Menjelajah Puncak Jerai

Leave a comment

Akhirnya tiba juga ayah di puncak Gunung Jerai ni walaupun kereta kami berasap separuh jalan..
Seumur hidupnya ni 1st time sampai puncak gunung ni yang selama ini nampak berbalam dari kampong kami..anakmu pun sama juga ayah..sejuk dan nyaman di atasnya..di kejauhan terbentang petak-petak bendang daerah Yan yang bersempadan dengan laut biru memberi view yang sangat osem..
Cuma cuaca ari tu agak berawan ari nak hujan..dan pendakian jalannya agak mendebarkan..

Puncak Jerai 986meter dari paras laut..”ayah dah sampai dah ,ni buktinya” kata ayah puas..image

Dahsyatnya Doa

Leave a comment

Dahsyatnya Doa
“Duduk Diantara Dua Sujud”
Ketika orang ditanya,
“do’a apakah yang paling sering dibaca oleh seorang muslim ?”,
Banyak yang menjawabnya dengan salah. Begitu seringnya do’a itu dibaca, sehingga ketika sedang membaca do’a banyak yang tidak merasa berdo’a. Padahal do’a itu sangat dahsyat, mencakup keperluan kita di dunia dan akhirat. Dan dibaca minima 17 kali setiap hari.
Do’a itu adalah
DO’A DIANTARA DUA SUJUD, marilah kita renungi maksudnya :

√ ROBIGHFIRLII,
Wahai Tuhan ampunilah dosaku. Dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat melangkah menuju ke redhaan Allah. Dosa adalah kotoran hati yang membuat hati kelam sehingga hati kita merasa berat untuk melakukan kebaikan.

√ WARHAMNII,
Sayangilah diriku. Kalau kita disayang Allah, hidup akan terasa bahagia, kerana dengan kasih sayang akan dapat dicapai semua cita2. Dengan kasih sayang Allah diri kita akan terbimbing.

√ WAJBURNII,
Tutuplah segala kekuranganku. Banyak sekali kekurangan kita, kurang syukur, kurang sabar, kurang menerima kenyataan, mudah marah, pendendam dll. Kalau kekurangan kita ditutup/diperbaiki Allah, maka kita akan menjadi manusia sebenarnya.

√ WARFA’NII,
Tinggikanlah darjatku. Kalau Allah sudah meninggikan darjat kita, maka pasti tidak ada manusia yang boleh menghinakan kita.

√ WARZUQNII,
Berikanlah aku rezeki, sebagai hamba Allah kita memerlukan rezki. Allah mampu mendatangkan rezeki dari arah yang tak terduga dan tanpa perhitungan.

√ WAHDINI,
Berikanlah aku petunjuk/bimbinglah aku ke jalan kebahagiaan. Kita tidak hanya minta petunjuk/hidayah yang berkaitan dengan agama. Tetapi kita juga minta petunjuk agar terhindar dari mengambil keputusan yang salah.

√ WA’AAFINII,
Berikanlah aku kesihatan.
Apabila kita sihat kita boleh menambah kebaikan dan manfaat serta tidak menjadi beban orang lain. “Health is not everything, but without health everything is nothing.”

√ WA’FUANNII,
Aku mohon agar kesalahanku dihapus dari catatan. Kita awali do’a ini dengan mohon ampun dan kita akhiri dengan permohonan agar catatan dosa kita dihapus. Sehingga kita benar-benar bersih dari dosa seperti bayi yang baru lahir.

Allah memerintahkan kita untuk membaca do’a itu, Rasulullah mencontohkan kepada kita, menurut logiknya do’a tersebut pasti dikabulkan.

TAPI PERSOALANNYA
“DIMANA HATI DAN FIKIRAN KITA KETIKA KITA MEMBACA DO’A ITU ?”
RASULULLAH MENGINGATKAN KITA BAHAWA,
“ALLAH TIDAK AKAN MENGABULKAN DO’A YANG KELUAR DARI HATI YANG LALAI.”
SEMOGA BERMANFAAT
#Tazkirah

Abasa-Neraca Allah vs neraca manusia

Leave a comment

drzeze:

Blog yang bermafaa

Originally posted on Dh|ya Ulkahf|:

Surah ‘Abasa merupakan antara surah yang terletak dalam kalangan juzu’ amma dan punya bingkai cerita yang  berlatar belakang persis kebanyakan juzu’ amma yang lain iaitu menceritakan hakikat dunia yang fana yang pasti akan berakhir yakni dengan Hari Qiamat.

Namun begitu, Surah ‘Abasa punya asbab nuzul yang istimewa sebagai pengajaran  kepada para daie yang disampaikan melalui murobbi agung kekasih Ilahi, Rasulullah s.a.w.

