erti bahagia..

3 Comments

Dah lama tak update rasa bersawang dah bloq mama ni..ehehe.

Alhamdulillah…sejak Jumaat lepas banyak menerima tetamu di rumah selain sibuk di tempat kerja tak sempat nak updatekan bloq ini .Kata orang tetamu datang membawa rezeki .Petang jumaat lepas, kawan along, Zul dan bondanya serta nendanya dari utara datang bertandang.Berbesar hati menerima mereka. Kami menjamu mee kari dan bubuq durian untuk mereka.

Malamnya adik bungsu mama,Zam dan isterinya serta anaknya Hadif dari KL bermalam di rumah sebelum meneruskan perjalanan balik ke kampung esoknya.Bestnya! balik dari kampung nanti mak ngan ayah janji nak ikut Zam dan akan tinggal di rumah mama selama seminggu.Kata mak, nak duduk ngan along sebelum anak sulung mama ini sambung belajar Ogos nanti.Along memang manja ngan toknya(emak mama) dan opahnya(emak abahnya).Sejak kecik mereka ini bergilir menjaganya.Maklumlah cucu sulung…

Sabtu agak bizi  dengan persiapan untuk forum di Surau. Penceramahnya Mufti Perak  akan hadir dan mama akan jadi tuanrumah untuk majlis jamuannya.Abah, along dan angah sibuk buat persiapan audiovisual di surau ,mama di bantu oleh  mother-in-law dan sister-in-law, Ayang bersiap sedia di rumah.Anak bungsu mama Arif dan sepupunya serta rakan rakan nya yang menjadi anak anak Tunas Harapan Surau dah sibuk bersiap dengan baju melayu dan sampin.Mereka dah excited untuk berjumpa , bersalam dan mencium tangan Dato’ Mufti .

Ramai yang memberi sumbangan ikhlas makanan tanpa di minta .Mak mertua bawa pulut ngan rendang kicap ayam.Ayang bawa puding, Cikgu dan adiknya yang tinggal depan surau hantar roti jala  dengan kuah kari.Awin staff NTV7  , anakjati di sini turun dari KL bawa appitizer tartlet buah(sedap!).

tartbuah.jpgKak Hajar di hujung kampung hantar pencuci mulut gak, salad buah buahan.Sabri roti canai hantar ikan kakap masak tiga rasa yang di sumbangkan oleh Abang Zam penjual ikan di pasar.Cikgu Rosli hantar sebakul buah buahan,nampak macam macam ada pulasan, manggis, rambutan dan etc….Pakcik Syed ranger pencen bawa air meneral untuk semua .Seorang hambaallah yang dalam perjalanan ke Lumut ternampak banner tentang forum di tempat mama, mengirimkan sumbangan wang derma untuk menjayakan forum.Katanya,”25% untuk makan dan selebihnya sedekah untuk surau”.Jazakallah….atas segalanya!

mufti.jpg

Seperti di janjikan pukul 7 petang Dato’ Sri mufti tiba bersama pemandunya .Selepas jamuan ringan di rumah , abah bawa Dato’ Sri ke surau bila azan maghrib di laungkan.Ramai yang hadir hinggakan  tak cukup tempat duduk yang di sediakan.Selama 2 jam Dato’ mufti berkongsi ilmunya dan kerisauan tentang isu Melayu Murtad yang menjadikannya ‘kurang popular’ di kalangan golongan tertentu hingga mendesaknya melepaskan jawatannya.Rasa gundah nya mengenai wujudnya segelintir golongan professional yang hanya pandai menggunakan sebahagian hadis dan ayat quran sebagai alat untuk mengiakan tindakkan mereka yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.Bagaimana dia di halang untuk memberi ceramah di sebuah negeri lain hanya kerana kritikan dan kenyataan pedasnya demi kebenaran yang ditegasknnya.Rasa resahnya bila statement yang dikeluarkanya tidak mendapat sokongan dari oranglain yang bijak agama hanya semata mata nak jaga periok nasi masing masing.

Selesai ceramah Dato’ mufti dan tetamu menjamu selera di rumah.Rendang tok,ayam berempah, pajeri nenas dan udang sweetsour serta ikan kakap 3 rasa bersama nasi minyak.Dan cuci mulut dengan buah rambutan.Alhamdulillah makanan cukup untuksemua tetamu dan ada yang dapat dibekalkan pulang.Selepas bersogheh dengan Dato’ Mufti baru tau ghupanya salah seorang menantunya sama  batch dengan mama.

makanmufti.jpgdoa-mufti.jpgtetamu.jpg

Hari ini, Ahad sessi kendaranya selepas kenduri…agak meletihkan.sapu dan mop lantai ,jemur apa yang patut…sedar sedar jam dah hampir tengahari.Pukul 2ptg mama ada ceramah kursus kawin yang lebeykurang 1jam perjalanan ke sana tapi abah sudi untuk hantarkan macam biasa walaupun mama tau dia keletihan.Kami bertolak awal jadi sempat solat zuhur di masjid berhampiran pejabat agama tempat kursus berlangsung.Walaupunhari ini hari minggu cuma ada satu saf aje jemaah di belakang imam untuk solat zuhur di masjid yang besar dan gah itu.Memang betul la banyak tiang dari jemaah..

Wow! hari ini kehadiran ramai peserta kursus sangat sendat  dan padat hingga ke hujung dewan.Mungkin musim mengawan @musim kenduri kawin semasa musim cuti sekolah bulan Ogos ini dah dekat kot.Dan buat pertama kalinya mama melihat peserta lelaki memenuhi 3/4 dewan kuliah tersebut,selalunya sebaliknya.Alamak! dah la suara dah serak serak basah (banyak sgt makan rambutan kot) mikrofon pulak semput tapi alhamdulillah dapat juga selesaikan ceramah selama 1.5 jam.Dah sampai rumah…..  mama betul betul lepak.

Advertisements

Ikhlas-Kah kita?…

3 Comments

“Keikhlasan”

(BERSIH HATI DARI SEGALA TUJUAN SELAIN KEREDHAAN ALLAH S.W.T.)

catseye2.jpg

Alfaqieh Abul-Laits berkata: “Telah menerangkan kepada kami Muhammad bin Alfadhel bin Ahnaf berkata: “Telah menerang kepada kami Muhammad bin Ja’far Alkaraabisi ia berkata : “Telah menerang kepada kami Ibrahim bin Yusuf ia berkata: “telah menerang kepada kami Ismail bin Ja’far, dari Amr Maula Almuththalib dari Ashim dan Muhammad bin Labied berkata: Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Yang sangat saya kuatirkan atas kamu ialah syirik yang terkecil.”

Sahabat bertanya: “Ya Rasullullah, apakah syirik yang kecil itu?”

Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: “Riyaa. Pada hari pembalasan kelak Allah s.w.t. berkata kepada mereka : “Pergilah kamu kepada orang-orang yang dahulu kamu beramal kerana mereka didunia, lihatlah disana kalau-kalau kamu mendapatkan kebaikan dari mereka.”

