peringatan bagi yang lupa-MAK KU SAYANG

8 Comments

Minggu lepas mama dan famili berpeluang balik kampung selepas bercuti raya ..walaupun rasanya baru je balik tapi rindu ngan kampung sentiasa berbunga..jumpa mak dan ayah yang dah berusia.
cucutok
emak dan cucu-cucunya

Mak cam biasa akan kalut sediakan makan kegemaran..dan kali ni KakAnis dah bagitau mak sibuk buat ketupat palas lagi bila mama bersungut raya hari tu takpuas makan ketupat mak..
ketupat
Bila sampai atas meja ada ketupat, dah masak seperiuk..masih panas-panas.. baru masak dan lahap sekali kami menikmatinya dengan rendang daging yang adik masak.
KetupatPalas
Mak bangun duduk dimeja bila mama bagitau ada beli kuetiew goreng kegemarannya..dulu mama selalu beli KFC bila balik tapi mama terlupa yang mak tak suka makan ayam KFC..jadi tanpa mama perasan itu bukan makanan emak..yang laju makan anak-anak Ribena ehehhee mak nak makan apa? yang selalu ingat makanan feberet kita…mak.

‘Awat ketupat mak jadi gini’ abah bersuara tiba-tiba ..baru mama perasan ketupat palas yang mak balut dah tak sekemas dulu..dah tak seketat dulu cam yang mak selalu komplen bila mama dan adik balut ketupat tu..yang jadi cam herot berot dan nampak nasi pulutnya terkeluar disana-sini dibucunya yang ber3 segi tu..tak kemas kata mak.Tapi kali ni ketupat palas mak dah sehebat dulu.
Tiba-tiba airmata mama jadi tergenang..Jadi sayu.Baru mama sedar Mak sebenarnya dah semakin tua… dah semakin letih..dah takmampu nak ikat ketupat tu kemas-kemas cam selalu… tapi mak tak pernah bersungut.Bila kami balik emak akan ligat di dapur sediakan itu ini …pastu dia akan berbaring di bilik ‘rakamannya’ bila semua makanan dah siap..

15 haribulan Oktober ni genap umur mak 64tahun..lagi dua hari moga anak-anak dan cucunya akan mengingati tarikh itu.Mungkin takder suprise kek cam yang Along dan cucu-cucunya lakukan pada tahun lepas tapi mudah-mudahan tarikh itu akan di ingati..

Puisi ini menceritakan segalanya ,…….

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku…. mak
Bila lapar, yang suapkan aku…. mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut…. Mak

Bila bangun tidur, aku cari…. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang …. mak
Bila nak bermanja, aku dekati…. mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah…. mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya…. mak

Bila nakal, yang memarahi aku…. mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma…. mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…. mak
Bila takut, yang tenangkan aku…. mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk…. mak

Aku selalu teringatkan …. mak
Bila sedih, aku mesti talipon…. mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….. mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! ”
Bila sakit, orang paling risau adalah…. mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…. mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu…. mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku…. mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk….. mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku…. mak
Yang selalu berleter kat aku… mak
Yang selalu puji aku…. mak
Yang selalu nasihat aku…. mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk….. mak

Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari…. mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada…. mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….. emakku

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…. mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon mak

Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya……..

Tapi kalau mak sudah tiada….. …..
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….

Advertisements

peringatan bagi yang lupa

Leave a comment

Bila dah masuk umur 40 tawun amalkan doa ini:(*yang telah diboldkan tulisannya)

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: *”Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.

surah Al-Ahqaaf :46:ayat 15

berdoa

I know what u did last raya

Leave a comment

senja2
senja di kampung mama..
masih dalam raya mod..malas nak tulis panjang-panjang jom tengok gambar je kali ni..
ni mak dara yang takmakan jamu makdara..ehehe dulu dan
makdara
sekarang…
DSC_6388

Terliurrrrr la pulak..biskut dah tinggal habuk dalam balang..
pakteh
pakTeh jadi toke burger

fimie
Fimie dah taksabar nak makan..panas tu

masih mood raya..masa di umah my sis Che Rohani;
raya
raya1
rya

Umah Maksu
mknn

makan,makan dan makan
raya2
rayaton

Aidulfitri ’09

3 Comments

masih dalam mood raya
makayah
alongangah
raya
cousin

tetamu yang sudi bertandang:-moga ukhwah berkekalan

Isman Hijjaz dan keluarga(Bie,Helma,Alia dan Faroq)-isman

Keluarga Abah
kwn2

kawan along
kwn along

kawan angah
kwnangah