kopi dari najis binatang!

5 Comments

Kedatangan pesakit yang mengadu sakit perut yang teramat sangat dan menuduh kopi LUWAK yang baru diminumnya sejak 2-3 hari lepas sebagai penyebabnya menyebabkan mama ingin tahu apa itu kopi yang katanya sangat mahal tu…

Click to enlarge

 

 

 

 

 

Pernah dengar atau merasa minum kopi ini? Jika ada pembaca  yang pernah merasa kopi ini komen anda di alu-alukan…

mama sendiri takpernah tahu ujudnya kopi berjenama begini dan keistimewaannya .Rupanya kopi ini terhasil dari najis binatang LUWAK 

 

sejenis musang yang memakan biji kopi ini errr……..nak tanya juga…. bolehkah kita minum kopi ini yang berasal dari najis seperti ini

 …dan …the rest of the story..

Kopi Luwak Coffee comes from the Indonesian island of Sumatra, an area well known for its excellent coffee. Also native to the area is a small civit-like animal called a Paradoxurus. The locals call them luwaks. These little mammals live in the trees and one of their favorite foods is the red, ripe coffee cherry. They eat the cherries, bean and all. While the bean is in the little guy’s stomach, it undergoes chemical treatments and fermentations. The bean finishes its journey through the digestive system, and exits. The still-intact beans are collected from the forest floor, and are cleaned, then roasted and ground just like any other coffee. The resulting coffee is said to be like no other. It has a rich, heavy flavor with hints of caramel or chocolate.

Other terms used to describe it are earthy, musty and exotic. The body is almost syrupy and it’s very smooth.

One must wonder about the circumstances that brought about the first cup of Kopi Luwak coffee. Who would think to (or even want to) collect and roast beans out of animal feces? Perhaps a native figured it was easier to collect the beans from the ground this way, rather than having to work harder and pick them from the trees. Our local source says the Sumatran villagers discovered that civet droppings ultimately produced a smooth cup of coffee centuries ago, when they were forced to work on Dutch plantations, and hand over everything they picked to their colonial masters. Civets provided the only coffee the workers could scrounge for themselves.  Because of the strange method of collecting, there isn’t much Kopi Luwak coffee produced in the world. The average total annual production is only around 500 to a maximum of 1000 pounds of green coffee beans. The roasting process reduces the volume up to 20%.

Because of the rarity of this coffee, the price is quite outrageous. If you can find a vendor, the current cost for a pound of Kopi Luwak is around $150 or more. Some more adventurous coffee houses are selling it by the cup for $15 – $30, but you won’t likely find it at your local coffee shop just yet. Is it really worth of the price? Why not? You are paying for the experience of enjoying such an unusual phenomenon. The famous actor Jack Nicholson even mentioned this unusual coffee from Sumatra, as one of his things to try on the Bucket List movie.

Advertisements

salahkah kalau begini?

1 Comment

lazimnya seorang pemimpin atau ketua akan diberi makan di meja khas…tempat duduk yang khas..diberi hadiah yang khas untuknya bila merasmikan sesuatu…..kalau sakit ditempatkan di bilik yang khas untuk mereka…kalau nak PU atau BO pun di tandas yang khas?…

Tapi…salahkah kalau seorang pemimpin hanya mahu makan di meja yang biasa biasa saja, beratur mengambil makan bersama orang yang biasa biasa,makan dan minum seperti orang biasa biasa saja..kereta pun yang biasa biasa saja.duduk pun dihotel yang biasa biasa saja…Itu perbezaan yang diperhatikan semasa empat MB baru turun ke Ipoh baru baru ini…cerita seorang ketua pemuda dari parti luarbiasa.

Itu bezanya pemimpim yang biasa biasa dan pemimpin yang khas…berbeza pemimpin yang ikhlas memberi dengan pemimpin yang mengharap balas.

Tapi cuba baca petikan ayat ini…

Ayat 15-16 surah Hud yang berbunyi: Man kana yuridul haya wazinataha nuwaffi ilaihim a’maalahum fiha wahum fiha la yub khosun.(15) Ulaa’ikal ladzina laisa lahum fil aakhiroti illannar wa habitha maa shona’u fiha wabaa thiun maa kaanuu ya’malun. (16). Yang bermaksud: Siapa yang niat dengan amalnya hanya semata-mata keduniaan dan keindahannya maka Kami akan memberi kepada mereka semua amalnya dan mereka didunia tidak akan dikurangi (dirugikan).(15). Mereka itulah yang tidak mendapat diakirat kecuali api neraka, dan gugur semua amal mereka itu, bahkan palsu semua perbuatan mereka itu.(16).

