school holiday datang lagi..

Leave a comment

school holiday 2 minggu ni dah penuh dengan program yang telah diatur.

1. Kem Tunas Harapan Surau-anjuran mama and keluarga untuk anak anak berusia 7-12 tahun dah berlangsung pada Sabtu dan Ahad/26-27 hb Mei lepas…sambutan menggalakkan.Seramai 46 peserta hadir walaupun target asalnya hanya 30 orang.gambarnya insyaallah mama uploadkan nanti.

2. Famili day-pada hari Sabtu dan Ahad ni insyaalah di umah mama..akan cuba mengumpulkan keluarga dikedua dua pihak mama dan abah seperti tahun tahun yang lalu.Semua dah bagi commitment untuk hadir.Sekarangpun  along,angah , azim dan arif sedang meriah dengan sepupu-sepupunyanya di rumah.

Jumaat lalu, Own,11thn, anak Adik  abah datang.KakAnis 14thn, DikMira15thn,Dikna12 thn,Faiz11thn  tiba ngan bas ari Sabtu lepas.Ahad semalam,Ien 15thn anak sulong Adik datang. Semalam depa buat mesyuarat untuk membincangkan tentang malam anugerah pada hari malam Sabtu nanti,macam macam idea menarik dan lucu diketengahkan…berbakat juga bebudak tu.

peringatan bagi yang lupa…

4 Comments

 

 

azimarif.jpgserupa-tapi-x-sama.jpg 

HAK KEDUA IBU BAPA

 

                     Petikan dari kitab Tanbihul Ghafilin, semoga beroleh manafaat darinya:-

  Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata: “Tiada seorang mukmin mempunyai kedua ibu bapa lalu ia pagi-pagi ia taat dan baik pada keduanya melainkan Allah s.w.t.membukakan untuknya daun pintu syurga, dan tidak mungkin Allah s.w.t. ridho padanya jika salah satu ibu atau bapanya murka kepadanya sehingga mendapat ridho dari keduanya. Ditanya: Meskipun orang tua itu zalim? Jawabnya: Meskipun zalim. Dan didalam hadis marfu’ ada tambahan: Dan tiada pagi-pagi ia durhaka (menyakiti hati) orang tuanya melainkan Allah s.w.t. membukakan baginya dua pintu neraka dan jika hanya satu maka satu.”

                        Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Atha’ berkata: “Nabi Musa a.s. berdoa: “Ya Tuhan, pesanlah kepadaku.” Firman Allah s.w.t.:Akuwasiat supaya tetap dengan Aku.” Nabi Musa a.s. berkata lagi: “Ya Tuhan, pesanlah kepadaku.” Firman Allah s.w.t.: “Akupesan kepadamu, taatlah kepada ibumu.” Kemudian berkata Nabi Musa a.s. lagi: “Ya Tuhan, pesanlah kepadaku.” Jawab Allah s.w.t.: Akupesan supaya taat kepada ibumu.” Musa a.s. berkata: “Wasiat kepadaku.” Allah s.w.t.berfirman: Akuwasiat kepadamu, taatlah kepada ayahmu.”

                        Abdullah bin Umar r.a. berkata: “Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.wdan berkata: “Saya ingin berjihad (perang fisabilillah).” Nabi Muhammad s.a.w.bertanya: “Apakah kedua ibu bapamu masih hidup?” Jawabnya: “Ya, kedua-duanya.” Sabda Rasulullah s.a.w.: “Didalam melayani keduanya harus berjihad.”

                        Hadis ini menunjukkan bahawa taat bakti kepada orang tua itu lebih besar daripada jihad fisabilillah, sebab menyuruh orang itu berbakti kepada orang tua dan berjihad. Kerana itu maka seseorang tidak boleh keluar untuk juhad jika tidak diizinkan oleh kedua orang tuanya selama panggilan jihad itu tidak umum, maka tetap taat kepada orang tua lebih afdhal dari jihad fisabilillah.

                        Bahz bin Hakim dari ayahnya dari neneknya berkata: “Saya tanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Ya Rasulullah, siapakah harus saya taat?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Ibumu.” Kemudian siapakah? tanya saya lagi. Jawab Rasulullah s.a.w.: “Ibumu.” Saya bertanya sekali lagi dan Rasulullah s.a.w.menjawab: “Ibumu.” “Kemudian siapa?” tanya saya lagi.” Rasulullah s.a.w.menjawab: “Ayahmu, kemudian yang terdekat dan yang dari kerabat.”

                        Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Zaid bin Ali dari ayahnya dari neneknya berkata Rasulullah s.a.w.bersabda: “Andaikan ada khalimah yang lebih ringan dari kata UF (cih)untuk dijadikan dasar serendah-rendahnya durhaka pada orang tua nescaya akan dilarang oleh Allah s.w.t. untuk mengatakannya, kerana itu seorang yang durhaka pada orang tuanya boleh berbuat apa yang diperbuat maka ia tidak akan masuk syurga, sebaliknya seorang yang bakti pada orang tuanya boleh berbuat apa saja maka tidak akan masuk neraka.”

