haruan makan anak

3 Comments

Pantang lepa aja malam-malam dia akan menyusup masuk ke bilik anak pempuan saya yang nak ambik SPM tu…Dia cuba meraba dan memeluk anak saya,tak senonoh betul perangainya.
Bukan sekali dua begitu, dah selalu sangat.Bila anak saya kunci pintu biliknya malam-malam,teruk kami akan diamuknya..dia jadi ganas ,tendang sana, tumbuk sini tak bagi pintu bilik dikunci.
Tau la kederat bekas askar ni , Saya sebagai isteri dah tak sabar dah ngan perangai dia.Dia macam dah jatuh hati dengan anak dia sendiri hinggakan masa bersama saya pun dia asyik bayangkan saya ni anaknya, dok sebut nama anak saya tu

keluh si isteri berusia lebih setengah abad ini mengadu.

Mengarut sungguh bapa tua ni.Sakit jiwa jenis apa ni?
Peliknya sang suami durjana ni tak sedikitpun menunjukkan rasa bersalah dengan perangai jahatnya tu sebaliknya dia rasa sepatutnya dia berbuat begitu kerana sebagai balasan menjaga anaknya dari kecik!…Gila!!!

Mama berkerut dahi heran campur pelik..Salah siapa?

Nak kata tak cukup ilmu agama ..kopiah sentiasa di kepala,tasbih ditangan, amal ibadat tekun tapi tidak mampu mencegah nafsu jahatnya.

Anak dara suntinya berpakaian menjolok mata ke di umah ke?
“Mana ada,dalam ramai-ramai anak dara saya 7 orang ,anak saya sorang tu yang suami saya minat sangat..anak saya ni bersekolah agama, bertudung labuh, di rumah pun dia bertudung litup depan ipar-duai.Kesian dia, tekanan betul ..dia sentiasa takut..ni tengah peksa pulak. ”

” Gamaknya ini akibatnya suka tengok filem lucah dulu kot.Masa muda dulu dia bukannya baik sangat.Masa kerja dulu dia suka sangat tengok filem-filem lucah walaupun jenuh saya melarangnya.Inilah kot balasanNYA”

kesimpulan si isteri ini , nampak sangat tertekan dan kecewa dengan perangai haruan makan anak ,suaminya.
Padanlah bertambah statistik sumbang mahram di negara kita..

Erti bahagia

1 Comment


Saat paling indah dalam hidup bila apa yang kita inginkan menjadi kenyataan dan ..setelah sekian lama menunggu akhir Arif menamatkan penantian mama selama ini..terima kasih nak..tiada hadiah yang paling berharga yang mama harapkan dari anak-anak kecuali berjaya dalam pelajaran…itu penentu masa depan mereka..

dan Arif enggan melangkah keluar dari umah walaupun mama tahu di luar sana banyak sekolah yang lebih baik menunggunya..apakan daya : (

pre-school holiday ’09

Leave a comment

wah! diam x diam dah hampir hujung tahun..seminggu lagi cuti sekolah akan bermula..anak-anak menakan dah mula booking untuk berkumpul..semangat hari keluarga dah semakin membara.
cuma Lop dan Dikmira takboleh nak senyum lagi ..nak peksa SPM sebulan..good luck!.. jadi sebagai menghormati dan nak beri mereka fokus pada peksa our family day hanya akan diadakan selepas itu..insyaallah tarikhnya dah set..harap-harap tahun ini semua nya ada.

BerSuarasa di Kampung

2 Comments

pre

salam ..lama gak tak buat entry baru..almaklumlah sekarang sibuk bercucuk tanam di FarmVille.ehehehe..
Hujung minggu berpeluang balik kampung lagi..kali ini lebih meriah bila team Suarasa NTV9 bertamu ke rumah mak setelah penat dengan Suarasa di Aloq Setaq..
jom tengok gambar…

IMG_2689
bersama Syarifah Nor pengacara Nasi Lemak Kopi O (NLKO) NTV9

IMG_2697

IMG_2747
team Suarasa NTV9

IMG_2861
Along n Aziz Desa-pengacara NLKO
IMG_2720

IMG_2805
team Upin dan Ipin dari Les cCopaque

IMG_2674
nasi lemak tanpa kopi o dengan ayam berempah edisi Zaharah dan mesup utara dari Yusup…dadih from mama

IMG_3366
musim anak padi baru mula tumbuh di bendang dan anak =anak ikan bermain diair tenang…

IMG_3394