Riyaa ialah beramal untuk dilihat orang, dipuji dilihat orang, Abul Laits berkata: “Dikatakan pada mereka sedemikian itu kerana amal perbuatan mereka ketika didunia secara tipuan, maka dibalas demikian.”

Firman Allah s.w.t.: Yukhaa di’unnallah wahuwa khaa di’uhum.

Allah s.w.t. membalas cara tipuan mereka itu dan membatalkan semua amal perbuatan mereka itu, kerana kamu dahulu tidak beramal untukKu maka pembalasan amalmu itu tidak ada padaKu, sebab tiap amal yang tidak ikhlas kepada Allah s.w.t., maka tidak sampai kepadaNya, kerana itu tiap amal yang dikerjakan tidak kerana Allah s.w.t. dan kerana lainnya, maka Allah s.w.t. lepas tangan daripadanya.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata, dari Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: Allah s.w.t. telah berfirman: ‘ Akulah yang terkaya dari semua sekutu, Aku tidak berhajat kepada amal yang dipersekutukan yang lain-lain, maka siapa beramal lalu mempersekutukan kepada lain-lainKu, maka Aku lepas bebas dari amal itu.”

Hadis ini sebagai dalil bahawa Allah s.w.t. tidak menerima amal kecuali yang ikhlas kepada Allah s.w.t., maka jika tidak ikhlas, tidak diterima dan tidak ada pahalanya, bahkan tempatnya tetap dalam neraka jahannam, sebagaimana tersebut dalam ayat 18 surah Al-Israa:

Man kana yuriidul aa-jilat ajjalna lahu fiha maa nasyaa’u liman nuridu, tsumma ja’alna lahu jahannam yash laaha madzmuman mad-hura (18). Wa man aradal akhirota wa sa’a laha sa’yaha wa huwa mu’minun, fa ulaa’ika kaana sa’yuhum masy-kuura. (19). Kullan numiddu haa ulaa’i, wahaa ulaa’i athaa’i robbika, wama kaana athaa’u robbika mah-dzuura (20).

Bermaksud: Siapa yang menginginkan dunia dengan amalnya, Kami berikan kepadanya dari kekayaan dunia bagi siapa Kami kehendaki kebinasaannya, kemudia Kami masukkan ia kedalam neraka jahannam sebagai orang terhina dan terusir jauh dari rahmat Allah (18). Dan siapa yang menginginkan akhirat dan berusaha dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas, dan disertai iman, maka usaha amal mereka itulah yang terpuji (diterima) (19). Masing-masing dari dua golongan Kami beri rezki, dan pemberian Tuhanmu tidak terhalang, baik terhadap mukmin, kafir, berbakti maupun lacur (20).

Dari ayat keterangan ini nyatalah bahawa yang beramal kerana Allah s.w.t. maka akan diterima sedang yang beramal tidak kerana Allah s.w.t. tidak akan diterima dan hanya lelah dan susah semata-mata, sebagimana dinyatakan dalam hadis: Abu Hurairah r.a berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Rubba sha’imin laisa lahu hadhdhun min shaumihi illal ju’a wal athsy wa rubba qaai’min laisa lahu hadhdhun min qiyamihi illal-sahar wannashabu. Maksudnya: Adakalanya orang puasa dan tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan haus, dan ada kalanya orang bangun malam dan tidak mendapat apa-apa dari bangunnya kecuali tidak tidur semata-mata, yakni tidak mendapat pahala dari amalnya.

Seorang ahli hikmah berkata: “Contoh orang yang beramal dengan riyaa’ atau sum’ah itu bagaikan orang yang keluar kepasar dan mengisi poketnya dengan batu, sehinggakan orang melihat poketnya semua berasa kagum dan berkata: “Alangkah penuhnya poket wang orang itu.”, tetapi sebenarnya dia sama sekali tidak berguna sebab tidak dapat dibeli apa-apa tetapi hanya sekadar mendapat pujian orang sahaja. Demikianlah pula orang yang beramal dengan riyaa’ sum’ah, tidak ada pahalanya diakirat kelak.”

Sebagaimana firman Allah s.w.t.: “Wa qadimna ila amilu min faja’alnahu habaa’an mantsuura.” yang bermaksud: Dan Kami periksa semua amal perbuatan mereka, lalu Kami jadikan debu yang berhamburan.”

Waki’ meriwayatkan dari Sufyan Atstsauri dari orang yang mendengar Mujahid berkata: “Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan berkata: Ya Rasullullah, saya bersedekah mengharapkan kerihdaan Allah s.w.t. dan ingin juga disebut dengan baik.” Maka turunlah ayat 111 surah al-Kahfi: “Faman kaana yarju liqaa’a rabbihi fal ya’mal amalan shaliha, walaa yusyrik bi ibadati rabbihi ahada. yang bermaksud: Maka siapa yang benar-benar mengharap akan bertemu dengan Tuhannya, maka hendaklah berbuat amal yang baik, dan jangan mempersekutukan Allah dalam semua ibadatnya dengan sesiapa.”

Seorang pujangga berkata:

“Siapa yang berbuat tuju tanpa tuju tidak berguna perbuatannya.Siapa yang takut tanpa hati-hati, maka tidak berguna takut itu, seperti berkata: “Saya takut kepada siksaan Allah s.w.t. tetapi tidak berhati-hati dari dosa, maka tidak berguna takutnya itu.

Siapa yang mengharapkan tanpa amal seperti mengharapkan pahala dari Allah s.w.t. tetapi tidak beramal, maka tidak berguna harapannya itu.Siapa yang niat tanpa perlaksanaan, niat yang berbuat kebaikan tetapi tidak melaksanakan akan tidak berguna niatnya itu. Siaoa berdoa tanpa usaha, seperti berdoa semoga mendapat taufiq untuk kebaikan, tetapi tidak berusaha untuk kebaikan. Siapa yang beristigfar tanpa penyesalan, maka tidak akan berguna istigfarnya itu. Siapa yang tidak menyesuaikan lahir dengan batiniahnya, seperti lahirnya untuk berbuat kebaikan tetapi hati tidak ikhlas. Siapa yang amal tanpa ikhlas maka tidak akan berguna amal perbuatannya.

Abu Hurairah berkata: Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Akan keluar pada akhir zaman suatu kaum (golongan) yang mencari dunia dengan menjual agama, memakai pakaian bulu domba, lidah mereka lebih manis dari madu sedang hati mereka bagaikan serigala. Allah akan berfirman kepada mereka: Apakah terhadapKu mereka bermain-main dan melawan, dengan kebesaran-Ku, Aku bersumpah akan menurunkan kepada mereka ujian bala sehingga seorang yang berakal tenang akan bingung.”

Waki’ meriwayatkan dari Sufyan dari Habib dari Abi Salih berkata: Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan berkata: “Ya, Rasullullah, saya berbuat suatu amal yang saya sembunyikan kemudian diketahui orang, maka saya merasa senang, apakah masih mendapat pahala? Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: “Ya. bagimu pahala rahasia dan terang.”

