Tok Oh Tok…

3 Comments

tangguh dulu Bestnya Raya PartII…mood raya dah pudar….hati sedang gundah gulana.

Sabtu 2 hari lepas sedang bizi di klinik tiba tiba treeet!treet! dapat mesej dari mak di kampung; ‘Balik segera .Tok penat”

Dalam entry fotopages mama baru baru ini ada dok cerita tentang satu satunya tok mama yang masih ada kat dunia ni sekarang  usia 98 tahun yang agak uzur selepas stroke. lumpuh sebelah kiri badannya..

tok.jpg

Mesej pendek mak cuba mama confirmkan dengan panggilan segera kepada mak, “penat ke tenat?”soal mama ingin kepastian….”Dia nampak macam tarik/kejang tadi lepas mak dan kakTam mandikan.Mulutnya herot teruk dengan lidahnya tertarik ke tepi,Tangan dan kaki kirinya yang lumpuh tu jadi keras tiba tiba..Dia macam berenti bernafas.Ayah hang dah ajar mengucap tadi tapi pastu dia nampak dah sedar semula.Cuma nampak leteh la ni,nak minum pun susah,tumpah”

Mama menarik nafas tapi tak lega…. mungkinkah  serangan kedua stroke,sebelah yang sama.Kalau ke hospital pun tak banyak yang boleh dilakukan di  usia begini.Adil kah kita pada mereka?Nak balik? tak balik?…

Kalut hari ini..perlu habiskan tengok patient yang sejak tadi setia menunggu.Dah bagitau staff kat depan tarik pintu bila jam 12 tengahari.So dapat habiskan sebelum pukul 2.00ptg.Dah janji ngan Ustaz M, hari ni mama kena beri ceramah kursus kawin di pejabat agamanya slot 03.00 hingga 4.30 petang, sempat la kesana 30-45min perjalanan ..insya’allah.Nak gantikan ngan orang lain?Uish!mana nak cari ganti dihujung minggu begini…

Tepat 2.45ptg abah dah turunkan mama di depan pejabat agama SR.Peserta kursus hari ni seimbang 50:50 lelaki pempuan kalau tidak tu 25:65 atau  10:90.Kadang kadang tu sebaris je lelaki yang lain tu semuanya XX.Peserta mendengar dengan penuh minat(rasa rasanya lah kan?kot fikiran tok rewang kat tempat lain wallahulam ler) walaupun time tu kalo tido memang best kan…cuma hari ni tak sempat nak buat demo cara guna kxndxm dengan betul pada depa(terlupa bawa sampel sori erkkk?) lagipun masa  terbabas sket(alasan je tu).

Dalam perjalanan balik sempat tepon mak lagi..camna tok? “malam ni nak buat Yasin ramai ramai..tok hang nampak lain  “tepon dijawab Maklong ,anak sulong tok.

‘Camna Abah?Larat ke balik petang ni?” mama bertanya pada abah yang memandu di sebelah.Langit dah gelap..tanda membawa hujan.Biasanya dari umah mama ke kampung ambik masa 3 1/2jam perjalanan.

“Abah tak kisah”jawapan abah melegakan mama.Tenkiu abah, luv u…

Dari dalam kereta terus tepon Angah di rumah.”nek sakit…mama on da way balik ni.cepat siap kita balik kampung, bawa baju untuk sehari saja.Esok kita balik ke sini semula.Isnin peksa kan?”.

Horray!Balik kampung! Arif menjerit gembira diujung talian. Bila mama tiba di rumah beg beg pakaian semua dah ready depan pintu.Efisen kannn anak anak mama ni…Dah terbiasa begitu. tau mamanya sibukkk.

Bismillah himajrie ha wa mursaha inna robbi…..Doa Nabi Musa mengiringi perjalanan kami.Hujan lebat bertompok tompok di satu dua tempat sepanjang jalan tidak mengganggu perjalanan kami yang lancar.

Tiba jam 9.30malam kami terus ke tempat tok ,di umah anak bungsunya,Pakcik Peli.Dari jauh terdengar bacaan Surah Yassin…ramai tetamu hingga melimpah keluar di luar rumah…..tok terbaring lesu di tengah rumah di kelilingi anak anaknya,.mak dan maklong serta cucu cucunya.Mama tak ader ruang nak mencelah masuk..hingga selesai bacaan Yassin beramai ramai tadi baru mama ada peluang pegi rapat dekat tok.Tok masih bernafas!Alhamdulillah…Buka mata bila dipanggil,cuba bercakap tapi tak ada suara yang keluar.

