2nd Raya Aidulfitri

5 Comments

salamraya2
Raya pertama berakhir di rumah Maksu..cam biasa tiba disana dah nak masuk maghrib ..selesai semayang kami pulun nasi panas2 ngan asam pedas,puyu goreng dan ayaq asam cicah kacang botol@kacang kelisa.eh?cam de javu plak 2 tawun dulupun gini juga kan?

Raya ke2..persiapan open house.Menu meesup,ayam/burger/sosej BBQ dan ABC.
Mama ngan abah ke pasar borong mencari bahan untuk meesup..bestnya sebut je apa senarai yang nak dibeli semuanya ada..harga menakjubkan!namanya pasar borong kan..memang berbaloi.Balik singgah Giant beli sosej dan burger settle..
Rohani ngan suaminya mencari bahan ABC special..jangan lupa buah nau@kantor, kacang besar dan jagung tin
Zam ngan ayah pergi beli daging dan seangkatan dengannya..kelempung,perut untuk resepi gout la tu.

Bila tiba kat umah semuanya dengan tugas masing-masing..zup zap 35 ekor ayam untuk BBQ selesai diperap…sampai ada yang jatuh terlentang dari kerusi bersungguh menyiapkannya..ahahaha..kuah sup seperiuk besar siap dijerang…lobak masin siap dihiris..kacang ABC menggelegak direbus dalam periuk…anak-anak dan sepupu mengangkut meja dan kerusi….semuanya ready sebelum tengahari.

Nak pergi beraya plak umah Pakcik Peli..Pakcik jemput makan tengahari di situ..dalam gembira menerima kami Pakcik takdapat membendung sedih rindukan anak sulungnya yang masih enggan pulang walaupun dihariraya setelah berkeluarga.Dia rindukan cucu sulungnya yang belum pernah dilihatnya lagi..Kenapa keras sangat hatimu nak?Makcik menyeka airmata bila mama minta dia doakan anaknya dilembutkan hati untuk kembali kepangkuannya semula..jangan disumpah anak itu maafkan silapnya..mohon bukakan pintu hatinya untuk kembali mengenang ikatan kasih anak-ibabapa selama ini…Tapi bukan semudah itukan?………..

Pastu ke rumah Ton, anak maksu yang buat open house ..terpaku tengok umah teres yang dia ubahsuai sendiri dengan suaminya..dari menukar jubin lantai hingga ke plaster siling semuanya mereka lakukan sendiri! dan hasilnya menakjubkan kami semua!Hingga terlupa nak menjamah menu hari tu kerana terpesona dengan hasilkerja mereka mengalahkan Eric Leong…Agak-agak kalau jemput anjung seri nak ke mereka datang?ehehe..
umahton3
Ton dan husbannya..betul kata pepatah dimana ada kemahuan di situ ada jalan..dan hasilnya..design foyernya..
umahton2
umahton

Then petangnya semua kembali ke rumah untuk persiapan terakhir open house malam itu..sebelum tu jom nikmati senja di kampung mama..cantik tak?
senja

senja2

malam itu…seperti pasar malam meriah!semua saudara mara berkumpul makan-makan
makan2

abc

ABC antik mesin aiskacangnya..manual guna tangan ja bukan letrik..teringat makan ais kepal yang selalu dibeli selepas balik sekolah dulu-dulu guna mesin ni la jugak.Teruja anak-anak menggunakan walaupun mesin tu suka ‘berlari’ diatas meja yang licin tu..

Dekna dan Ajim bertugas..eh? mana Makteh tekongnya?ehehe
abc

anak-anak yang teruja dengan kehadiran Fimie pelakon Hikayat Putera Syazlan/pengacara nasi lemak kopi ‘o’
kanak2

Raya Aidulfitri ’09

3 Comments

salam semua..entah kenapa kebizian melampau hingga x sempat nak update blog..citer raya belum reda..sambutan raya antara kita memang berbeza, ada yang memilih untuk beraya bersama keluarga sendiri sahaja ..ada yang lebih suka beraya beramai-ramai bersama adik beradik sepupu-sepapat..

