Owh mana mungkin jadi begitu ?

Berusaha anak menjaga tapi ibu bawa perangai lama….perangai pulak pelik tak masuk dek akal biasa ..tension sianak yang memang pun dah juga berusia, dah pencen pun.dah bercucu.. ditambah dengan masaalah kesihatan tiga serangkai; darah tinggi,kencing manis dan penyakit jantung.. …nampak pucat muka tak cukup tidor..

Mungkin mudah mengata tapi cuba kita ikuti citer ini..Pakcik tua yang selama ini pendamkan masaalahnya …dia ingain berkongsi citer untuk jadi panduan agar yang tua tidak menggalakkan anak jatuh derhaka..Katanya..

Ibu saya beranak ramai tapi tak sorangpun yang sanggup menjaga ibu.Umur ibu dah 80+ tidak nyanyuk kerana dia tahu umurnya sebaya mantan PM kita,Dr Mahathir…bukan kerana bencikan tuanya tapi tak tahan dengan sikap peliknya..
Baru sebulan duduk dengan saya tapi saya mengaku ibu bukan ibu yang baik..saya ingat ibu sudah berubah tapi sebaliknya…dulu saya heran kenapa ayah terlalu akur dengan ibu atas segalanya tapi sekarang mungkin ada benarnya kata-kata orang..ayah kena nasi kangkang.ayah hanya ikut apa cakap ibu seeperti kerbau ditarik hidung…Itu dulu …tapi bila saya melihat dengan matakepala saya sendiri..Masyaallah!

Saya dan isteri terkejut beruk bila melihat ibu masih melakukan begitu pada kami,anak menantu dan cucu cicitnya..nasi yang nak suapkan pada cicitnya pun diperlakukan begitu..diletakkan dicelah kelangkangnya dulu baru nak disuap cicit hiiiiiiiiiiiiiiiiii kotornya.Kenapa begitu?Mujur saya sempat tengok.

Pengotornya masyaallah!Nasi dalam periukpun dicekau dengan tangan..
Susu cicit yang baru 2 bulan lahir dah 2 tin rosak sebab ibu cekau ngan tangannya yang basah selepas keluar dari bilik air..

Kami anak anak selalu kena sumpah seranah…saya takut dengan sumpah ibu walaupun saya tahu saya tak bersalah..

Ibu enggan beramal walaupun usianya dah senja..suruh berzikir dan baca surah surah pendek dari Quran dia tak mau langsung..

Peliknya ibu punya tenaga luarbiasa… tak kira siang atau malam,tak mau duduk diam.. semua perabut kami dialihkannya,angkat sana tolak sini..hinggakan dindingpun dia boleh panjat..
OMG! cam spiderman pun ada?

Anak-anak yang lain semuanya dah angkat tangan… tak sanggup jaga ibu…Nak hantar ke rumah kebajikan ,pihak sana tak mau terima kerana anak anak masih ada..saya jadi ‘terpaksa’ menjaga…dada dah makin sesak.

ooooo ibu kenapa jadi begini?Nak salahkan siapa?anak yang menjadi derhaka atau ibu yang menderhaka?