sebelum berbuka……..

3 Comments

 Dua beradik Azim Dan Ariff sebelum berbuka…

tolong mama ‘kacau’ di dapur

dsc01204.JPGdsc01205.JPG

mee goreng oleh Azim:-

dsc01210.JPG

ikan goreng bercili feberet Arif

dsc01208.JPG

Berita jam 8.00 mlm pencabul Nurin Jazlin Jazimin telah ditangkap….Rasanya patut ke kita buat begini padanya?

hentamsaja1.gif


INNALILLAH…

3 Comments

Pagi Rabu lalu dapat berita sedeh dari mother in-law,”Pakcik M kamu dah tak ada”.Innalillah…dari Allah dia datang kepadaNya dia kembali.

Pakcik M suami kepada mak saudara abah(my hubby) seorang imam di Kajang dan bapa saudara yang baik kepada kami telah kembali kepadaNya dibulan yang mulia ini.

Sudah hampir 2 bulan sakit dan selama itu juga dia ditemani isteri setianya makcik U yang lemah lembut cakapnya.2 hari sebelum arwah meninggal abah berkesempatan melawatnya di hospital ,pandangan abah Pakcik M zahirnya nampak sihat dan ceria dengan pelawat yang ramai cuma agak tercungap bila bercakap banyak.Sebelum pulang anak lelaki nya berbisik pada abah,”doktor kata cancer paru paru stage 4 (peringkat akhir)”.

Dalam hujan renyai renyai mama, abah,emak dan tokabah(my father in-law) mengiringi jenazahnya hingga ke liang lahat.Selesai talkin dibacakan langit menghamburkan hujan selebat-lebatnyanya.

dsc01231.JPG

Keluarga Pakcik M di kuburan

dsc01229.JPG

Yang di tinggalkan hanya mampu berdoa:

“Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka.”

 

bila puasa…

1 Comment

Bulan puasa selain bulan ibadat ini adalah bulan untuk anak anak mama mengilap skil mereka di dapur.Selesai tugas di klinik selepas jam 5.00ptg mama akan bergegas pulang untuk ke dapur menyiapkan menu kegemaran keluarga.Walaupun pasar ramadhan hanya di depan pintu klinik(sepanjang jalan di depan klinik mama) tetapi dengan memasak walaupun satu atau dua lauk pauk dan sedikit kuih buatan sendiri lebih terasa nikmatnya..yelah waktu waktu begini semuanya ringan tulang membantu di dapur.

Harap bila anak anak dah dewasa nanti saat-saat begini akan diingati…pelajaran berguna untuk mereka .Cuma sebagai ibu kita kena bagi peluang untuk mereka mencuba..jangan ingat nak perfect dalam segala yang mereka lakukan..cuma kena tingkatkan sabar..kalau tumpah kita lap..kalau karipap herot berot kita maafkan lagipun bukan nak jual nak makan sendiri..”practice make perfect”
Pernah dengar kuih teri mani(panggilan kat utara).Bubur yang lemak manis yang sangat simple untuk di masak.Isinya dibuat dari tepung pulut..bancuh ngan air pastu gentel bulat bulat..campak dalam air mendidih ..bila dah timbul masukkan santan dan gula & garam.Dah siap.senang kan?Kuih ni Azim dan Arif bleh buat..

dsc01167.JPG

dsc01179.JPG


Angah dengan sandwichnya

dsc01108.JPG

dsc01120.JPG

Along yang pulang bercuti hujung minggu dengan karipapnya..special intinya jadi faberet abah.

dsc01172.JPG

dsc01184.JPG


NURIN OH NURIN

2 Comments

mama tak dapat menahan airmata melihat berita ini semalam…Alfatihah…

Sekali lagi maafkan kami Nurin kerana terlambat menyelamatkkan mu nak…derita dan jerit tangismu tidak dapat kami dengari…Sebulan lamanya kamu yang menanggung sendiri.selama itu kami mencari….. hanya mayatmu yang dihantar kembali..deritamu berakhir begini….Selamat sejahtera kamu disana…

pada IGP tolonglah jangan menambah derita keluarga Jazimin dengan kenyataan mu.Carilah sipencabul laknat hingga dapat sebelum konon nak mendakwa sibapa malang itu.

dan terima kasih pada zetlostcause yang menghasilkan video ini ..hasrat dari seluruh warga Malaysia

jom masak..

Leave a comment

Semalam masak ikan bawal kukus…sedap sedap kata abah.Habis kuahnya sekali dihirup anak anak…Angah siap warning,”mama kalau masak lagi biar rasanya macam ni juga”.Hehehe…mama memang kalau masak mana boleh maintain perasa dia semacam tu jugak ikut apa yang ada dalam fridge tu.

masak ikan kukus ni bukannya susah sangat tapi kalau makan kat kedai berpuluh juga reganya.Ni resepi ikan kukus mama dapat dari mokcik Patani tukang masak kat kedai tomyam ,…yang memang pakar masakan siam .Rupanya namanya ikan kukus tapi sebenarnya dia rebus aje.

