Bila rindu bertapakkk…
Hakikatnya camtu buat kita sebak..
Dulu kecik2 depa hingaq mengekek gelak.
Punggah barang mainan berselerak
Terjerit kita terpijak
Riuh rendah rumah sat gelak sat tegheyak
Lepas makan dapoq berselerak.
Depan TV depa duduk bersesak
Berebut channel sat yg kecik nak tengok katun, yg besaq nak tengok raja lawak…
Dalam bilik depa bangun tidoq hmm tikuih xberani lalu takut napas sesak!!

Sekarang…lani
Bilik dah sunyi
Cadar dan bantal terkemas rapi.
Diintai berkali kali
Rasa macam terdengar dengar suara mereka bernyanyi.
Terasa bau badan mereka terhidu wangi
Ternampak nampak depa bergolek golek comei sekali.
Tapi hampa semuanya itu hanya memori.
Depa dah keluar rumah untuk hidup sendiri.
Tinggallah kita membilang hari
Bila agaknya mereka kan kembali
Sambil menyapu direnung katil berkali kali.
Sekali sekali disapu airmata yg mengalir di pipi.

Aduhaii!!! Pantasnya masa berlariii..:
#mama #memori #family #Puisi #emptynestsyndromeIMG_7593.JPG

Advertisements