Anwar oh Anwar….

Leave a comment

Anwar dituduh meliwat lagi?…Adakah akan menggunakan skrip yang sama seperti dulu ?Adakah tilam akan diusung ke mahkamah lagi? Kita tunggu dan lihat Episod selanjutnya.

* selalu berpesan kepadaa  peserta setiap kali ceramah di kursus kahwin…meliwat tak boleh melawat boleh….

Advertisements

sunat …

Leave a comment

Pulut kunyit dengan rendang pedas ayam atau kari adalah perkara biasa yang mama terima ketika menyunatkan bebudak.Bukan minta pun macam syarat tok bidan di kampung tu tapi macam satu amalan pulak kan…mak atau opah kanak kanak itu akan membawa benda ni sebagai token .Mama yang yang hantu pulut ehehehe orang utara memang gemarkan pulut tau..apajenis masakan kalau namanya pulut memang susah nak tolak ler..kalau pulut ikan tamban kering gaul kelapa parut lagi best …tapi sekarang dah menurun pada anak anak yang mengikut abahnya juga..pulut lemak ngan rendang kicap puhhh!! meleleh sampai ke siku  Arif tu makan…..

Baru baru ni selepas sunatkan sorang budak pempuan tu, emaknya serahkan satu beg berisi benda benda ini…kelapa sebiji,serbuk kunyit,rempah kari,garam, asam gelugor=asamkeping, bawang besar dan gula..mungkin untuk masak kari kot?..Alhamdulillah terima kasih…tapi kalau lain kali deme bawa minyak petrol atau beras ke best gak kan?…

zzzzzzzzzzzzz….

Leave a comment

zzzzzzzzzzz…..gazebo impian…….

mengejar cemerlang

3 Comments

11tahun lalu……di bilik Pegawai Kesihatan Daerah.

Doktor! bagi tahu saya kenapa saya tak boleh dapat melintang atau menegak kali ini?!!!!!“bentak seorang staff, merinyu kesihatan berwajah garang sambil tangannya menggenggam menghentak meja mama suatu hari.Wajahnya yang macam watak antagonist filem Tamil tu berpeluh peluh dalam bilik mama yang beraircond tu.Marah benar nampaknya dia.Staff lain yang cuba meninjau dari jauh mama bagi isyarat supaya menjauh..biarkan saja mama berdepan dengannya…

Mama yang taktahu hujung pangkal diterjah staff yang marah marah gitu terpinga pinga heran.

Kamu duduk dulu. Cerita apa masaalah kamu sebenarnya.Nampaknya ada benda yang membuat kamu marah benar ni” mama cuba mengawal debaran berdepan dengan dia ni yang terkenal dengan sifatnya yang agressif …mama selalu mendapat aduan dari kawan sejawat tentang salahlakunya dan komplen dari superiornya kerana selalu bertentang pendapat dan melawan arahan.Enggan bertugas bila ada tugas tugas segera seperti mengawal wabak denggi yang memerlukan tindakkan kawalan cepat…tapi mama tahu sebabnya…. dia ada melakukan kerja part-time..menjadi pemandu kereta tarik dilebuhraya.

Mama biarkan dia bercerita..biarkan dia luahkan apa yang terbuku dihatinya selama ini..biarkan dia dia bercerita tentang rasa takpuashati dan rasa tertindas dari persepsinya.

Rumusannya…. dia ni memang tertekan kerana masaalah kewangan dan dia rasakan dengan mendapat anugerah yang diharapkannya itu dapat menambahkan pendapatannya..ditambah dengan cabaran /sindiran kengkawan yang menambah bara dihatinya hingga dia nekad untuk berdepan dengan mama kali ini…Laporan dan markah SKT yang dinilai oleh Chief IK nya (IK=Inspektor Kesihatan) sebagai penilai pertamanya cukup tidak memuaskan hatinya…Dan dia mengamuk sakan bila namanya tak muncul dalam senarai cemerlang…Puhhhh!…