Apapun mama dan abah dah seia sekata selagi ada hayat emak dan ayah…serta mertua masih ada insyaallah sambutan pagi raya sewajibnya bersama mereka ,secara bergilir ..jadi raya aidulfitri tawun ini disambut diumah keluarga mama di utara..
Tema kaler tawun ini warna ‘Turquoise’=blue-green(chemical formula CuAl6(PO4)4(OH)8·4H2O) melambangkan kesepakatan kami walaupun adik Melia,yang darjah satu tu, anak si Rohani mungkin warna itu agak asing dan susah sikit nak bagitau kawannya warna tu..warna ‘tortise’ jadinya..ehehehe..

Walaupun mama masih pening-pening lalat cuba menyiapkan nasi dagang dan gulai ikan mamu@tongkol sebagai juadah pagi raya hingga bocor hangus periuk kukus mak tapi lega bila nampaknya sambutan yang diberikan terhadap menu itu..pastu cam biasa semua duduk keliling ayah dan emak bertahlil,bertahmid diAidulfitri.

pagiraya

bersalaman,dan yang dinantikan anak-anak…duit raya..ehehehe
slamraya

bergambar kenangan..sebelum sembahyang raya
raya

cucu-cucu wan yang happening..
wanraya

menyambut Along yang turun dari kayangan..
rayaa!

dan kerumun motor Hapit di tepi bendang
cousins

aksi biasa ditepi bendang..
rayad'bendang

Kalau biasanya bergambar raya atas sofa..sekali sekala kita bergambar di luar umah plak kan
famili
myheroes
Always my son

akmal+along
Dan Akmal yang dah ‘jatuh hati’ ngan keluarga mama..

Emak dan cucu-cucunya beraya di umah Tokteh yang dah uzur
cucutok

Raya ke-2 buat open house plak..bersambung…

pre-Raya preparation

8 Comments

Ramadhan beransur mengundur diri..Syawal yang bakal menjelang.Shopping raya cam taksedar diri.Harap-harap selamat pulang.

Hiba hati melihat mukadepan metro pagi ini..pemuda,penunggang motor yang berwajah hensem hancur kedua-dua kakinya digilis tayar lori.Sangat-sangat tragis!..mungkin baru sangat disalut stokin dikaki yang sangat berharga itu tanpa menyedari dia akan kehilangan keduanya sekali gus..Jadi peringatan untuk diri sendiri bersyukur pada yang Esa setiap anggota yang diberi masih utuh ada dan berupaya berfungsi tahap 5/5 powernya.
accident

Kami sekeluarga akan balik Jumaat ini.Memang dah dapat rasakan jalan akan jem di sana-sini dan trafik akan bergerak perlahan tapi itulah yang akan ditempohi walau selebar manapun jalanraya tu..
Mak dah kecoh bila ramai yang akan bertolak pulang pada hari Sabtu,’dah lewat sangat tu’ katanya takut jalan jem..bimbang jalan sesak dan mereka akan lewat tiba didepan pintunya.
Dia bimbang ketupatnya dan sambal dagingnya taksempat disiapkan kerana permintaan yang akan mendadak menjelang raya..ehehehe anakcucu akan menikmatinya dengan penuh syahdu cam dah lama tak jumpa ..don’t wori mak, anak-anak dan cucu mak akan bantu.
Bila ditanya mak nak pesan apa bila kami balik nanti;

“takdak nak pesan apa-apa aih..Mak nak minta hampa semua balik dengan selamat “

permintan dan doa mak yang sangat bernilai sebagai bekal untuk dibawa pulang.