                        Abul-Laits berkata: “Andaikan Allah s.w.t.tidak menyebut kewajipan berbakti kepada kedua orang tua itu dalam al-quran, dan tidak ditekankan nescaya dapat dimengertikan oleh akal bahawa taat kepada kedua orang tua itu wajib, kerana itu diwajibkan seorang yang berakal harus mengerti kewajipannya terhadap kedua orang tuanya, lebih-lebih Allah s.w.t. telah menekan dalam semua kitab yang diturunkan iaitu Taurat,Injil,Zaburdan Al-Quran, juga telah diwahyukan kepada semua Nabi, Rasul bahawa ridho Allah s.w.t. tergantung pada ridho kedua orang tua dan murka Allah s.w.t.tergantung pada murka kedua ayah bonda.”

                        Ada penjelasan bahawa tiga ayat turun bergandengan dan Allah s.w.t. tidak menerima yang satu tanpa gandingannya iaitu seperti firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi):

  • Aqimusholata wa atuszakat (Yang bermaksud) Tegakkan sembahyang dan keluarkan zakat, maka siapa solat tanpa zakat tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.

  • Athi’u Allaha waathi’urRasul(Yang bermaksud) Taatlah kepada Allahdan taatlah kepada Rasulullah, maka tidak akan diterima taat kepada Allah s.w.t.jika tidak taat kepada Rasulullah s.a.w.

  • An usykur li walidaika(Yang bermaksud) Syukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, maka siapa yang syukur kepada Allah s.w.t.dan tidak syukur kepada kedua orang tua tidak diterima.

      Dan dalilnya ialah Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya kutukan kedua orang tua itu memutuskan asal anak itu jika anak itu durhakai keduanya. Maka siapa merelakan kedua ayah bondanya bererti telah merelakan Tuhannya dan siapa mendapatkan kedua ayah bondanya atau salah satunya, lalu tidak taat kepada keduanya sehingga masuk neraka bererti telah dijauhkan oleh Allah s.w.t.”   

                        Dan ketika Rasulullah s.a.w.ditanya: “Apakah amal yang utama?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Sembahyang pada waktunya, kemudian taat kepada kedua ibu bapa kemudian jihad fisabilillah.”

                        Farqad Assinji berkata saya telah membaca didalam kitab: “Bahawa anak tidak boleh dibicarakan dimuka orang tuanya kecuali dengan izinnya dan tidak boleh jalan dimukanya atau dikanan kirinya kecuali jika dipanggil maka ia harus menyambut dan harus berjalan dibelakang keduanya sebagaimana hamba sahaya dibelakang majikannya.”

                        Seorang datang kepada Rasulullah s.a.w.dan berkata: “Ya Rasulullah, ibuku kini mengigau ditempatku, maka sayalah yang memberi makan minum dengan tanganku juga mewudhu’kannya, dan mengangkat diatas bahuku, apakah yang demikian itu bererti aku telah membalas jasanya?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Belum, belum satupun dari jasa-jasanya dari jasa-jasanya (satu peratus) tetapi engkau telah berbuat baik dan Allah s.w.t. akan memberi pahala kepadamu yang besar dan banyak terhadap amalanmu yang sedikit.”

                        Hisyam bin Urwah dari ayahnya dari neneknya berkata: “Terulis didalam hikmat: “Terkutuk orang yang mengutuk ayahnya, terkutuk orang yang mengutuk ibunya,mal’un (terkutuk)siapa yang merintangi agama Allah s.w.t., terkutuk siapa yang menyesatkan orang buta dari jalanan, terkutuk siapa yang menyembelih menyebut nama selain nama Allah s.w.t., terkutuk siapa yang merosak tanda-tanda dijalan bumi ini atau batas-batas tanah.”

                        Rasulullah s.a.w.bersabda: “Sesungguhnya sebesar-besar dosa ialah memaki ayah ibunya.” Ketika ditanya: “Bagaimanakah seorang memaki ayah ibunya?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Memaki ayah lain orang lalu dibalas maki ayahnya atau memaki ibunya, maka dibalas dimaki ibunya.”

