owh! my wabbit!

7 Comments

DSC01601

sekor demi sekor wabbit kami mati ..entah kenapa agaknya semuanya mati tiba-tiba..paginya sihat petangnya dah lesu …diam takmau makan pastu menggelupur dannnn mati…mula-mula JIJI..pastu JJ..pastu JIJI Jr…aduh! kenapa ni?…

hanya JUJU yang masih aktif ..pantang nampak kami kat sangkarnya pasti diangkat kedua kakinya ke atas seperti minta di bawa keluar ke halaman..

Tiga hari lepas mama singgah kat kedai ..nampak ada dua ekor wabbit kecil baru lahir ..comel sangat tanpa ibunya..kesian sangat tengok kesejukkan dalam sangkar di kedai tu..’terbeli’ la jugak akhirnya.

Pagi hari minggu lalu sedang Ajim biarkan mereka makan di laman..sekor di terkam kucing jantan ganaz di ‘Banggal’…cup! cap! laju di bawa lari taksempat Ajim kejar..hingga kini tak jumpa..Sadaqallah dah rasanya.Petangnya yang sekor lagi dah kejang seperti diserang sawan…KO juga akhirnya..
Hingga kini JUJU yang masih berkuasa di sangkarnya..hingga ada yang buat spekulasi yang semuanya angkara JUJU..

‘Tolonglah mama… jangan bawa balik lagi rabbit baru..dah tak sanggup tengok depa tu mati depan Ajim lagi ‘ …rayu Ajim..

Orait …nak cari sarang burung plak lepas ni..banyak burung cantik yang sedang berkicau di keliling rumah..peeeewitt!

terkenang-kenang bezanya..

Leave a comment

Bezanya…
Masa jadi housemen di Penang bila patient minta AOR discaj(=patient sain minta balik atas risiko sendiri)MO suruh hantaq patient balik tanpa sebijik ubat pun!.padan muka! .(contohnya patient yang patah tulang minta balik nak berubat tradisional@jumpa bomoh patah, patient takmau kaki di balut ngan simen, i.e istilah org kampung sebenaqnya ‘simen’=POP tu ringan aje.. depa ingat ‘simen’ yang selalu orang buat rumah tu…berat cek oii!)..dengan muka bengis doktor suruh patient balik…patient pastu takut dah nak datang semula kalau apa-apa hal terjadi selepas tu…

Bila bertugas di Pantai Timoq, bila patient nak minta AOR dengan senang hati MO bagitau hantaq balik dengan beri ubat yang sepatutnya…sambil senyum bagitau patient …TCA prn=boleh mai semula bila-bila masa…patient tak takutpun kalau nak mai kalau rawatan tradisionalnya tak mujarab selepas tu..pasai malunion ke apa?

beza nooooo….

Innnalillah to Mikaeel Jackson

1 Comment

Innalillah dan al-Fatihah untuk Raja Pop Dunia Mikaeel Jackson …or lebih di kenali Michael Jackson.
Walau apapun kejahilan yang dilakukannya sebelum ini Hidayah Allah melimpah ruah kepada yang dikehendakiNya.

michael_jackson_converts_to_islam

sebagaimana Abangnya Jermaine Jackson
Jermaine_jackson_Muslim_small

Drebar oh drebar

1 Comment

marah!geram!sedih! bercampur baur…kenapa manusia dah jadi semakin tidak berperi kemanusiaan..bersifat enau dlm belukar yang hanya tau melepas pucuk masing-masing…hampeh!…

Ye la maka ayah bergegas datang dari kampung semalam bila dapat tau anak bungsunya masuk wad…singgah diumah mama supaya boleh Along bawakan ke sana esoknya.terpaksa naik bas ekspress malam yang hanya ada 6 orang penumpang aje..yang drebarnya pecut macam bawa konkord..yang tak punya otak untuk memikirkan keselamatan penumpangnya…

Ditengah malam buta sanggup pemandu bas ekspres tu tinggalkan mak, ayah dan cucunya yang debab tu kat tepi highway aje..kenapa dia tak nak masuk R & R yang dah disediakan dan turunkan mereka di situ.susah sangat kah nak berbuat camtu…….memang drebar ni tak berhati perut !..tak terfikir ke kemungkinan yang akan terjadi…yang boleh menambah statik kemalangan di highway..

Kesian mengenangkan ayah dan emak terpaksa mengheret beg pakaian berjalan kaki ditepi lebuhraya ditengah-tengah malam buta…sanggup pemandu durjana itu menggadai nyawa emak dan ayah kesayangan mama !..

Jam satu pagi, kami yang menunggu di R & R terkejut beruk bila mak call bagitau …rasa nak nangis pun ada..

sitelinga panjang

Leave a comment

Hai..saya JIJI Jr…
DSC02027

DSC02032

Ni JIJI and JUJU yang kamceng…
DSC01600

DSC02036
ini kawan saya JJ

Dan pengasuh kami…ER yang setia menunggu.
DSC01625

DSC01631

ER sedia beri penampar bila perlu
DSC01643

mmemerhati kemana kami pergi..
DSC01562

DSC01576

selalu warning kami
DSC01572

tapi kalau tension pelik ler perangai..
DSC01570

country road… take me home

Leave a comment

jlnbaru

Ini jalan baru ke kampung kami..jalan alternatif orang kampung untuk keluar ke pekan..jalan pintas untuk mengelak melalui jalan depan hospital yang selalu sesak dan ‘jem’..

