bila fardu kifayah menjadi payah…

2 Comments

Firmah  Allah yang bemaksud “Ditimpakan ke atas mereka kehinaan di mana sahaja mereka berada kecuali mereka yang berhubungan dengan tali Allah dan tali daripada manusia” (Ali Imran 112), di mana tali Allah adalah hubungan peribadi yang bersifat fardu ain dengannya, sementara tali dari manusia adalah kerja-kerja yang bersifat fardu kifayah.

Fardu kifayah..kata ustaz kalau kita boleh buat orang lain takpayah atau bila ada orang lain boleh kerjakan kita jadi tak payah.Maksudnya fardu kifayah ni adalah tanggungjawab sosial yang wajib dikerjakan oleh seorang atau sekumpulan individu untuk kesejahteraan masyarakat..

jika fardu kifayah ini dapat dilakukan dengan ikhlas maka setiap penghuni langit dan bumi akan mengucap selawat (memohon ampun) untuk orang yang memberikan perkhidmatan yang berfaedah ini kepada manusia.Wah!Alangkah bahagianya….

Menguruskan jenazah, memandikan jenazah, menyembahyang jenazah dan mengkebumikan jenazah adalah fardu kifayah kan?Tapi apa yang mama amati semasa menziarahi pengurusan jenazah beberapa saudara mara dan kenalan mama yang meninggal sebelum ini..praktis yang diamalkan oleh setiap masyarkat Muslim setiap tempat agak berbeza dan kadang kadang menyusahkan… segala galanya perlu dibayar..Kalau untuk membeli barang keperluan untuk pengurusan jenazah mungkin boleh diterima akal tapi kalau segala galanya mahukan duit RM di mana ikhlasnya amalan fardu kifayah sebagai kewajipan mengurus simati itu?

Ini pengalaman mama kat tempat tumpah darah mama di utara..ulama dan ustaz serta penceramah agama kena buat sesuatu..jangan asyik dok syarah bab fardu Ain aje..jangan asyik dok ugut orang kampung yang dah tua tua tua supaya hafal bab sifat 20 sampai depa jadi keliru bila belajar bab Tauhid…tapi bab fardu kifayah yang menghubungkan tali manusia di lupakan dalam ceramah kalian hingga bila mempraktikkan soal pengurusan jenazah.. masyarakat lebih mengikut budaya dan adat dari kewajipan sebenarnya…

Yang datang membacakan Quran untuk dihadiahkan pahala untuk simati..minta dibayar.Lorrr…ingatkan dia memang ikhlas bacakan untuk simati tadi.Tapi kenapa kena caj pulak?Baru je rasa tenang hati ini melihat ramai yang datang membacakan Quran.Jadi nak ingatkan diri sendiri… baca Quran tu setiap hari..jangan tunggu dah mati baru minta orang bacakan.Nanti tak cukup bajet nak bayar… pahalanya belum tentu jugak kan?

Yang datang menyembahyangkan jenazah dijemput khas..tepon je pak imam dia dah bagitau berapa yang perlu dibayar kepada jemaah yang dibawanya..termasuk duit minyak kereta,duit minyak motor skali ngan duit makan pun depa claim.Memang nampak ramai yang dibawa khas dari pondok agama tapi ikhlas wallahualam…dah tu bila dah salam dapat sampul duit sanggup pusing balik sekali lagi tadah tangan apahal?…Anak anak dan saudara mara yang ikhlas nak sembahyang jadi keliru?…Kalau dihadiahkan kain pelikat tanpa RM mungkin muncung panjang dia hari tu ..nyesal dia sembahyang jenazah tak berbaloi.

Banyak jugak terburai duit anak anak yatim yang terpaksa dikeluarkan untuk membayar mereka yang menguruskan jenaazah ni…Tukang gali kubor letak rate ikut suka hati ..hari ni mati lain harga ..esok mati lain harga..ikut harga minyak jugak ke gali kubur tu walaupun masih guna cangkul?Siap beri bil makannya pada anak yatim yang sedang ditimpa musibah..suruh pergi bayar kat kedai yang mereka makan tadi..begitu sekali?