BP 120/80mmHg,pulse rapid but regular, small volume,breathing kejap kejap nampak macam laju pastu stop sat pastu nafas semula.chest clear.Tongue very dry,tersentap ke dalam.no wonder tak leh cakap.bibir luka tergigit semasa ‘tarik’ tadi.

” tak makan sejak pagi tadi, tak minum”kata mak.

“Tok makan sket” mama cuba suapkan dadih resepi Noi yang mama bawa dari rumah(tenkiu Noi..resepi dari your FP menjadi walaupun pertama kali mama mencuba).Tok makan dua sudu kemudian katup mulutnya tak mau lagi… selepas mak dan maklong dudukkan tok dapat disuapkan sedikit air glukos.Kalau bleh minum tak yah masuk drip kan…

Malam tu mama tido dengan tok…………

Bestnya Raya part I…

5 Comments

2 SYAWAL 1428

Raya kedua….macam yang dijanjikan malam ni nak buat open house untuk extended famili.So semua jentera di gerakkan dari tok,wan,anak anak hingga ke cucu telah diberi tugas dan mengambil tanggungjawab.Baguznya famili mama ni takder yang membawa balik gelaran ke kampung..tak kira la awak tu saper doktor?,engenier?,penguatkuasa?,technician?..dlll….semuanya humble * tak salah memuji kan…ehehehe.

Setelah dipersetujui keluarga kami akan masak mee sup utara,mee/laksa goreng,bbq dan abc.Semuanya masak sendiri.

Untuk persembahan seperti biasa Along and all the sepupu’s akan uruskan.

Tugasan pertama:-

Angkut kerusi meja dari umah ketua kampung.Yang bernama lelaki uruskan.Selesai di luar cik cik abang sayang ni membantu mem di dapur kupas bawang dan lain lain yang patut di kupas…dipantau oleh Ila.Tenkiu abah…pozi..maie , zam dan usop.

Ayam BBQ-20 ekor ayam dibeli mak dibersihkan Pozi n Rohaya(baguz kan couple ni),diperap rempah oleh AdikZ yang memang terer buat ayam goreng berempah.Mama dan abah ke Giant cari sausage,burger Ramly dan Nugget untuk tambahan.

Meesup – kuah supnya….my BIL(bro-in-law) Maie pagi pagi lagi dah rebus tulang gear box,rempah ratusnya mama dah siapkan.Sebelum tengahari semuanya beres siap kuah sup tulang seperiuk besar,qualiti kontrol toke meesup my BIL, Usop dah rasa…sedap secukup rasa… ehehe bleh jual meesup plak pasni…

Laksagoreng- tugasan adik mama Rohani yang memang pakar dalam bab ini.Rasanya takyah dipertikaikan…(promote jangan tak promote-nak iklan kat tv bukannya murah kan?) .Pada yang tak pernah rasa laksa goreng ni bleh cuba try tengok.macam buat meegoreng gak tapi mee kuning tu diganti ngan laksa yang dah dicelur.Jadi yang alah pada mee kuning tu elok guna resepi ni.Tak yah risaukan keracunan borik asid. Rasanya sapa yang pernah sekolah kat sek rendah keb. Langgar dulu mesti pernah rasa laksa goreng ni,dikenali dengan nama tokeynya ‘mee pakHashim’ sebungkus mee di letak sambal sotong kering di atasnya.Sebelum naik bas balik sekolah mesti pekena mee ni dulu.Sekarangpun masih ada lagi di Pekan Langgar tapi rasanya dah dijual oleh anak atau cucunya..Pak Hashim dah arwuah.(melalut plak citer …sori)

Along,Angah dan sepupunya sibuk testing PA system, siapkan layar untuk show ala ala filem Man Laksa…ehehee…screen projektor tak bawak balik jadi cadar putih Adik Hapit digantung sebagai gantinya..Anak adikZ,KakAnis yang clone Adibah Nor tapi baru tingkat 2, akan jadi artis jemputan malam tu…

Yang bawah 12 tawun dilatih oleh Azim dan Dekna untuk buat persembahan malam tu.Arif, Faiz,Amy,Mat Huzaid, Emelia dan Nabila giat berlatih …walaupun kadang kadang letih gelakkan Faiz yang suka buat lawak.

ABC(Air batu campur)…bahan bahannya semuanya dah ready…Angah dan sepupunya setuju untuk i/charge.Pandai ke Angah mesin ais ?takpernah dibuat sebelum ini?

