hidup kita yang indahkan

Leave a comment

Tiba -tiba baru mama perasan laman depan dah lama terbiar..kesian pokok-pokok bunga mama dah mengundur diri satu demi satu meluruhkan daunnya pastu mati disampuk penyakit yang taksempat mama ubat.Mana sempat kan asyik merawat orang je siang hingga ke malam hingga bunga dilaman terbiar camtu.

Pokok akar dani yang memanjat pergola atas buaian tu dah koyakrabak daun-daunnya dikerjakan sibelalang dan beluncas yang bertandang,pokok kesidang pun malu-malu hulurkan bunganya .. ciput aje jambaknya yang kadang kadang sempat mama rembat bawa ke klinik..hmmmm bau pandan bunga tu mengharumkan bilik mama.

Lagipun cuaca yang panas terik membuat alasan mama sangat kukuh untuk mengabaikan laman tu..tapiiii rupanya sangrumput hmmm dah tumbuh meliar,,menenggelamkan pokok bunga mama,,Uish!takleh jadi ni.

Hujan yang turun melembabkan tanah menjadikan mood mama untuk bertaman semula di laman tu.Tapi bila?Sejak takder pembantu rumah masa 24jam tu rasanya macam xcukup.Tapiii takusah la nak beralasan kan?Tepok dada tanya hati..kalau dah dalam hati ada taman kena cari masa ..kalau xsempat siang malam pun boleh kan?Lagipun bergardening malam lebih sejuk cuma kadang-kadang tu dua-tiga ekor anjing liar yang berkeliaran d luar rumah tu sajer aja nak ngusik..sayuuuuuuuuuu je salakkan mereka.

Jadi usah beralasan lagi jom join mama masuk laman ni.Kalau hujan pakailah

bajuhujan camni

Image

Kalau gelap?Malam?

lampu kan ada:so layannn…

Ini bungsa coctus sp.ImageYang ni bunga akr dani banyak betuljambaknyaImageImage

Image

Image

ImageImageImage

ImageImage

ImageImageImageImage

ilham dalam mimpi

Leave a comment

…sambungan citer makcik Cushinoid,

sebulan selepas tu makcik datang semula ke klinik.Alhamdulillah muka bulannya daah kecut walaupun ke’gedempol’an masih ada tapi kesan steroid sudah mula berkurangan..suke suke mama tengok.

Dia datang nak sambung ubat …tapi kali ini makcik nak cakap sikit boleh?sambil memandang ke kiri dan ke kanan seolah olah ada rahsia besar nak dperkatakan..Kebetulan dia ┬ápatient terakhir…

“doktor jangan marah kalau makcik cakap ya?”..soal makcik.dup dap dup dap gak jantung ni..nak kena saman ke ..Ish!intro citer makcik ni suspen betul!…ya teruskan makcik…

“sebenarnya makcik datang sini sbb dapat ilham dalam mimpi” Aik!..camna tu?

” makcik sudah lama sakit..dah jenuh berubat merata-rata..hingga makcik jumpa makjun tu sakit makcik jadi legaaa tapi makcik perasan jugak badan makcik semakin berisi dan pergerakkan makcik semakin payah macam doktor cakap hari tu..makcik jadi susah tido asyik kejang kaki malam malam,siangnya makcik jadi semakin malas nak berbuat apa apa dan perasaan jadi takmenentu”…*effect steroid ler kan?

” Hingga satu hari makcik pergi berubat dengan satu orang tu *?bomoh ke…tabib ke?..dia pegang tangan makcik pastu dia pejam mata dan bagitau makcik gini; …banyak uratsaraf makcik dah rosak.bla..bla..bla…tapi dia suruh makcik cuba pergi berubat… jumpa doktor ini..doktor tu takjauh dari umah makcik,kalau naik bas tambang 2ringgit aje”..siap bagi deskripsi bentuk badan doktor lagi..Heran gak mana dia tau sbb dia bukan duduk dekat dekat sini.Jenuh makcik dok fikir siapa doktor yang dimaksudkannya hingga satu malam selepas tahajjud*(rajin makcik kan dalam sakit sakit masih bangun sembahyang malam—>insaf*) makcik mohon pada Allah tunjukkan siapa doktor tersebut..Dannn…….malam tu makcik bermimpi muka doktor ni.sbb suatu ketika dulu makcik pernah ke sini..makcik masih ingat.

Dan makcik yakin yang doktor boleh ubati sakit makcik ni..

Mama belek kadnya semula..last dia datang 5tahun lepas.

Adoiii!beratnya harapan makcik pada mama siap dapat ilham dalam mimpi lagi.Insyaallah makcik kita usaha Allah menyembuhkan..kata mama.

Betul tu..sbb itu makcik nak sambung ubat.. dah rasa elok sikit ,badan dah ringan, makcik bangun tahajjud pun dah boleh duduk,dulu terpaksa duduk atas kerusi aja…

Tiada ada apa istimewanya ubat yg mama berikan tapi kuasa penyembuhan dan sihat itu ditangan Allah.seharusnya jangan kita ujub denganya.

Subhanallah..mahasuci Allah sesungguhnya RahmatMu keatas hambanya yang memohon dan menyerah diri kepadaMu termasuk nikmat ┬ásihat dan sakit….tergiang giang ayat – ayat Al-Hasyar ayat 21-24 dan pengertiannya.Benarlah pesan abah(my father-in-law)amalkanlah…

Muka bulan

Leave a comment

Payah sungguh makcik yang sorang ini untuk bangun dari kerusi.Dia datang dengan badannya  montel berisi,lutut yang dah genu valgus serta mukanya yang comel seperti bulan penuh.

Rasanya dah boleh agak kenapa dia datang berjumpa mama..sure sakit lutut kan?

Haaa.kan betul?Tapiiiiiiii jap ya makcik saya ni agak bizi bodi nak tanya siket boleh?Tapi takmau menuduh kena tanya simptom simptomnya dulu.Takmau makcik ni terasa hati plakk.Rasanya makcik ni mungkin makan jamu/makjun atau mungkin beli ubat overthecounter yg ada steroid

Maaflah makcik nak tanya siket ya..selalu kena krem kaki @simpul biawak tak malam2?..Ada.

Malam -malam selalu lapar ke?Berselera makan?.Ya betul.Kalau xmakan nnt pedih uluhati ni*sambil menunjuk kat epigastriumnya.*

Haaa? hampir betul.Serkap dah mengena.Mama belek lengannya yang banyak lebam lebam..kulitnya nipis hinggakan nampak urat urat darah halus yang senang pecahberdarah tu.

Kesan sampinga pengambilan steroid.ce baca…

Image

Makcik ada makan jamu/makjun/ubat penahan sakit selama ni?

Ada.makcik SELALU beli ubat sakit lutut kat pasar hari.dah lama dah.*uish ada farmasi kat pasarhari?fuyoooo!*dalam hati ler.

Kesimpulannya memang makcik dah camgitu akibat makan ubat makjun yang beramuan steroid *ramuan ajaib yang boleh rawat semua penyakit tapi dalam diam diam merosakkan tulang,buahpinggang,kulit,mata dsbnya..dan makcik ini sedang melaluinya.Aduhhh!

Tapiii ..kalau makjun tu dah boleh meredakan sakit lututnya kenapa makcik datang ke sini?Tapi mama takbertanya pulak padanya gitu.mama beri ubat je …..sebulan pastu dia datang balik .

Aada cerita tersirat rupanya…nantikan sambungannya………..