Kepada semua yang sudi singgah diblog mama ..Selamat menyambut Hari Raya dan Maafkan mama jika ada entry mama di sini yang mengguriskan hati walaupun mama takberniat begitu.
Selamat menyambut lebaran dengan keluarga dan pesan mama pulang sebagai anak atau menantu,cucu atau anak saudara,mak saudara atau bapa saudara yang baik kepada mereka… kerja tinggalkan di pejabat. kualiti time dengan keluarga nikmati sepenuhnya…dan jangan lupa eheheheh sampul raya (* kalau ada)

tetamu Ramadhan

3 Comments

Semalam Isman Hijjaz dan anaknya Farooq yang cute ,Ustaz Mohamad Fauza,Khairil dan Os dari HME singgah berbuka di rumah.Walaupun agak lewat tiba tetapi mission tetap complete ehehe.Ustaz nak berceramah kat surau lepas isyak.*terima-kasih Isman tolong bawakan ustaz.Jasamu di kenang.

Kebetulan pembantu umah dah balik bercuti anak-anak dan abahnya turut meringankan tangan di dapur.

Menu semalam dari dapur mama:-
-pari bakar portugese syle,(Arif kata dah 3 kali mama masak resepi ni sejak puasa ehehehe…shhhhhh..)resepi dah mama dah bagitau sebelum ni kan?
-sambal udang petai-Ajim suka ni.
-pekasam goreng bersama daun kunyit,bawang dan cili padi perggghh!berair ayo liur masaknye. Tokasid selalu kempen nih.
-rendang ayam,ayam menu wajib Arif.
-ikan kukus petsat(betui ke eja camtu?)..
-kailan goreng ikan masin.Goreng beberapa saat sebelum berbuka konoNnya nak hidangkan panas-panas tapi lewat plak deme ni tiba..sejuk gedi sayuq tu jadinya..
-ulam-ulaman cicah budu sebabnya tetamu ada dari Kelate.

Pencuci mulut : bubur nangka and dadih yang kemudian jadi feberet Farooq.
Semuanya homemade jadi dapur bersepah hingga larut malam baru abih mengemas..Tapi sempat lagi bercucuk tanam kat Farmville..eehehe

masa itu emas

1 Comment

facebook4

Hari saja nak berkongsi dengan semua suatu perkara yang berharga tetapi selalu kita abaikan iaitu MASA.So jangan beri alasan tak cukup masa atau SIBUKKK kerana semua kita diberi 24 jam /sehari tak lebih atau kurang sikitpun.

Cuba baca senario ini.. sound familiar?

Selepas Isyak..mula nak study..buka buku rujukan..baru 10min mula mengulangkaji tiba-tiba kat screen laptop nampak cam ada emel masuk!. You open your email program just to check if it’s anything important. It’s an email from your best friend.Lepas baca emel tu cepat-cepat balas daN kembali membaca…lima minit kemudian ehh? rasa dahaga la pulak pegi ke dapur ambik air segelas …gluk..gluk..gluk habis minum.Nampak tv citer best tengok jab..

Kembali ke meja study bila dengar enfon bunyi..jawab call dari kawan yang nak tanya pasal emel tadi.Prasan plak kat screen komputer ada ym masuk ting!ting!ting! “dah makan?” taip balas pastu masuk lagi ym “makan apa?” balas lagi ting!ting!ting!..pastu dah taklarat nak taip letak ikon je atau setakat hehe..hiihihi…dan bual kosong itu berlarutan..

Kemudian treet!treet!treet! masuk mesej plak kat enfon pantas tangan membalasnya..pastu baru nak pegang buku tetiba bunyi beeps!beeps! rupanya reminder birthday seseorang plak ..taip besdei wishes hantar..

By this time, semua air yang diminum tadi dah sampai ke bladder cepat-cepat berlalu ke tandas and you need to take a quick bathroom break. Bila balik ke meja study ternampak kat FB di komputer skrin ada kawan upload gambar dia pergi trip ke Hawaii cuti baru ni..Klik satu persatu gambar tu best gak ..berangan sekejap nak ke sana.

Bila akhirnya nak mula study semula mata dah mengantukkkk ,mulut dah menguap ..dan masa dah hampir lewat malam.

