susahnya Diagnosis?

1 Comment

dah seminggu berlalu..
tau tak passport baru mama dah bercop?.. dah masuk Singapore ,Gerek seh!
Mama dan abah,Ajim dan Arep bercuti-cuti di sana dari 17-20hb..nanti kalau rajin mama uploadkan gambarnya atau kalau rajin cari kat my FB. Tapi itu bukan topik yang nak mama tuliskan hari ini.Ini citer lain.

Sebagai doktor kadang kadang ada episode kecewa melanda diri.Tahu memang pesakit kita ada yang tak kena tapi kadang-kadang sukarnya mencari titik noktahnya
Setelah 2 tahun ku rujuk ke sana sini semalam baru final diagnosis di ketahui.

Agak terkilan kerana dia sudah beberapa kali datang mengadu..bukan sekali bukan dua kali tapi beberapa kali bila mama semak kembali rekodnya.
Segalanya bermula sejak Feb 2009 bila pakcik ini mengadu batuk batuk berpanjangan, walaupun badan nya masih tegap kerana kuat bekerja sebagai peneroka tapi bila mendengar dalam paru-paru kirinya penuh dengan bunyi yang agak luarbiasa-mama rujuk ke hospital untuk siasatan lanjut…2minggu lepas tu pakcik datang semula kali ini dengan demam dan batuk ,cengkung matanya tak cukup tidur .
Rujukan dulu katanya pihak di spital bagitau tidak ada apa-apa..bersangka baik mama cadangkan dia supaya di rujuk ke spital lain pula untuk dapatkan pandangan kedua..sekali lagi macam bola pingpong dia dihantar pulang selepas dilihat di ER saja..no problem kata mereka di sana.Aduh !mana mungkin?..kalau tidak ada apa apa takkan dia datang mengadap mama lagi?

Batuknya terus terusan..pada umur 60an gini mama sungguh takut dengan diagnosis yang mama minta pihak spital buktikan TRO Lung Malignancy or ?PTB..Tapi bila dah dua spital dah kata tiada apa-apa jangan salahkan pakcik ini bila mula beralih rawatan..mula berubat kampung yang sudah tentu final diagnosisnya ‘buatan orang @santau ‘…agak lama mama tidak berjumpanya selepas itu.

Suatu hari Mama agak terkejut bila mama terserempak dengannya di minimarket ,wajah semakin cengkung,agak tercungap bila bercakap tapi masih boleh tersenyum bila ditegur..belum sihat rupanya dia.Katanya puas sudah dia pergi ber’shopping’ merata klinik untuk merawat penyakitnya.
Faham dengan kecewanya tapi Mama sarankan agar dia di rujuk ke hospital yang agak jauh kali ini ,yang ada ramai pakar-pakar klinikal termasuk pensyarah pakar dari universiti awam kerana hospital ini menempatkan pelajar untuk latihan klinikal..Dia setuju untuk datang esoknya.
Setelah tiga hari di masukkan ke wad ..pun dia pulang dengan diagnosis biasa, COAD ..dan rawatannya pun biasa-biasa sejak itu.
Inhaler dah bersilih ganti jenisnya tapi keadaan diri tidak berubah.Kadang-kadang kena leter lagi kalau selalu datang kat ER mengambil nebulizer, marahkan dia yang dulunya merokok tanpa ada yang teringin untuk review kembali diagnosisnya…

sejak itu mama tidak berjumpanya lagi..

Tapi semalam dalam sibuk merawat patient agak terkejut mama bila melihat pakcik ini disorong masuk anaknya diatas kerusi roda,dengan badan yang sangat cengkung tapi buncit perutnya,kuning kulitnya dan sudah tidak mampu bersuara dengan matanya merenung hampa kepada mama…
Kata anaknya; baru sebulan lalu (*bererti genap 2tahun mencari diagnosisnya) doktor sudah mengesahkan dia mengidappp Kanser Paru-paru sambil anaknya mengangkat 4jari dibelakang ayahnya..tahap 4! sudah merebak ke hati.
Dah terlewat untuk berbuat apa-apa…
Maafkan mama pakcik..tiada daya dan upaya saya..Lahaulawala…
Aduh! cancer paru-paru tahap 4…

Kelu lidah bila isterinya bertanya,” kenapa semua hospital yang doktor rujuk sebelum ini tidak dapat mengesannya awal?”

