syarat yang tak tertulis…

3 Comments

“susah la kak.. kalau tak layan permintaan depa”keluh sorang kontraktor pembekal alatan pasukan beruniform di laut.(cuba teka ler pasukan mana..)

“Kita nak cari makan dengan depa,depa sain vocher, depa yang nak ngesahkan barang yang bekalkan tu ok ka tak ok…kalau tak entertain depa punya demand macam macam alasan depa bagi nak reject barang kita..bukan senang nak pegi order plak…skru sebiji pun kena beli kat obesi(baca oversea)….barang tempatan tak boleh pakai”

“bila nak raya depa telepon bagitau nak balik kg tayar dah botak…kena kita gantikan…bukan sebiji tayar kak..4 biji sekali!…

“Bila ajak depa belanja makan..depa order yang mahai mahai..untuk 2 orang makan order ikan sampai 2 ekor besaq2 pulak tu,makan pun takhabih….membazir”

“Depa tak minta tajaan pergi lawatan luarnegara sama ka,kot kot pi buat umrah ka haji ka kat Mekah nun?”celah mama menduga.

“Tu la kak….kalau depa nak minta pegi sana kita boleh buat pakej umrah ,hantaq depa ramai ramai p sana saya pun dapat gak pahala..Tapi bab nak kesana depa takmau sebut langsung..tak terbuka hati lagi kot ..yang depa dok sebut p tempat lain…tu yang serabut tu..

“Ni nak buka sekolah lagi teruk…’depa’ dah bagitau nak beli buku sekolah anak la, alatan sekolah la, uniform sekolah. la…bla..bla..bla..”..kesian mama tengok mukanya yang keletihan nak jaga bisnes periuk nasinya sehari hari sewaktu singgah di rumah tengahmalam itu.

Perkara begini dah jadi lumrah..jadi satu syarat yang tak tertulis dalam bisnes begini..Jadi macamana kita nak mengatasinya?…Nak p cerita kat BPR takut jadi macam kes lawyer dalam video tu…bukan isu yang di komplen yang di siasat tapi sapa yang ambik gambaq video tu pulak yang kena..Loqlaq la.. Slogan kerja satu ibadat termakhbul ke?

gempaq!..

2 Comments

Pagi pagi hari Isnin 2 hari lepas mama memulakan kerja di klinik seperti biasa…selepas bercuti panjang sempena Aidul adha.

Patient agak ramai pagi ni …menjadikan mama cuba menyelesaikan setiap kes sebaik mungkin..yang kena chickepox perlu di dahulukan ,kesian gak tengok habis anak beranak nya yang 4 orang tu muka dan badan dah penuh ngan bintat-bintat berisi air , yang sakit kaki kena gout dah takleh jalan terpaksa guna wheelchair…nak dicepatkan..sakit mak oii!,yang muntah cirit dah lemah tak bermaya…yang bawa baby kecik ..takleh tunggu lama ..baby dah meragam..yang demam dah tak peduli sekeliling..dah letih duduk…

Yang membawa pesakit lagi ler…kereta yang parking kat luar tu..masa yang berdetik bererti bertambah nilai parkingnya yang perlu di bayar…yang datang menyewa kereta sewa/teksi pemandunya dah gelisah menunggu…

Sedang asyik merawat pesakit ..tiba tiba plup!..bilik mama menjadi gelap..kat luar pun begitu ..bekalan letrik terputus tiba -tiba !..Aik! mana emergency light bilik mama tak nyala pulak..capai lampu suluh cari plugnya..Hampeh! emergency lightnya plug tak di pasang ditempatnya…Cuti 4 hari yang lalu…staff mama cabut semua plug kecuali utk petisejuk sebelum bercuti hari tu.Memang gelap gulita jadinya…di dalam dan di ruang menunggu gelap gulita…jam dah hampir 11 pagi ..Patient masih ramai di luar camna ni?..