Semuanya dah ready untuk malam ini tapi bila petang …langit mula gelap dan hujan mula rintik rintik….

suatu hari di hari raya…part 1

6 Comments

1 Syawal 1428

Ketupat palas dibuat emak dah siap dihidang.Nak makan dengan yang mana satu satu?gulai daging spesel oleh mak memang menjadi feberet mama,along dan adik adik mama , rendang kicap daging  mama dah siapkan menu wajib yang jadi feberet abah dan anak menakan,rendang pedas ayam yang  disiapkan adikZ dah hampir pupus di pagi raya, dikerjakan anak menakan sejak semalam….

Raya kali ni dah pakat ngan adik adik takmau buat mee bandung macam selalu..raya pertama kali ni memang  betul betul nak beraya… nak keluar pergi beraya dari rumah ke rumah..kalau buat mee bandung paling kurang 20kilo mesti tak dapat keluar rumah..tetamu datang bertali arus.Kami yang pempuan mesti tunggu dapur ler nampaknya…cik cik abang je dapat beraya…

Janji…. raya kedua baru nak buat makan makan.Meesup, mee pak hashim(sebenarnya laksagoreng),aiskacang dan bbq dll.Jadi hari ni makan ketupat ngan kueh raya aje tau…

Pagi pagi lagi abah dah siap berbaju raya hijau sedondon ngan anak-anak kecoh ngan kameranya…”7.30pagi kita bergambar depan umah!semua ready” Tu diaaa .Tepat masanya nampak macam ulat beluncas semuanya berbaju hijau pucuk pisang dah siap tunggu untuk bergambar depan rumah…dan depan sawah bendang…Bestnya raya ni semua ada bersama..

img_4378.jpg

Selesai bergambar, semua berkumpul di ruang tamu untuk upacara berikutnya, doa selamat dan sessi bersalaman serta bermaafan ,mula ngan mak dan ayah, diikuti mama , abah,adik Z dan Maie,Rohani dan Usop,Rohaya dan Pozi,Zam dan Ila…pastu anak anak dan anak menakan(anak saudara) dari yang tua hingga yang paling kecil…Sesi paling best untuk anak anak untuk mengumpul sampul raya seblum sembahyang raya.

tengok entry di sini   http://drzeze.fotopages.com/

Selepas tu sesi ziarah dan makan makan dan makan….. ziarah jiran dan keluarga terdekat…ke umah makngah Siah(kakak ayah) makan ketupat, ke umah maknjang Som ada laksam, ke umah kak Kiah makan nasik kerabu,ke umah makcikJah ada laksa..keumah jiran kak Piah ada tapai..pastu nampak dah ramai tetamu mula datang ke rumah bergegas kami balik….

Tengaharinya selepas zohor…pegi menziarah saudara mara yang jauh plak.Rombongan kami 3MPV,3kereta bayangkan ramainya macam ….. ehehe macam belalang juta yang menyerang tanaman…

Umah Wa Yam mak menakan mama merangkap mertua Rohani(adik mama ni kawin sepupu) kami makan laksa lagi.Pastu ziarah tok yang dah uzur di umah Pakcik Peli(raya ke ke 3 nak pegi meminang anak dia ni plak) then singgah umah Tokteh(my stepgrandmother yang tinggal sorang diri) sebelum ke rumah Maksu , adik ayah yang paling bungsu .Kami berjemaah maghrib di situ.

Kat umah Maksu memang wajib kena makan nasik walaupun  dah ada laksa.(kena paksa dan kami pun rela ehehe).jadi bila sampai aje dia sedang kelamkabut ngan anak-anaknya masak nasik,goreng ikan puyu,ikan sepat dan ikan haruan kering,asam pedas ikan kembung.tumbuk sambal belacan cicah timun dan daun selom.Bayangkan sedapnya makan masa nasik panas panas gitu…terlupa yang perut dah penuh siang tadi…

Esoknya hari yang sibukk untuk buat open house ala ala cerita man laksa……

iklan raya…

6 Comments

kalau anda perasan iklan iklan yang dipaparkan di kaca tv sekarang banyak menggambarkan moral value yang baik, rasanya sesuai untuk mendidik jiwa kita(yang kadang kadang lupa) terutamanya anak-anak yang sememangnya gemar dan terpengaruh dengan iklan.

Antaranya Iklan sememangnya dinantikan setiap kali menjelang raya adalah iklan Petronas yang pasti menyentuh perasaan(kalau yang tak ada perasaan tu minta maaf ler),..berair juga mata.Tapi iklan tawun lepas, kisah anak yang mistreated dia punya bapa still the best.