Abul-Laits berkata: “Diketahui orang sehingga ditiru, maka ia mendapat pahala kerana beramal dan mendapat pahala kerana ditiru orang.” Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Siapa yang memberi contoh kebaikan, maka ia mendapat pahala dan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari qiamat, dan siapa yang memberi contoh kejahatan maka ia mendapat dosa dan dosa orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari qiamat.”

Abdullah bin Almubarak meriwayatkan dari Abubakar bin Maryam dari Dhomiroh dari Abu Habib berkata: Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Adakalanya para Malaikat membawa amal seorang hamda dan mereka anggap banyak dan mereka menyanjungnya sehingga sampai kehadrat Allah, maka Allah berfirman kepada mereka: Kamu hanya mencatat amal hambuku, sedang Aku mengawasi isi dan niat hatinya, hambaku ii tidak ikhlas kepadaKu dan amalnya, maka catatlah dalam sijjin, dan ada kalanya membawa naik amal hamba lalu mereka menganggap sedikit dan kecil sehingga sampai kehadapan Allah, maka Allah berfirman kepada para Malaikat: Kamu mencatat amal perbuatan hambaKu dan Aku mengawasi isi hati dan niatnya, orang ini benar-benar ikhlas dalam amal perbuatannya kepadaKu, catatlah amalnya itu dalam illiyin.”

Dengan ini nyatalah bahawa amal yang sedikit dengan ikhlas lebih baik daripada yang banyak jika tidak ikhlas, sebab amal yang diterima oleh Allah s.w.t. dilipat gandakan pahalanya. Adapun yang tidak ikhlas maka tidak ada pahalanya, bahkan tempatnya dalam neraka jahannam.

Abu-Laits berkata: Saya telah diceritakan oleh beberapa ulama dengan sanad mereka yang langsung dari Uqbah bin Muslim dari Samir Al-ash-bahi berkata: “Bahawa ia ketika masuk kekota Madinah melihat seorang yang dikerumuni oleh orang ramai, lalu saya bertanya: “Siapakah orang itu?” Jawab orang-orang: “Itu Abu Hurairah r.a.”. Maka saya mendekati kepadanyadan ketika tiada lagio orang ramai disitu, saya pun bertanya kepadanya: “Saya tuntut engkau demi Allah, ceritakan kepadaku satu hadis yang telah kau dengar dan kau ingat langsung daripada Rasullullah s.a.w.” Abu Hurairah r.a. berkata: “Duduklah, akan saya ceritakan kepadamu hadis yang saya sendiri mendengar dari Rasullullah s.a.w. yang waktu itu tiada orang lain bersama kami.” Kemudian Abu Hurairah r.a. pun menarik nafas yang berat lalu pingsan, kemudian setelah sedar dari pingsan itu dia pun mengusapkan mukanya sambil berkata: “Akan aku ceritakan hadis Rasullullah s.a.w. .”, kemudian dia menarik safas yang berat lagi dan pingsan semula. Agak lama kemudian dia sedar dan mengusapkan mukanya lalu berkata : Rasullullah s.a.w. telah bersabda: Apabila hari kiamat kelak maka Allah s.w.t. akan menghukum diantara semua makhluk dan semua ummat bertekuk lutut, dan pertama yang dipanggil ialah orang yang menerti al-Quran, dan orang yang mati fisabilillah, dan orang kaya. Maka Allah s.w.t. menanyakan kepada orang yang pandai al-Quran: Tidakkah Aku telah mengajar kepadamu apa yang Aku turunkan kepada utusanKu? Jawab orang itu: Benar, ya Tuhanku. lalu kau berbuat apa terhadap apa yang telah engkau ketahui itu? Jawabnya: Saya telah mempelajarinya diwaktu malam dan mengerjakannya diwaktu siang. Firman Allah s.w.t. : Dusta kau. Lalu malaikat juga berkata: Dusta kau, sebaliknya kau hanya ingin disebut qari, ahli dalam al-Quran, dan sudah disebut yang demikian itu. Lalu dipanggil orang kaya dan ditanya: Engkau berbuat apa terhadap harta yang Aku berikan kepada kamu? Jawabnya: Saya telah menggunakan untuk membantu kaum keluarga dan bersedekah. Dijawab Allah s.w.t. :Dusta kau. Para malaikat pun berkata: Dusta kau, kau berbuat begitu hanya kerana ingin disebut sebagai seorang dermawan, dan sudah terkenal sedemikian. Lalu dihadapkan orang yang mati berhijad fisabilillah lalu ditanya: Kenapa kau terbunuh? Jawabnya: Saya telah berperang untuk menegakkan agamaMu sehingga terbunuh. Allah s.w.t. berfirman: Dusta engkau. Dan malaikat juga berkata: Dusta engkau, kau hanya ingin disebut sebagai seorang pahlawan yang gagah berani dan sudah disebut sedemikian.

Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. memukul lututku (pahaku) sambil bersabda yang bermaksud: “Hai Abu Hurairah, ketiga orang itulah yang pertama-tama yang dibakar dalam api neraka pada hari kiamat.” Kemudian berita itu sampai kepada Mu’awiyah maka ia menangis dan berkata: “Benar sabda Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.“. Kemudian ia membaca ayat 15-16 surah Hud yang berbunyi: Man kana yuridul haya wazinataha nuwaffi ilaihim a’maalahum fiha wahum fiha la yub khosun.(15) Ulaa’ikal ladzina laisa lahum fil aakhiroti illannar wa habitha maa shona’u fiha wabaa thiun maa kaanuu ya’malun. (16). Yang bermaksud: Siapa yang niat dengan amalnya hanya semata-mata keduniaan dan keindahannya maka Kami akan memberi kepada mereka semua amalnya dan mereka didunia tidak akan dikurangi (dirugikan).(15). Mereka itulah yang tidak mendapat diakhirat kecuali api neraka, dan gugur semua amal mereka itu, bahkan palsu semua perbuatan mereka itu.(16).

Abdullah bin Haanif Al-inthoki berkata: Pada hari kiamat bila seseorang mengharap amalnya kepada Allah s.w.t. maka dijawab: Tidakkah Kami telah membayar tunai pahalamu, tidakkah Kami telah memberi tempat padamu dalam tiap majlis. tidakkah Kami telah terangkat sebagai pimpinan/ketua, tidakkah telah Kami murah (mudah)kan jualbelimu (yakni selalu dapat potongan harga jika membeli sesuatu) dan seterusnya.