Pastu yang sadisnya ada juga sindiket kutip hutang yang tergamak menjalankan operasi mengutip hutang ke atas keluarga si mati…. kononya si mati ada berhutang dengan mereka …yang mana terbukti rupanya mereka penipu besar!Mereka datang pula dengan membawa seorang ‘ustaz’ sebagai saksi…

FIKIR FIKIRKAN LAH………

begitulah akhirnya…

Leave a comment

semasa bersama..kini keduanya telah pergi..

semasa bersama..kini keduanya telah pergi..

25 Ogos 2008

Sedang mama sibuk melayan pesakit di klinik setelah bercuti tempohari tiba tiba dapat call dari adik di kampung “Pakngah dah takada”tupppp!pendek dan jelas.Pastu mama try call semula taliannya dah bizi ,mungkin dia sibuk memaklumkan kepada saudara mara yang lain.Pakngah, bapa saudara mama yang tinggal sebelah rumah mak di kampung dah meninggal di ICU..

Masih ingat Pakngah yang sudah lapan bulan ditinggal pergi isterinya ,Makngah seperti dalam entry mama sebelum ini? https://drzeze.wordpress.com/2008/01/04/beringatlahbila-tiba-waktunya/ dan https://drzeze.wordpress.com/2008/07/09/kekasih-awal-dan-terakhir/ dan ini https://drzeze.wordpress.com/2007/03/27/permata-buat-isteri/

Sejak kematian makngah setelah hidup bersama selama lebih 50tahun, Pakngah sering sakit sakit.Baru sebulan lepas masuk ICU tapi Pakngah diberi peluang sehat semula dan dapat kembali semula ke rumah walaupun semasa mama sekeluarga pulang menziarah nampak benar susut badan Pakngah…tak ada selera makan katanya..mama bekalkan multivitamin untuk membantu walaupun mama tahu semangat Pakngah untuk hidup tidak lagi seperti dulu.Mungkin semakin sarat rindunya pada makngah.Dia selalu berharap pada anak menantunya kalau dia pergi semadikan disebelah isterinya.Duit untuk uruskan jenazahnya pun telah disiapkannya..begitu yakinnya dia akan menyusul pergi soon.

Jadi bila Pakngah kena serangan jantung dan dimasukkan ke ICU sekali lagi tiga hari seblum kematiannya,mama seolah olah sudah dapat rasakan yang Pakngah mungkin lebih bahagia untuk ke’sana’ dan terus terang mama maklumkan keadaan Pakngah kepada anaknya selepas mendapat gambaran situasi Pakngah di ICU.Jadi panggilan dari adik pada lewat tengahari itu tidak mengejutkan mama.Innalillah….wajah nya tersenyum jernih dan kelihatan bahagia seperti yang terbukti dalam gambarnya yang Rohaya rakamkan semasa dikafankan.

wajah arwah Pakngah sebelum dikafankan

wajah arwah Pakngah sebelum dikafankan

Mama sekeluarga bergegas pulang ,jenazahnya akan dikebumikan selepas asar..Kami tiba bila jenazahnya sudah diusung ke dalam kereta jenazah….hanya sempat mengiringinya ke kuburan dan hajatnya untuk bersemadi di sisi isterinya termakbul.

Indahnya cinta mereka…cinta sejati yang selalu mama jadikan mereka sebagai contoh dalam ceramah kursus perkahwinan yang mama berikan..kerna cinta mereka bukan sekadar berkasih sayang semasa muda tetapi penuh dengan belas kasihan bila pasangannya menderita sakit diusia emas.MUdah mudahan pakngah dan makngah bahagia di sana…dan terima kasih diatas kasih dan perhatian kamu berdua terhadap mama sedari kecil dulu dan kasih itu tumpah melimpah terhadap anak anak mama.Kata Abah .,hilang kawan bersembang bila balik ke kampung selepas ini.Mama akan sentiasa merindukan kalian berdua yang dekat dihati mama.

cuti cuti Malaysia

1 Comment

23 Ogos-24 Ogos 2008

Destinasi: Pangkor Island Resort

Hampir saja cuti sekolah nak habis ..mama ambil peluang bercuti bersama famili di Pangkor Island, menikmati tiupan angin laut dan bersantai di tepi pantai nya yang bersih..