                        Abban dari Anas r.a. berkata: “Ada seorang pemuda bernama Alqomah dimasa Rasulullah s.a.w.Pemuda ini rajin ibadat dan banyak sedekah, tiba-tiba ia sakit dan sangat berat sakitnya, maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasulullah s.a.w.dan menyatakan bahawa suaminya sakit keras didalam keadaan nazak sakaratal maut dan saya ingin menerangkan kepadamu keadaannya. Maka Rasulullah s.a.w.menyuruh Bilal, Ali, Salman dan Ammar r.a. supaya pergi ketempat Alqomah dan memperhatikan bagaimana keadaannya dan ketika telah sampai kerumah Alqomah mereka langsung masuk kepada Alqomah dan menuntunnya supaya membaca: Laa ilaha illallah, tetapi lidah Alqomah bagaikan terkunci, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah itu, ketika para sahabat itu merasa bahawa Alqomah pasti akan mati, mereka menyuruh Bilal supaya pergi memberutahu hal itu kepada Rasulullah s.a.w.

                        Rasulullah s.a.w.langsung bertanya: “Apakah ia masih mempunyai ibu dan ayah?” Jawabnya: “Ayahnya telah meninggal, sedang ibunya masih hidup tetapi terlalu tua.” Rasulullah s.a.w.bersabda kepada Bilal: “Ya Bilal, pergilah kepada ibu Alqomah dan sampaikan kepadanya salamku, dan katakan kepadanya: JIka kau dapat berjalan pergi kepada Rasulullah s.a.w.,  dan jika tidak dapat maka Rasulullah s.a.w.akan datang kesini.” Jawab ibu Alqomah: “Sayalah yang lebih layak pergi kepada Rasulullah s.a.w.Lalu ia mengambil tongkat dan berjalan hingga masuk kerumah Rasulullah s.a.w.dan sesudah memberi salam ia duduk didepan Rasulullah s.a.w.Maka Rasulullah s.a.w.bertanya: “Beritakan yang benar-benar kepadaku, jika kau dusta kepada ku nescaya akan turun wahyu memberitahu kepadaku, bagaimanakah keadaan Alqomah?” Jawab ibu Alqomah: “Alqomah rajin ibadat sembahyang, puasa dan sedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui berapa banyaknya.” Rasulullah s.a.w.bertanya lagi: “Lalu bagaimana hubunganmu dengan dia?” Jawab ibu Alqomah: “Saya murka kepadanya.” Rasulullah s.a.w.bertanya: “Mengapa?” Jawab ibu Alqomah: “Kerana ia mengutamakan isterinya lebih daripadaku dan menurut isterinya kepadaku dan menentangku.”

                        Maka Rasulullah s.a.w.bersabda: “”Murka ibunya, itulah yang mengunci (menutup) lidahnya untuk mengucap dua kalimah syahadah.” Kemudian Rasulullah s.a.w.menyuruh Bilal supaya mengumpul kayu sebanyak-banyaknya untuk membakar Alqomah dengan api itu. Ibu Alqomah bertanya: “Ya Rasulullah s.a.w., puteraku, buah hatiku akan kau bakar dengan api didepanku? bagaimana akan dapat menerima hatiku?” Rasulullah s.a.w.bersabda: ” “Hai ibu Alqomah, siksaan Allah s.w.t.lebih berat dan kekal, kerana itu jika kau ingin Allah s.w.t. mengampunkan dosanya, maka relakan ia (kau harus ridho padanya), demi Allah s.w.t.yang jiwaku ada ditanganNya tidak akan berguna sembahyang, sedekahnya selama engkau murka kepadanya.” Lalu ibu Alqomah mengangkat kedua tangan dan berkata: “Ya Rasulullah, saya mempersaksikan kepada Allah s.w.t. dilangit dan kau ya Rasulullah, dan siapa yang hadir ditempat ini bahawa saya telah ridho kepadanya.”

                        Maka langsung Rasulullah s.a.w.menyuruh Bilal pergi melihat hal keadaan Alqomah, apakah sudah mengucapLaa ilaha illallah atau tidak, khuatir kalau-kalau ibu Alqomah mengucapkan itu hanya kerana malu pada Rasulullah s.a.w.dan tidak pada hatinya. Apabila Bilal sampai dipintu rumah Alqomah tiba-tiba terdengat suara Alqomah membaca Laa ilaha illallah. Lalu Bilal masuk dan berkata: “Hai orang-orang, sesungguhnya murka ibu Alqomah itu yang menutup lidahnya untuk mengucap dua kalimah syahadah dan ridhonya kini melepaskan lidahnya, maka matilah Alqomah pada hari ini.” Maka datanglah Rasulullah s.a.w.dan menyuruh supaya segera dimandikan dan dikafankan, lalu disembahyangkan oleh Rasulullah s.a.w.Dan sesudah dikuburkan Rasulullah s.a.w.berdiri diatas tepi kubur sambil berkata: “Hai sahabat Muhajir dan Anshar, siapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka ia terkena kutukan (laknat) Allah s.w.t.dan tidak diterima daripadanya ibadat fardhu dan sunatnya.”

