pesan Aidulfitri…

4 Comments

Assalamualaikum semua,

saja ku tunggu hingga penghujung Ramdahan, untuk mengucapkan selamat Menyambut Aidulfitri ,selamat bermaafan -maafan menyuci dosa dan menjalinkan siratulrahim tanpa berperangsangka…mengharap keampunan dan keberkatan Nya.Mengharapkan amalan Ramadhan ini diterimaNya dan diIzinkan bertemu Ramdhan akan datang..

Bila balik ke kampung berkumpul ramai ramai tu jangan lupa membantu ibu di dapur yang bertungkus lumus menyediakan juadah raya.Kesian ibu kan?.mungkin masa mengadap komputer,internet, bersms dan bercakap di telefon di kurangkan .Gunakan masa bersama keluarga sepenuhnya..

“Dah lenguh pinggang, sakit kaki saya ni.Tolong bekalkan ubat secukupnya untuk saya sehingga habih cuti raya ni.”pinta seorang makcik lewat 50an hari ini.

“Mungkin makcik banyak berdiri kot,tentu banyak kerja kat umah  nak buat persiapan raya ni kan?”teka mama.

“Aaa aaa…memang banyak kerja nak dibuat..jenuh nak siapkan makan di dapur untuk ipar-duai,anak-menantu dan cucu cucu yang dah mula berkumpul.Macam masak untuk kenduri pulak.Angkat periuk besar besar  pulak tu…Saya yang menjaga emak yang tua ,jadi bila raya mereka semua akan berkumpul di sini ler”…betul juga raya memang kita akan mencari yang tua..Dah tu camna kita boleh membantu?

“Deme yang balik tu..seronok berjumpa ramai ramai tu macam macm ler nak di sembangkan.Lupa nak tolong kat dapur.Yang nak siapkan makan kamiiiiii…. anak beranak berempat aje”katanya sambil bagitau nasib baik dia ada anak remaja pempuan yang membantunya di dapur .

Jenuh jugak kalau semua enggan membantu begitu ..mmungkin ada yang biasa ngan pembantu rumah berat sikit tangan tu…yang muda macam iklan Petronas tu ler..asyik nak berinternet aje memanjang,kalau tidak sibuk ngan henfon…sms tak habis habis (ehehehe….termasuk diri ini yang nak mengekalkan raja sms untuk tahun ini..) insaf …insaf lerrrr

Ok ehehe sori terbeleter plak sikit..peringatan sebelum baik raya ..jangan marah kalau terasa kerana memang ada yang begitu..

belajar menghargai…

Leave a comment

“Eh!kenapa pulak ni?” heran  makcik separuh umur yang sedang mencuci surau di Hentian Rehat dan Rawat suatu malam sambil menolak pemberian mama.Mama terus meletakkannya kemas dalam genggaman tangannya yang basah itu.

“Ambiklah, saya ikhlas ni..saya terharu tengok makcik begitu bersungguh menjaga tempat ini untuk dapat kita beribadat dengan bersih” kata mama.Jam dah hampir larut malam bila mama berhenti dengan abah untuk solat jamak disitu.Hanya mama sorang dan dia di surau pempuan itu, makcik ini dalam sejuk tengahmalam  bersungguh dia menggosok dinding tempat kita mengambil wudhu supaya bersih..Ini dikatakan kerja sebagai ibadat tak perlu di tunggu,tak perlu dimandorkan..tapi melakukannya kerana tugas.Kehadiran mereka mereka ini yang tak dipandang tapi ketiadaan mereka meresahkan kita..

Pernah kita terfikir betapa berertinya tugas tukang tukang cuci ini samada di tandas hentian rehat lebuhraya atau di pasaraya seperti JJ dapat maintain bersih dan dapat digunakan selesa oleh kita dengan ‘percuma’?…mama takleh fikir camna sampah yang kita buang kalau terbiar tak dihilangkan baunya oleh petugas petugas ini buat seketika.Pernah mama melihat apartment yang takada maintanen,yang takada makcik tukang cuci ini ,yang dibiarkan sampahnya  berselerak ,busuk dan penuh dengan lipas dan tikus.Baru sedar betapa penting tugas mereka ini kan…

” Kak,terima kasih kerana menjaga surau ini dengan baik ” bagitau mama pada kakak tukang cuci  yang sedang melipat sejadah dan telekung yang dibiarkan berselerak selepas diguna  pengunjung di sebuah shopping komplek  sebelum keluar…kakak tu senyum heran?..