Seorang hakim telah berkata: Orang yang ikhlas ialah orang yang menyembunyikan perbuatan kebaikannya sebagaimana menyembunyikan kejahtannya. Pendapat yang lain pula berbunyi: Puncak ikhlas itu ialah tidak ingin pujian orang. Dzinnun Almishri ketika ditanya: “Bilakah orang diketahui bahawa ia termasuk pilihan Allah s.w.t.? Jawabnya: “Jika tidak meninggalkan istirehat dan dapat memberikan apa yang ada, dan tidak menginginkan kedudukan dan tidak mengharapkan pujian tau celaan orang. (Yakni dipuji tidak merasa besar dan dicela tidak merasa kecil)

Ady bin Hatim Aththa’i berkata Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Pada hari kiamat beberapa orang yang diperintahkan untuk membawa kesyurga dan setelah melihat segala keindahannya serta merasakan bau harumnya maka diperintahkan untuk dijauhkan daripadanya kerana mereka tidak ada bagian didalamnya, maka kembali mereka dengan penjelasan yang tidak ada tara bandingnya, sehingga mereka berkata: Ya Tuhan, andaikan Kau masukkan kami kedalam neraka sebelum Kau perlihatkan kami pahala yang Kau sediakan bagi para waliMu. Jawab Allah: Sengaja Aku berbuat itu kepada kamu, kamu dahulu bila bersendirian berbuat dosa-dosa besar, dan bila dimuka orang-orang berlagak alim sopan dan taat, kamu hanya riya’, memperlihatkan kebaikan kepada manusia, dan tidak takut kepadaKu, kamu mengagungkan orang dan tidak mengagungkan Aku, maka kini Aku merasakan kepada kamu kepedihan siksaKu, disamping Aku haramkan atas kamu kebesaran pahalaKu.

Abdullah bin Abbas r.a. berkata Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Ketika Allah telah melengkapi jannahtu aden dengan segala keindahan yang belum dilihat oleh mata, dan terdengar oleh telinga dan tergerak dalam hati (khayal) manusia, maka Allah menyuruhnya supaya berkata-kata, maka syurga itu berkata : Qad aflahai mu’minum (3x) (Sungguh untung orang yang beriman/percaya) Inni haram ala kulli bakhil wa munafiq wa muraa’i (3x) (Saya diharam untuk dimasuki oleh tiap orang yang bakhil dan orang munafiq dan orang yang berbuat riyaa).

Ali bin Abi Thaalib r.a. berkata: “Tanda orang yang riyaa’ itu ada empat yakni malas jika bersendirian, dan tangkas jika dimuka orang, dan menambah amalnya jika dipuji, dan mengurangi jika dicela. Syaqiq bin Ibrahim berkata: “Benteng amal itu ada tiga iaitu Harus merasa bahawa itu hidayat dan taufiq dari Allah s.w.t., Harus niat untuk mendapat ridha Allah s.w.t. untuk mematahkan hawa nafsu dan Harus mengharap pahala dari Allah s.w.t. untuk menghilangkan rasa tamak, rakus riyaa’ dan dengan ketiga ini amal dapat ikhlas kepada Allah s.w.t. Mengharap ridha Allah s.w.t. supaya tiap amal hanya untuk yang diridha Allah s.w.t. supaya tidak beramal terdorong oleh hawa nafsu, dan apabila amal itu kerana mengharap pahala dari Allah s.w.t. maka tidak hirau terhadap pujian atau celaan orang.

Seorang hakim berkata: “Seharusnya seorang yang beramal itu belajar adab dari pengembala kambing.” Ketika ditanya bagaimanakah? Jawabnya: “Pengembala itu jika sembahyang ditengah-tengah kambingnya, sekali-kali tidak mengharap pujian dari kambing-kambingnya, demikianlah seorang yang beramal harus tidak menghiraukan apakah dilihat orang atau tidak.”

Seorang hakim berkata: “Untuk keselamatan suatu amal berhajat pada empat macam iaitu pertamanya: Ilmu pengetahuan, sebab amal tanpa ilmu lebih banyak salah daripada benarnya (tepatnya),keduanya Niat, sebab tiap amal amat terpenting pada niatnya, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. : “Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat dan yang dianggap bagi tiap orang apa yang ia niatkan.” dan ketiga Sabar, supaya dapat melaksanakan amal itu dengan baik dan sempurna, thuma’ninah dan tidak keburu , keempatnya ialah Tulus ikhlas, sebab amal tidak akan diterima tanpa keikhlasan.

Haram bin Hayyan berkata: “Tiada seorang yang menghadap kepada Allah s.w.t. akan menghadapkan hati orang-orang yang beriman sehingga kasih dan sayang kepadanya.” Suhail bin Shalib dari ayahnya Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah s.w.t. bila cinta pada seseorang hamba berkata kepada Jibril: Sesungguhnya Aku kasih kepada fulan, maka kau kasih kepadanya, lalu Jibril berkata kepada semua penduduk langit: Sesungguhnya Tuhanmu kasih kepada fulan, maka kamu harus kasih kepadanya, setelah dikasihi oleh ahli langit, maka disebarkan rasa kasih diatas bumi, dan sebaliknya jika Allah s.w.t. murka (benci) pada seorang hamba, demikian juga adanya.”

Syaqiq bin Ibrahim ditanya: “Bagaimana dapat mengetahui bahawa seorang yang soleh, sebab orang mengatakan bahawa saya orang solihin?” Jawab Syaqiq: “Tunjukkan rahsiamu pada orang-orang soleh, maka bila mereka rela pada itu itu bererti kau soleh. Kedua, tawarkan dunia ini pada hatimu, maka bila ia menolak, itulah tandanya kau soleh dan ketiga, tawarkan maut kepada dirimu, maka jika ia berani dan mnegharap tanda bahawa kau orang yang soleh, bila tidak maka bukan soleh, dan bila ada ketiga-tiganya padamu, maka mintalah selalu kepada Allah s.w.t. jangan sampai memasukkan riyaa’ dalam semua amalmu supaya tidak rosak amalmu.”

Tsabit Albunani dari Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tahukah kamu siapakah orang mukmin? Jawab sahabat:Allah s.w.t. dan Rasullullah lah yang lebih mengetahui.Baginda s.a.w. bersabda: “Seorang mukmin iaitu orang yang tidak mati sehingga Allah memenuhi pendengarannya dengan apa yang ia suka dan andaikan seorang berbuat taat didalam rumah yang berlapistujuh puluh dan pada tiap rumah ada pintu besi, niscaya Allah akan menampakkan amal itu sehingga dibicarakan orang dan dilebih-lebihkan.” Ditanya oleh para sahabat: “Ya Rasulullah, bagaimana dilebih-lebihkan?” Jawab Nabi Muhammad s.a.w. : Seorang mukmin suka bila amalnya bertambah.” Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. pula bertanya: Tahukah kamu siapa pula yang fajir (derhaka)?”. Jawab sahabat: Allah s.w.t. dan Rasullullah lah yang lebih mengetahui.Bersabda Nabi Muhammad s.a.w. : “Yalah orang yang tidak mati sehingga Allah s.w.t. memenuhi pendengarannya dengan apa yang tidak disukai, dan andaikan seorang berbuat maksiat didalam rumah yang berlapis tujuh puluh rumah dan masing-masing berpintu besi, niscaya Allah s.w.t. akan memperlihatkan pakaian amal itu sehingga dibicarakan orang dan ditambah-tambahi.” Ketika ditanya: “Bagaimana ditambah, ya Rasullullah?’ Jawab Rasullullah s.a.w : “Seorang fajir suka apa yang menambah durhakanya.”