Angah,Azim,Along & Arif serta sepupu mereka Lop,Own

Angah,Azim,Along & Arif serta sepupu mereka Lop,Own

Dari Lumut naik  feri yang di’sedia’kan(= kena bayar tambangnya juga) oleh pihak resort terus ke jeti pulau dan  dibawa ngan bas ke resort.

Disambut ala ala Hawaii di pintu masuk walaupun takder bunga malai dan diberi minum air sirap ‘telur katak’ ..kata Arif ler

Walaupun mama tempah 2bilik pacific wing tapi dapat ocean wing yang terus ngadap laut…fuhhhh! cantiknya.Seterusnya jom nikmati pemandangan menarik di sini.

Sementara menunggu bilik disiapkan..mereka posing dulu ..walaupun di panas terik.

view dari tingkap

view dari tingkap

jejak ketam yang menakutkan Arif

jejak ketam yang menakutkan Arif

subhanallah

subhanallah

sunset
sunset
daylight pool

daylight pool

 

senja di tepi kolam

senja di tepi kolam

angah,along n lop
hornbill feeding time

hornbill feeding time

tunggu..

tunggu..

cuti sekolah = kenduri kawin

2 Comments

Sabtu hari pertama cuti sekolah ada 6 jemputan kenduri kawin!..lepas selesai klinik tengahari itu mama ngan abah bergegas ke rumah kenduri…1,2,3 dan 4,.. alamak perut dah kenyang sangat ni bukan dengan nasi dan lauk pauknya yang sedap sedap tu tapi …enjoy minum air yang bermacam warna tu.first umah air kaler oren-limau, 2nd house air kaler merah-sirap, 3rd house air kaler hijau-kiwi, 4th house air kaler ungu-blackcurrent..kreatif gak mereka ni kan…tapi mama paling suka air teh suam suam kuku kat umah ke 5,..walimah teman fotopages, Hajjah…Sebab terperangkap dalam hujan ribut di rumah kenduri matahari dah tenggelam baru sampai umah…Tu dia walimah punya pasal…

Mungkin kita kena fikir cara lain pulak nak buat kenduri walimah ni…Mungkin tak perlu jamu nasi lagi dah kot..ye la dalam ekonomi yang meleset ni nampak banyak bazirnya yang lebih..yang pergi makan kenduri  jemputan yang samaaje seperti  yang mama tengok kat kawasan ni..kecuali saudara mara pengantin..makan hidangan kadang kadang nasi dan lauk-pauk yang hampir sama…lagi teruk kalau mereka guna katering yang sama..same taste tau..pastu tengok jemputan pun makan macam terpaksa je…ye la brapa banyak sangat yang boleh dimakan kalau dah berderet kenduri camtu..rasa macam kesian kat tuan rumah kenduri yang habiskan ribu ribu RM untuk menjamu jemputan  yang makan macam hendak tak hendak je tu…

Kalau kenduri kawin makan simple simple aje tak boleh ke?Mee kari ke, meehun sup aje ke,. sandwich ke atau nasi lemak bungkus tu aje……rasanya lagi  tuan rumah kenduri dapat banyak pahalanya kerana tentunya ramai yang akan mengata pot pet pot pet kan ?Jadi pakat dok sedekah pahala pada orang yang di umpat tu kan?Ehehehehee…sekadar pandangan untuk masa depan ..

catitan …

2 Comments

salam kembali..

grrrrr dah seram sejuk ni nak demam ke?pegang sendi tak pulak sakit atau panas..cek temperature masih ditahap normal..wokeh lagi ni.Hari ni dah ada 6 kes Chikungunya-like fever yang mama dah tengok…harap harap cik Aedes tak der ronda ronda dalam klinik mama buat masa ni.Mana ler tau kot dia landing hisap darah atas patient yang tengah demam tu,pastu cik Aedes ini mai dok suntik kat mama plak…huish jangan ler gitu…

Hari hari dah suruh staff spray ubat nyamuk setiap sebelum/selesai sessi klinik..tapi kadang cik Aedes ni pun pandai gak nyorok dalam tempat tempat gelap tu..Nauzubillah …pussh kanan pussh kiri..minta dijauhkan.