Abdullah bin Haanif Al-inthoki berkata: Pada hari kiamat bila seseorang mengharap amalnya kepada Allah s.w.t. maka dijawab: Tidakkah Kami telah membayar tunai pahalamu, tidakkah Kami telah memberi tempat padamu dalam tiap majlis. tidakkah Kami telah angkatkan kamu sebagai pimpinan/ketua, tidakkah telah Kami murah (mudah)kan jualbelimu (yakni selalu dapat potongan harga jika membeli sesuatu) dan seterusnya.

-petikan dari Tanbihul ghafilin

Hayati lirik nyanyian Hijjaz ini..

…besdei boy today

1 Comment

Sedang mama menghabiskan kerja di pejabat petang itu tiba tiba dapat call dari casualty hospital yang terletak cuma bersebelahan dengan pejabat mama..”Datang segera anak puan ada kat sini” bayangkan perasaannya kalau tiba tiba dapat panggilan macam tu… dari bilik kecemasaan pulak tu..anak? anak yang mana?…mama tak menunggu jawapan segera berlari turun meluru ke bilik kecemasan.Tiba di pintu emergency room, mama dah boleh mendengar suara jeritan itu..mama kenal sangat suara itu;anak mama ,Azim masa tu baru berusia 3 tahun…Astaghfirullah!

Azim yang terbaring diatas katil itu….'”Tolong doktor! sakit! tolong!”laungnya sekuat hati sambil memekup mata kanannnya yang berdarah.My helper berdiri disebelahnya sambil menangis…Azim enggan melepaskan tangannya dari mencekup mata kanannya itu…enggan membenarkan Pembantu Perubatan berbuat sesuatu untuk matanya… Mama dapat merasakan yang dia di dalam kesakitan yang amat sangat..Mama mengumpul kekuatan memujuk Azim supaya mama dapat memeriksa apa yang berlaku terjadi.Kehadiran mama memberi kepercayaan kepada Azim ..pelan pelan dia membuka tangannya dari matanya yang berdarah itu…Masya’allah! seperti takpercaya dengan apa yang mama lihat…kelopak mata atasnya seperti dikoyak dari penjuru tepi kelopak tengah hingga ke tepi…bergulung kulit kelopak mata itu..meninggalkan mata nya tanpa upper eyelid..bebola matanya Alhamdulillah masih tak terjejas.

“Tersangkut besi buaian adiknya semasa dia main ngan Afidah tadi” My Helper bercerita sambil menangis;Afidah adalah anak jiran sebelah rumah..Mama terbayang besi pencangkuk buaian yang digunakan di rumah.

Berbanding yang lain, mata Azim yang cantik bulat itu sering menjadi teguran…Sejak kejadian itu kelopak matanya terpaksa di bedah sebanyak 2 kali untuk membetulkannya, sekali di Ipoh dan kedua kalinya di HUKM….itu yang terbaik yang dapat dilakukan..meninggalkan sedikit ptosis…itu trauma yang terpaksa dilaluinya 10 tahun lalu.

Hari ini 26 April ,genap usianya 13 tahun ..sudah menjadi anak remaja yang selalu menceriakan kami bila di rumah.riuh bercerita bila balik dari sekolah..tidak banyak karenah…sangat sukakan kanak kanak terutamanya Haikal, Hadif dan si kembar…best friend dan teman tidur adiknya, Arif walaupun kadang kadang suka nyakat Arif yang insectphobia itu…Kalau dapat makan ikan keli goreng rangup masak cabai takpandang belakang…

Dan hari ini besdei Azim yang akan kami sambut (kecuali Along tak ada isk!isk! moga cepat sihat ye) di rumah opahnya…yang berjanji nak buat pulut lemak dengan rendang kicap feberetnya.Ayangnya janjikan puding telur dan mama untuk pertama kali seumur hidup; hari ini buatkan kek coklate moist berpandukan resepi dari internet .

dan Fruit Tartlet( mencuba pertama kali resepi kak liza )…OK tak?

.

the making of beras not biras..

4 Comments

Nak sambung cerita balik kampung tempohari….

Kebetulan ayah bagitau bendang belakang rumah nak ditabur benih padi keesokkan harinya.Jadi peluang terbaik nak tunjuk pada anak anak camna nasi yang mereka makan itu dihasilkan…dari padi menjadi beras,dari beras menjadi nasi…..Kecik kecik dulu merasa le buat kerja begini..mencabut anak padi untuk ditanam,pastu membantu emak menuai padi..masa tu upahnya air menet(lemonade ) sebotol dan seronok rasanya bergelumang dalam selut lumpur tu.