Auf bin Abdullah berkata: “Orang-orang ahlil khoir satu sama lain berpesan tiga kalimah: Siapa yang beramal untuk akhirat, maka Allah s.w.t. akan mencukupi urusan dunianya, dan siapa yang memperbaiki hubugannya dengan Allah s.w.t. maka Allah s.w.t. akan memperbaiki hubugannya dengan sesama manusia, dan siapa yang memperbaiki hatinya maka Allah s.w.t. akan memperbaiki lahirnya.”

Hamid Allafaf berkata: “Jika Allah s.w.t. akan membinasakan seseorang, maka dihukum dengan tiga macam: Diberi ilmu tanpa amal, Diberi bersahabat dengan orang-orang yang soleh tetapi tidak mengikuti jejak mereka dan tidak beradap terhadap mereka serta ketiga diberi jalan untuk berbuat taat tetapi tidak ikhlas.”

Abul-Laits berkata: “Itu semua kerana jelek niatnya dan busuk hatinya, sebab sekiranya niatnya baik nescaya diberi manfaat dalam ilmunya dan ikhlas dalam amalnya, dan menghargai kedudukan orang-orang soleh.” Tambahnya lagi: “Saya telah diberitahu oleh orang yang dapat dipercayai dengan sanadnya dari jaballah Alyahshubi berkata: “Ketika kami bersama Abdul Malik bin Marwan dalam suatu peperangan, tiba-tiba kami bertemu dengan seseorang yang selalu bangun malam, bahkan tidak tidur malam kecuali sebentar, selama itu kami belum kenal padanya, kemudian kami ketahui bahawa ia adalah sahabat Rasullullah lalu ia bercerita kepada kami bahawa ada seorang bertanya: “Ya Rasullullah, dengan apakah mencapai keselamatan kelak?” Jawab Rasullullah s.a.w, “Jangan menipu Allah s.w.t.Orang bertanya lagi: “Bagaimana menipu Allah s.w.t.?” Rasullullah s.a.w menjawab: “Yaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t., tidak kerana Allah s.w.t. dan berhati-hatilah kamu dari riyaa kerana ia syirik terhadap Allah s.w.t. Orang yang berbuat riyaa pada hari kiamat akan dipanggil dimuka umum dengan empat nama: Hai kafir, hari orang lancung, hai penipu, hai orang yang rugi, hilang semua amalmu dan batal pahalamu, maka tidak ada bagian bagimu kini, dan mintalah pahalamu dari orang yang kamu berbuat untuk mereka wahai penipu.” Saya bertanya lagi: “Demi Allah yang tiada Tuhan kecuali Dia, apakah benar kau mendengar sendiri hadis ini dari Rasullullah s.a.w.?” Jawabnya: “Demi Allah s.w.t. yang tiada Tuhan kecuali Dia, sesungguhnya saya telah mendengar sendiri dari Rasullullah s.a.w kecuali jika saya keliru sedikit yang tidak saya sengajakan.” Kemudian ia membaca ayat: Innal munafaiqiina yukhadi ‘unallah wa huwa khaa di’uhum. Yang bermaksud: Seseungguhnya orang munafiq itu akan menipu Allah padahal Allah telah membalas tipu daya mereka.

Abul-Laits berkata: “Siapa yang ingin mendapat pahala amalnya diakhirat, maka harus beramal dengan ikhlas kerana Allah s.w.t. tanpa riyaa’, kemudian melupakan amal itu supaya tidak dirosak oleh rasa ujub (bangga diri) sebab memang menjaga taat itu lebih berat daripada mengerjakannya.”

Abu Bakar Alwaasithi berkata: “Menejaga kebaikan taat itu lebih berat daripada mengerjakannya sebab ia bagaikan kaca yang cepat (mudah) pecah dan tidak dapat ditampal atau dipatri, maka tiap amal yang dihinggapi riyaa’ rosak dan tiap amal yang dihinggapi ujub (bangga diri) rosak. Maka apabila seorang dapat menghilangkan rasa riyaa’ dalam amalnya harus berbuat yang demikian, tetapi bila tidak dapat menghilangkan maka jangan sampai tidak beramal kerana belum dapat menghilangkan riyaa’ sebaiknya ia harus tetap beramal kemudian membaca istigfar dari pada rayaanya itu, kemudian dilain hari Allah s.w.t. memberinya taufiq untuk ikhlas dalam amal-amal yang lain.”

Salman Alfarisi r.a. berkata: “Allah s.w.t. menambah kekuatan orang mukmin dengan bantuan orang-orang munafiqin dan menolong orang munafiqin dengan doa orang-orang mukmin.”

Abu-Laits berkata: “Orang-orang berpendapat bahawa didalam fardhu tidak dapat dimasuki riyaa’, sebab melakukan kewajipan, tetapi sebenarnya dapat saja riyaa’ itu masuk kedalamnya.” Tambahnya lagi: “Disini ada dua macam: Jika ia melakukan fardhu itu semata-mata kerana riyaa’ sehingga sekiranya tidak riyaa’ tidak melakukannya maka itu munafiq sepenuhnya, termasuk dalam golongan Innal munaafiqiina faddarkil asfali minannaar.

Orang-orang munafiq itu dalam tingkat terbawah dalam api neraka, sebab sekiranya tauhidnya benar-benar, tentu ia selalu melakukan fardhu yang dirasa sebagai kewajipan atas dirinya. Dan jika tetap melakukan kewajipan hanya jika didepan orang lebih baik dan sempurna sedang jika sendirian agak sumbang, maka ia mendapat pahala yang kurang sesuai dengan kelakuannya yang kurang, sedang kelebihan yang dilakukan dimuka orang ramai maka ia tidak ada pahalanya bahkan akan dituntut atasnya.

Terapi Minda

1 Comment

air-terjun.jpg

Hentian yang merehatkan minda di R&R Tapah menghala ke selatan.

erti memberi…

5 Comments

infusionempathy.gif

baru baru ini mama rasa tak berapa sihat,selsema, batuk dan suara dah serak serak basah..terpaksa tutup klinik pada hari biasa.Esoknya bila klinik di buka, patient dah jadi tersangat ramai hinggakan masa menunggu jadi sekali ganda.Mama kesian tengok anak anak kecil yang menangis demam, pakcik tua diserang acute gout dan kes kes accident yang perlu rawatan segera…ditambah lagi pesakit biasa yang perlu menunggu giliran mereka. Semuanya perlu perhatian , walaupun badan ini belum lagi betul betul sihat tetapi melihatkan ramai yang begitu setia dan sabar menunggu khidmat mama…. terpaksa lupakan semuanya itu.

Selepas melihat dua tiga patient mama rasa dah pening nak muntah..berlari ketoilet muntah muntah dah rasa lega sikit.Ya Allah berikan kekuatan kepada hambaMu ini.Mama kuatkan hati..nak suruh patient balik tak mungkin ..semalam mereka dah datang kata mereka sewa teksi saja dah RM40 , klinik tutup. Hari ini datang lagi RM 40 lagi! Diaorang kampong yang hanya harapkan bantuan duit pemberian anak anak…selain hasil kampung yang tak seberapa, mengharapkan khidmat mama.