Secara keseluruhan, Surah ‘Abasa terbahagi kepada empat bahagian iaitu :

  1. 1.    Peristiwa si buta Abdullah Ibn Ummu Maktum- yang menjadi asbab nuzul kepada surah ini.
  2. Keingkaran dan kekufuran manusia, peringatan asal-usul kejadian manusia, kemudahan untuk memilih jalan hidup & urusan kematian dan kebangkitan semula. (Ayat 17-23
  3. Keajaiban makanan sebagai satu mukjizat.
  4. Hari Qiamat- suasana dan keadaan manusia.

Ayat 1-16: Peristiwa Abdullah ibn Ummu Maktum

Suatu hari, ketika Abdullah ibn Ummu Maktum datang kepada Rasulullah untuk mengetahui lanjut tentang agama islam, baginda memalingkan wajahnya. Atas sebab waktu itu, baginda merasakan…

View original 1,319 more words

Tafsir Surah Waqiah Ayat 58 -96

Leave a comment

drzeze:

Sambungan Tafseer surah Al -Waqiah…

Originally posted on Tafsirsunnah's Blog:

Ayat-ayat sebelum ini adalah tentang kejadian Hari Kiamat yang maha dahsyat itu. Kemudian diterangkan tentang tiga golongan:

Muqarrabin: Mereka ini adalah golongan yang tidak dihisab. Terus masuk syurga tanpa dihisab. Memang dibaca kitab amalan mereka, tapi hanya dibaca sahaja. Seang sahaja pertimbangan kepada mereka.

Golongan Kanan: Golongan ini dibaca Kitab Amalan mereka. Tapi mereka akhirnya selamat dan dimasukkan ke dalam syurga. Ini juga golongan yang bertuah.

Golongan Kiri: Ada kalangan orang beriman yang masuk neraka dahulu kerana mereka berdosa. Dan mereka lalai dalam memohon ampun kepada Allah. Kita sebagai manusia dan jin, sentiasa melakukan dosa, setiap hari. Apa yang kita perlu lakukan adalah memohon ampun kepada Allah. Masalahnya, ada yang tidak mohon ampun. Cuba kita tanya orang yang tak solat dan tak puasa. Mereka tidak pun meminta ampun atas dosa-dosa mereka. Kalau mereka beriman, mereka akan dimasukkan ke dalam neraka, dan apabila mereka telah diazab atas dosa-dosa mereka, mereka…

View original 3,932 more words

Tafsir Surah Waqiah Ayat 1 – 57

Leave a comment

drzeze:

Tadabbur surah Al-Waqiah share ya…

Originally posted on Tafsirsunnah's Blog:

Pengenalan:

Surah ke 56 ini mengandungi 96 ayat. Turun di Mekah. Banyak fadhilat dengan membaca surah. Banyak yang mengamalkan membacanya kerana dikatakan bahawa ianya akan memurahkan rezeki kita. Hadis yang mengatakan fadhilat membaca Surah al-Waaqiah ini akan memurahkan rezeki adalah dari hadis yang dhaif. Tapi ada ayat-ayat dalam surah ini yang boleh digunakan untuk kita berdoa kepada Allah supaya memberi rezeki kepada kita.

Hadis itu berbunyi begini: “Barangsiapa membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa kesusahan untuk selamanya.” Hadis ini didhaifkan oleh Syaikh al-Albani.

Surah ini adalah berkenaan tauhid fil akhirah. Iaitu tentang mengesakan Allah dalam penciptaan Hari Pembalasan. Iaitu kita hendaklah beriman kepada Hari Kiamat, tiupan sangkakala, Padang Mahsyar, Kebangkitan semula, Syurga dan juga Neraka. Tidak patut kalau kita tidak tahu tentang perkara-perkara ini. Kerana Allah telah menceritakannya dalam Quran. Kalau kita tidak tahu, bermakna kita lah yang tidak belajar Quran. Selalunya, orang kita hanya…

View original 5,411 more words

Kasih mengasihi..

Leave a comment

  • Image

Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, “Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.

 

Al-Kahfi Hari Jumaat terisi

Leave a comment

Assalamualaikum

aduh lamanya tak update bloq ni.

malam ni xboleh lelap lagi.

jadi nak isi dengan sedikit ilmu baru dapat tadi.

selalu bila hari Kamis masuk maghrib lazimnya selepas solat maghrib kita baca surah Yasin kan tapi sepatutnya kita lazimi juga al-Kahfi, al-waqiah atau AR-Rahman…
Selalunya tu agak sukarcnak habis sekali gus baca Al-Kahfi sebab ayatnya panjang 110 ayat terlepa lelap mata nak habiskannya..tapi bila baca Quran yang ada makna baru tahu cerita di dalamnya..so kita wat camni
Lepas maghrib baca ayat 1-32…
Pas isyak kita sambung ayat 32-59 citer kisah tuanpunya kebun
Esok sebelum subuh kita sambung dengan ayat 60-82 pulak ..kisah Nabi Musa nak berguru ilmu dengan Nabi Khidir.
Selesai solat subuh kita coba habiskan ayat 83-110 pulak..kisah Zulkarnain paterikan Yakjuk Makjuk tu..haaa..kan senang..lalalla..

Older Entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.