                        Ibu Abbas r.a. ketika mengertikan ayat (Yang berbunyi): Wa qodho rabbuka alla ta buda illa iyyaahu, wabil walidaini ihsana, imma yablughanna indakal kibara ahaduhuma au kilahuma fala taqul lahuma uf wala tanharhuma waqul lahuma qoulan karima. (Surah Al Isra ayat 23) (Yang bermaksud) Tuhanmu telah menyuruh supaya kamu jangan menyembah (mengesakan) selain padaNya. Dan terhadap kedua ibu bapa harus berbakti (taat dan baik) apabila telah tua salah satunya atau keduanya disisimu, maka jangan menunjukkan sikat atau sikap jemu atau berkata: Cih, kepada keduanya, umpama jika kau samapi membuang kencing atau najis ibu atau bapa, maka jangan kau tutup hidungmu dan jangan muram mukamu sebab keduanya telah mengerjakan semua itu dimasa kecilmu, dan jangan membentak keduanya dan berkatalah dengan lemah lembut, sopan santun, ramah tamah dan hormat.

                        Ibu Abbas r.a. ketika mengertikan ayat (Yang berbunyi): Wakh fidh lahuma janahadzdzulli minarrahmati, waqul Robbir hamhuma kama robbayani shorghira. (Surah Al Isra ayat 24) (Yang bermaksud) Dan rendahkan dirimu kepada keduanya serendah-rendahnya dan doakan keduanya: “Ya Tuhan,Kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana keduanya telah memeliharaku dimasa kecil.

                        Mengenai kewajipan terhadap keduanya dimasa hidup hingga mati, dengan selalu mendoakan untuk keduanya sesudah matinya. Seorang ulama tabi’in berkata: “Siapa yang mendoakan kedua ibu bapanya tiap hari lima kali bererti telah menunaikan kewajipabnya terhadap kedua ibu bapanya.” Sebab Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): “An usy kurli wali walidaika, ilayyal mashir. (Yang bermaksud): “Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, kepadaKukau akan kembali.

                        Bersyukur kepada Allah s.w.t. dan mengerjakan sembahyang lima waktu tiap hari, maka syukur terhadap ibu bapa juga harus lima kali tiap hari. Firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): “Robbukum a’lamu bima fi nufusikum in takunu shalihina fa innahu kana lil awwabina ghafura. (Yang bermaksud): “Tuhanmu lebih mengetahui apa yang didalam hatimu, jika kamu benar-benar baik (solih) maka sesungguhnya Tuhan itu terhadap orang yang salah lalu kembali taubat, ia maha penganmpun. (Surah Ali-Isra ayat 25)

                        Hak yang harus dilaksanakan oleh anak terhadap ibu dan ayah ada sepuluh iaitu:

  • Jika orang tua berhajat kepada makan harus diberi makan

  • Jika berhajat pada pakaian harus diberi pakaian. Rasulullah s.a.w. ketika menerangkan ayat (Yang berbunyi): “Wa sha hib huma fiddunnya ma’rufa. (Yang bermaksud): “Bantulah kedua orang tua didunia dengan baik, yakni supaya diberi makan jika lapar dan pakaian jika tidak berpakaian.

  • Jika berhajat bantuan harus dibantu

  • Menyambut panggilannya

  • Mentaati semua perintahnya asalakn tidak menyuruh berbuat maksiat dan ghibah (Kasari orang)

  • Jika berbicara kepada keduanya harus lunak, lemah lembut dan sopan

  • Tidak boleh memanggil nama kecilnya (Jambal/ gelaran)

  • Jika berjalan harus dibelakangnya

  • Suka untuk orang tuanya apa yang ia suka bagi dirinya sendiri, dan membenci bagi keduanya apa yang tidak suka bagi dirinya sendiri

  • Mendoakan keduanya supaya mendapat pengampunan Allah s.w.t.dan rahmatNyaSebagaimana doa Nabi Nuh a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. (Yang berbunyi): “Robbigh fir li waliwalidayya robbanagh fir li waliwalidayya wa lil muminin wal mu’minati yauma yaqumul hisab. (Yang bermaksud): “Ya Tuhankami, ampunkan kami dan kedua ibu bapa kami dan semua kaum muslimin pada hari perhintungan hisab/hari kiamat.

                        Seorang sahabat berkata: “Tidak suka mendoakan kedua orang tua itu mungkin menyebabkan kesulitan penghidupan anak.” “Dan apakah mungkin memuaskan orang tua yang telah mati?” beliau ditanya. Jawabnya: ” Ya, dengan tiga macam iaitu:

  • Dia sendiri menjadi orang soleh sebab menyenangkan kedua orang tuanya

  • Menghubungi keluarga dan sahabat-sahabat kedua orang tuanya

  • Membacaistighfar dan mendoakan serta bersedekah untuk kedua orang tuanya itu.

