pertamakali mendengar luahan ikhlas seorang pakcik yang sangat bersyukur dan kagum dengan nikmat Allah padanya..di usia >60tahun masih sihat tanpa sakit kronik masih boleh bermain takraw setiap petang,menerima rezeki melimpahruah dari sumber yang tidak disangka, berpendapatan bulanan 6-7K walaupun lulusan sekolah atap,dberikan sorang isteri yang subur mencukupkannya dengan 5anak yang sangat berjaya dalam hidup tanpa membebankannya, punya tempat tinggal asalnya rumah peneroka berubah menjadi banglow mewah berlantai menghelap ngelip *umah parent dia dulu dindingbuluh berlantai jarang, hidup tanpa beban hutang malah punya lebihan wang melebihi keperluannya..dapat tidur nyenyak dan makannya masa kecik bercatu dengan adikberadik tetapi sekarang mewah mabeles sedap dan masih terasa nikmat kenyang,dapat berhaji berumrah berlari dengan seronok ketika bersaie gumbiranya dia..
Diusia begini apa lagi yang pakcik perlukan ? dua tiga kali dia bersyukur mengam

inkan nikmat Allah dengan linangan airmata…dan mataku pun turut berkaca kaca…Rahsianya?
jangan dengki dengan nikmat Allah pada manusia lain,
berusaha bekerja dengan kederat*jgn malas!,
sentiasa membalas budi hatta padaa pokok sawit yang memberi hasil* baja subsidi amanahnya utk pokok tu jangan dijual,
jangan ambil yang bukan hak kita,
segerakan beri hak orang yang ada pada kita ~berzakat + sedekah,
jangan derhaka dengan perintah Allah turuti lah dengan ta’at..

terima kasih pakcik atas ilmu itu dan terima kasih wahai Tuhan diatas panduanMu..pencarianku terhadap erti Al-Mulk ayat 15 kutemui;

Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
(Al-Mulk 67:15)

 
Image