Sambil tu boleh cari ikan keli,ikan haruan,ikan puyu. dan ikan sepat yang terperangkap dalam selut ..tangkap ngan tangan aje.Kalau jumpa lubang dalam tanah selut tu main selok aje ..pasti ada ikannya.Tak pikir takut terpegang kepala ular senduk/cobra yang habitatnya di situ.Ye la masa tu mana fikir benda benda tu semua.Pulang nanti kat rumah, emak akan buat gulai ikan haruan, goreng ikan sepat garing rangup then makan ngan nasi panas panas dari hasil titik peluh sendiri…

Inilah rezeki kami sekeluarga…Nasi dari beras bendang sendiri yang ayah akan hantar seguni ke kilang untuk di kisar,yang akan susut separuh guni menjadi beras..disimpan di dalam tong padi di bawah rumah untuk bekalan sehingga musim padi berikutnya…sekarang dah lain..dapat padi terus jual ke kilang .. ..nak makan nasi kena beli beras BERNAS! bila baca krisis kekurangan makanan teringat cara orang dulu simpan stok makanan rujinya..Adakah kita perlu kembali ke cara begitu?

* Azim masih belum bagitau mama sebab sebab krisis makanan dunia berlaku dan bagaimana nak atasi masaalah-ini tugasan homework yang mama berikan pada dia semalam…jangan buat buat lupa ye..

Sekarang di kampung..kerja menanam padi dah jadi mudah..rata rata pesawah dah tua dan uzur ..anak anak dah tak mau kerja sawah lagi ..banyak dah berhijrah,Jadi terpaksa menggunakan kaedah 3T..(Tabur,Tengok,Tuai)

Di kampung baru baru ni..pagi pagi selepas Subuh mama dan abah dengan kamera masing masing mengikut ayah ke bendang belakang rumah.Cucu cucunya Azim,Arif,Kak Anis, Dikna dan Mat membantu membawa benih padi ke bendang ..Pastu posing di batas sawah di tengah sawah bendang ….

Ni bunga kucai yang emak tanam..camni rupanya

Nikmati pemandangan sewaktu matahari sedang naik di tepi sawah bendang…

Ini keadaan sawah/bendang yang sebelum benih disemai.Rombongan cucu cucu membantu..

Nun ..hujung tu Hospital Sulltanah Bahiyah yang menjadi jiran baru kampung kami.

Ini rupa benih padinya…

dan anak padinya

Adik ayah, Pak Ndak Man tolong taburkan benihnya

Ayah dah di larang turun kerana MC oleh doktor peribadinyanya ( ehehe…mama ler tu…) setakat pantau aje ditepi sawah walaupun ayah ketagih sangat nak buat sendiri..

Ini cucu cucunya yang tembon dan tembam; terbukti padinya menghasilkan beras yang berkualiti kan? hehehe…

kecil yang besar…

4 Comments

Doktor tolong bagi ubat…anak saya ni dah kena tarik* (maksudnya sawan/fit) malam semalam 2-3 kali.Takpernah dia sawan sebelum ni” cerita seorang ibu bila membawa anak gadisnya yang sedang belajar di tingkat enam atas berjumpa mama…gadis manis yang nampak lesu memandang kosong bersandar di kerusi patient sebelah meja mama…Masaalah yang simple kannn.Nak kena ambik histori betul betul ni….cuma sawan je …demam?..tak der demam,jatuh?..takder jatuh…..semua takder termasuk haid pun takder!. “Sejak bila haid takder?..”Entah!” jawab sigadis acuh tak acuh..

“Itu la semalam semasa kena sawan tu.makcik sapu minyak kat perut dia ..terasa perut dia terasa besar gitu.Makcik dah syak “.Makcik ni pun tau dah rasanya yang anaknya dah termengandung.Takpa makcik biar mama peksa anak gadis ni betul betul dulu ye.

Blood pressure tinggi…other sistem badan ok except part abdomen/perutnya tu..Bila rasa rasa macam ada ketulan bersaiz 26 minggu,,dah berdegup dup dap dup dap yang agak slow dari degupan jantung gadis tu.Peksa kencing…ada albumin! ( albumin sejenis protein ni tak sepatutnya berada dalam air kencing-kehadirannya menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dengan fungsi buah pinggang!)

Ni bukan kes biasa ni makcik.ni emergency… nak kena pergi hospital… kena masuk wad.mama cuba terangkan semudah mungkin kepada emaknya…errrr tapi terminologi eklamsia tu mama kurang pasti istilah dari DBP .