Iklan oleh Proton pun menarik juga tapi heran juga kenapa tak keluar tv?Seram tapi lawak..Azim  tergelak guling guling bila dengar pesanan penaja.ehehehe…

Iklan TV3 mengadaptasi cerita biskutmu biskutku jua yang pernah dibaca sebelum ini .Best gak tengok Adibah Noor yang ‘curi’ cokodok Chinese muka lurus bendul yang fofular dengan tagline”napa? tak percaya ke? ”

ingatan pada yang tiada..

8 Comments

Di bulan yang mulia ini terkenangkan pada my junior Dr. Z yang dah 10 tawun pergi di usia yang begitu muda , disaat anak masih menyusukan, disaat masih menyemai kasih dengan suami tercinta…disaat senyumnya masih berbunga bila berbicara..di saat semangatnya masih membara menimba ilmu..pelajar pasca ijazah kesihatan awam.

12 tawun yang lalu sewaktu mama masih memegang jawatan Pegawai Kesihatan di sebuah daerah,Dr Z melapor diri untuk buat posting di daerah ini sebagai pelajar sarjana kesihatan awam sementara tugasan hakiki sebagai doktor dibahagian kesihatan awam masih di teruskan.(Walaupun tinggal agak jauh, 45 km perjalanan menaiki bas dari rumahnya, setiap hari tetapi beliau akan terpacul tepat sebelum jam 8pagi di pejabat berbanding sorang merinyu kesihatan awam yang selalu datang lewat walaupun tempat tinggalnya 15km perjalanan dengan alasan lampu isyarat merah menyala lama sangat masa dia lalu! )

Cekal dan semangat untuk menyambung pelajaran cukup tinggi menyebabkan sakit peningnya yang dialaminya dianggap biasa.Wajahnya yang sentiasa tersenyum itu rupanya menyimpan derita.Hingga pada suatu pagi mama tak nampak kelibatnya di pejabat pepagi seperti selalunya.Diapun tak call pun…mc ke cuti ke hingga mama bertanya pada sister(ketua jururawat) yang berada di pejabat.

“Dr Z sakit kepala ,ada berehat dalam biliknya”bagitau sister yang sentiasa sibuk dengan retennya .

“Kenapa ni?” tanya mama bila nampak Dr. Z terlentuk kepalanya atas meja.

“Sakit kepala, migraine cam biasa tapi sejak semalam rasa sakit sangat,”Dr Z nampak letih macam tak cukup tidur.

“Dah pernah buat pemeriksan terperinci ke sejak sakit gini ?”soal mama ingin tahu.Dia pun tak pernah bagitau mama yang dia ada ‘migrine’ sebelum ini.

“Dah jumpa pakar dah di Hospital TI(hospital daerah berpakar) selalu dia bagi painkiller, baru baru dia rujuk jumpa pakar mata bila saya bagitau matapun dah rabun..pakar tu syak ada yang tak kena pastu dia suggest buat CT Scan kepala.Dia dah kontek Hospital I yang ada CT scan tu tapi lambat lagi appointmentnya.Senarai menunggu panjang kata mereka.”cerita Dr.Z lagi.Hospital I adalah satu satunya spital ker’jaan yang ada CT scan masa tu di negeri ini jadi memanglah waiting listnya panjang berjela …..walaupun awak tu doktor tapi layanannya tetap sama saja.

“semalam sakit sangat saya dah tak tahan.. tengah tengah malam saya pegi kat emergency kat spital TI yang kebetulan dekat dengan umah, sedih sangat layanannya…doktor kat situ siap sindir lagi katanya saya datang malam malam ni nak MC.Tapi saya bagitau saya sakit sangat saya takperlu MC”keluh Dr Z yang sangat kecewa diperlakukan begitu oleh rakan seprofesen dengannya.

Oleh kerana mungkin banyak kes yang datang kat emergency malam malam walaupun tak urgent sakitnya ,pening perut la senak kepala la dengan tujuan nak dapat MC menyebabkan kadang kadang doktor kat situ main borong je tuduhannya.Ingat semua yang datang pening sakit kepala malam malam tu nak MC dan termasuk Dr. Z teraniaya!kena tuduh sama…

Bila dengar cerita Dr Z mama jadi risau nak tunggu appoinmen scannya yang lambat lagi entah bila.Simpton/tanda tanda dah ada kalau kalau lah….ada ketumbuhan dalam kepala.Tiba tiba mama teringat Hospital Tentera di Lumut yang ada fasiliti CT scan.Why not cuba try tanya tengok kot kot depa di sana boleh bantu?Mama call doktor di sana ,perkenalkan diri minta jasa baik depa untuk buat scan pada doktor yang dah jadi patient ni.Alhamdulillah depa setuju untuk buat segera..esoknya!Terima kasih terima kasih pada pengarah nya!jasamu dikenang.

