cermin diri

Leave a comment

Hari ini ingin pulak nak berpuisi..bila melihat tragedi demonstrasi jalanan 6Februari 2009 di depan Majid Negeri Kuala Kangsar..

mh_0311

sedih hati bila melihat bangsa Melayu berkelakuan biadap begini.
taksub dengan ideologi sendiri hingga lupa menjaga pekerti sendiri,
hatta d depan pemerintah yang kita hormati..
kita mudah lupa.. dulu bila pilihan sehati dengannya kita daulati.
tapi bila sebaliknya sewenangnya kita derhakai…

Bila BN hilang kuasa seAmannya kuasa mereka serahkan,
kenapa bila tiba giliran kita perlu berbaring dijalanan?
kononya perhimpunan AMAN?
Bila keadaan diluar kawalan,emosi menguasai perbuatan..
habis harta dirosakkan.kayu dan batu dilontarkan kepada mereka yang ditugaskan.
dan kenapa bila keadaaan diluar kawalan.penjaga keamanan yang disalahkan?
Kanak-kanak dan wanita yang dibentengkan, kononya mencari keadilan?

Dengan serban dan kopiah
apakah kita nak menambah fitnah
Agama kita juga yang akan di sumpah -seranah
Apakah itu ajaran Sunnah?

Lihatlah saudaraku..saudara sebangsaku …seagamaku..
tolehlah dikiri kananmu..
Tarikh keramat itu..siapakah yang menjadi hero bacul?
menderhaka kepada Raja?
kaum lain bertepuk tangan..
melihat Melayu semakin kurang ajar..
Politik rentak mereka telah kita belajar..
Biadap pada pemerintah,
Tuih!Mukanya sanggup kamu ludah.

Renunglah kaumku..bangsaku..
Adakah kaum lain menjengok muka.
biarkan disembur gas pemedih mata?
dibalun ..diheret atas nama murka..
Kemana mereka semua..
bersembunyi disebalik tembok harta?
Ditolaknya kamu kehadapan biar tercedera?

Hahahaha! riuhnya mereka bergelak ketawa,
Dengan menteri baru mereka bermuka-muka.
Sebab dah nampak rezeki yang luas terbuka..
Kitaaaa..
hanya sibuk berpolitik saja..

nasib do re mi

Leave a comment

Ramai yang masih marah dengan apa yang berlaku dinegeri  ni ini walaupun ada juga yang  gumbira macam menteri Pasola yang baru lepas  sembelit .Tapi jangan gundah gulana gitu..cuba hiburkan hati dengan kisah Laksamana Do Re Mi ni mungkin ada relevant dengan kisah yang berlaku di sini..pandai hang nooo P.Ramlee.Aruah Tan Sri P.Ramlee dah jangka perkara ini akan berlaku.

Bila MB Perak ke-10 tak mau letak jawatan selepas MB ke-11 angkat sumpah semalam mama dok fikir gak apa Datok Seri nak buat sekarang?.. jangan le MB Datok Seri Nizar jadi cam pemerintah negeri Pasir Dua Butir yang terpaksa berkerajaan bawah pokok tu plak ….Jom ikuti kisah ini

Apa apa ajelah..

1 Comment

Kita beralih cerita pulak..tahu ler negeri ini sedang menjadi perhatian semua.Kita tunggu dan lihat siapa yang bijak berpolitik walaupun politik itu hancing ….

Rupanya kain rentang depan pintu masuk ke highway yang digantung kerajaan baru PR mendabik dada  mewar-warkan kemampuan kerajaan baru memberi geran tanah kg baru yang kita ketahui dimiliki oleh sisepet meresahkan penduduk Melayu.Atas apa alasan pun… kain rentang yang digantung serata tempat itu sedikit sebanyak mengguris perasaan kita.Apa perlunya mereka berbuat demikian? Tahu ler mereka nak meraih sokongan kaum tertentu tapi jangan hati kita dilukai.

Dan bila Pak imam dan pakbilal parti Islam mengaku terpaksa menukar jubahnya hanya kerana ingin hadir majlis yang dihidang dengan minuman keras bersama parti kawannya yang memang minuman rasmi mereka …alasannya  ” Kena pakai baju batik ler, tak syok bila orang ambik gambar kita depan minuman keras tu walaupun kita tak minum..” mama jadi keliru dengan pegangan mereka… siapa yang perlu menghormati siapa sebenarnya?.

Bila anak muda dilarang lepak yang melaghakan kita menyeru mereka melakukan aktiviti berfaedah bila berkumpul beramai-ramai…tapi terkejut mama dan terlopong abah bila dibagitau tapak padang sepaktakraw depan dewan orangramai tempat depa dok main badminton petang petang tu  yang selama ini digunakan percuma tetapi  ketua kampung yang baru minta bayaran pulak untuk menggunakannya..kenapa begitu?.Jangan ler gitu tok..itukan dah lama diberikan percuma…

Selepas ini nampaknya tok ketua kampung terpaksa meneruskan kerja menjual ikan di pasar kembali walaupun masih banyak baju batik yang taksempat dipakainya untuk majlis rasmi tersimpan dalam almari..