Di luar kedai kedengaran siren bomba…mama bergegas keluar.. Orangramai memenuhi jalanraya …jalan depan klinik mama tiba tiba jadi kalut..polis dah tiba mententeramkan dan menjaga traffic..kenderaan TNB pun ada..Rupa rupanya bank yang terletak dihujung barisan deret kedai mama ~i.e selang 5 kedai dari klinik mama terbakar!litar pintas.Nasib baik tindakan pantas staffnya memadamkan api yang menyala di wayar talian letrik cepat dipadamkan..if not???…if berlaku masa hari minggu, masa semua kedai di tutup tentu api yang menyala tu dengan gumbiranya meronda habis sederet barisan kedai kami….Oh! Nauzubillah!

Di dalam klinik patient masih setia menanti..mama tiada pilihan ..nak tengok patient di luar rasa tak selesa plak untuk patient..tak der privasi plak.Last last bawa alat alat dari bilik mama ke bilik paling belakang, bilik sembahyang @ bilikrehat staff..agak terang di situ, suasana plak berangin dan sejuk.bila tingkap di buka…pukul 1.45 baru semuanya selesai untuk sessi pagi…Bekalan letrik masih belum pulih lagi..

Petang camna ? nak buka ke?…

” saya datang sejak jam 10 tadi ..ni baru leh jumpa” kata pemuda Cina yang selalu datang untuk BP checknya…

cerita kita…masuk paper..

2 Comments

Utara: Program ‘Sunathon’ sempena cuti sekolah

(Berita Harian Rabu 19 Disember 2007)

sunathonsuratkhabar.jpg

Oleh Mustafa Ngah Mansor

156 kanak-kanak sertai program anjuran PPIM bersama penuntut Kolej Perubatan Cyberjaya
BIDOR: Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) cawangan Perak memilih Bidor sebagai lokasi bagi aktiviti sosialnya melalui program ‘Sunathon’ beramai-ramai sempena cuti panjang persekolahan, baru-baru ini.
Program itu membabitkan penyertaan 156 kanak-kanak lelaki berusia bawah 12 tahun dari pelbagai latar belakang keluarga termasuk petani, peniaga sehingga kakitangan kerajaan dan swasta turut menjayakannya secara besar-besaran.
Peserta bukan saja datang dari sekitar Perak, malah ada yang datang dari beberapa negeri lain termasuk Kelantan, Selangor, Johor dan Kedah.Bagi melengkapkan program berkhatan itu sebuah kereta Bomba dan Penyelamat dari Bidor didatangkan khas untuk memeriahkan sambutan.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan menyempurnakan majlis perasmian program berkhatan secara percuma itu di pekarangan surau Kampung Dato Kamaruddin di sini, baru-baru ini. Penyelaras program, Syed Azhar Syed Mohd Masri, berkata berikutan sambutan menggalakkan, penganjur terpaksa menolak permintaan beberapa keluarga bagi anak mereka menyertai acara berkhatan itu.Beliau berkata, orang tempatan yang bekerja di luar Perak yang membawa keluarga pulang bercuti di kampung turut mengambil kesempatan mengkhatankan anak masing-masing“Kami terpaksa meminta maaf kepada ibu bapa terbabit kerana terpaksa menolak permohonan mereka berikutan bilangan peserta sudah melebihi sasaran asal, tambahan pula pakar untuk mengendalikan majlis berkhatan itu terhad.

“Sambutan ibu bapa terhadap program pertama kali ini di luar dugaan dan ini mungkin disebabkan cuti persekolahan yang panjang dan mereka mahu mengambil kesempatan itu untuk mengkhatankan anak masing-masing,” katanya.

Exco PPMM cawangan Perak, Dr Zxxxxxxxx, berkata program itu juga sebagai saluran terbaik merapatkan perhubungan antara masyarakat dengan persatuan.

Beliau berkata, persatuan menyediakan kepakaran terdiri daripada doktor dan pembantu hospital yang turut dibantu penuntut Kolej Perubatan Cyberjaya.