” Saya dah tak boleh sabar kali ni.Kawan kawan sebaya saya yang lain semua dah dapat.Saya ingat tahun ini saya bleh dapat sebab dah dekat nak pencen tapi IK saya tu memang cari pasal!Saya tau dia tak suka saya..tu pasallah dia bagi markah SKT saya rendah camtu!” nampak benar dia berharap untuk pencen dengan paras gaji yang lebeh baik berbanding dulu….Harapan yang menjadi idaman semua penjawat awam bila menghantar SKT tahunannya….untuk sekurang kurangnya tersenarai sebagai penerima gaji melintang atau menegak…Cuma ramai yang menyimpan angan angan itu dalam hati tak seagreesif dia untuk mendapatkannya..tapi layakkah dia itu perkara yang berbeza..Dia peduli apa…

Dalam keadaan gini tak guna kita membangkang pendapatnya..yang hanya akan menambah berangnya..nanti takpasal pasal mama yang yang jadi mangsa geramnya.Jadi mama guna kaedah lain..takguna memberi janji palsu..janji nak bagi anugerah tu untuk tahun depan dan tahun berikutnya..

F…kamu tahun lepas raSanya tak pernah ambik MC kan?Kamu jarang bercuti nampaknya..memang kamu rajin bekerja.” puji mama ikhlas.Mukanya yang marah tadi mula kendur tegangnya.Manusia mana yang tak suka dipuji.Tapi memang betulpun…. dia ni memang begitu cuma tingkahlakunya yang agak agresif dan suka bergaduh fizikal dengan kengkawan itu kurang menyenangkan…ganaznya seperti selalu kita tengok macamana pemandu kereta tarik yang memandu zupp! zappp! melintas ganas atas jalanraya.

Anak isteri kamu sihat?” angguk dia.Mukanya nampak kembali relaks bersandar dikerusi..Mama puji dia kerana bertanggungjawab jaga keluarga..komited dengan kerja..dan bl..bla..bla…pastu..baru start …

Kamu tahu F.. sayapun macam kamu….kalau boleh tiap tiap tahun nak anugerah tu tapi itu anugerah untuk yang terbaik diantara yang cemerlang..toksah kita berharap sangat.Kadang kadang Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita…dia tak bagi dalam bentuk cash tunai macam kita hendak..yang kita nampak.Tapi dia bagi anugerah tu dalam cara lain..Dia sihatkan badan kamu, Dia sihatkan keluarga kamu..dia bahagiakan perasaan kamu..Dia pelihara keselamatan kamu semasa bertugas termasuk semasa kamu memandu laju diatas jalanraya…Itu ANUGERAH yang kita tak perasan…yang tidak kita iktiraf sebagai anugerah.Takguna kalau kamu dapat duit ektra tapi terpaksa bayar itu ini ..bayar kos berubat sebab sakit sentiasa..kereta rosak sentiasa..lagi kamu berkeluh kesah kan?.

Kerja kamu ni banyak pahalanya jika kamu ikhlas(jangan dok cebik ok=ni realiti)”…tugas kamu sebagai merinyu kesihatan tu menjaga masyarakat supaya sihat…. supaya mereka dapat bekerja untuk menyara keluarga mereka..supaya mereka dapat mengerjakan ibadat ..yang kamu pun dapat tempiasnya juga.Bla..bla..bla...” F terdiam dan kemudian akur dengan kata kata mama.

Harap dia faham dengan apa yang mama nak sampaikan…harap dia tak marah marahkan IKnya dan mama yang tak dapat baginya anugerah tu..Dan mama yakin itu kerana pernah selepas kejadian itu dia laju memintas mama di lebuhraya hingga ke R & R suatu hari hanya semata mata ingin berterima kasih atas nasihat mama yang membuatkannya lebih tenang dengan kerjanya sekarang.