Tiba-tiba terdengar suara makcik tua di luar , lantang bertanya staff mama kenapa nama dia belum dipanggil..dah lama tunggu.Mama minta staff bawa masuk makcik tua tadi.

“semalam makcik dah datang ,tapi klinik tutup .Hari ni makcik datang awal tapi lama makcik tunggu kat luar ..tak panggil panggil masuk, dah pening kepala makcik ni.demam dah seminggu tak ada orang nak bawa.Semalam anak makcik balik minta tolong(minta tolong?) dia bawa, tapi doktor tutup pulak.Hari ni makcik terpaksa naik bas sendiri, dia(anak makcik ni) dah balik.”

“minta maaf makcik sebab kena datang dua kali…kesian makcik .Saya tak sihat sikit”jawab mama.

Makcik berkerut muka,” Doktor pun sakit juga ke?. Doktor jangan sakit nanti susah orang kampung macam makcik ni nak berubat.”

” Makcik tolong doakan saya sihat supaya saya boleh sentiasa ada atas kerusi ni” seloro mama walupun dalam hati berbisik….ingat mama ni Firaun ke tak sakit sakit…ehehehe.

Tiba tiba makcik angkat tangan berdoa,” Ya Allah Ya Tuhanku…bagi la doktor ni sihat supaya dia merawat aku..Amin”sambil menyapu mukanya.”Jangan risau makcik sentiasa doakan supaya doktor sihat supaya senang makcik nak berubat”.

Mama jadi terharu…walaupun doanya untuk kepentingan dirinya sendiri.

Tidakkah kita juga begitu?

Namimah(Fitnah /adu domba)

4 Comments

gossip2.jpg

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Hudzaifah r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak akan masuk syurga tukang fitnah.” Diriwayatkan juga dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apakah kamu tahu siapakah sejahat-jahat kamu?” Jawab sahabat: “Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. yang lebih tahu.” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sejahat-jahat kamu ialah orang yang bermuka dua, yang menghadap kepada ini dengan wajah dan datang kesana dengan wajah yang lain.”

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. berjalan melalui dua kubur yang baru ditanam, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya kedua kubur ini sedang disiksa dan tidak disiksa kerana dosa besar, adapun yang satu maka tidak bersih jika cebok dari kencingnya dan yang kedua biasa berjalan membangkitkan fitnah. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengambil dahan pohon yang hijau lalu dibelah dan menancapkan diatas kubur masing-masing. Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, mengapakah engkau berbuat itu?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Semoga Allah s.w.t. meringankan keduanya selama dahan ini belum kering.”

Maksud bukan dosa besar itu dalam pandangan kita padahal akibatnya besar sebab bila cepat dalm memcebok (mencuci) sesudah buang air kecil lalu masih menitis bererti tidak sah memakai pakaian yang najis, kerana itu tidak memperhatikan bersuci itu besar akibatnya disisi Allah s.w.t. kerana diakhirat itu tidak ada tempat selain syurga atau neraka, maka bila dinyatakan tidak masuk syurga maka bererti masuk neraka.

Maka wajib atas orang yang adu dumba atau pemfitnah supaya segera bertaubat sebab adu domba itu suatu kehinaan didunia dan siksa didalam kubur dan neraka dihari kiamat tetapi bila ia bertaubat sebelum mati maka insyaallah akan diterima taubatnya oleh Allah s.w.t.

Alhasan berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sejahat-jahat manusia ialah yang bermuka dua, mendatangi dengan satu wajah dan yang satu wajah dan siapa yang mempunyai dua lidah didunia maka Allah s.w.t. akan memberikannya dua lidah api dari api neraka.”

Qatadah berkata: “Sejahat-jahat hamba Allah ialah tiap tukang menghina, tukang maki dan tukang mengadu (adu domba/fitnah). Siksa kubur kerana tiga perkara iaitu:

  • Sepertiga kerana ghibah

  • Sepertiga kerana tidak membersihkan selepas buang air kecil

  • Sepertiga kerana adu domba/fitnah

Hammad bin Salamah berkata: “Seorang menjual budak, lalu berkata kepada pembelinya: “Budak ini tidak ada cirinya kecuali suka adu domba.” Maka dianggap ringan oleh pembeli dan tetap dibeli, dan setelah beberapa hari ditempat majikannya, tiba-tiba budak itu berkata kepada isteri majikannya: “Suamimu tidak cinta kepadamu dan ia akan berkahwin lagi, apakah kau ingin supaya ia tetap kasih kepadamu?” Jawab isteri itu: “Ya.” “Lalu kalau begitu kau ambil pisau cukur dan mencukur janggut suamimu yang bahagian dalam (dileher) jika suamimu sedang tidur.” kata budak itu. Kemudian ia pergi kepada majikannya (suami) dan berkata kepadanya: “Isterimu bermain dengan lelaki lain dan ia merencanakan untuk membunuhmu, jika engkau ingin mengetahui buktinya maka cuba engkau berpura-pura tidur.” Maka suami itu berpura-pura tidur dan tiba-tiba datang isterinya membawa pisau cukur untuk mencukur janngut suaminya, maka oleh suaminya disangka benar-benar akan membunuhnya sehingga ia bangun merebut pisau itu dari tangan isterinya lalu membunuh isterinya. Oleh kerana kejadian itu maka datang para wali (keluarga) dari pihak isterinya dan langsung membunuh suami itu sehingga terjadi perang antara keluarga dan suku suami dengan keluarga dan suku dari isteri.”

Yahya bin Aktsam berkata: “Tukang fitnah itu lebih jahat dari tukang sihir sebab tukang fitnah dapat berbuat dalam sesaat apa yang tidak dilakukan oleh tukang sihir dalam satu bulan dan perbuatan tukang fitnah lebih bahaya dari perbuatan syaitan naknatullah sebab syaitan laknatullah hanya berbisik dan khayal bayangan tetapi tukang fitnah langsung berhadapan dan berbuat. Dan Allah s.w.t. telah berfirman (Yang berbunyi): “Hammalatal hathab. Ahli-ahli tafsir banyak yang mengertikan hathab itu fitnah/adu domba. Sebab fitnah itu bagaikan kayu untuk menyalakan api permusuhan dan peperangan.

Aktsam bin Shaifi berkata: “Oranag yang rendah hina itu ada empat iaitu:

  • Tukang fitnah

  • Pendusta

  • Orang yang berhutang

  • Anak yatim

Utbah bin Abi Lubabah dari Abu Ubaidillah Alqurasyi berkata: “Seorang berjalan tujuh ratus kilometer kerana akan belajar tujuh kalimat dan ketika ia sampai ketujuannya ia berkata: “Saya datang kepadamu untuk mendapatkan ilmu yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepadamu,

  • Beritakan kepadaku apa yang lebih berat dari langit?”

  • Dan apakah yang lebih luas dari bumi?

  • Dan apakah yang lebih keras dari batu?