Mama pulak yang jadi kalut…Makcik buat muka blur.Uish !mengarut betul doktor ni..mana budak budak camgini boleh dapat darah tinggi dah..mungkin itu kot bisik hati makcik ni …

Gadis tu lagi ler membisu..”doktor bagi ubat udah ler.Anak saya tak apa apa.Saya nak balik.”gesa makcik tu cool.Masya’allah …mungkin makcik ni taktau apa itu eclampsia yang sangat di fobiakan oleh penjaga kesihatan termasuk doktor, sister dan misi di bahagian kesihatan awam oleh sebab reportnya yang panjang seperti cerita CSI ,yang pengidapnya akan menjadi femes dan diberi layanan VIP* (Very Important Patient) oleh doktor di hospital….

Gadis yang hamil akibat ditebuk tupai ( ye ke Tupai ?) ini telah mendapat eclampsia ; suatu penomena life threatening condition akibat darah tinggi yang berlaku semasa mengandung dengan indikasi serius …albuminuria dan sawan!…Harap harap bayi dalam kandungannya boleh diselamatkan bersama ibu muda ini.Mudah mudahan tidak ada komplikasi serius nanti.

Mama tepon pakar sakitpuan hospita terdekat yang ~ 30min perjalanan kalau ikut PLUS highway ..maklumkan keadaan pesakit sebelum di rujuk; pastu tepon nearest Klinik Kesihatan untuk dapatkan ambulan segera bersama nurse pengiring dan suntikan yang perlu di beri sebelum patient ini dihantar pergi…Tak sampai beberapa minit ambulan pun sampai kecoh sebentar pesakit lain kat dalam klinik..heran apa kes ni? Laju misi -misi pengiring menolak patient masuk ambulan dan eeeee oooooeeeeooooowwowww patient dibawa pergi.Pergh! legaaaaa!

Sakit yang kecil kepada patient tapi besar implikasinya pada nyawa nya…

jom balik kampung…

2 Comments

Esok cuti sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak..bermakna esok anak anak tak ada ko-ko kat sekolah..mama pun nak cuti…dah rindu ngan kampung halaman dan emak ayah  di sana.Dah bagitau abah  hasrat mama..seperti biasa abah pasti sentiasa bersedia di ajak pulang..Petang ni nak bertolak balik .Harap- harap hujan yang lebat itu menjadi rahmat pada kami di jalanan.

Walaupun sebulan lalu kami sekeluarga balik semasa kematian maklong tapi  masa tu semua sibuk dengan urusan kematian dan mak pun masih bersedih dengan kehilangan Long.Tak dapat berbual panjang dengan ayah dan mak tempohari..Bila tengok patient yang uzur datang berjumpa mama entah kenapa hati ini tiba tiba teringatkan mak dan ayah yang dah berusia di kampung…Rasanya tak perlu tunggu bila uzur baru kita nak bergegas balik menziarah….semasa sihat kita jadikan amalan mengunjungi mereka selagi masih boleh berbicara…Jom kita balik?

Selepas mesej ngan mak bagitau nak balik petang ni;”kami bertolak balik kampung selepas ambik Azim selesai sekolah“… segera aja mak menalefon ceria : “mak nak tangkap ayam kampung; ada 8 ekoq yang dok tidoq atas pokok jambu depan umah tu” Itulah emak..yang mama  selalu rindukan.Dan ayah yang sentiasa  suka buat lawak tentu banyak cerita untuk di kongsikan dengan anak dan cucu terutamanya berlawan teka teki ngan Angah.

Mudah mudahan hasrat mak nak menjamu kami gulai ayam kampung tercapai kali ini…Dulu jenuh berligan* ayam lari lebih laju dari cucu tok yang dah tembam tembam tu …

*berligan _berkejar

Mendukung biawak hidup…

5 Comments

Seperti mendukung biawak hidup ” Kasar kan bila kita berkata begitu..tapi begitulah realitinya…Pernah tengok biawak? Binatang yang berkuku tajam dan mencengkam kuat ini selalu dianggap sial oleh sesetengah orang.Hinggakan kalau terjumpa biawak ditengah jalan sanggup berpatah balik kerana dianggap perjalanan itu mungkin membawa sial kalau diteruskan.Begitu sekali nasib biawak yang dibenci!.