                        Al-Ala’ bin Abdirrahman dari ayahnya dari Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: ” Jika mati anak Adam putus (terhenti) semua amal perbuatan (kegiatannya), kecuali tiga macam iaitu:

  • Sedekah jariah yang berjalan terus (wakaf-wakarnya)

  • Ilmu yang berguna (yang diajarkan sehingga orang-orang melakukan ajarannya)

  • Anak yang soleh yang selalu mendoakan pengampunan untuknya

                            Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: ” Jangan memutus hubungan pada orang yang dahulu kawan baik pada orang tuamu, nescaya akan padam nur cahayamu.” Seorang dari suku Bani Saliman datang kepada Rasulullah s.a.w.dan bertanya: “Kedua orang tuaku telah mati, apakah ada jalan untuk berbakti pada keduanya sesudah mati itu?” JawabNabi muhammad s.a.w.: “Ya, membaca istighfar untuk keduanya dan melaksanakan wasiat keduanya dan menghormati sahabat-sahabat keduanya dan menghubungi keluarga dari keduanya.”

Silaturrahim

Leave a comment

dsc04122.jpgdsc03588.jpg

Orkid (nama species ?) kat rumah Maksu di Batu Gajah.Foto oleh drzeze.

More

work hard,but take care of your health..

Leave a comment

work1.jpg

Dead after 8 hours on laptop

By Ng Wan Ching – May 1 2007
The New Paper (from AsiaOne digital)

Her story is a painful but apt lesson for us as we take a break this May Day: Work hard, but take care of your health.

That lesson came too late for Ms May Leong, who died on 23 Apr. Just two days before her death, she had written in her blog: “I don’t wanna end up dead for the sake of dough”.

Her mum and some friends believe she was stressed out from work. Going by her blog entry dated 21 Apr – her only entry this year – her job seemed demanding.

And she was clearly struggling to cope with the workload. Just before she died, Ms Leong, who would have been 29 this month, had been working on her laptop for eight straight hours, said her mother.

Although the cause of death can’t be confirmed for now, family members believe she died from pulmonary embolism caused by deep vein thrombosis. This is a condition that can strike when someone has been inactive for a long period of time, like sitting in one position.

“I really thought I was able to do everything, that I can be supergirl as well, but my health is worsening at a fast rate,” she wrote in her blog two days before she died.

“Vitamin M(oney) isn’t gonna cure my health.”

The Singaporean is an only child. Her father left the family when she was young, said a relative, leaving the mother and daughter to fend for themselves.

That early trauma bonded the pair, who became close. Ms Leong, who worked in a multi-national company (MNC) and apparently drew a salary of $2,600 a month, said in her blog that she wanted to “earn lots of $”.

She had a dream: To take her mother abroad for a holiday. Friends and family said she was bent on earning enough to realise that dream for Madam Lim Mui Mui, 54, who works as a packer for a supermarket chain here.

That is why Ms Leong continued to hold on to her job, despite being stressed by it.

Said her friend, Mr Li Kaiyan, 25, a civil engineering student at the National University of Singapore: “She told us before she blogged her last entry that she was overworked and stressed out.

“We hardly had time to chat on the Internet since she started this job about two months ago.”

Ms Leong had been working at different jobs until she joined her last company in September last year, said Mr Li who has been a close friend for three years.

In March, she switched departments in the same company and work became more demanding.

Ms Leong, a support manager, was thrilled to “finally have the chance to ‘fly high’ in a Fortune 500 MNC”, she wrote in her blog.

So much so that it was “ok for me to wake at 3.30am to start work @ 4.30am everyday in the morning” as she was dealing with New Zealand partners.

“But never did I realise what kind of stuff (would be) coming towards me…” she wrote.

“What I face everyday as a partner support manager is having more than 100 e-mails per day.

“Partners from New Zealand practically ‘screaming’ to be served first, getting their orders delivered ASAP, wanting everything, complaining of everything.

“Month end was the most ‘exciting’ part, you get to go on concalls (conference calls) almost every day, prepare backlog reports for each concall session which consists of 500 over orders remaining undelivered, investigating item by item…

“I’ve got to work at home during non-working hours including weekends, just doing my best to clear my work.”

DEEP VEIN THROMBOSIS

A National University Hospital spokesman confirmed that Ms Leong was taken to its A&E department on 23 Apr at around 8pm.

She could not confirm the cause of death as it is now a coroner’s case.

Ms Pamela Wong, 29, who was Ms Leong’s best friend for 21 years, believes that it was deep vein thrombosis which killed her. She said doctors had told family members that Ms Leong had a blood clot in her legs.

“Her family members told me that when she tried to stand up, the blood clot actually shot to her heart causing her to collapse,” she said.