Hari-hari ayah menjadi ‘mandor’ memantau jalan baru yang sedang dalam pembinaan ke kampung kami..ayah akan duduk di kerusi lusuh di luar belakang rumah dari pagi hingga petang memerhati pekerja, pemandu traktor dan jentolak tu menjalankan kerja menambak tanah dan meratakan tanah disepanjang batas bendang yang dulunya hanya boleh dilalui motor sahaja… bila pekerja berenti rehat makan tengahari …baru ayah beredar masuk untuk makan tengahari dan solat..selain memaklumkan mak bila patut minuman dan makanan patut di hidangkan kepada mereka..

Ayah mahu memastikan berapa lori tanah yang ditambak,berapa lebar jalan patut di ratakan agar tuan bendang tidak komplen saiz bendangnya tidak menjadi kecil dengan pembesaran jalan itu atau tidak ada padi yang tertimbus di tambak, akan inform TNB bilamana ada tiang letrik yang menghalang jalan perlu diubah,nak pastikan jalan tu elok boleh bersambung dari hujung bendang sana hingga ke kampung kami…ayah lakukan dengan rela, tanpa dipaksa, tanpa di upah…

Mama tahu ayah suka melakukannya hingga dia keberatan nak tinggalkan ‘tugas mandornya’ bila kami semua berangkat menghantar Angah tempohari.Ayah takut jalannya tak siap,takut lori tak datang tambak tanah seperti sepatutnya,bimbang jengkaut terlupa mengaut tanah yang terlebih tambak@ terkurang tanah.ayah risau kalau-kalau hujan akan turun membantutkan usaha menambak jalan pula..begitu sayang ayah dengan jalan barunya…mama tahu hati ayah berbunga bahagia…hatinya puas bila usahanya memanjat pejabat Menteri di Putrajaya dengan mama 2tahun lalu berbaloi(lihat entry mama https://drzeze.wordpress.com/2007/08/23/selamat-harijadi-ayahdan-impian-ayah/

Alert! swine flu

Leave a comment

H1N1_130px

SWINE FLU@ iNFLUENZA H1N1 dah ada kat pekan ini..kabarnya seorang guru yang baru balik dari negara kanggaru, Ostrolia..
wah! banyak ler nak kena buat contact tracing nih..nak kena trace penumpang satu flight ngannya,satu rumah,satu tuisyen, satu pejabat , satu sekolah?

Seluruh dunia sedang diratah oleh virus yang sedang menular dengan cepatnya seperti belalang juta yang sukar di kawal…berhati-hati dan jangan lupa mohon perlindungan dari Nya..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala pujian hanya bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau ya Allah! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya), sesungguhnya akau adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (3 kali)

Kami berlindung dengan (kebesaran) kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan yang ada. (3 kali)

Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat bersama namanya apa yang ada di bumi juga di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (3 kali)

Dengan nama Allah dan segala puji hanya bagi Allah, muhammad pesuruh Allah, (kami) tiada daya upaya melainkan dengan (pertolongan) Allah.

Dengan nama Allah (kami bermohon bagi keselamatan) ke atas agama kami dan diri kami. Dengan nama Allah (kami bermohon bagi keselamatan) ahli-ahli dan harta benda kami. Dengan nama Allah (kami bermohon bagi keselamatan) ke atas setiap sesuatu yang Allah berikan kepada kami. Dengan nama Allah sebaik-baik nama, dengan nama Allah Tuhan (bagi sekalian makhluk) di bumi dan di langit, dengan nama Allah yang tidak memberi bahaya sebarang penyakit bersama namanya.

Dengan nama Allah kami memulakan (segala sesuatu) dan dengan (nama) Allah kami mengakhiri (segala sesuatu) dan pada Allah kami berserah. Kami memelihara diri kami dengan (Allah) Yang Mempunyai kekuatan dan kusasaan. Dan kami berpegang dengan Tuhan Yang Memiliki kekuasaan, dan kami berserah pada (Allah) Yang Sentiasa Hidup, Yang Tidak Mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, palingkanlah kami, dan pemerintah kami, dan negara kami serta seluruh orang-orang Islam di pelusuk tempat daripada waba’ ini (terutamanya wabak selesema burung), dan lindungilah kami daripada kebinasaan dan selamatkanlah kami daripada terbunuh dan daripada penyakit ta’un dan daripada bencana dengan belas kasihanMu wahai Yang Maha Meliputi segala yang tersembunyi, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. (3 kali)

Dan Engkau (Allah) cucurilah dengan sepenuh rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas ahli-ahli keluarga baginda dan seluruh sahabat baginda. Dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan Pentadbiran seluruh alam.

untuk update kes terkini boleh lawati link sebelah kanan website ini ,bawah tajuk OUTBREAK!

Older Entries