Cuma mama pun risau juga bila kerjaan yang bakal ujud ni yang ketandusan pimpinan yang berkaliber ..banyak yang ber’kakilebar’.Apakah zaman pemimpin yang jujur diketepi yang tak amanah disanjungi dah ada dizaman kita?

Perak makin kalut

Leave a comment

Wah! makin banyak katak kembung ujud tiba-tiba di negeri ini.sana Ongggg! sini Angggg!Ong!Ang!Ong!Ang!…Semua khabarnya tunggu untuk dicium di Putrajaya supaya bertukar jadi prince yang kaya raya .Mungkin setelah 11 bulan hujan emas tak turun di sini memasing pakat mengeluh poket takberisi…

Kita tunggu terkini…bubar dewan ke atau Be End mendahului ..mungkin Zahid merasa naik Cambry pulak kali ini…atau semuanya gigit jari?

baca ni kata:

NEW GOVERNMENT IN PERAK: BH 04/02: BN kini memiliki majoriti dalam DUN Perak apabila empat Adun Pakatan Rakyat sebelum in umum keluar parti dan sokong BN: TPM

Updates:
1. MB Perak gets audience with Sultan at 5pm. The Sultan was in KL. Legally, the Perak State Assembly HAS NOT been dissolved yet even though the MB had told the Press so.
2. 16:43pm 4/2 Perak assemblymen Jamaluddin Radzi, Osman Mohd Jailu, Datuk Nasarudin Hashim and Hee Yit Foong are now in DPM Najib office/STAR

kalut …

Leave a comment

Sedang rakyat Perak bergumbira dengan cuti umum hari ini tetapi  ramai yang berkerut dahi memikirkan kekecohan politik  negeri ini yang wakil rakyatnya dah berubah jadi katak kembong ,melompat sana-sini..kata 2 ADUN PKR dah lompat ?ada yang kata depa letak jawatan ADUN tapi belum lompat?Dato’Bote dari BN dah lompat dah ke PKR.

Kalau dua-dua lompat parti dan tak letak jawatan ADUN ada harapan orang BN memerintah semula..

Tapi kalau letak jawatan(itupun kalau surat akujanji yang diserah speaker diterimapakai  SPR) alamat  orang Behrang ngan Changkat Jering sambut raya sekali lagi.Ada harapan dapat beras dan gula free..walaupun bermakna harapan BN mungkin macam angan-angan Mat Jenin…ayam terlepas tangan bau t***

MB Perak dalam temuramah semalam bagitau,” kalau adun PKR lompat parti kena letak jawatan Adun,tapi Dato’ Bote orang BN  yang lompat ke PKR takperlu letak jawatan (mungkin Dato’ tak dak surat akujanji macam PKR?)”

Apapun senario politik Perak mungkin berubah kali ini..belum setahun parti Pakatan Rakyat memerintah yang pasti petugas  kat pejabat tanah dah mula mengeluh yang ramainya non-bumi beratur setiap hari memohon geran tanah untuk Kampung Baru… Bisnes?Takcukup kedai kanopipun didirikan untuk mereka berniaga..

lagi terkejut bila senarai ahli majlis Daerah untuk kawasan ini hanya dimonopoli oleh bangsa lain ..takder nama Melayu?camna tu?Dah hilang suara kita untuk itu..Kita?…Walaupun berderet kedai dibina tapi takmampu nak memilikinya..jauh sekali nak tumpang berniaga.

Pasar malam dalam pekan sebelum ini dihantar nun jauh ke hujung kampung, gerai makan   diruntuhkan dipindah dilaluan yang terpencil  ..berulat lauk takder orang nak makan., gerai jambu Melayu  ditepi jalan dianggap menyusahkan ,jem jalan kononnya…lalu dipindah jauh dari laluan utama.pastu sapa nak singgah?…busuk jambu takder pembeli tetapi kedai sisepet  di dalam pekan sendat pelancong kerumun walaupun jem berjela tapi itu kemajuan namanya..

Israel Durjana!

Leave a comment

Pilu melihat anak anak Palestin yang dikerjakan oleh peluru dan bom durjana Israel..

Macam biasa negara negara Islam hanya ‘OOOOOO……. I C’ semuanya tak berani bersuara.Mesir nak buka sempadan untuk bantuan kemanusiaan pun tak berani…begitu sekali…ceh! pengecut kan ..takut sangat dengan jelingan Amerika yang secara tak sedar menguasai ekonomi kita..yang mengugut akan sekat itu dan ini..Takut tak dapat makan Mc Donald lagi..takut badan tak berbau Geojo Amani,Aramis,Hugo Boss atau Tommy Hilfiger..takut Nokia tiba-tiba tak berfungsi(ehhhh! kena sebijik)…takut kempunan nak minum kopi kat Starbuck lagi…takut pempuan tak ber’Kotex‘ bila datang bulan…takut baby basah lagi tak ber’Huggies‘ setiap hari..paling risau kempunan nak makan Meggi ..takut pipi takcantik tanpa Loreal or Maybelline..risau muka tak bermaya tanpa Clinique atau Garnier..ngeri anak kelaparan tanpa Nesle’ product..takut tak glemer lagi tanpa ‘Timberland‘,Marks & Spencer,atau Ralph Lauren brand,takut umah tak wangi tanpa Ambi Pur, takut tak boleh bershopping kat Carrefour dan senarai takut semakin panjang dan menghantui kita…

Jadi kita nak buat apa?….nak tunggu meeting OIC  atau nak tunjuk sepanduk  atau banner macam biasa? sementara menunggu bumi Palestin pupus menjadi sejarah dan mengubah  luas lakaran jajahan Israel…serta anak-anak Palestin menjadi rangka tak bernyawa?……

Jadi Jom kita Boikot!

