Tafsir Surah Waqiah Ayat 58 -96

Leave a comment

Sambungan Tafseer surah Al -Waqiah…

Tafsirsunnah's Blog

Ayat-ayat sebelum ini adalah tentang kejadian Hari Kiamat yang maha dahsyat itu. Kemudian diterangkan tentang tiga golongan:

Muqarrabin: Mereka ini adalah golongan yang tidak dihisab. Terus masuk syurga tanpa dihisab. Memang dibaca kitab amalan mereka, tapi hanya dibaca sahaja. Seang sahaja pertimbangan kepada mereka.

Golongan Kanan: Golongan ini dibaca Kitab Amalan mereka. Tapi mereka akhirnya selamat dan dimasukkan ke dalam syurga. Ini juga golongan yang bertuah.

Golongan Kiri: Ada kalangan orang beriman yang masuk neraka dahulu kerana mereka berdosa. Dan mereka lalai dalam memohon ampun kepada Allah. Kita sebagai manusia dan jin, sentiasa melakukan dosa, setiap hari. Apa yang kita perlu lakukan adalah memohon ampun kepada Allah. Masalahnya, ada yang tidak mohon ampun. Cuba kita tanya orang yang tak solat dan tak puasa. Mereka tidak pun meminta ampun atas dosa-dosa mereka. Kalau mereka beriman, mereka akan dimasukkan ke dalam neraka, dan apabila mereka telah diazab atas dosa-dosa mereka, mereka…

View original post 3,932 more words

Tafsir Surah Waqiah Ayat 1 – 57

Leave a comment

Tadabbur surah Al-Waqiah share ya…

Tafsirsunnah's Blog

Pengenalan:

Surah ke 56 ini mengandungi 96 ayat. Turun di Mekah. Banyak fadhilat dengan membaca surah. Banyak yang mengamalkan membacanya kerana dikatakan bahawa ianya akan memurahkan rezeki kita. Hadis yang mengatakan fadhilat membaca Surah al-Waaqiah ini akan memurahkan rezeki adalah dari hadis yang dhaif. Tapi ada ayat-ayat dalam surah ini yang boleh digunakan untuk kita berdoa kepada Allah supaya memberi rezeki kepada kita.

Hadis itu berbunyi begini: “Barangsiapa membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa kesusahan untuk selamanya.” Hadis ini didhaifkan oleh Syaikh al-Albani.

Surah ini adalah berkenaan tauhid fil akhirah. Iaitu tentang mengesakan Allah dalam penciptaan Hari Pembalasan. Iaitu kita hendaklah beriman kepada Hari Kiamat, tiupan sangkakala, Padang Mahsyar, Kebangkitan semula, Syurga dan juga Neraka. Tidak patut kalau kita tidak tahu tentang perkara-perkara ini. Kerana Allah telah menceritakannya dalam Quran. Kalau kita tidak tahu, bermakna kita lah yang tidak belajar Quran. Selalunya, orang kita hanya…

View original post 5,411 more words