita

Begitulah cerita Pakcik peneroka yang ‘sakit hati’ sangat bila dia taklulus untuk pemeriksaan kesihatan haji untuk tahun ni.Pakcik yang memang sekian lama sakit darah tinggi disahkan mempunyai bengkak jantung kiri( Left ventricular hypertrophy) ….fenomena ‘biasa’ pesakit darah tinggi yang kemudiannya bertekad berjumpa doktor lain (doktor itu bukan mama tau) yang akhirnya meluluskan pemergiannya .Pakcik nampak ceria ,tidak penat dan masih gagah nampaknya berbanding diagnosis yang diberikan.

Cuma problem lain pulak menduga…. isterinya yang akan pergi bersama diserang demam Chikungunya..jadi dari jauh dia datang untuk berubat.

‘Insyaalah boleh sembuh dan makcik boleh pergi nanti.Kita sama-sama berdoa.Jangan risau kalau betul nama pakcik dan makcik sudah ada dalam senarai tetamu Allah tahun ini..insyaalllah Allah akan izinkan pakcik makcik berada di sana walau bagaimana cara sekalipun “kata mama memberi semangat pada makcik yang sudah nampak kecewa…masa berangkat dah semakin hampir.

Begitulah sakit fizikal kadangkali dapat diatasi dengan semangat spiritual pesakit untuk melakukan sesuatu yang sangat diingini meraka.

Cuma kadang -kadang doktor sebagai perawat muda ada yang agak taksub dengan prognosis yang dibaca dari teksbook semasa di medical school dulu…hingga kita lupa yang dateline mati bukan urusan kita.Kalau seperti patient ini yang lebih bahagia mati setelah dapat apa yang dihasratkan macamana?”mati dalam senyuman” ..seperti dialog filem P.Ramlee semasa jadi ketua penyamun tu… siapa yang boleh menghalang mereka kan?

Bab kesusahan dan kepayahan semasa menjalani ibadat itu dianggap sebagai ujian oleh mereka ..bukan kah begitu cakap ustaz semasa mama dengar ceramah kursus haji dulu? Jadi itulah berbezanya mereka bila berdepan dengan kepayahan semasa disana..begitu redha dan tekunnya mereka beribadat.Begitulah yang mama lihat semasa berada di sana dulu.Cuma kadang-kadang kepayahan itu di salahgunakan oleh pengendali haji yang seolah sengaja mengambil kesempatan ke atas jemaah atas sebab “redha ujian”.

Pernah rombongan haji mama ditempatkan seperti sardin disebuah bilik sempit hinggakan nak berlunjur kakipun payah semasa menunggu waktu wukuf di Mina..

“Sabar ya ini ujian Allah” kata mutawif yang mengiringi pasukan kami, jemaahnya.Dia dan kengkawannya bertiga bahagia bergolek santai di bilik yang luas dan lapang.

“Maaf puan, ini bukan ujian… ini mengambil kesempatan keatas jemaah namanya.Apa puan tidak kasihankan kami musafir yang diseksa begini? ” tegur mama yang kemudiannya jemaah jemaah lain boleh menarik nafas lega setelah mendapat bilik tambahan lain yang lebih luas dan selesa.

Dah tu sebelum pergi mereka ini dah berjanji manis kalau kita pergi dengan mereka swasta..tup tup bila tiba di sana segalanya dikatakan ujian…

Terkejut mama bila abah bagitau Pakcik yang tercungap penat akibat heart failure di’kurung’ di bilik keseorangan sementara menunggu kami selesai melontar di Mina.Ustaz yang mengiringi kami yang juga kebetulan anak saudara pakcik ini hanya berkata ” Nak buat macamana mungkin itu ujiannya kot,terima ajelah.Dia kena tunggu hingga kita selesai melontar di Mina baru boleh uruskannya.”

“Huish! ustaz jangan gitu..kita hantar dia ke hospital boleh diberi rawatan.Kalau dibiarkan sendirian dalam bilik tu takada perasaan belas-ehsan namanya tu” tempelak mama.Petang itu juga pakcik dimasukkan ke hospital dan kemudiannya mama nampak dia dah boleh tawaf wida’ bersama kami walaupun berkerusi roda sebelum berangkat pulang.

Jadi selamat berangkat dan semoga mendapat haji yang diterimaNya.

Ohhhh!mama dah rindu untuk ke sana semula.Labbai kallah!…

Chiku-ngunya or chiku-punya?