Oh ya semalam janji nak pegi melawat pameran MAHA 2008 tapi tak kesampaian..terkilan ler tak dapat lalu bawah  pohon labu atau petola seperti mana yang mama tengok dalam tv masa PakLah rasmikan tempohari.Lagipun kata mereka kereta takleh parking dekat ..nak kena naik bas yang di sediakan..alamak tu yang tak best tu.Aapakah semangat nak berkebun  mungkin akan menurun skit lepas ni ?

Along mungkin dah landing kat Kota Bharu sekarang ni…mission nya dan kengkawan nak buat Perhimpunan Perdana Pelajar PPIM diharap berjalan lancar..Semalam mama bawakan rendang kicap ayam feberetnya dan rendang udang galah kegemaran kengkawannya berserta nasi satu bekas besar untuk dikongsi semua yang ada…cuma tak sempat nak buat serawa kuah durian dengan pulut lemak..kalau tidak tentu sendawa durian Along dalam kapalterbang hari ni..ehehhee.Lain kali yer.

Balik semalam keletihan ..mujur topik pendedahan surat ASP Mior Fahim yang membuat pendedahan berani dalam surat akuan sumpah seperti yang tertera di Website Bakaq Penarik Beca menjadi perbualan hangat dengan abah..dapat hilangkan mengantuk dalam perjalanan pulang..Apakah benar tindakkan ‘mereka’ dikuasai oleh orang orang tertentu?..

masih ada?

Leave a comment

OOOOO…please kalau ada yang kata kes Chikungunya dah tak ada di daerah ini tolong baca artikel mama ni:Mama tau memang susah nak isolate virusnya sebab bukan semua patient setuju darahnya di ambil, bila dah ambil darah pulak sukar nak dapatkan tranport mediumnya tapi kalau dah simptom dan tanda klinikalnya sebijik camtu camna kita nak mengatakannya bukan…Mama rasa cam pitam bila depa kata dah nak tutup bilik gerakan… dah tak ada kes…camna gitu?Yang mama dok notify hari hari tu depa rejek ka?..Yang mama rujuk ke spital tu patient kata doktor ambik darah test untuk denggi pastu suruh patient balik sebab bukan denggi.(patutnya test untuk CHIKV).pastu patient kornar mai sini balik kat mama ambik rawatan..saudara mara mereka yang sakit dah takmau pi spital lagi.Pihak di sana ambik darah pastu bagi vitamin suruh balik..kata patient la..walaupun ubat untuk bunuh virus tu memang tak ada..ubat sakit sendi dan ubat untuk ruam kan ada?Walaupun mama boleh gumbira dapat ramai patient tapi mama lebih concern dengan merebaknya dan kesiankan mangsa yang terlibat..mengganggu pendapatan mereka..banyak bil medical feesnya bulan ni dengan tiba tiba..kesian tengok yang mengaduh sakit terbaring bergelimpangan di rumah bila orang lain seronok gembira plan nak pergi bercuti musim cuti sekolah ni..

Demam-like Chikungunya Fever

Kes 1

Makcik A, 62 tahun dari Kg Klah Baru,Sungkai terpaksa berkerusi roda tak boleh berjalan setelah diserang sakit sendi dan demam tiba-tiba sejak 3hari lalu.Walaupun demamnya dah tiada tetapi sakit sendi dan ruam merah penuh satu badan pada hari ini membimbangkannya.Makcik yang aktif berpesatuan di kampungnya terpaksa berbaring di rumah sejak diserang demam dan sakit sendi ini.Terpaksa dipapah turun dari kereta tak berdaya berjalan sendiri.