Ms Wong added that since Ms Leong fell down two weeks ago, she hadn’t been feeling well.

On 18 Apr, Ms Leong fainted at the lobby of her workplace. But she did not want to take medical leave. Nor did she want to quit her job.

“She was worried because she was on contract. Every time she took medical leave, it would be on no-pay basis,” said Ms Wong.

Ms Leong wrote in her blog: “I’ve got myself sick these few days. Had diarrhoea last Thursday (19 Apr), hurt my knee and was limping badly since last Sunday (15 Apr), had breathlessness since Wednesday (18 Apr) and fainted after work on that day at my office lift lobby, knocked my head against the wall when I fainted, collapsed again last night at home.”

Madam Lim said her daughter had been very sick since Friday.

Ms Leong wrote in her blog: “Now my chest feels really tight & breathing is really tough. “Getting up & walk, I just feel like I’m carrying a heavy baggage of few hundred kilos & I’ll start to feel really weak & dizzy.”

Earlier, she had been to see the doctor at a private clinic near her home in Clementi. But the doctor had told her it was probably work stress she was feeling, said Ms Wong, who had spoken on the phone to Ms Leong the day before she died.

Ms Leong wrote: “Doc just said I’m really stressed out. Sigh….. what should I do? Quit? Or continue this ultra-super stressful job? “I’ve got a contract of six months to fulfill… three months to commit. If I quit now, I’ve got to pay back one month’s salary. Not worth it. If I quit after May, it won’t be so bad.

“But I don’t know if my health can tolerate (it) till then.”

Mr Li said: “According to her mother, before she collapsed, she had been working non-stop for eight hours with the laptop on her lap, replying to e-mail and work-related stuff.”


At her wake at Singapore Casket last week, friends, family and ex-colleagues gathered. According to Ms Jamie Tan – Ms Leong’s cousin – her boss was the first to arrive.

“We spoke to him. We wanted to know if she was overworked. He said no,” said Ms Tan, 31, whose mother is the elder sister of Ms Leong’s mother.

Madam Lim said: “Now that my daughter is gone, what is there left for me?”

She was gasping for breath

MS May Leong’s mother called Ms Pamela Wong in a panic at around 7pm last Monday. Ms Leong had collapsed and she was having great difficulty breathing.

Said Ms Wong: “I used to live in the nearby block to her flat. But since I got married, I have moved. So I could not rush down. I called my parents and asked them to rush there first.”

While her parents were on the way to Ms Leong’s flat, they called her mother to ask if they should call a doctor or an ambulance.

“She asked for an ambulance,” said Ms Wong. When her parents arrived at the flat, her father saw Ms Leong on the sofa “gasping for breath”.

“He also saw a huge bruise on her leg,” said Ms Wong. Ms Leong’s mother was frantic, but there was little anyone could except wait for the ambulance.

“The ambulance took about 20 minutes to half an hour to arrive,” said Ms Wong. “During that time, my father saw her calling her mother and crying, quite loudly at first, but as she grew weaker, her cries became softer.”

By the time Ms Leong arrived at the National University Hospital at about 8pm, her condition was critical. Not long after that, she died.

Listen to your body or you may regret it

Deep vein thrombosis refers to the formation of a blood clot within a deep vein, commonly in the thigh or calf.

Some risk factors include being over 60 years old, overweight and being inactive for a long period of time.

If the clot partially or completely blocks the flow of blood through the vein, blood begins to pool and build up below the site.

Chronic swelling and pain may develop. The valves in the blood vessels may be damaged. Or if the clot breaks free and travels through the veins, it can reach the lungs, where it is called a pulmonary embolism (PE).

This is a potentially fatal condition that can kill within hours. To prevent DVT, you should frequently exercise your lower leg muscles – every half an hour or so – if you know you’ll be inactive for a long period of time.

Other than exercising your leg muscles, you should also exercise work-life balance, said Dr Clarice Hong, a consultant psychiatrist in private practice.

“I would always advocate that we should always take care of ourselves first. If we don’t take care of ourselves, we cannot fulfill our roles at work or at home, especially the multiple roles that women play,” said Dr Hong.

If you do not feel well, you should listen to your body and rest. “Don’t push yourself so hard doing one thing. That’s like putting all your eggs in one basket. Because if something happens to you, everything comes to an end,” she said.

hanya dia yang ada…

Leave a comment

dsc03595.jpg

“Pakcik pernah jatuh ke,angkat benda benda  berat ke sebelum sakit pinggang gini?”,tanya mama pada pakcik M berbadan sasa walaupun telah masuk 62tahun.

“pernah jatuh motor dulu sekali sejak tu yang jadi gini.Tak boleh angkat benda berat sikit.. dah sakit pinggang, dah kebas kaki  ni,dah tak kuat nak start motor .Pastu memang kerja pakcik dok loading buah kelapa sawit nak buat macamana,memang la berat”,jawab pakcik M .