“Persatuan mengucapkan terima kasih atas bantuan dan kesanggupan 33 profesional termasuk doktor dari beberapa kawasan termasuk daerah Batang Padang dan Ipoh membantu menjayakan sunathon.

“Matlamat asalnya, khusus untuk membantu kanak-kanak miskin tetapi dibuat secara terbuka selepas menerima permintaan yang tinggi daripada ramai ibu bapa untuk anak turut serta,” katanya yang mempunyai sebuah klinik persendirian di pekan Bidor.

Beliau berkata, idea untuk mengadakan sunathon timbul selepas menerima maklumat ada seorang pelajar berusia 15 tahun masih belum bersunat disebabkan kemiskinan keluarga, manakala bayaran perkhidmatan bersunat di klinik swasta adalah antara RM90 hingga RM120 seorang.

Sementara itu, seorang petugas dari Kolej Perubatan Cyberjaya, Hazirah Mohd Nor, 20, berkata penyertaannya tahun ini adalah kali kelima.

“Saya gembira menyertai program amal ini kerana dapat memantap kebolehan dan mematangkan minda serta menambah pengalaman,” katanya.

Ibu tunggal, Zulhijah Md Radzi, 41, bersyukur kerana berpeluang menghantar anaknya menyertai program itu.

“Saya gembira kerana banyak pihak tampil membantu, tambahan pula ia dilakukan secara percuma dan sudah pasti dapat meringankan beban orang ramai terutama ibu tunggal seperti saya,” katanya.

Rakannya, yang juga ibu tunggal, Samsiah Musa, 47, berharap program itu diteruskan pada masa depan terutama untuk membantu keluarga miskin termasuk ibu tunggal.

alhamdulillah….

Leave a comment

Alhamdulillah…syukur kehadrat Allah bila segala galanya bermula dan menjadi seperti yang dirancangkan.

Sabtu 8 Disember , cuaca pagi itu bermula dengan redup yang nyaman, sejuk sebab malamnya hujan.Jam 5.30 pagi semua penghuni bila umah mama dah mula beratur booking bilik air.5 bilik air nampaknya masih tak mampu menampung penghuni yang ramai ..mama dan abah dah siap awal lagi.Bila turun bawah nampak Paidee ( anak angkat mama pelajar CUCMS)sedang menulis sesuatu…rupanya…doa untuk dibaca oleh Fitri masa majlis perasmian nanti, duduk bersama Paksu yang dah minum pagi.

Anak menakan mama, Mat Huzaid , 8tawun mai dari Kedah dan anak kembar Rohaya,dari Penang. Akmal dan Aiman , 4tawun(peserta termuda) pun nak join bersunat sekali… Hehehe Akmal cabut lari kemudiannya , hanya Aiman yang berjaya di sunatkan…Kesian Hapit yang kena gigit tinge ngan Akmal bila cuba mendukungnya,memaksa Akmal ke meja OT….Kanak kanak lain dah mula berkumpul seawal 7 pagi bersama parent masing masing untuk pendaftaran.156 semuanya yang ada dalam list awal pendaftaran.Ibubapa peserta ada yang datang membawa sumbangan kueh mueh dan bunga telur untuk bersama sama memeriahkan majlis….Dan Pink(CUCMS) bersama rakan rakannya yang manis manis pagi itu menjadi gadis dan bunga telur macam lagu Rahimah Rahim..

bungatelur.jpg

dsc02597.jpg

Di meja pendaftaran staff mama dah bersedia, bersama mereka ,student CUCMS Wani & her friends mula dikerumuni untuk pendaftaran, parent/penjaga kena isi 2 borang , satu untuk declare penyakit anaknya, satu lagi untuk consent i.e surat kebenaran bius. Nampak kalut juga di situ buat sementara.Selepas daftar depa semua diminta menunggu di kemah tempat perasmian…Tapi bila mama pegi tengok kemudiannya , kemah kosong, rupanya semua pegi tunggu YB kat entrance masuk Kg.Pasukan kompang cikgu K bersama anak anak muridnya seramai 20 orang segak berbaju melayu, Azim dan geng bunga manggar ‘bolen’nya dah bersedia menunggu di sana.