Keputusannya ..confirm ada growth kat atas pituitari gland dah menekan urat saraf matanya .Neurosurgeon (pakar bedah sarafotak) kata kena dan perlu di bedah segera.Ketumbuhannya dah berakar tak dapat dibuang semuanya Dr. Z pergi 9 bulan selepas itu..meninggalkan 3orang anak termasuk yang kecik masih menyusu dan seorang suami serta sebuah rumah yang baru di duduki. Innalillah..

pituitarygland.jpgpituitary8.jpg

pituitary gland

malam lailatulqadar..

3 Comments

“cepat la Adik ,angah dan Azim dah nak ke surau”gesa mama pada Arif yang masih lagi lepak lepak selepas berbuka.Abah dah pergi dulu ke surau selepas berbuka di rumah.

“N i sepuluh malam terakhir mungkin malam ni malam Lailatulqadar”kononnya mama nak bagi galakkan supaya dia bersegera pergi.Tapiiiii…

“eeeeee taknak pegi la mama, takutttt”sambil datang dekat ngan mama. Takut.?

“kenapa pulak?” heran mama.

“eeeee takut….. nanti nampak pokok-pokok semua sujud!ustazah kata malam tu nanti pokok akan sujud kebumi,takut Arif tengok nanti” laaaaaaaa gitu pulak dah.

apa perasaan anda kalau malam malam selepas balik terawikh terjumpa pokok tengah ruku’ begini?

pokokrukuk.gif

ganjaran siapa?

1 Comment

060405quran.jpg

Sedar tak sedar kita dah hampir masuk akhir Ramdhan…yang bertadarus dah hampir tamat.Ada yang sibuk mencari Lailatulqadar di sepuluh malam terakhir, ada yang sibuk mencari cadar ehehe…bukannnnn…. ada yang sibuk buat kuih raya(maaf…mama tak pandai dan tak minat buat kuih raya..setakat kuih siput tu bleh la pakat gentel ngan Azim), ada yang sibuk shopping baju raya,telekong raya, tudung raya..radio dan tv pun dah sibuk putarlagu raya…macam dah tak sabaq nak raya… pendek kata masing masing seronok Ramdhan dah nak berakhir…huhuhu hakikatnya…Bulan ini bulan yang paling banyak offer dari Allah ,bulan yang buat satu kebaikan dapat 10,kalau bernasib baik dapat 1000!

yang mungkinkah akan kita bertemu untuk tahun berikutnya?….

Tapi ada perkara yang mama musykil sket..bab tadarus ni(baca quran beramai ramai)amalan baik dalam bulan posa…. masa mula mula puasa dulu ada makcik makcik ajak mama join mereka bertadarus di surau..mula mula tu nak join jugak ler tapi bila dengor sok sek …. nanti akhir Ramdhan nanti nak dapat ganjaran..ye la nak buat majlis bagi hadiah ler bagi duit ler pada yang ambik bahgian tadarus tu mama rasa ada yang tak kena plak.(hinggakan ada AJK surau /masjid yang mai dok kutip derma untuk buat majlis tu?) bukankah ini sesuatu yang tak digalakkan.Nawaitu dah lain….Rasanya lebih baik bertadarus ngan anak anak di rumah walaupun hanya satu muka atau dua muka surat yang mampu depa baca.Bukannya ganjaran yang kita harapkan tapi RahmatNya yang kita inginkan.

“Lorrrr…pastu bila nak habis baca kalau baru juz 15?” tegur makcik bila mama tak datang masa tadarus.Rasa nak bersyarah panjang pada dia tapi rasanya diam lebih baik dari berkata kata dalam keadaan begini.

Pastu …Quran ni nak kena baca masa bulan posa je ka?Bukan ka quran ni nak di baca sentiasa…. sepanjang masa bukan kena tunggu bulan posa aje bergelut satu juz semalam tanpa mengerti apa yang Allah katakan…apa yang Allah ingatkan.

Insya’allah ….biar mama tak sempat khatam dalam bulan posa ni tapi selagi mata ini dapat melihat akan ku tatap dan baca kalam Allah sentiasa.Pedulikan mereka….

iklan raya 2006 oleh Petronas

Older Entries