Jadi kalau jumpa makcik tukang cuci di mana mana tu..sedekahlah senyum kat depa tanda penghargaan kita.Kalau nak topup pendapatan mereka pun baguz juga walaupun mereka tak minta….

“Jangan lupa bertegur sapa dengan pakcik/makcik tukang kebun disekolah kamu,hargai tugas mereka”pesan mama pada anak-anak.Secara taklangsung anak anak jadi rapat dengan mereka.

Tapi mama berat hati untuk memberi pada yang meminta begini:-

“Puan.ini persatuan kami nak buat dinner,boleh puan bagi sedikit sumbangan?” panas hati tau…buat dinner kat hotel atas alasan kebajikan pastu belanja bukannya sedikit..kalau diberi pada rumah kebajikan boleh dibelanja setahun,yang  hangpa makan semalam saja…atau

persatua persatuan yang hanya menjual iklan untuk memenuhi buletin mereka pastu taktau duit tu kemana diguna….atau yang meminta begini;

“kami perlu RM…… nak beli kain pelikat dan nak beri pada yang bertadarus, pada tok bilal,pada imam bla bla”…masa terawikh ni…apakah perlu di”bayar” untuk mereka yang melakukan ibadat ibadat begini?” Paksarela ni ..Kalau beri pun rasa memang tak ikhlas tau…

macam macam ada…

6 Comments

Di penghujung Ramadhan ni dah buat persediaan untuk berhari raya? Dah berpakat nak balik ke mana?…Pilihanraya? ooo kita biarkan dulu tapi cuba ikuti perkembangan terkini hari ini..kenapa Najib takjadi pergi obesi?Nak dilantik jadi PM ke hari ini?….tentu takmeriah umah PakLah  hari raya ini kalau jadi..

Mama dapat semangat nak buat kueh raya tiba-tiba jadi frust sangat..biskut raya yang sepatutnya paling simple tapi sedap resepi Ila rupanya tak semudah itu..Balik kampung baru-baru ni dah buat sikit tapi disebabkan permintaan yang tinggi untuk biskut ini ehehehe..nak topup ler sikit lagi.

Biskut Almond White Coklat ini(seperti dalam gambar) simple sangat nak buatnya tapi semalam bila bergegas pergi beli white coklat nun kat T.Intan..white coklat nya tipuuuu…bila di cairkan guna kaedah double boiler jadi pekat kental macam gula aje..takleh nak gaul dengan Almond tu..pastu 2 kilo roasted Almond yang dah disediakan tersadai gitu aje..Mungkin silap mama juga tak cek betul betul bila membeli sebab nak cepat..bila cek semula brand pun takada!

Mungkin bila Along dah ada kat umah boleh ajak dia buat biskut badam ciptaan Mat Gebu pulak…atau perlukah mencari biskut tunjuk aje?…

kembalikan cinta itu

2 Comments

“Saya sangat sedih, saya kecil hati, saya rasa terabai dan tak dipeduli suami.Dia terlalu sibuk dengan kerja, bila malam dia keluar minum dengan kengkawan, saya di rumah di biar melayan anak dan ibubapanya dari pagi hingga ke malam.Nak berbual dengan saya pun payah.Saya rasa macam jadi kuli aje di rumah”

luah rasa hati isteri ini.Istilah kuli rasa macam menghina diri sangat kan ..kalau kita rasa bertugas menjadi suri di rumah sebagai permaisuri sebagai mana cita cita masa mula kawin dulu kan tak sangat rasa sedih begitu?Malah tentu rasa bangga dapat berbakti begitu…

Tapi sebagai manusia kadang kadang kita perlukan booster dos untuk kembalikan kebahagian itu…kita jadi cepat jemu dan kecewa bila timbul perasaan tidak dipedulikan oleh orang yang disayangi..kerja yang rutin itu menjadi beban..menjadi benci!