  • Dan apakah yang lebih panas dari api?

  • Dan apakah yang lebih dalam dari laut?

  • Dan apakah yang lebih rendah (lemah) dari anak yatim?

  • Dan apakah yang yang lebih jahat dari racun?

Jawabnya ialah:

  • Membuat tuduhan palsu terhadap orang yang tidak berbuat, maka itu lebih berat dari langit

  • Hak kebenaran itu lebih luas dari bumi

  • Hati yang qana’ah (beriman) lebih dalam dari laut

  • Rakus itu lebih panas dari api

  • Hajat kepada keluarga yang dekat jika tidak tercapai lebih sejuk dari zamharir

  • Hati orang kafir lebih keras dari batu

  • Fitnah dan adu domba jika kedapatan (diketahui) pada yang difitnah lebih hina dari anak yatim

  • Dan fitnah itu lebih jahat dari racun yang membinasakan

Nafi’ dari Ibn Umar r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setelah Allah s.w.t. menjadikan syurga lalu diperintah: “Bicaralah.” Maka berkata syurga: “Sungguh bahagia siapa yang masuk kedalamku.” Maka firman Allah s.w.t.: “Demi kemuliaan dan kebesaranKu tidak boleh tinggal padamu lapan jenis orang iaitu:

  • Orang yang selalu minum khamar (arak)

  • Orang yang tetap menjadi pelacur

  • Tukang fitnah/ adu domba

  • Germo (orang lelaki yang membiarkan isterinya berzina)

  • Polisi (siapa yang tahu maknanya diharap email kepada webmaster)

  • Wadam (wanita Adam, lelaki yang berlagak wanita)

  • Pemutus hubungan kekeluargaan

  • Orang yang bersumpah dengan nama Allah akan berbuat kemudian tidak menepati sumpahnya

Alhasan Albashri berkata: “Siapa yang menyampaikan khabar berita orang lain kepdamu, maka ketahuilah bahawa orang itu akan menyampaikan khabarmu kepada orang lain.” Umar bin Abdil Azizi didatangi seseorang lalu menceritakan hal orang lain, maka ditanya oleh Umar: “Jika kau suka maka kami akan menyelidiki kebenaran keteranganmu itu, jika kau dusta akan kau termasuk didalam ayat (Yang berbunyi): “In jaa akum faasiqun binaba’in fatabayyanu.” (Yang bermaksud): “Jika datang kepadamu seorang fasiq membawa berita maka selidikilah.” Dan jika kamu benar kau termasuk ayat (Yang berbunyi): “Hammaazin masysyaa’in binamin.” (Yang bermaksud): “Tukang ejek dan suka berjalan mengadu (memfitnah).” Dan jika kau suka kami maafkan kepadamu.” Maka jawab orang itu: “Maafkan saya ya Amirul Mukminin dan saya tidak akan mengulangi lagi.”

Abdullah bin Almubarak berkata: “Anak zina tidak dapat menyimpan amanat pembicaraan dan orang bangsawan ialah yang tidak mengganggu tetangganya.” Yakni siapa yang suka memfitnah dan adu domba maka tabiat anak zina sebab Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): “Hammaazin masysyaa’in binamin, mannaa’in lil khairi mu’tadin atsiim utullin ba’da dzalika zaniem.” (Yang bermaksud): “Tukang mengejek dan berjalan memfitnah, bakhil tidak berbudi melampaui batas pendurhaka, sombong selain dari semua itu ia anak zina.”

gossip.jpg

Seorang hakiem (cendiakawan) didatangi oleh kawannya, tiba-tiba kawan itu menceritakan hal kawan yang lain, maka ditegur oleh cendiakawan itu: “Kamu telah lama tidak datang dan kini datang membawa tiga dosa iaitu:

  • Pertama membencikan kepadaku kawanku

  • Kau telah merisaukan fikiranku

  • Saya menuduh engkau berdusta

Ka’bul-ahbaar berkata: “Terjadi kemarau pada Bani Israil maka keluar Nabi Musa a.s. membawa Bani Israil untuk berdoa minta hujan sebanyak tiga kali tetapi tidak juga hujan sehingga Nabi Musa a.s. berdoa: “Tuhanku, hambaMu telah keluar sampai tiga kali tetapi belum juga Engkau terima.” Maka Allah s.w.t. menurunkan wahyu: “Aku tidak menerima doamu bersama kaummu kerana diantara kamu ada seorang tukang fitnah.” Nabi Musa a.a. bertanya: “Siapakah itu, supaya kami dapat mengeluarkan dari anatara kami?” Jawab Allah s.w.t.: “Hai Musa, Aku melarang kamu dari namimah (adu-domba), apakah Aku akan mengadu-adu, taubatlah kamu semuanya.” Maka bertaubatlah mereka lalu turunlah hujan.

Sulaiman bin Abdil-Malik ketika ia duduk bersama Azzuhri tiba-tiba ada orang datang maka Sulaiman berkata kepadanya: “Saya mendapat khabar bahawa engkau telah membicarakan dan membusukkan saya.” Jawab orang itu: “Tidak, saya tidak berkata itu dan tidak berbuat sedemikian.” Sulaiman berkata: “Orang yang menyampaikan berita kepadaku itu benar dan jujur.” Azzuhri berkata: :”Tukang adu domba (fitnah) tidak benar dan tidak jujur.” Sulaiman berkata kepada Azzuhri: “Benar engkau.” Lalu berkata kepada tamunya itu: “selamat jalan.”

Seorang cendiakawan berkata: “Jika ada orang menyampaikan kepadamu makian kawanmu, maka dialah yang memaki engkau bukan orang yang disampaikan beritanya kepadamu.” Wahb bin Munabbih berkata: “Siapa orang yang memujimu dengan sesuatu yang tidak ada padamu, maka tidak aman daripadanya akan memaki engkau dengan apa-apa yang tidak ada padamu.”

Abul Laits berkata: “Jika ada orang memberitahu kepadamu bahawa Fulan menjelekkan kau, maka harus menghadapi dengan enam macam iaitu:

  • Jangan percaya kerana tukang fitnah atau tukang adu domba itu tidak dapat diterima persaksiannya Sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): “Ya ayyuhalladzina aamanu in jaa’akum faa siqun binaba’in fatabayyanuu an tushibu qauman bijahaalatin fatush bihuu ala maa fa’altum naa dimiin.” (Yang bermaksua): “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang fasiq (satu kaum) membawa berita, maka hendaklah kamu selidiki, jangan sampai kamu membalas kepada suatu kaum dengan kebodohan, maka kamu kelak akan merasa menyesal. (Surah Alhujuraat ayat 6)

  • Engkau harus mencegahnya dari fitnah itu sebab nahi unkar itu wajib

  • Engaku harus membenci kepadanya sebb telah berbuat maksiat

  • Engkau jangan bersangka jahat terhadap saudaramu yang difitnah itu sebab jahat sangka terhadap seseorang muslim itu haram. Firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): “Inna ba’dhadh dhanni itsmun.” (Yang bermaksud): “Sebahagian dari sangka-sangka itu dosa.”