Jangan tak tahu satu keluarga biawak ni pernah menghuni bumbung rumah kuarter yang mama duduki semasa bertugas di pantai timur dulu.Saluran air hujan menjadi laluannya untuk naik ke bumbung dan duduk menetap nun di atas siling rumah!Bila malam malam untuk mereka yang tak biasa… tentu ngeri mendengar kruppp! krrapp..!! bunyi cakaran kuku mereka yang sedang merangkak di atas sana…..macam cerita hantu yang sedang mengendap!.Mujur Azim yang minat dengan cerita hantu belum lahir lagi masa tu..kalau tidak… tentu feberet wordnya , “ni misteri ni mama”.

Jenuh juga staff mama masa tu suruh jumpa bomoh untuk halau biawak tu..Dah tu dia duduk atas bumbung bukannya kacaupun jadi mama biarkan saja hinggalah kejadian cemas yang berlaku pada abah dan sebahagian staff jabatannya yang menjadi tajuk utama akhbar dan berita TV suatu ketika dulu..jadi glamer yang merimaskan sebab mama dapat masuk TV ,cerita masuk suratkabar..cerita sial biawak tu muncul semula..kesian biawak gak yang disalahkan.

Tapi ini kisah sebenarnya yang mama nak berkongsi ….

doktor tolong ajar saya macamana nak sembahyang hajat?” pinta seorang ibu tua tanpa malu malu mengaku tak pernah buat sembahyang hajat sebelum ini.”‘nak upah orang sembahyang mahal sangat, deme nak RM 120.25 untuk sekali sembahyang.Pastu bukan dia sendiri yang buat pulak tu ..dia suruh orang lain” Uikk! sejak bila pulak boleh berupah untuk sembahyang ni..siap ada ajen lagi?…soal mama dalam hati lerrr….

Makcik buat sendiri lagi baguz ..mohon dengan Allah …insyaallah doa ibu lagi sangat makbul“. .. mama memberi cadangan pada ibu ini bila dia mengadu yang kesusahan dan kekusutannya dengan perangai anak teruna tuanya yang ketagihan dadah.Selalu keluar masuk lokap bila di tangkap kerana mencuri paling dia minat mencuri wayar kabel di kampungnya.OOOOO anak makcik ni yang menyusahkan orang kampung ..mereka selalu mengadu yang telefon dirumah mereka selalu tak boleh digunakan akibat kecurian wayar kabel telefon…perbuatan anak muda ini rupanya…

Masaalah betul dengan anak dia yang sorang ni..Nak motor belikan motor,pastu dia guna motor tu untuk pergi mencuri kabel..bila kena tangkap sekali ngan motor masuk lokap!Jenuh ler makcik ni berjual tanah nak jamin anaknya tu.Dah tu tak serik serik lagi…bapanya lepas tangan aja ( bapanya yang juga telah berkahwin satu lagi..asyik memerap kat umah bini mudanya tak ambik pusing masaalah dalam umahtangga yang kusut ini), ibu tua berdarah tinggi inilah yang terkial kial ke sana ke mari cari duit.Mujur dapat ambik upah isi tanah dalam polibag kat tapak semaian 0.50sen sebeg….berapa sangat boleh diisi seharian di tengah panas tu.Hanya cukup untuk makan sehari-hari dengan duit poket untuk anak beli dadah RM 20/sehari.Anak mudanya ?duduk melepak kayal di rumah.HARI HARI MINTA DUIT …kalau tak bagi duit siap ler..kaki tangan naik atas kepala maknya!Hampeh!..Siap ugut lagi”kalau tak bagi duit nanti dia nak pegi mencuri..

Memang betul lah dunia dah nak akhir zaman bila ibu menjadi hamba pada anaknya…

Ala biarkan aje dia masuk lokap, biar dia merasa susah hidup di dalam sana “rasa nak cakap je gitu pada makcik tu.Tapi rasanya penjara kita bukan macam kat Guantnamo tu…masuk penjara di sini seperti pergi kursus je… makan ditanggung, b**** dalam tong, tidorpun berbumbung, bila keluar lagi ler berdengong terer cari pengalaman di dalam tu…

Tapi demi anak tentu dia masih berharap sesuatu dapat dilakukan untuk membetulkan keadaan.Jadi itu lah mama cadangkan supaya dia buat sembahyang hajat, berdoa untuk kebaikan anak ini.Mudah mudahan masih ada jalan pulang untuknya sebelum ibunya menutup mata.

” Doktor, ada ubat tak untuk mata makcik ni.Dah kabur mungkin sebab selalu menangis kot” kata ibu ini memberi sebab dan jawapannya sekali.

* Mudah mudahan anak anak mama menjadi kisah ini sebagai iktibar..tanpa ilmu dan amal serta pekerti yang baik kita tidak akan menjadi manusia yang berguna untuk makhluk dibumi ini….jadi carilah ilmu itu sebaiknya.

Older Entries