“Sekarang saya dah bawa diri ke rumah mak.Saya menunggu kalau kalau dia datang memujuk balik tapi dah dua hari di sini, dia telefon tanya kabar pun tidak.Sedihnya saya.”sayup sayup dengar keluahan si isteri ini melalui telefon..Ya la bergaduh pun tidak… mungkin suami yang tak sedar diri dengan isterinya yang sakit perasaan tu masih meneruskan rutin biasanya.

Itulah kita kadang kadang selalu terbawa bawa dengan cerita hindustan,nak ikut skrip cerita cinta yang digubah oleh pengarang yang mengikut ideanya begitulah idealnya menjadi isteri tanpa merujuk sejarah silam tentang isteri yang ditinggal pergi suami yang berjuang berperang yang entah mungkin tak kembali..suka mencari perbezaan dari persamaan suami kita dengan suami mithali orang lain..tanpa memegang prinsip hidup untuk memberi bakti sebagai seorang isteri, sebagai seorang ibu dan sebagai seorang anak ditempatnya sekarang.Akhirnya lebih banyak benci dan meluat menguasai diri.

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan mama tapi itu hak peribadi…tapi kalau dia yang meminta pendapat mama ini yang mama nasihatkan tempohari..

“Kamu pulanglah sendiri..kamu pergi dulupun dia tak suruh.Pulang minta maaf atas kekhilafan buat keputusan begini.Letih suami kamu bekerja mencari rezeki..membanting tulang buang keringat untuk menyuap rezeki anak, isteri dan ayahemaknya di rumah jahatkah sangatkah dia berbuat begitu?Kamu melayan nafsu jahat membenci suami…banyak mencari beza takbaik suami dengan suami oranglain.Berbincang dulu jangan buat keputusan sendiri.Yang kita lihat taksemestinya sama dengan yang kita ffikirkan.

Balik dan minta maaf dengannya..akan reda sakit hati kamu…Takkan jatuh nilai diri kamu kalau berbuat begitu.

Tahu tak bahawa kamu berada ditempat yang selesa menjadi seorang isteri yang duduk di rumah( mama dah lama ngidam nak jadi begitu),menunggu anak balik sekolah dan yang sentiasa dapat bersama anak-anak melayan kerenah mereka, yang dapat masakkan makanan feberet mereka,yang dapat menonton program feberet mereka dengan panduan kita…dan paling bagus berpeluang menjadi anak yang dapat berkhidmat kepada makdan ayah walaupun mertua..Bukan semua orang ada peluang begitu.(mamapun sangat mengharapkan peluang itu tapi jarak memisahkan)….Tapi jangan letak lebel kuli… itu menghina kerja kamu.. permaisuri lebih bernilai..cintai apa yang kamu lakukan…berusaha memberi tanpa harapkan ganjaran.Lebih bahagia kan?

Mama ingatkan dia nak marah bila mama tidak menyebelahinya dalam hal ini ketika itu tapi rupanya…..

“Terima kasih puan..nasihat puan membahgiakan saya kembali.Saya gembira sekarang dengan apa yang saya buat.Puan telah meletakkan kedudukan saya ditempat yang mulia.Saya bahagia” Suaranya kembali ceria ditalian beberapa bulan kemudiannya.

cukuplah cukup…

Leave a comment

hmmmm….Ramadhan dah hampir ke penghujung..Syawal bakal menjelma.Yang dewasa menyeluk poket membilang ringgit yang akan susut jumlah nanti bila hari raya,kanak kanak menyediakan dompet untuk menyimpan ringgit itu harapan meraka…tapi ada yang menanti untuk membuat keputusan…

“Tunggu hingga selesai raya pastu saya akan mohon cerai..saya rela hidup sendiri” bagitau seorang isteri dalam linangan airmata.Mungkin keputusan ini paksarela dan dia bukan bergembira dengan keputusan itu.Kalau tidak mana mungkin dia menangis begitu.

“Saya dah taksanggup dimakihamun begitu lagi..bila umur dah meningkat begini saya ingat dia akan berubah tapi kata nista dan kata kata sial yang keluar dari mulutnya menghancurkan hati saya dan anak-anak.” Dah puas gamaknya dia menelan kata-kata kesat dari suami setiap kali  marah marah.Suami apa yang sanggup memakihamun isteri yang kemudian ditidurinya..