Alamak! report belum siap lagi?Dan as time continues to tick by, your deadline approaches and your stress levels start to rise…

These day’s there is no end to the distractions that can and do take us away from completing our most important tasks.

So what’s the answer?

The answer is something I call the ‘Power Hour’. Here’s how it works:

Whenever you need to get an important task done, simply make the decision to have a ‘Power Hour’ and decide that you will not be distracted by anything during this hour.

* Switch your mobile phone to silent
* Divert landline calls to message bank
* Turn off your email notification
* Make sure that you don’t need to eat, drink, or go to the bathroom
* Let people know that you are not to be disturbed for the next hour

Then, get started and give your total undivided attention to the task at hand. Do not pause to check out what people around you are doing or saying.

Just do what you have to do.

The best part about this strategy is that by working efficiently you complete the work that you need to do in the shortest possible time and minimize the need to study/work long hours. This in turn allows you to spend more time with the people you love doing the things you really want to do.

Action Steps:

This week, try out the ‘Power Hour’ time management strategy for yourself. You’ll be amazed by what you get done!

kepadaMu dia kembali

Leave a comment

Seorang pembaca setia blog mama telah kembali ke Rahmatullah semalam.Takziah kepada keluarga beliau dan doa mama;

“Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah segala dosa yang dilakukannya dan rahmatilah ia”,

Amin

Doa untuk anak

Leave a comment

Berkata Al Imam Al Bukhari rahimahullah,

Dari Abu Hurairah beliau berkata, bersabda Nabi Muhammad Shalallahu `alaihi wassalam, “Ada tiga doa yang tidak diragukan lagi akan dikabulkan, yaitu doa orang yang terzalimi, doa orang yang sedang safar (bepergian), dan doa orang tua terhadap anaknya.”

Insyaallah….

Selamat Hari lahir Along

9 Comments

aong3

Always My Son

You are my son, a part of me, and that will never change,
No matter what you do in life my love will still remain.
I held you as a baby and I looked into your face,
And I knew then, no other one could ever take your place.

I knew then as I held you, you would grow to be a man,
And anything you did in life I’d try to understand.
I knew you would make choices and would follow your own heart,
I only prayed that in your life I’d always have a part.

I knew some things you did in life would give me so much pride,
But also realized some things would tear me up inside.
I only want the best for you and want you to succeed,
And want you to find happiness with everything you need.

I can only guide you and give you a helping hand,
You will choose the path to take now that you are a man.
Along the road that you will choose, whatever that may be,
Just remember this my son that you can count on me.

I will not try to push you to live life in my own stride,
I only promise I will love you and stand by your side.
I know that you will make mistakes and life is full of them,
But realize my love for you will not let me condemn.

I know this life’s not perfect and we do the best we can,
Just realize I love you and I’ll always understand.
I knew one day you would grow up and you would leave my nest,
I will do what I can for you and let God do the rest.

I have held you in my arms and done the best I can,
Now I pray that God will hold you now that you’re a man.
Just remember in my heart you are a special one,
And I will always proudly tell the world, “this is my son.”

along2

Pencuci mulut

Leave a comment

kuehputerimandi
pemanis mulut ini orang Kedah pangge ‘teghi mani’@puteri mandi ,menu wajib bulan puasa keluarga kami.Nak tau cara membuatnya?
Cukup mudah buatnya gentel tepung pulut( yang telah dibancuh jadi doh dgn air) bulat-bulat..pastu penyetkan..campakkan dalam air mendidih,bila timbul artinya dah masak..toskan pastu masukkan dalam kuah santan@ susu cair yang telah dimasak dengan gula,garam dan daun pandan.Sedia untuk dimakan.Rasanya lemak-lemak manis gitu.

Rahsia solat dari segi sains dan kesihatan

1 Comment

solat-1
sekadar copy paste untuk manfaat bersama:

solatsequance-solat
HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:

AKTIVITI OTOT – Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

ISYARAT OTAK – Ng Siew Chok

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

KOMPOSISI TUBUH – Dr Fatimah Ibrahim

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Older Entries