Ya la kita yang bekerja ni bukannya boleh menunggu surau atau masjid untuk beramal beribadat macam orang lain yang dah pencen tu tapi semasa bekerja ni kita mengutip pahala jika ikhlas kan?????…Tu yang kerja sebagai ibadat..tak yah jenuh kerajaan dok kempem macam macam supaya staff nya komited bila bekerja..supaya menilai setiap waktu yang dibayar gaji tu berbaloi ke dengan tugas/titikpeluh yang kita berikan bukan sebaliknya.Jangan dok demand gaji je tapi banyak habis dengan minum pagi, minum selepas pagi=10pagi, minum petang dsbnya….

serba salah…

Leave a comment

Kerja sendiri senang la nak cuti” itu persepsi kita bila bekerja sendiri kan…Bila bila masa aja boleh tarik pintu klinik tutup dan letak notis TUTUP besar besar di situ…tapi bagaimana dengan patient.?Banyak masaalahnya tau…

Kami tunggu dari 6.00ptg hingga 8.30 malam depan klinik semalam,tak baca pulak notis kat depan tu“.Cerita patient yang datang semula dengan kereta sewa keesokanya.Alamak!Notis mama kat depan tu tak cukup besar  untuk dibaca?.Malam ini tutup, esok buka tertulis di notis tu. “Tambang mahal sekarang.Bas takat pukul 6 ptg ja.Terpaksa naik kereta sewa” Kata kata  patient membuat mama rasa bersalah ..tapi mama tutup klinik pun kerana =sebab emergency,ada kematian.Takkan nak tepon semua patient bagitau kan?Nak cari locum ….susah sikit kalau emergency gini.

Saya tunggu depan klinik sejak pukul 7pagi tadi.Taktahan rasanya sakit sejak semalam” bagitau pakcik yang terhencut hencut berjalan diserang gout.

Pakcik datang dengan siapa?” tanya mama kerana tidak dipapah sesiapa dengan kaki sakit begitu..

Datang dengan anak.Pakcik bawa motor pelan pelan bawa  anak pakcik yang umur 8 tahun tu buat teman” Terkejut mama ,pakcik ni bawa motor dengan kaki berdenyut bengkak akibat gout dengan menunggang motor dari umahnya yang sejauh lebih 50km di pendalaman felda tu?Meredah sejuk pagi bersama anaknya, menunggu di depan klinik mama yang hanya dibuka  2 jam kemudian.Kesian kan…kalaulah pagi tu mama tiba tiba pulak letak notis TUTUP tak ke nanya pakcik ni.

Mak nak datang klinik ni jugak.Dia kata dah biasa di sini” cerita seorang anak yang terpaksa memandu lebih 2 jam semata mata kerana permintaan maknya yang nak balik berubat di sini,di kampung halamannya walaupun dah berpindah tinggal bersama anaknya sejak kematian suaminya,walaupun di bandar besar tempat anaknya itu bersepah klinik pakar dan tak pakar.”Rhasi di sini” ..kata maknya membuatkan mama rasa serbasalah…walaupun dalam hati berdoa agar ubat yang diberi dengan izin Allah menyembuhkannya.Nasib baik gak masa dia datang tak der notis TUTUP kan?

Anak saya demam sejak 4 hari yang lepas..datang sini asyik tutup aje..tu yang saya bagi panadol syrup yang beli kat kedai ja.Saya taknak bawa gi klinik lain sebab anak saya memang rhasi kat sini.Kenapa doktor tutup lama sangat?.” Lorrr mama pulak yang salah?Dah tu… ccuti cuti sekolah hari tu nak jugak bercuti macam cikgu-cikgi tu..dapat cuti lama-lama..best kan.

Rhasi ni istilah yang patient bagi kat kita..mama pun mula mula tu tak faham gak apa tu yang dimaksudkan dengan rhasi.?..tapi sekarang dah faham dah lerr…kata patient walaupun ubat tu kadang kadang sama aja seperti doktor lain yang bagi tapi patient percaya kalau kita yang beri akan lekas sembuh sakitnya..walaupun kita tahu penyembuhannya di tanganNya….Begitu jugak dengan patient lain akan rhasi dengan rawatan oleh doktor tertentu.Cam kita makan tomyam gak ler kan..semua orang boleh buat tomyam tapi hanya tomyam kedai tu jugak yang memenuhi selera tekak kita kan..gitu ler kot?

Bella Luna..

Leave a comment

Along bercuti 2 bulan sekarang…bawa balik Bella Luna ke rumah yang kini menjadi feberet semua…nak dengar musicnya best!Klik di bawah

muhasabah diri…

Leave a comment

Sentiasa bermuhasabah diri…supaya tidak terlali…Ayuh hayati lirik ini;

Older Entries