Advertisements

gempa di Jepun dan nuclear plant meletop!

Leave a comment

bagaimana harus kita bergembira kalau gempa di Jepun akan mengganggu udara kita juga?
cuba lihat link ini: before dan after tsunami di Jepun;http://www.abc.net.au/news/events/japan-quake-2011/beforeafter.htm

Bila bumi bergegar

Leave a comment

Masya’allah
..bila bumi digegarkan dengan sedasyatdasyatnya,
Bumi pun mengeluarkan segala isinya,
Berkatalah manusia dengan perasaan gerun,”apakah yang sudah terjadi kepada bumi?
Pada hari itu bumipun menceritakan kabar beritanya,
Bahawa TuhanMu telah memerintahkan berlaku demikian…

Petikan dari ayat 1-5 Al-Zalzalah
Gempa terburuk katanya dalam tempoh 140tahun telah melanda Jepun,dunia dapat melihat musibah terburuk yang meranapkan bumi Japan, memusnahkan sekelip mata apa yang telah dibina manusia yang bertamaddun tinggi seblum ini..
Aduhai..
Sambil mengurut dada mama melihat dengan penuh ngeri bila airlaut yang dimuntahkan bumi mengaul seperti mesin basuh segala yang ada dilaluannya,kapal,rumah,kereta ?manusia dan segalanya disapu sebegitu rupa..
Ya Allah lemahnya makhlukmu ..tiada daya dan upaya kami melainkan dengan kehendakkanMu jua memelihara kami dari musibah itu..
Dan seketika itu juga semangat untuk bercuti-cuti menjadi terhenti.
Tiada lagi hujan emas dinegara orang.

Rupanya ada hikmahnya kenapa terlalu banyak halangan untuk mama ke Matta Fair 2011 KL walaupun hati begitu berkobar kobar nak ke sana.
Sempat ke Matta Fair Ipoh alahai ciputnya penyertaan travel agencies yang ada semuanya syarikat cha ya nun alip …yang agak terpinga pinga bila di tanya ,” ada Muslim package ke?”…

Travel Fair

2 Comments

Ajim dan Arep pulang sekolah dengan senyum yang penuh bermakna..
Last week bawa mereka wat passport lepas terhasut bila melihat DrZouldahan dah ada passport baru.
Dah ada pasport sendiri takkan takpergi mana-mana? tanya mereka penuh mengharap.

Matta Fair 2011 11-13 Feb 2010! ready?

medical student syndrome

Leave a comment

Aduh! saya sakit kepala, sebelah kiri ni.doktor peksa betul2 takut saya ni ada kanser otak ke?’ risau seorang patient yang suka membaca di internet pasal medical diseases..

Emak saya ni kena sakit buah pinggang ke? ‘ tanya seorang nursing student pada mama bila emak datang ke klinik dengan sakit pinggang dan kebas kaki.

Begitu juga dengan sorang medical student year 3 yang buat praktikal di klinik mama yang mula meraba lymph nodes di tengkok dan mula menyangka dia mungkin mengidap sakit kanser darah bila di rasakan ada kelenjar yang membengkak di tepi lehernya..

Ha..? pernah dengar syndrome ni? Medical student syndrome.Ramai yang mungkin sedang mengalaminya.ehehehe termasuk mama dan kawan2 yang pernah menjadi medical student dulu.
cecite cecite…cam dialog dlm citer Hantu Maklimah balik Kampung plak?

Cuba baca artikel ni:

Medical Student Syndrome

Medical student syndrome “MSS” also named medical student disorder, medical student disease and hypochondriasis of medical students is a condition frequently reported in medical students nowadays.

MSS is a constellation of psychiatric symptoms that affect the mood and behaviour of a medical student, especially during the first year of studying medicine.

