Dilema..

Leave a comment

aduhai pakcik kalau dah jantung berirama dangdut,duduk atas katil pun penat dan semput,letak GTN dah x lut sebaiknya ke spital untuk rawatan lanjut.tapiiiii …
pakcik lebih risaukan anaknya yang terpaksa ambik cuti menunggunya,siapa nak jaga isterinya yang terbaring takberupaya,roti kering dan nasikeras hospital dengan lauk yang takada rasa,takut kena marah selalu pegi A&E bla..bla..bla *adoi semput……….
lorrr camna nak pujuk ya?..takkan nak cakap” kan pakcik dah lama sihat,makan selalu nikmat.”..
terkedu bila di tanya————–>adakah saya ni umur dah nak tamat??hmmm 79tahun dah masuk usia bonus.

sms kepada Saudara Hassan Ali

Leave a comment

mama takder no tepon Saudara Hassan Ali tapi mama textkan saja di sini:-Harap harap dia membacanya

kepada Saudara Hassan Ali…teruskan dakwah dan perjuangan………….kadang kadang perjuangan takperlu diangkat dan dijulang mungkin ada ketikanya dipijak dan dilanyak serta terbuang bukan bererti kurang sokongan tapi ketahuilah majoriti berada di luar gelanggang.

anak soleh

Leave a comment

wargaIndon wanita bekerja buruh binaan bersungguh mahu mengubat sakit pinggangnya..”saya mahu obat agar bisa bangun Tahajjud seperti selalu ”
Saya kagum dengan amalnya lalu bertanya..’kalau ibu penat kerja siang masih boleh bangun tahajjud malam malam?..”
“Anak saya dari Indon akan telepon kejutkan saya lewat malam”
Aduhh!!! bagusnya anak ibu.berapa usianya?
“13 tahun …..sedang belajar di pasentren”
…………………………….dia sedang menyemai anak soleh rupanya..

kerja makan gaji vs kerja sendiri

Leave a comment

Pakcik 86 tahun masih tegap berkebunsawit tapi hari ini dia jatuh terjerlus dalam lubang hingga ke paras dada..Ajaibnya tiada kecederaan serius.So bagi nasihat je..
“pakcik saya bagi mc 3hari ..rehat sepenuhnya di rumah saja”*berseloroh dgnnya.
Terpana dengan jawapannya;” pakcik orang MISKIN mana boleh berehat d rumah aje.kena kerja juga..”
Tapi pakcik kaya kederat kan?.*teringat semalam ada yg datang minta MC sbb kucingnya mati.*pitam saya.hiks.

sakit buatan isteri?

Leave a comment

tolong isi borang kwsp utk abang saya-dia dah hilang upaya, pinta seorang adik lelakinya.

Taktau hujung pangkal takpernah merawat abangnya mama di suruh isi borang kwsp untuk tuntutan keluar duit kwsp..aik ? pelik ni.

Jap jap cuba story dulu..apa sakitnya?tanya mama.

Dia dibuat bininya..tiba tiba aja jatuh terus lumpuh sebelah badan.Dah setahun lebih.

Uishh! Dahsyat tuduhan tu? dibuat bini sendiri.Ada superpower ke isterinya hinggakan boleh wat suaminya jatuh lumpuh tiba tiba gitu?..tapiiiiiiiiii itulah pendapat dan diagnosis abangnya dan keluarga si suami. kena korek lagi ni…takboleh kata citer depa ni mengarut jom kita korek lagi mesti boleh jumpa diagnosisnya pasni.

Konfiden adik dia bercerita:
Abang saya ni umur 45tahun*ish muda lagi kan? ada kencing manis, pastu dah mati pucuk *sambil dia buat isyarat jari telunjuk dibengkokkan..Jadi bini abang saya tu dah main kayu 3 dengan Mat Indon.Bila abang saya keluar kerja malam dia bawa Mat Indon masuk rumah…*ni kes isteri gersang dan iman goyang ni.Pastu?

Pastu abang saya tiba tiba jatuh lumpuh sebelah badan..terus tak dipeduli bini dia lagi.Abang saya bagitau isteri dia bomohkan dia supaya jadi camtu…sejak tu makan jaga abang saya diambilalih oleh mertuanya.isterinya dah takpedulikan dia lagi.tapi lama kelamaan depa dah takmo jaga dah. Hantar balik kat saya pulak untuk menjaganya.
Jenuh kami berubat dengan bomoh tak sembuh juga…bagitau adik jantannya juga hanya kerja kampong saja xder pendapatan tetap.

