dah glamer?

2 Comments

Angah  tiba-tiba jadi glamer? tak caya?jom lihat gambar di bawah ehehe…

angah2

angahfotoangah

angahalongraya

gambar raya di billboard?

rayahaji21

rayahaji

raya

Poster Ajim di kedai perfume shop?

ajim3

foto Aiman dan Hadif di shopping komplek?

aiman2

hadif2

Dekna control ayu…

dekna

dekna3

Akmal yang malu malu..

akmal

angahalongraya1

angahalong2

thanks to photofunia..just for fun…which photo  is the best?

the making of….

1 Comment

“Long, nak pinjam telekong lama ada dak? ” tanya Dekna.

‘Kain putih ada dak Long?.Pinjam sat ” pinta KakAnis.Kain tudung meja makan ada la…

” Mama along, pinjam make-up set” mohon Lop.Make-up set pemberian hadiah harijadi mama oleh Along dan adik-adiknya dulu yang tak pernah digunakan pun mama serahkan.

“Mama, kamera Sony tu pinjam jap ya” kata Angah.Lop nampanya dah ready dengan Olympusnya dan Ajim dengan Lumixnya…Arif, Own dan Huzaid dah siap ber T-shirt hitam nampaknya.

“Projek apa pulak ni?” tanya mama.” Rahsia” jawab mereka serentak.

Begitulah hari hari anak-anak mama dan sepupu-sepupu mereka membuat persediaan slot untuk malam persembahan dan anugerah Hari Keluarga.Slot persembahan diserah kepada mereka untuk mencorakkannya .Along memantau dari jauh dengan panggilan telefon setiap hari kepada mereka…KakAnis akan mempersembahkan lagu Bunga-bunga cinta dan lagu Cinta 3 segi dan yang lain-lain dengan proje rahsia mereka..

Malam itu selepas selesai klinik , tiba didepan rumah nampak kelibat lembaga putih terbaring di atas jalan di depan surau..kebetulan surau dah gelap setelah selesai Isyak kecuali diterangi lampu jalan yang samar=samar.Rupa-rupa mereka sedang beraksi seram.dsc_5001

dsc_4978

dsc_5041

dsc_4979

Hanya dengan bantuan kamera kompak digital mama,ajim dan Lop..Angah mengeditkannya menjadi begini..Hasilnya dipertontonkan pada kami pada malam itu…

Jom lihat hasilnya…

family day 2008

Leave a comment

dsc09797

Haikal dan Hadif ..jom tengok telatah mereka…

Alhamdulillah perhimpunan hari keluarga dah selesai berlangsung..Acara dimulakan dengan sukan sebelum persembahan dan anugerah di malam nanti..Nak tunjuk acara sukan dulu..

Ayah jadi pemerhati….

ayah

Ayang,my SIL mulakan acara jigsaw puzzle ,kumpulan mama muncul pemenang yey!yey! then…

silent message’ acara mesti setiap tahun ..tasknya bagitau nama binatang dengan aksi tanpa suara..peserta akhir perlu lukiskan..betul ke tidak?Nampaknya semua dah terer…

pastu keluarga Maklang Ani mengacarakan ‘bawa bola’ ..group mama gagal nak masukkan bola langsung

Watergun battle acara yang meriah tanpa pemenang..semua takmau keluar padang.

Ini keluarga ‘Antoo Fighter’..Faiz,Fimie(pelakon Hikayat Putera Shazlan),Maklang Ani(emak faiz),Dikmira(kakak faiz) dan Ap(abang Faiz).

dsc09830

dsc_5185

dsc_5111

kumpulan Azim,Own,Arif,Lop dan Dikna..sekecik Haikal (adik Faiz) silap geng ehehehe..

dsc_5242

dsc_5249

Tengah semangat nak tembak jurufoto group atas ni keluarga ‘Gazambo’ ,Halim,isterinya Maklang Mimi,Mat Huzaid,Akmal dan Zam.

Gambar bawah: Hapit,Angah,Dekna,Kak Anis dan Finie(akak Fimie)

dsc_5170

Jom tengok mereka beraksi…

pendokong utama persembahan pada malam anugerah sedang shooting untuk videoklip..nanti coba uploadkan depa punya projek iklan..

p1010389

p1010388

warisan kasih

Leave a comment

“Toksah la pi dok kacau Long,dah la Kak Ida(my helper) takada..sapa nak masak nanti “

alasan adik mama(anak mama pnggil makngah) bila anak-anaknya KakAnis, Dekna dan Mat Huzaid mendesak nak naik bas datang ke umah mama musim cuti sekolah ni.Mat Huzaid siap nangis merayu maknya sambil dok packing baju dalam beg…

Faiz, anak Rohani(maklang Ani) ikut mama balik raya baru-baru ini.