Pemeriksaan fizikalnya kelihatan lemah tak bermaya, lidah kering berwarna keputihan = dehidrasi.Suhu badan 37.5 C..Matanya kemerahan.

Seluruh badan penuh dengan ruam merah macular popular.Sendi sendi lutut dan pergelangan tangan bengkak dan sakit serta panas bila dipegang.

Melihat keadaannya makcik yang nampak tak bermaya mama nasihatkan dia dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.Tanpa membantah dia bersetuju lemah.

Kes 2

Pakcik I,65 tahun dari Kg Menderang,Sungkai ,penoreh getah terpaksa dipapah isterinya masuk ke klinik.Berdengkut dengkut dia berjalan sejak seminggu yang lalu.Demam sudah kebah ,ruam sudah habis hilang tapi sakit sendi dan lemah badan masih melumpuhkan pergerakkannya.Walaupun pada usia begini badan dan otot dilengannya masih pejal menandakan kuatnya dia berkerja sebelum ini tapi virus Chikungunya dari genus Alphavirus, keluarga Togaviridae telah mengambil kederatnya.

“Dah seminggu tak menoreh” katanya.”Lepas ni anak pakcik pulak nak masuk” sebelum dipapah keluar oleh isterinya.

Kes 3

Remaja Z,20 tahun,anak pakcik I tadi yang tinggal serumah .. juga di serang demam dan sakit sendi sendi sejak 2 hari yang lalu.Matanya dan mukanya panas kemerahan dengan suhu 38.9 C belum ada ruam di badannya.Masih boleh berjalan sendiri walaupun agak terhencut hencut.Kerja sendiri menoreh bantu bapanya..Tapi dah dua dua demam ni siapa nak tolong menoreh?

Kes 4

Opah L. 72 tahun dah nyanyuk nampaknya dari Kg Menderang, Sungkai ditolak masuk di atas kerusi roda oleh cucu lelakinya (semalam dia ni datang membawa emaknya yang demam sendi juga) ..hari ni opahnya pulak sama juga demam, sakit sendi dan ?cirit birit.Bertaburan cirit airnya meleleh dalam klinik mama tapi opah yang dah nyanyuk ni selamba je cakap yang dia tak cirit pun.Lenjun kain yang dipakainya .Mama terpaksa berikan pamper dewasa untuknya pakai selepas dibersihkan.

Bagusnya cucunya ni yang menjaga opahnya.Dia tak berdengus marah walaupun opahnya dah lenjun bermandi najis.Dah biasa katanya.Dia yang hari hari mandikan dan bersihkan opahnya ini..suapkan makan walaupun opahnya akan sentiasa mengatakan belum makan kalau ditanya saudara yang datang melawat.Nyanyuk kan gitulah..tapi “bagus kamu menjaga opah begitu” puji mama pada anak muda ini.Walaupun pakaian macam seorang Mat rempit tapi hatinya baik.Mama bekalkan kertas buat alas lapik tempat duduk opahnya di kereta nanti kot kalau opahnya tercirit lagi.

Enggan dirujuk ke hospital kerana tak der sapa yang nak nguruskan di sana nanti..ingat?emaknya pun sedang sakit di rumah kan?

Kes 5

Makcik H, 53 tahun dari Kg Guntung, Sungkai (kg ni berjiran dengan Kg Menderang) dipapah suaminya.Dia juga diserang demam panas tiba tiba sejak semalam dan sakit sendi tangan dan kaki.

Another kes of Chikungunya-like fever.

Suaminya mendapat penyakit yang serupa sejak seminggu yang lalu.Walaupun deman dan ruamnya dah hilang tetapi lenguh dan sakit sendi masih terasa.