FREE Subscription to our NEWSLETTER just enter your email address subscribe
unsubscribe

View Previous Issues


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

BRANDS & LABELS TO BOYCOTT

URL: http://www.inminds.com/boycott-brands.html

Bersantai di PLUS

1 Comment

mawi-rabani

Muadz turut membuat persembahan

Muadz turut membuat persembahan

picc

backdrop yang cantik kat PICC.

Perjalanan yang sepatutnya singkat untuk ke Festival Nasyid Kebangsaan di PICC,Putrajaya  menjadi igauan ngeri.

Dalam lena tidur menuju  ke sana Sabtu lalu, jalan PLUS yang sepatutnya lancar sebaliknya penuh dengan halangan.Memang berada diatas jalanraya sekarang penuh dengan kejadian yang tak dijangkakan segala-galanya boleh berlaku.Mati akibat kemalangan ngeri dijalanraya lebih mudah dari yang mati akibat heart attack..so berhati-hatilah….

Mula-mula terkejut jaga terus mengucap panjang bila abah membrek tiba-tiba …mujur jarak  dengan kenderaan didepan yang agak jauh memberi ruang untuk abah memberhentikan kereta yang dalam kelajuan maksima tu…110km/hour ke abah?….dan kereta di belakang tidak mengekor dekat mengelakkan kami dari menghentam depan dan belakang kereta lain. ( So pesan mama bila berada diatas jalanraya jangan mengikut terlalu dekat kereta belakang …sediakan ruang untuk brek kecemasan mengikut kelajuan kereta anda ).

location1

Rupa-rupanya ada bus terbalik melintang habis  menghalang keseluruhan laluan  kami.Penantian yang panjang sehingga bus diangkat hingga kami berpeluang bersantai ditengah-tengah highway! Kalau jual kacang putih pun laku masa tu…Jem sejauh mata memandang.Harap-harap tiada kemalangan jiwa …camna  drivernya boleh buat drift camtu?…Ni berita dari berita harian;

BAS ekspres terbalik berdekatan persimpangan Bukit Tagat, Hulu Selangor, kira-kira jam 3 petang semalam menyebabkan pemandu bas, Azmi Saad, 29, berasal Kampung Selarung Panjang, Karangan, Kedah, cedera parah, manakala seorang lagi rakannya, dipercayai pemandu kedua, Meor Halim Yunus, 47, mengalami kecederaan separa kritikal. Dua daripada 20 penumpang bas berkenaan cedera, manakala yang lain selamat.

dsc_3094

dsc_3101

photo1

foto kecik ni dari Berita Harian

dsc_3120

ginilah rupa bus tu…belemoih kan? Tapi bleh start enjin dan jalan ke tepi plak?

Pastu bila laluan dah dibuka masing masing mengqadha perjalanan yang terbantut selaju mungkin mengejar masa…tiba-tiba terkejut mama melihat sekor lembu sedang melenggang- kangkong ditengah-tengah jalan sebelah sana !Sekor lembu sedang berada diatas HIGHWAY!Oh Noooooo!Mana mungkin ini boleh terjadi! Adakah lembu ini yang menyebabkan bus tu kemalangan tadi dan sekarang dah terlepas keseberang sana tanpa ada sebarang usaha untuk menghentikannya buat ‘cow walk’ di situ plak.Mama dapat rasakan kejadian yang sama akan berulang ..Nauzubillah!!Hari dah beransur gelap.

Belum habih leter mama pada PLUS tiba tiba sekali lagi abah serbasalah bila terserempak dengan seekor anjing hitam plak meluru ketengah jalanraya yang penuh dengan kereta yang laju.Sekali lagi abah membrek rapat mengelak melanggar anjing tersebut dan pada masa yang sama mama menoleh ke belakang mengharap tiada kenderaan yang hampir belakang kereta kami..anak anakku di belakang Ya Tuhan selamatkan mereka.

Shreeeeeeeeeeeeeeeeeekkkk!nyaring bunyi brek  kereta di belakang kami yang berjaya menghentikan keretanya sebelum perkara yang tak didingini berlaku.Fuhhh!..Alhamdulillah ……dan sekali lagi mama menarik nafas lega.

Kenapa jadi begini???Kenapakah  PLUS biarkan  JALANRAYA SEBAGAI ZOO dan merisikokan penggunanya?

Older Entries