Leave a comment

ruam di lengan

ruam di lengan

“Kalau sah kata doktor penyakit Chiku tu saya kena balik pergi pasar cari buah ciku” kata patient selamba dan bersungguh.Wabak chikungunya masih banyak,setiap hari lebih dari 10 kes yang datang,kadang-kadang serumah, ada yang sekampung.Pendidikan kesihatan tentang penyakit ini tak sampai pada dia lagi mungkin?

Mama senyum dan tanya “kenapa pula nak beli buah ciku?”

“Deme kata kena makan buah ciku banyak-banyak untuk lawan penyakit ni sebab ini penyakit chiku- punya”Hahahah..ooooo itu antidotnya…mama tak dapat nak kawal geli hati tapi hanya ketawa di mata.Mana nak cari buah ciku yang dah payah nak dapat sekarang ni?Pokok ciku mama kat belakang umah tu pun asyik berbuah kematu saja.

Kesian mereka salah maklumat ni…Chikungunya tak sama dengan ciku-punya, juga tak serupa dengan cikgu-punya seperti yang diseloro oleh pakcik pakcik yang agak nakal mindanya.

Yang kena sejak 3 bulan yang lalu selepas raya datang kembali sakit sendinya…Mungkin sebab makan pulut @lemang atau kuah kacang nasi impit ke yang jadi gitu?.Patient buat hypothesisi sendiri.

“Biar ler makcik dapat sakit lain tapi jangan lagi dapat sakit ni.Sakit di segenap (ertinya disetiap) sendi .Payah nak bergerak.Nak alihkan badan bila tidur malam pun payah” kata sorang makcik yang takdapat nak buat ketupat raya tahun ni,terkilan bila cucu balik nak makan ketupat raya opah tak kesampaian.Sakit dipergelangan tangannya nak pulas daun palas pun payah.Begitulah deritanya mereka.

“Haaa!ubat apa yang doktor bagi kat emak saya hinggakan dia dapat allergik merah seluruh badan macam ni?” dakwa pemuda India berseluar Khaki suatu petang.Emaknya datang 4 hari yang lepas dengan demam dan sakit sendi tiba-tiba.Chikungunya ni…dah mama bagitau kat patient hari tu melalui jurubahasanya..ehehe mama tak pandai bahasa Tamil..kalau setakat valli=sakit,muchu=penat ,tu tau ler sikit sikit.Dah bagitau pun ..mungkin akan keluar ruam merah kat badan dalam tempoh 4-5hari selepas demam…betul kan?.Ni ruam demam Chiku bukannya allergik..kalau allergik ubat takyah tunggu 4hari nak!Anaknya yang nampak agak educated mohon maaf dengan tuduhannya selepas mama jelaskan padanya.Bapanya hanya diam mengangguk kerana dia pun mangsa tikaman Aedes durjana itu juga dah melaluinya, demam,sakit sendi dan ruam.

Lagi haru bila pemuda Melayu,29 tahun ni pesakit psoriasis yang penuh kuping merah seluruh badan,berjalan terkepit kepit menahan lututnya yang sakit dan muka panas menyala di papah emak dan bapanya yang baru lega demam Chikungunya 2minggu lalu mengadu;

“Demam,sakit sendi baru pagi tadi”sambil menunjukkan setiap sendinya yang lenguh dan panas bengkak serta sakit tu.Psoriatic arthritis tak sesakit gini.

..macamana ler kalau ruam itu pulak timbul dibadannya yang sudah berkuping merah itu selepas ini?Tentu derita dia ni.Mudah-mudahan virus Chikungunya tak mengganas dan bertimbangrasa dengan pesakit psoriasis ini.Amin.

Dan tersentak juga bila ada patient bagitau”Orang bagitau ( siapa?ex-Chiku patient ke?) kalau demam gini kena datang klinik ini” ….Hish! kamu?sambil point pada diri sendiri…jangan tumbuh tanduk atas kepala.Ingat pada Tuhan yang menyembuhkan.

Be a great doctor?

Leave a comment

Pernah melihat cerita Patch Adams?ceritanya sangat menarik dan menjadi aspirasi terutamanya untuk bakal bakal doktor menontonnya..

from XXXL to M

4 Comments

Dulu ….

Terkenang suatu ketika dulu susahnya mencari baju untuk Along sentiasa over size dari sejak lahir hingga sekolah menengah..

Setiap kali ingin membeli baju terpaksa mencari di kedai di T.I yang limited pilihan dan kalernya.Seluarnya pulak kena cari kat bahagian dewasa walaupun masa tu dia baru di sekolah rendah ,beli seluar minta tolong Ayangnya atau akan bawa ke kedai untuk dipendekkan kaki seluarnya..