  • Jangan kamu selidiki keadaan orang yang difitnah itu sebab Allah s.w.t. melarang menyelidiki kesalahan orang

  • Apa yang tidak kau suka dari perbuatan orang yang mengadu-adu itu maka jangan sampai berbuat seperti itu, yakni engkau jangan memberitahu kepada sesiapapun apa yang dikatakan oleh tukang fitnah itu

dipetik dari http://tanbihul_ghafilin.tripod.com

cuma sebulan lagi….

Leave a comment

bells-palsy.jpg

“Cuma sebulan saja lagi hayat anak saya ni…kata doktor kat spital minggu lepas.Tolong periksa dia betul ke anak saya ni dah nak mati?.”soal makcik bermulut herot macam Bell’s Palsy pada mama.Anak gadisnya yang duduk didepan mama tersipu sipu ..senyum berbunga macam mendapat berita dipinang orang layaknya.

Mama merenung berkerut dahi melihat gadis berbadan gempal memakai t-shirt putih berlengan pendek,usia awal 20an yang nampak ceria semacam.

Mama senyum pada makcik,”doktor mana bagitau makcik ni?apa penyakitnya?.Sukar untuk mama mempercayainya.

“Dua minggu yang lepas anak saya masuk wad selepas makan makan Panadol 6 biji.

Sebelum tu, pagi pagi lepas makan durian dengan saudara maranya,dia pergi berkelah , mandi manda ..minum plak air koka kola.Bila balik umah dia rasa macam nak demam.Makcik suruh dia makan panadol 2 biji..tak kebah makan 2 biji lagi..tak turun gak panasnya..dia ambik 2biji lagi…petang tu, dia mula muntah muntah..dah naik kuning mukanya.Makcik jadi takut , bawa dia pegi klinik(klinik kesihatan) kat kampung.

Anak saya bagitau doktor dia muntah muntah lepas makan 6 biji panadol .Doktor silap dengar. dia ingat anak saya makan 60 biji panadol !!Kelamkabut dia tulis surat suruh bawa anak makcik ke hospital segera..dihantar ambulan dengan air masuk sebotol(i/v drip la tu)…

Sampai sepital ,doktor kat kecemasan marah marah anak makcik ..dia tuduh anak makcik nak bunuh diri!Lepas ambik darah,cuci perut (gastric lavage)…tahan kat kecemasan hingga habis air yang dimasuk oleh doktor dari kampung tadi.Lepas tu dia suruh anak makcik balik.Hari tu hari Isnin.

Esoknya , hari Selasa makcik dapat panggilan telepon dari hospital minta bawa anak makcik segera ke hospital.Katanya keputusan darah ada masaalah.

Sampai dihospital, Doktor bagitau keadaan anak makcik kritikal. Kena tahan dalam wad.Hatinya dah rosak …!hayatnya cuma tinggal sebulan lagi,suara doktor yang lantang jelas di dengar oleh semua yang ada dalam wad.Dia minta bagitau semua saudara mara.

Makcik terkejut sesangat sebab anak makcik nampak sihat aja. dah tak muntah lagi cuma tinggal matanya kuning aja. Tapi doktor lagi tahu,jadi makcik dengar cakap doktor.Makcik berendam air mata selama 5 hari dia ditahan dalam wad, adik beradik , saudara mara , orang kampung semua dah di bagitau..semua tergesa-gesa balik ziarah tengok anak saya.Tapi semua pelawat heran sebab apa anak makcik yang doktor kata hampir nak mati duduk kat wad biasa aja..bukan icu,tak masuk gas(oksigen) hanya air (drip)ja?

Orang kampung yang datang berbisik tanya makcik kenapa anak makcik nak bunuh diri dengan telan 60 biji panadol? Makcik jadi heran bila pulak anak makcik nak bunuh diri? Kata mereka ,orang kampung semua dah tahu..drebar ambulan yang bagitau.

Masyaalllah!makcik sedang bersedih kat spital , kat kampung heboh anak makcik nak bunuh diri.

Makcik tanya doktor,siapa kata anak makcik makan 60 biji panadol?dia hanya makan 6 biji aja.Doktor tu tunjuk surat yang ditulis oleh doktor dari klinik kampung, dia tulis 60 biji!walaupun makcik takfaham yang lain dalam surat tutapi angka 60 tu makcik kenal!

Lepas 5hari dalam wad, doktor benarkan dia balik dengan sejenis ubat macam biji kacang(may be jetepar) .

Jadi ari ni makcik nak minta doktor periksa dia betul betul , ambik darahnya kalau perlu.”

Panjangnya cerita makcik ni….mama periksa anak gadisnya dari head to toe..ambik darahnya, kencingnya untuk test fungsi hati dan buahpinggangnya .

“Makcik dari pemeriksaan saya, buat masa ini anak makcik sihat walafiat…nafasnya ,udara keluar masuk paru parunya,nadinya , degup jantungnya , keadaan mentalnya,kuningnya tak ada…”jelas mama untuk meyakinkan makcik.

‘insyaallah dua hari lagi saya akan bagitau keputusan ujian darahnya.Makcik balik dulu ,jangan bimbang , anak makcik tak perlukan apa apa ubat buat masa ini “Anak gadisnya bersalam ngan mama , senyumnya masih di bibir.

Sebelum keluar makcik Bell’s Palsy bertanya mama:

“Gamaknya doktor kat hospital tu pandai bab rawat pesakit aja ka…tak diajar ka cara nak bercakap dengan orang macam makcik ni.Bukan ka kalau nak bagitau perkara perkara penting ,macam dia bagitau anak saya dah nak mati tu perlu dirahsiakan antara keluarga terdekat ja?panggil saya ni ke sebagai maknya masuk dalam bilik bagitau pelan pelan(perlahan lahan).Ni tak, dia CAKAP macam buat pengumuman plak kat dalam wad sampaikan semua orang dalam wad tau.”

Satu lagi…makcik nak tanya, bukan ka semua kakitangan kesihatan ni kena rahsiakan penyakit pesakit dari pengetahuan orang lain…macam drebar tu dah bawa cerita tak betul kat orang kampung. Sekarang makcik dah tak tau macam mana nak jawab bila ditanya kenapa anak makcik nak bunuh diri?Nasib makcik ni dahla janda, sakit macam ni plak(sambil tunjuk mulutnya yang herot )..kena fitnah macam tu jadi malu sangat makcik nak keluar rumah”

Mama tak tau nak jawab apa………….

tetamu tak diundang….

Leave a comment

dsc09224.jpgdsc09193.jpg

sedang bersantai di hari minggu keluarga mama di lawati oleh tetamu tetamu ini…yang pendiam tak bersuara,sepasang diatas pagar dapur,mungkin dari kepunyaan jiran .Sepasang burung enggang ? datang dari jauh , mungkin dari seberang, bising bising bergaduh ,landing di atas bumbung rumah .Apapun selamat datang cuti cuti Malaysia.

dsc09194.jpg

Older Entries