Mama pastikan tempat untuk pasukan perubatan ready dan tempat untuk pasukan dental(pergigian) di ketuai dipersetujui.Dr Maliga yang mulanya takut nak duduk di tepi beranda surau untuk buat dental check-up akhirnya akur setuju bila mama yakinkan dia bahwa kehadirannya di situ (surau) tidak akan menyinggung perasaan orang Melayu di situ.Tambahan lagi tugasnya memeriksa kesihatan gigi secara percuma pada hari itu sangat sangat dihargai.

Tiba tiba Farhana (1st year student CUCMS) yang akan bantu buat ujian pengesanan paras gula bersama staff Klinik Kesihatan nanti ..(blood sugar) tergesa gesa datang mendapatkan mama..panik je nampaknya.mesin pengecek glukosnya (glucometer) tak bleh berfungsi? Mama belek mesin dan strip yang di bawanya dari universitinya…..hahahaha….kesian dia ….rupanya lain mesin lain strip yang dibawanya…Glucometernya jenis Accucheck advantage , stripnya yang dibawa dari Bbraun Omnitest…mana boleh.macam charger Nokia mana boleh pasang ke telepon Samsung kann .Tak per pengalaman mengajar kita kan…sekurang kurangnya pasni tentu Farhana dah expert pasal glucometer berbanding dengan kawan kawan yan lain….Mama minta Along pegi ambil strip Advantage dan mesin glucometer omnitest dari klinik mama..dapat guna dua dua sekali…setel…

glucoscheck

Tanpa menunggu majlis perasmian..Abah uruskan di sana…

(ini gambar Fitri membaca doa masa majlis perasmian-ihsan dari flickr Pink….)

fitri-recite-doa.jpg

mama bergegas semula ke dewan bedah iaitu dewan orangramai dan bilik darjah sekolah agama yang telah di’tukar’ menjadi OT (Operation theatre).telah tersedia 22 OT Table (6 mejamurid yg dicantumkan menjadi seperti OT Table)-10 di dewan, 12 di sekolah agama.Semalam bersama student CUCMS,mereka menbantu membentang cadar dan bantal.cantik pulak bila di letak cadar putih , macam meja OT kat spital jadinya.

Di bilik makan sukarelawan ,Mama minta salah seorang student di situ untuk daftarkan semua sukarelawan yang datang.Dr Shahrul FMS dari Tg M paling awal sampai, Dr K Pengarah Hosp S.R dan staffnya juga diantara terawal tiba.

Checklistdi tangan,…barang disposable, ubat bius ,syringe dan needle serta lain lain peralatan perlu dewan bedah di check berulangkali…untuk pastikan kelancaran bila pembedahan berjalan sebentar nanti.Autoclave 2 di dewan , 3 di bilik bedah sekolah agama…..dibawa dari klinik/poliklinik berdekatan(thanks to MA Baharul yang baru kematian isteri malam itu tapi masih bersedia datang untuk membantu…terlalu besar pengorbanannya…jasamu di kenang) .

Mr. Presiden PPIM, Prof Latif dah tiba dari Cyberjaya bersama sama 20 orang lagi 2nd year Medic student dari CUCMS dan UMS,sebagai sukarelawan bersedia untuk bertugas!Mereka ini sudah berpengalamn menjalan sunathon sebelum ini di Johor, Sabah dan baru balik dari Kota Tinggi beberapa hari sebelum itu untuk program yang serupa.Pasukan sukarelawan dari Pejabat Kes.Daerah Petaling , Selangor seramai 7 orang juga tiba sejurus kemudiannya.Saudara Razak dan teamnya tiba dari Putrajaya.Semoga perjalanan pergi dan balik mereka selama ~ 2jam dipelihara dan berkati Allah.

