Tadabbur surah Al-Waqiah share ya…

Tafsirsunnah's Blog

Pengenalan:

Surah ke 56 ini mengandungi 96 ayat. Turun di Mekah. Banyak fadhilat dengan membaca surah. Banyak yang mengamalkan membacanya kerana dikatakan bahawa ianya akan memurahkan rezeki kita. Hadis yang mengatakan fadhilat membaca Surah al-Waaqiah ini akan memurahkan rezeki adalah dari hadis yang dhaif. Tapi ada ayat-ayat dalam surah ini yang boleh digunakan untuk kita berdoa kepada Allah supaya memberi rezeki kepada kita.

Hadis itu berbunyi begini: “Barangsiapa membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa kesusahan untuk selamanya.” Hadis ini didhaifkan oleh Syaikh al-Albani.

Surah ini adalah berkenaan tauhid fil akhirah. Iaitu tentang mengesakan Allah dalam penciptaan Hari Pembalasan. Iaitu kita hendaklah beriman kepada Hari Kiamat, tiupan sangkakala, Padang Mahsyar, Kebangkitan semula, Syurga dan juga Neraka. Tidak patut kalau kita tidak tahu tentang perkara-perkara ini. Kerana Allah telah menceritakannya dalam Quran. Kalau kita tidak tahu, bermakna kita lah yang tidak belajar Quran. Selalunya, orang kita hanya…

View original post 5,411 more words