Kes 6

Puan S,38 tahun dari Kg Sg Klah, Sungkai masuk bersama suaminya ….dia bimbang dengan ruam merah yang penuh seluruh lengan dan kakinya sejak semalam,tangan nya lenguh dan sakit selepas demam 4 hari lepas.Demam masih ada walaupun takberapa kuat ,37.5C dedar (=demam sedikit) kata orang di sini.Suaminya yang juga mempunyai masaalah yang sama cuma ruamnya dah beransur kurang cuma di lengannya yang masih banyak.

Nak bukti?gambarnya pun ada..

Sekian untuk pagi ini.Minta maaf petang ni mama tak buka klinik.. nak ke KL jumpa along yang merap nak suruh tengokkan dia sebelum dia nak berangkat ke Kelantan..nak bawakkan bekal apa yang patut pastu nak pegi tengok MAHA 2008.Jom!

janjinya di sini…

4 Comments

Tengahari itu dihari minggu…Sedang mama dan abah menikmati hidangan kenduri kawin di rumah jiran di belakang umah… tiba tiba datang seseorang bagitau ada tetamu datang ke rumah..bergegas mama dan abah pulang kerana janjinya selepas kenduri ni nak bawa emak(MIL=MOTHER -IN-LAW) ngan tokabah(FIL=FATHER-IN-LAW)) keumah maksu juga atas jemputan kenduri di sana.Ehhh! siapa pula yang datang?

Sebuah kereta Unser hitam dan sebuah van dah berada di dalam pagar rumah…rupanya sepupu sepupu abah datang bersama emaknya i.e emak saudara abah,makchor yang juga kakak sulung mak(MIL),yang sedang sakit di dalam kereta tu… datang nak berjumpa mama hasratnya nak berubat dan melepaskan rindu pada adiknya,mak(MIL) abah.Mereka singgah on da way nak bawa  emaknya balikkerumahnya di KL.Mungkin tak di rancang deme …tak bagitau pulak nak singgah ..mujur kami tak bertolak pergi kenduri lagi..

Kata anaknya melihatkan keadaan maknya yang semakin uzur di kampung mereka bercadang nak bawa dia tinggal bersama mereka di KL.Makchor dah taklarat bangun..dah terbaring sakit.

Mama menjengok ke belakang kereta UNSER tu..nampak makchor sedang terbaring beralaskan totoo tak bermaya pucat… lemah suaranya memanggil nama mak,mama dan abah bila kami bersalaman dengannya .

Melihat keadaan makchor yang nampak lain macam..mama segera arahkan abah dan anak-anak makchor menggangkat makchor masuk ke dalam rumah ASAP.Makchor nampak tercungap penat, laju mama memeriksa makchor…BP low..pulse pun lemah,matanya dah hilang cahayanya,pudar..”Makchor nazak ni“…. bagitau mama….anak anaknya terpinga-pinga ….spontan abah ,angah dan tokabah bergegas berwudhu’ dan membacakan surah Yassin untuk makchor..mak membisikkan kalimah syahadah di telinga makchor.Kemudiannya mama mencatitkan waktu kematian sebelum sempat surah Yassin habis dibaca.. Mudahnya dia pergi….di rumah mama rupanya malaikat maut menunggunya tadi..di sini janjinya…

Kabarnya makchor  yang agak obese mengidap  sakit lutut… selalu makan ubat penahan sakit yang dibelinya di kedai.Mungkin tanpa sedar painkiller tu dah menghakis perut dan usus makchor perlahan lahan tanpa dia sedar…mungkin dia tak tahu najisnya yang akhir akhir ini berwarna hitam menandakan perdarahan dalam perut tu itu perkara biasa..sangkanya mungkin akibat kopi yang di minumnya hari hari kot? Silent bleeding yang dialaminya membuatkan nya menjadi lemah akibat anaemia errr or kurang darah.

Tiba -tiba umah mama penuh dengan tetamu yang kebetulan memenuhi undangan kenduri kawin..Tetamu yang dapat memenuhi dua kewajipan seorang muslim..memenuhi undangan walimah dan menziarahi kematian serentak dihari itu….

Older Entries