“Tapi pakcik mesti kerja juga,nak cari duit buat belanja.Dah tua tua gini ingat boleh rehat macam kawan kawan pakcik yang lain.Nak harapkan anak,dah tak boleh?” pakcikM mula sayu.

“masih ingat ada pesakit  yang baru meninggal dulu,yang kena AIDS sebab dadah tu,yang mai dengan mak dia tu,tu anak saya la.(OOOO ni bapa si Mamat cengkung tu ke)Dia dah p(mati dah) tapi dia ada sorang lagi adik,lelaki baru umur 16 tahun.Tu saja anak saya yang ada la ni.Tapi diapun macam abangnya jugak.Ambik dadah.Panjat umah orang ,mencuri sbb nak beli dadah.Hinggakan duit pakcik pun dia curi.Satu hari tu bertembung ngan pakcik dia dok selongkar poket seluar pakcik. Kena sergah dia cabut lari masuk dalam kebun kelapasawit ,pakcik ligan(kejar) ngan motor sampai yang jatuh  tungganglanggang dalam kebun tu sorang sorang.Sakit pinggang sejak tu la.Pakcik geram sangat repot kat polis,kena tangkap depa hantaq sekolah budak jahat sebab dia bawah umur.Sampai sekarang dia masih di sana.

Di sana depa cek darah dia katanya ada kuman AIDS juga.Depa dok bagi ubat apa taktau beratus gak reganya(harganya) mahai(ubat antiviral la tu).Depa minta pakcik bayar RM200 sebulan tampung kos ubat tu.Walupun pakcik rasa takmampu tapi pakcik kena kerja jugak, mak dia pun kerja kutip buah luruh.Dapat sikitsikit duit pakcik kumpul nakbayar kos ubat tu. Itu pakcik mesti bagi juga sebab itu ja satu satunya anak pakcik yang ada, kot kot boleh panjang umuq dia.“,suara pakcik M dah mula sebak.

biarkan dia pergi…

2 Comments

“saya dah tak tau nak buat macamana , jenuh berubat merata rata tapi dok macam tu jugak. Duit pun dah banyak habih , sat pi bomoh ,sat pi klinik. sat pi spital.Ni dah takboleh nak makan sakit mulut katanya” Keluh seorang ibu dalam usia lewat 50an tentang anak mudanya yang berusia 29tahun.Masih bujang belum kawin.

Mama pandang anak muda yang tak bermaya depan mama.Badan kurus cengkung,kulitnya penuh berparut  mungkin bekas kudis.Matanya cengkung  tak bercahaya.Mulutnya penuh dengan tompok tompok putih.Dadanya ber’gelora’ kahak bila bernafas.

Mata mama meleret pada tangannya, lengannya.Nyata betul tekaan mama.

“Dah berapa lama kamu ambik benda tu?”.Tanya mama pada Mamat cengkung tadi.

”  Makcik dah larang banyak kali dah, .Toksah dok ambik benda tu tapi hari hari kawan kawan  mai umah dok bagi.Makcik pun taklarat nak kata apa dah.Dulu hari hari makcik kena bagi duit kat dia kalau tidak makcik dipukuinya.La ni dia dah tak larat nak buat apa dah.” leter maknya depan mama.

Lepas mama  periksanya sambil bertanya latarbelakang hidupnya.Ambik dadah sejak dibangku sekolah,tingkat 3.Pastu keluar masuk Pusat Serenti  2 kali tak berenti gak.Last keluar 1995, dengan confirm ada HIV.Maknya taktau dia pembawa HIV.Siapa yang peduli ?Nak harapkan si Mamat ni bagitau ? asyik dok lalok aje mana mungkin depa ni bertanggungjawab nak bgitau maknya.Tanggungjawab menjaga diri sendiripun dia dah khianati.

Patutnya  ahli keluarga dimaklumkan tapi atas situasi tertentu ini tidak berlaku pada ibu ini.Dia tak tau apa itu pembawa HIV? apa itu AIDS?.Mamat ni dah ada Oral thrush.Paru parunya pun penuh dengan crepitus

“Apa kamu nak buat dalam tempohmasa yang ada ni?Masa kamu dah tak banyak .Kamu harus bersedia dari sekarang”Tanya mama pada Mamat yang nampak keliru.

“Saya tahu kamu tersilap dimasa lalu, akibatnya kamu dah merasainya sekarang.Derita kamu,sakit kamu dan laparnya kamu serta susahnya kamu untuk bernafas bila orang lain dah nyenyak tidur.