‘Kalau kukuh mano nok de oghe ghama nak make(kalau kukus mana  sempat ramai orang nak  makan ) ,ike(ikan) pun hancur kalau kukuh(kukus) lama” kata mokcik dalam loghatKelantan yang masih pure.

ikan siakap/bawal mesti yang segar
serai dipotong bulat & nipis
bawang putih di ketuk kalau yang jeruk lagi best
bawah besar dipotong dadu
stok ayam
sos plum/air limau nipis pun bleh gak
cili padi diketuk

gula secukup rasa
daun sup & daun bawang untuk ditabur

2 cawan air

Cara:
Masukkan stok ayam yang yang dicampur dgn dua cawan air kedalam kuali dgn api yang sederhana.
masukkan Serai, bawang putih ,campuran sos plum/air limau nipis tanpa biji bersama gula
didih di atas dapur
masukkan ikan siakap yang segar dan siap di kelar ke dlm kuali tadi
tutup kuali sehingga masak
tabur hirisan cili padi dan daun sup dan sedia dihidangkan

NURIN OH NURIN….

1 Comment

nurinjazlin.jpgbersamamembantu.jpg

Latest news tengahari tadi BERITA TV3 1.30 bagitau mayat kanak kanak pempuan tu memang kofirm Nurin Jazlin Jazimin disahkan dengan ujian DNA.ohhhhh!!malangnya nasibmu nak!setelah lebih sebulan dicari hanya mayat yang dihantar kembali.Dibunuh dalam tempoh 24jam sebelum dijumpai.

Maafkan kami terlambat menjumpai dan menyelamatkanmu…Semoga sejahtera kamu disana.Sama sama kita doakan pencabul laknat ditangkap segera.Pada kedua ibubapa Nurin yang masih belum dapat menerima hakikat bahwa mayat itu  Nurin anak kesayangan mereka…hanya ucapan sabar dan sabar yang tak semudah diterima dalam menghadapi musibah ini…sesungguhnya Allah telah melenyapkan penderitaannya dan lebih menyayanginya dari kita.

3 Comments

azimarif.jpg

“Eh! ini anak you ke?Kenapa lain benar?” itulah ungkapan yang selalu mama dapat dan jangkakan setiap kali disapa oleh rakan dan taulan bila memperkenalkan anak bungsu mama, Arif.Arif, anak mama seperti biasa akan tersipu sipu malu dan menyorok mukanya di belakang mama.Warna kulitnya yang gelap jauh berbeza dengan abang abang nya menjadikan dia selalu ditegur begitu..Dan kata kata biasa itu mungkin sekadar teguran selalunya mengundang airmata Arif pada mama suatu masa dulu ….tapi sekarang tidak lagi… dia dah biasa cuma rasa rendah diri masih menebal dalam dirinya.

Selalunya bila mama pakai apa-apa di muka mama dia akan bertanya untuk apa…kalau mama kata ini untuk memutihkan muka dia akan minta di pakaikan pada mukanya juga…dia nak kulitnya jadi putih gak….Kalau ke kedai  dia nak mama belikan losen ke atau sabun ke yang boleh putihkan kulitnya…..Kesian anak mama ini.

Dah ditakdirkan warna kulitmu begitu , berbeza dengan yang lain tapi percayalah kasih sayang mama dan abah padamu tak berbeza….begitu juga dengan abang abangmu, Along, Angah dan Azim yang selalu mengusik adiknya dengan gurauan “Arif comey”—cuma manusia di luar sana yang membezakanmu!Apa ada pada warna kulit…. sekadar warna fizikal .Pesan mama jaga warna hati kita anak-anakku.ikhlaskan amalan dan pekerti .itu yang membezakan kita di sisi Allah.

Semalam 19 September  genap 10 tahun usia Arif yang montel berkulit gelap.Along dah mesejkan pada mama minta sampaikan ucapan hepi besdei pada Arif.Mama pun dah hampir lupa ……mujur Along ingatkan.

Sewaktu balik sekolah, dalam kereta mama berbincang ngan Azim plan nak suprisekan Arif tapi dapat mesej dari abah, ‘ Arif tercxxxt dalam seluar!”Hah!Apa dah jadi? pagi tadi elok je dia.

‘Kesian Arif tentu dah jadi’tragedi’ ngeri  ni.Tentu dia jadi ‘trauma’ kan mama” kata Azim yang kaya ‘bahasa’ tu.

Sesampai di rumah , Arif memerap dalam bilik…taknak keluar. Bila mama dapatkannya… dapat citer sebenarnya.

“Waktu nak balik tadi  ada kelas muzik perut Arif rasa sakit sangat..bagitau cikgu.Cikgu kata kalau sakit perut pegi tido..rehat.Tapiii.. rasa dah tak tahan nak pegi toilet.cikgu benarkan.Sampai kat toilet ..pintu toilet tak der kunci nak kena selak ngan pensil takut budak budak lain tendang pintu masa tengah BO..jadi dalam kelam kabut cari pensil tu ler yang terXXXXXXX.”Citer Arif .”mujur kawan kawan tolong.Mugilan tolong angkat beg, Muzammil tolong bersihkan dan bagitau cikgu suruh tepon abah ambik Ariff.tapi maluuuuu la mama,esok malu nak pegi sekolah”

Mama senyummm dalam simpati. Abah pujuk Arif dengan PS.

Older Entries