“Mungkin itu bahasa biasa yang jadi amalan nya sejak kecil dulu..mungkin dia takbermaksud begitu” pujuk mama.

Siisteri ini berat juga sedihnya tetapi kuat bekerja membantu suami ..pagi pagi mama lihat dia sibuk menjual nasi lemak, tengahhari mengajar di sekolah disamping punya ibu tua yang nyanyuk untuk dijaga di rumah,yang hanya pandai melumur najis di dinding dan kencing bertaburan enggan dipamperskan.Segalanya perlu dia uruskan tanpa pembantu di rumah.Cuma hatinya takada yang hiburkan segalanya dijalankan atas dasar tanggungjawab..sudah hilang senyum diwajahnya dan mungkin dah lupa bagaimana untuk bergelak ketawa sejak itu.

Anak lelakinya yang sulung yang dahpun masuk U pernah merajuk membawa diri kerana terguris hatinya dengan kata kata kesat abahnya..puas dipujuk ibu berjumpa mama untuk dinasihati mujur dia akur untuk  tidak membenci abahnya yang satu.

Apakah mungkin si suami a.k.a abah ini boleh dinasihati untuk berubah?.

“Mana mungkin seorang ketua di tempat kerjanya mau dinasihati,Egonya tinggi” begitulah jadinya kalau seorang bos membawa jawatannya pulang ke rumah.Kata siisteri mematikan cadangan mama agar suami diberi kaunseling sewajarnya untuk menyelamatkan rumahtangga yang telah terbina lebih dari 20tahun lalu.Dia nekat kali ini..

health alert..

Leave a comment

Why you should breastfeed your baby? Percayalah…Susu ibu untuk anak ibu, susu lembu untuk anak lembu…Pada ibu belum terlambat untuk memulakan…Kejadian kidney stone pada bayi  yang minum susu yang tercemar dengan melamine telah di kesan berlaku…Agak pelik kan kalau bayi tiba-tiba kencing berdarah,menangis tanpa sebab bila kencing atau ada tekanan darah tinggi .Ini munkin gejalanya..Jom baca keresahan isu ini disini.

http://aftermathnews.wordpress.com/2008/09/22/53000-children-sickened-by-toxic-milk-as-scandal-widens/

http://doctor2008.wordpress.com/2008/09/23/health-alert-4-mixing-melamine-and-milk/

http://kiwipolemicist.wordpress.com/2008/09/22/why-is-melamine-going-into-chinese-baby-formula/

dan jom baca kenyataan dari Kementerian Kesihatan Malaysia di sini terutamanya pada sesiapa yang bercadang nak buat biskut raya,produk berasaskan susu seperti coklat, white coklat dan coklat susu berhati-hati..

http://www.moh.gov.my/MohPortal/newsFull.jsp?action=load&id=353

yummy…yummy.

1 Comment

pertamakali buat pulut sekaya@serimuka..

pertamakali buat pulut sekaya@serimuka..

“Mak camana nak buat lapis atas pulut sekaya tu supaya jangan keras kematu atau liat?”…tanya mama pada mak suatu hari.Rata rata kat sini pulut sekayanya tak ummph macam mak buat.. lapis atasnya rasa cam banyak tepung aje dari telor.Dan tak lemak manis gitu.Nak cari yang sedap kena balik Kedah la nampaknya.

Bila balik kampung baru baru ini  memang ini yang dicari dulu di PARAM .Pulut sekaya panggilan di utagha atau serikaya@serimuka..memang feberet mama dan abah.

Mak bagitau kena letak telor banyak, sedikitkan tepung jadi mama pun try ler.Blender kulit kayu manis,daun pandan,jintan manis(supaya baunya wangi) ..dengan santan(tapi mama ganti ngan susu cair) then tapis,gula, garam (secubit  je) dan sesudu tepung gandum or tepung beras@jawi serta telor 6biji.Kacau hingga sebati then .tuang atas pulut yang dah dimasak ngan santan dan di tekap leper dalam loyang .Then kukus hingga masak.Senang kan?ehehe ..

Pasni nak cuba resepi kueh akok pulak…alamak mana nak cari loyangnya kat sini?

Older Entries