…sambungan citer makcik Cushinoid,

sebulan selepas tu makcik datang semula ke klinik.Alhamdulillah muka bulannya daah kecut walaupun ke’gedempol’an masih ada tapi kesan steroid sudah mula berkurangan..suke suke mama tengok.

Dia datang nak sambung ubat …tapi kali ini makcik nak cakap sikit boleh?sambil memandang ke kiri dan ke kanan seolah olah ada rahsia besar nak dperkatakan..Kebetulan dia  patient terakhir…

“doktor jangan marah kalau makcik cakap ya?”..soal makcik.dup dap dup dap gak jantung ni..nak kena saman ke ..Ish!intro citer makcik ni suspen betul!…ya teruskan makcik…

“sebenarnya makcik datang sini sbb dapat ilham dalam mimpi” Aik!..camna tu?

” makcik sudah lama sakit..dah jenuh berubat merata-rata..hingga makcik jumpa makjun tu sakit makcik jadi legaaa tapi makcik perasan jugak badan makcik semakin berisi dan pergerakkan makcik semakin payah macam doktor cakap hari tu..makcik jadi susah tido asyik kejang kaki malam malam,siangnya makcik jadi semakin malas nak berbuat apa apa dan perasaan jadi takmenentu”…*effect steroid ler kan?

” Hingga satu hari makcik pergi berubat dengan satu orang tu *?bomoh ke…tabib ke?..dia pegang tangan makcik pastu dia pejam mata dan bagitau makcik gini; …banyak uratsaraf makcik dah rosak.bla..bla..bla…tapi dia suruh makcik cuba pergi berubat… jumpa doktor ini..doktor tu takjauh dari umah makcik,kalau naik bas tambang 2ringgit aje”..siap bagi deskripsi bentuk badan doktor lagi..Heran gak mana dia tau sbb dia bukan duduk dekat dekat sini.Jenuh makcik dok fikir siapa doktor yang dimaksudkannya hingga satu malam selepas tahajjud*(rajin makcik kan dalam sakit sakit masih bangun sembahyang malam—>insaf*) makcik mohon pada Allah tunjukkan siapa doktor tersebut..Dannn…….malam tu makcik bermimpi muka doktor ni.sbb suatu ketika dulu makcik pernah ke sini..makcik masih ingat.

Dan makcik yakin yang doktor boleh ubati sakit makcik ni..

Mama belek kadnya semula..last dia datang 5tahun lepas.

Adoiii!beratnya harapan makcik pada mama siap dapat ilham dalam mimpi lagi.Insyaallah makcik kita usaha Allah menyembuhkan..kata mama.

Betul tu..sbb itu makcik nak sambung ubat.. dah rasa elok sikit ,badan dah ringan, makcik bangun tahajjud pun dah boleh duduk,dulu terpaksa duduk atas kerusi aja…

Tiada ada apa istimewanya ubat yg mama berikan tapi kuasa penyembuhan dan sihat itu ditangan Allah.seharusnya jangan kita ujub denganya.

Subhanallah..mahasuci Allah sesungguhnya RahmatMu keatas hambanya yang memohon dan menyerah diri kepadaMu termasuk nikmat  sihat dan sakit….tergiang giang ayat – ayat Al-Hasyar ayat 21-24 dan pengertiannya.Benarlah pesan abah(my father-in-law)amalkanlah…