Sebenarnya kamu ni lebih baik dari oranglain diluar sana yang tak tau dateline kematiannya.Lebih baik dari depa yang masih merasa dirinya baik,banyak pahala dan layak duduk di surga Allah dengan sebab ‘baiknya’.Tetapi  depa tu tak tau mereka ber’hutang’ dosa dengan kamu sebab mungkin mengutuk, mengata, mengumpat dsb…yang hanya akan dituntut di akhirat nanti.Mungkin depa depa tu nanti akan jadi orang yang rugi dan muflis diakhirat sana.

Sebaliknya kamu, Tuhan dah ‘siksa’ kamu dengan kesakitan begini ,mungkin untuk membasuh dosa dan mengangkat darjat kamu disisiNya jika kamu bersabar dan berbaik sangka dengan Allah.Selalunya Allah tidak akan menyiksa 2 kali hambanya.Mungkin kamu akan diterima bersih disana nanti. Cuma masa yang tinggal sekarang adalah untuk kamu membuat persediaan mengadapnya nanti.Untungnya kamu dah tau dateline.Mungkin dah tak sampai 3 bulan lagi.”kata mama berterus terang, dari pengalaman bukan kita tentukan ajal maut.

Mamat tunduk , maknya mula menangis.

Mama mengadap maknya,mama pegang tangan maknya”Makcik .Ini anak makcik.Anak makcik dah diperingkat akhir penyakit AIDS.Makcik dah takbanyak masa untuk bersamanya.Makcik berilah  sayang  dan kasih makcik yang ada padanya.Saya mohon pada Makcik ampunkan dia dan doakan kebahgiaan dia di sana nanti sebab doa ibu paling mustajab.Kasih sayang makcik dan keluarga  adalah ubat yang paling mujarab untuk dia sekarang.Saya boleh bagi ubat untuk sakit fizikalnya tapi makcik tolong dia mengubati bathinnya.Gantikan marah makcik padanya dulu dengan sayang makcik sebagai ibunya.Saya percaya dia akan pergi dengan tenang”Mak si Mamat menggangguk sambil mengesat airmata.Mama hulurkan tisu dan mata mama pula mula berkaca walaupun cuba dikawal.

2minggu kemudian ibunya datang sendirian menyampaikan salam Mamat pada mama sebelum dia pergi.Maknya tak menangis lagi.”Saya redha kalau itu yang terbaik buatnya.Takramai yang datang menziarahnya, depa takut bila tau mayatnya kena tabur ngan klorin”

terima kasih cikgu…

1 Comment

060405quran.jpg

Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah
ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika
hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

 

Semalam pukul 3.00pagi baru habis mama selesai membalut bungkus hadiah hadiah yang

Angah dan Azim nak bagi kat cikgunya.Mujur Along dah tolong balut hadiah  adik nya , Arif.

Azim bagi minyak wangi Mawi kepada cikgu kesayangannya, Cikgu Faisal.Kebetulan pula malam tadi cikgu Faisal ada bawa isterinya jumpa mama, dan minta sampaikan salam rindunya pada Azim yang dah bertukar sekolah tahun ini.Teruja Azim.Pagi tadi hadiah untuk cikgu Faisal yang dibalut cantik-cantik Azim kirimkan pada Arif untuk disampaikan pada cikgunya itu.Mama tau betapa ikhlas Azim mau memberikannya.Azim guna duit poketnya sendiri walaupun hadiah hadiah untuk cikgu lain Azim yang pilih ,Abah yang bayar!

Bila mama balik semalam Angah dah terlentang keletihan selepas balik dari sekolah petangnya buat preparation untuk hari guru , Arif dah tido,Along masih dengan laptopnya.Azim menemani mama.Dia tolong guntingkan selotep untuk mama.Kemudiannya bila hari dah lewat malam… dia pun dah taktahan ngantuk ….bila yang lain lain semuanya dah tido.

“mama takyah balut lagi kalau mama ngantuk.Pagi pagi  esok kami buat sendiri,Azim tido dulu ya”pinta  Azim sebelum masuk tido.

Angah belikan frame gambar untuk cikgunya,ada sembilan semuanya.Sayangnya satu  dah pecah, mungkin Angah tak perasan masa beli tadi.Mama gantikan dengan kain untuk saiz  sepasang baju.Mama printkan sajak menarik “Guru Oh Guru” dari sasterawan negara,Allahyarham Usman Awang, mama masukkan dalam frame gambar untuk tatapan guru.Pastu baru mama balut satu persatu….

Dulu mama tak merasa semuanya ini..tiada sambutan hari guru, tak pernah berpeluang atau terpikirpun nak belikan hadiah untuk cikgu,lagipun masa tu mana ada ‘pitih’ nak buat begitu.

So ..kepada semua insan yang bergelar cikgu,walau dimana anda berada.Selamat Hari Guru. Sajak allahyarham SN Usman Awang menceritakan segalanya…

Older Entries