While Medical students are learning medicine they read lists of symptoms for different diseases daily. Although they are completely healthy, they feel that they are suffering from the symptoms of specific diseases and they have it.

For example: If a medical student is reading about swine flu he may feel its symptoms and do unnecessary laboratory tests to confirm his wrong diagnosis.

Now the disease included millions of non medical students who can easily search in the internet about any disease and believe in having its symptoms.

jalan-jalan makan angin

Leave a comment

Entah kenapa sejak dua menjak ni anak-anak teruja nak g melancung ke luar negara.Nak ikut sunnah konon kata Ajim; kan Nabi suruh pergi ke Negeri China?Nabi suruh pergi sana menuntut ilmu …bukan sekadar pergi melancung?tapi dalam hati teringin plak.
Adik beradik pun sibuk ngajak ke tanah seberang walaupun mama ugut dengan gunung berapi,gempabumi atau tsunami semua masih berkeras nak pergi juga.Napa?surga membeli belah di sana kata mereka.
Ala kalau setakat nak beli telekung yang penuh dengan kerawang cantik yang boleh menguurangkan kusyuk sembahyang tu baik beli telekung kat pakcik di market tu simple je,kainnya pun putih melepak takpayah gosok lagi.Boleh juga tolong bisnes dia.
Katanya, isterinya jahitkan dan dia tolong jualkan murah aje,telekong aje RM10 hengget,kalau dengan kainnya RM20 hengget..Boleh beli banyak-banyak sedekahkan pada adik beradik, boleh letak kat surau-surau,di R & R, boleh letak kat surau di Shopping komplek yang kadang-kadang kain telekungnya ..adus!berkarat!,..

Pun masih nak pergi jugak?
Seperti kata sedara pada mama, “kamu dak teruk kerja sekali sekali pergi ler melancung,hadiah untuk diri sendiri”..

Mama memang sejak dulu selain dari ke Tanah Suci kureng sikit tahap nak melancung ke luar negara..masih setia melancung di dalam negara saja..masih belum puas menikmati setiap inci oppps! centimeter *sekarang guna sistem metrik kan? tanah tumpah darah mama.walaupun ada yang masih takjub dengan hujan emas di negeri orang tapi mama masih terpesona dengan hujan batu di sini walaupun takpernah jumpa dengan hujan batu lagi?

MACAM-MACAM ADA kan?tenang dan aman nak ke mana-mana di bumi Malaysia ini;melihat muka-muka yang dikenali, berbahasa yang kita fahami dan makan makanan yang yakin halalan toyyibannya..
Lagipun mama rasa tak berbaloi habis duit berbelas ribu untuk diri sendiri sedangkan kalau sebanyak itu kita boleh semuaaaa ahli keluarga, adik beradik, emak ayah pergi bercuti dalam negara kita ..lebih jimat lebih menambah fadhilat bersilatulrahim.

Pun begitu hasutan dari AirAsia dan MAS sejak dua menjak ni begitu menggoda anak-anak mama terutamanya Ajim dan Arep untuk terbang merasa dunia luar..menggada-ngada tergoda sangat kan? macam ler duit depa cop sendiri!

Tak semudah itu, jadi mama pesan pada mereka kalau teringin nak ke luarnegara rajin-rajin ler kumpul duit sendiri, cukup tambangnya baru boleh pergi.Kalau takder menyimpan minta maaf ,kena tinggal ler jawabnya.Jadi nampak gayanya sehari dua ni mereka berdua sedang gigih berjimat cermat,abang-abangnya taktau ler pulak camna..
Tengok ler camna kalau akaun depa semakin kering kesian kat diri sendiri ler kena tinggal..jangan berbelanja tak hengat dunia!
Itu syaratnya buat masa ni.
Anak sedara yang kat Politeknik pun sangat gigih berjimat nak ikut sama katanya ,hinggakan catu makan minum nak simpan duit berjimat nak ikut sekali.Semalam dia tepon sakit perut seharian tak makan.Naik kereta pun buka tingkap tak mau guna ekon katanya nanti banyak guna minyak..Haruuu!

* mama dah selongkar cari passport ,rupa-rupanya dah lama ekpired!