Bila saya pun dah hilang punca pendapatan ..inilah ikhtiar akhir saya nak bantu dia ..nak ambik duit kwsp dia yang masih bersisa utk dikeluarkan..

Ubat apa yang dia makan sekarang? tanya mama
Dia takmakan ubat apa apa pun..ubat kampong ja.Lorrrrrrrr??

Diagnosis mama nak habaq mai na:

Hmmmm. rasanya abang encik tu dah ada tanda tanda nak dapat stroke tu awal lagi dah tapi dia xperasan..kencing manis dan mati pucuk tu petanda awal yang saluran darahnya dah mula tersumbat ..kalau urat arah di anunya dah sempit takmustahil saluran darah di kepalanya camtu juga.. hingga dah tersumbat terus dan jadi stroke..lumpuh sebelah badan..mujur tak sumbat disaluran jantung lagi bahye!

terang mama supaya tohmahan terhadap si isteri tidak berkekalan..mana mungkin skali hembus puffff!camtu boleh lumpuh camgitu..powerrrr tul!

* pemerhatian mama kaum lelaki yang berpenyakit kronik spt kencing manis ,darah tinggi sangat susah nak berjumpa doktor untuk rawatan susulan terutamanya golongan muda .mereka mereka ini susah sangat nak pantau penyakit mereka ..sindrom menafikan sakit atau mengabaikan sakit selalu melanda mereka.
Mereka lebih percaya dengan rawatan yang disyorkan oleh kawan kawan mereka berbanding rawatan doktor.selalu cari jalan pintas untuk rawatan.air daun ketum la..akar itu akar ini kapsul tu kapsul ini yang disangkut dikedai kopi lebih tekun mereka makan berbanding ubat disyorkan doktor.Ubat doktor hanya gigih mereka makan sehari atau dua hari sebelum temujanji dengan doktor..selain dari tu makan minum mereka ikut selera orang sihat..pastu camna ?

Kalau dah jatuh sakit atau dah dapat komplikasi siapa yang tanggung?..kalau sakit sehari dua mungkin sanggup pasangan sabar menjaga tapiiii kalau dah bertahun camna?..

Sang isteri? ..adoi Mat Indon ka Mat Bangla atau sesiapa saja yang lalu kalau dah tipis iman ,nafsu jadi tunggangan.dosa azab sengsara neraka tak dipeduli lagi.Takyakin untuk bertemu Illahi nanti gamaknya.
Dizaman sekarang susah nak dapat pasangan yang setia sehidup semati cam dulu-dulu.ikatan kasih-sayang sekarang sgt longgar…berbelas kasihan pada pasangan yang sakit lagi lerrrrr takder tak gitu?tak caya? cuba lihat stastistik perceraian di setiap negeri…dan fikirlah sendiri kenapa.?ini sebahgian dari sebabnya.

sekian wallahualam..

welcome 2012!bye bye 2011….

Leave a comment

salam semua,
Masyaallah !lamaaaaanya xmenulis di blog ini.bukan benci untuk singgah menulis di sini tapi …aah!banyak alasan.
Tadi baca email dari cik wordpress tentang prestasi blog ini rupanya masih ramai lagi pelawat yang singgah .kesian kan tengok umah lamaaaa camtu juga …jadi mulai tahun 2012 ni berazam nak memblog semula.ehehee..tungguuuu.

akhir 2011 cambiasa cuti sekolah yang panjang adalah peluang anak anak Ribena berkumpul di rumah mama.congak congak ada lebey kurang 12 orang semuanya..ajim dan arep tak lagi sunyi.kazen kazen sebelah mama dan sebelah abahnya semuanya ada berkumpul ..tolak pempuan 3orang yang laen semuanya lelaki..depa sibuk dengan persediaan nak wat Famili Day kami…event tahunan yang sangat ditunggu dan di nanti setiap tahun.
Geng Ajim sibuk praktis tarian K-Pop untuk persembahan dan wat videoklip untuk hari tersebut..
Walaupun temanya Arabian Night tapi Geng K-Pop Ajim mama tak hampakan untuk menunjukkan bakat mereka ..last year tarian Sorry Sorry superjunior mereka bukan main lagi depan orangkampong bilakami sambut famili day di kampung.

Tawun ini Ajim and the gengnya Arep,Paeh,Own,Dekna Kedah dan Dekna T.Intan serta Huzaid seramai 7orang praktis setiap hari ……..dan inilah hasilnya.

Demam Ombak rindu pun melarat juga Pakteh dan Kakanis bagi kebah dengan mendendangkan lagu ini