Lop dan Own dua beradik anak Ayang, juga merayu nak datang tapi emaknya janji nak hantar hari  ni..So memang meriah umah dengan mereka.Anak-anak mama memang nantikan saat ini ..dapatberkumpul bersama sepupu-sepupu mereka.

Sekarang mereka sibuk dok praktis persembahan untuk hari keluarga nanti,Fimie(pelakon Hikayat Putera Syazlan) dan keluarganya pun nak join sekali..Walaupun sibuk ngan Nitindo Wii, Nitendo DS, Playstation dan melayan internet tapi mereka tak alpa tugasan masing masing…Pagi-pagi ada yang menyapu di depan= Arif ngan Faiz, yang buatkan air untuk minum pagi = Dekna Milo tariknya  dah sedap.Siapa kata anak-anak sekarang  tak boleh diharap?

Masak? No hal!

Balik kerja tempohari mama boleh tersenyum bangga bila mereka bergotong royong memasak di dapur,Along masak nasik pastu melayan kawannya yang datang bertandang, sepupunya sebaya ,Adik Hapit dengan kain pelikatnya sedang mengoreng ayam kat dapor buat ayam masak kicap,Kak Anis buat tumis sayuq, Angah masak telur dadar,Faiz yang baru lepas UPSR buat air oren sedap! Arif ngan Dekna kupas bawang dll…mama balik hanya sempat masak kari tumis ikan..wah! sedap makan nasik hasiltangan diaorang sendiri.Pastu boleh duduk bersembang berkongsi cerita dengan mereka..ini warisan kasih mama…..

Nabi pesan ;

“bermain dengan anak hingga merka berusia 7 tahun, disiplinkan mereka selepas  usia itu, bila dah masuk usia remaja berkawanlah dengan mereka..”

“Tok, makngah dan maklang Ani don’t wori kami boleh berdikari ..trust us!”

kata mereka.Kerana mama percaya…

Jika anak dibesarkan dengan celaan, ia belajar memaki

Jika anak dibesarkan dengan permusuhan, ia belajar berkelahi

Jika anak dibesarkan dengan cemoohan, ia belajar rendah diri

Jika anak dibesarkan dengan hinaan, ia belajar menyesali diri

Jika anak dibesarkan dengan toleransi, ia belajar menahan diri

Jika anak dibesarkan dengan dorongan, ia belajar percaya diri

Jika anak dibesarkan dengan pujian, ia belajar menghargai

Jika anak dibesarkan dengan sebaik-baik perlakuan, ia belajar keadilan

Jika anak dibesarkan dengan rasa aman, ia belajar kepercayaan

Jika anak dibesarkan dengan dukungan, ia belajar menyenangi diri

Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan, ia belajar menemukan cinta dalam kehidupan.

( Dorothy Law Nolte, Children Learn What They Live )

meriahnya raya

4 Comments

family sebelah mama dan abah akan berkumpul lagi…kali ini keahlian bertambah.
sebelum itu jom tengok gambar raya haji lagi..
rayatelagabata

rayatelagabata2

selamat pengantin baru

2 Comments

Musim cuti sekolah ni ramai betul yang membuat majlis kawin…Kad jemputan yang diberikan pulak sangat kreatif dan dihias kata-kata indah doa atau petikan hadis dan terjemahan ayat ayat tertentu dari Al-Quran yang nyata relevan dengan majlis dan harapan pengantin..

mama sangat suka membelek dan mencatitkan diantara wording menarik seperti ini…

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir ”
– Ar-Rum : Ayat 21

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

” Datanglah menunaikan jemputan apabila kamu dijemput kepadanya ”
– Daripada Abdullah Ibni Umar r.a.

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
” Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai “

Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib

Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini,(nama pengantin) dan (nama pengantin).
Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.

Doa Untuk Pengantin
“Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi.
Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki.”
~ Amin Ya Rabbal ‘Alamin ~

Doa Untuk Pengantin
“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat ”
– Amin Ya Rabbal ‘Alamin –

Doa Untuk Pengantin
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada (pengantin) Suami Isteri Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Dengan Mendapat Zuriat Yang Soleh Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar
Nabi Muhammad SAW.
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu… Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

Doa Untuk Pengantin
Ya allah ya Tuhan kami, kurniakan rahmat kepada (pengantin) suami isteri agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad saw.
~ Amin ya Yabbal Alamin ~

Ada satu kad jemputan yang mama terima baru baru ini dengan doanya begini dan dah banyak kali terjumpa tercatit begini…

” Ya Allah
Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “

cinta Yusuf dan Zulaika ???membuatkan mama bertanya pada abah…”Bila ketikanya Nabi Yusuf bercinta dengan Zulaika?” jenuh belek dalam surah Yusuf takder plak kisah cinta mereka kecuali kasih Zulaika yang tak berbalas hingga terkoyak baju Yusuf dibuatnya…betulkan mama jika salah.

meraikan Aiduladha

2 Comments

cucu tok yang beraya tepi sawah bendang…

tepisawah1

rayahaji08

Older Entries