Tapi alhamdulillah sekarang Along dah berubah dari tRIPLE X menjadi M…

sama tapi berbeza

2 Comments

Ajim yang suka nyakat Arif tangkap lentuk ngan abahnya

Ajim yang suka nyakat Arif tangkap lentuk ngan abahnya

“Apa yang sama antara ampaian kain dengan talipon?” tanya Arif berteka- teki dengan mama dan abah.

“Kedua duanya guna tali” abah jawab gitu dan mamapun jawab yang sama.

“Hahaaha…tadi masa cikgu tanya ramai dalam kelas yang jawab gitu, tapi salah kata cikgu”jawab Arif tersenyum dapat mengalahkan mama dan abah kali ini.

Dah tu apaaaa????”…..siapa tau?

JOM!…

Leave a comment

Melihat kepada tajuk tajuk yang akan dibincangkan rasanya rugi untuk melepaskan peluang mengikuti saintifik meeting kali ini.Jom sertainya…

TENTATIF PROGRAM

MESYUARAT SAINTIFIK TAHUNAN PPIM PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-10

Sabtu, 18 Oktober 2008

0700 – 0800 Pendaftaran

0800 – 0815 Bacaan Doa dan Bacaan Quran

(Pengerusi : Dr. Basir / Hj. Hisham)

0815 – 0900 Syarahan Pembukaan:

Menyedari Tanggungjawab Pengamal Perubatan yang Holistik

Prof. Dr. Muhaya Mohamad

(Pengerusi : Dr. Basir / Hj. Hisham)

0900 – 0930 Acara Perasmian

Kata-Kata Aluan:

1. Dr. Hj. Abdul Karim Tajudin

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur

Mesyuarat Saintifik Tahunan Ke-10 PPIM

2. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Hj. Mohd Ismail Merican

Ketua Pengarah Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia

0930 – 1015 Syarahan Az-Zahrawi

Dr. Danial Zainal Abidin

(Pengerusi : Prof. Dr. Abu Bakar Abdul Majid)

1015 – 1045 Minum Pagi

1045 – 1130 Plenari I

Cabaran Baru untuk Pengamal Perubatan Muslim

SS Dr. Mohd. Asri Bin Zainul Abidin

(Pengerusi : Prof. Dr. Abu Bakar Abdul Majid)

1130 – 1300 Simposium I

Isu-Isu Sosial di Bidang Perubatan (Wanita & Kanak-Kanak)

Panelis :

1. Dr. Maimunah Mohd Fadzil

2. Dr. Norrashidah Wahab

3. Ustaz Helmi Mohd Nuri

4. Dr. Amaluddin

(Pengerusi : Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed)

1300 – 1415 Makan Tengahari dan Solat Zuhur Berjemaah

Imam : Ustaz Haslin Baharim

1415 – 1545 Simposium II

Cabaran Pengamal Perubatan dalam Mengatasi Isu-Isu Sosial

(Remaja & Dewasa)

Panelis :

1. Dr. Hj. Abdul Karim Tajudin

2. Dr. Fauzi Ismail

3. Ustaz Haslin Baharim

4. Prof. Dr. Abdul Rashid

(Pengerusi : Dr. Basir Towil)

1545 – 1630 Plenari II

Integriti Remaja : Peranan Ibubapa dalam Pencegahan dan Perawatan

Dr. Alini Marzuki

(Pengerusi : Dr. Hanun Fauziah)

1630 – 1715 Kualiti dan Penyelidikan oleh Pengamal Perubatan Muslim

Dr. Hj. Azman Abu Bakar

(Pengerusi : Dr. Ramdzan Jamil)

1715 – 1730 Minum Petang dan Solat Asar

Ahad, 19 Oktober 2008

0815 – 0845 Tazkirah Pagi

Dato’ Dr. Haron Din

(Pengerusi : Prof. Dr. Abu Bakar Abdul Majid)

0845 – 1015 Simposium III

Rukhsah Pesakit, Dilema Doktor dan Pesakit

Doktor Bertanya, Ustaz Menjawab

Panelis :

1. Dato’ Dr. Haron Din

2. Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed

3. Prof. Madya Dr. Naimah

4. Dr. Fauzi Ansar

(Pengerusi : Dr. Jeffrey Abu Hassan)

1015 – 1100 Plenari III

Isu-Isu Sosial dalam Bidang Perubatan

Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj

(Pengerusi : Dr. Wan Hamilton)

1100 – 1145 Jamuan Ramah Mesra

1145 – 1230 Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan PPIM Ke-10

1230 – 1300 Upacara Penutup

Older Entries