Dr Azlina, Dr Faridah datang membantu …melengkapkan kumpulan mama dan sukarelawan lainnya dari Hospital Gerik, PKD LMS Taiping, PKD Batang Padang, Dr. Aznor dari Hospital Manjung dan rakannya surgeon dari Hospital Ampang,staff Hospital Ipoh, hospital Slim River, Hopsital Tapah, Kuala Kangsar dll menjadi semua meja OT digunakan sepenuhnya.

Kehadiran student CUCMS membantu…di perasmian Fitri membaca doa,dimeja pendaftaran Wani and the geng, di meja pemeriksaan perubatan Farhana dll, di bahgian pre-op, intra-op , :memujuk adik adik peserta sunat.:penyediaan ubat bius, Dzul, Alex dll tekun bertugas: mencuci alat pembedahan : menyucihamakan dan Along and few of them membantu pasukan sukarelawan semasa pembedahan, post-op Isha dan rakan rakan membawa adik adik yang dah disunatkan ke tempat rehat, ada yang membekalkan ubat selepas sunat dan memantau post-op komplikasi….sangat komited mereka ini melakukannya.(hope they will come out dengan complete report selepas ini)

Medic Student dari Perak Royal Medical College tiba kemudiannya ~70 of them!dan menyertai pasukan yang ramai di bilik pembedahan…(maaf tak sempat nak berbual panjang dengan rombongan mereka..jangan serik untuk join lagi ya Azura?…

Pada juruteknik TNB, Firdaus yang kebetulan suami Sha,staff mama dah di minta jasabaiknya standby kot kot letrik buat hal hari tu..dan memang betul betul terjadi pun!Black-out kejap…Tapi kehadiran bersama Firdaus dan rakannya Arif(anaknya pun bersunat gak hari tu) dengan segera benar-benar membantu.

Tidak menunggu upacara perasmian berakhir , 20 peserta pertama dah berjaya di sunatkan….dan segala galanya berjalan seperti yang dirancangkan….sila klik di sini untuk gambar gambar hari tersebut

http://syazhar.fotopages.com/

img_7571.jpg

sunathon di Kg Dato’ K…

Leave a comment

surat jemputan dah hantar…persiapan tempat abah dan teamnya dah bersiap sedia.

dah start calling calling ingatkan buat kali terakhir ,semua yang nak menjadi sukarelawan..mana mana kawan kawan dan ex-staff dulu masih sudi turun membantu.

Di rumah dah tiba ~ 30 adik beradik, anak menakan, sepupu sepapat dan saudara mara yang ingin turut serta memeriahkan hari Sunathon.Semua bilik full termasuk ruang tamu, bilik sembahyang dan ruang menonton menjadi tempat tidor diwaktu malam…kecuali bilik along yang satu di tingkat atas sengaja mama kosongkan untuk “8 orang anak anak angkat” mama dari CUCMS yang akan datang petang Jumaat nanti.Bestnya!tiba tiba rumah mama menjadi meriah ngan macam macam aktiviti spt nak kenduri kawin!

Seramai ~68 orang medic student merangkap kawan kawan along akan turut serta menyertai program keluarga angkat sempena program sunathon tu nanti.Mereka nanti akan di tempatkan di rumah keluarga angkat masing masing.Ada yang2, ada yang dapat 3…mama dapat 8 orang anak angkat!kawan kawan serumah along.
Abah sendiri pergi mengambil Along di Cyberjaya untuk dibawa pulang bersama mereka 13 buah kereta berkonvoi dari sana.Tiba di tol Bidor mereka di iringi polis traffik ke Kampung Dato’ K.

sebahagian dari kengkawan along

sunathon part 3…

1 Comment

latest selepas pendaftaran di tutup terdapat 156 peserta ,kanak kanak yang akan disunatkan pada 8 hb Disember nanti.

orang kampung dah dah berpakat buat bunga telur, yang bakal mendapat anak angkat dah bersiap menerima bakal doktor….ada nak 2orang, ada 4 orang sekali gus nak diangkatkan…dewan bedah dah tersedia…20 meja ‘OT’ ,……..

sambung …lagi..k