Payah sungguh makcik yang sorang ini untuk bangun dari kerusi.Dia datang dengan badannya  montel berisi,lutut yang dah genu valgus serta mukanya yang comel seperti bulan penuh.

Rasanya dah boleh agak kenapa dia datang berjumpa mama..sure sakit lutut kan?

Haaa.kan betul?Tapiiiiiiii jap ya makcik saya ni agak bizi bodi nak tanya siket boleh?Tapi takmau menuduh kena tanya simptom simptomnya dulu.Takmau makcik ni terasa hati plakk.Rasanya makcik ni mungkin makan jamu/makjun atau mungkin beli ubat overthecounter yg ada steroid

Maaflah makcik nak tanya siket ya..selalu kena krem kaki @simpul biawak tak malam2?..Ada.

Malam -malam selalu lapar ke?Berselera makan?.Ya betul.Kalau xmakan nnt pedih uluhati ni*sambil menunjuk kat epigastriumnya.*

Haaa? hampir betul.Serkap dah mengena.Mama belek lengannya yang banyak lebam lebam..kulitnya nipis hinggakan nampak urat urat darah halus yang senang pecahberdarah tu.

Kesan sampinga pengambilan steroid.ce baca…

Image

Makcik ada makan jamu/makjun/ubat penahan sakit selama ni?

Ada.makcik SELALU beli ubat sakit lutut kat pasar hari.dah lama dah.*uish ada farmasi kat pasarhari?fuyoooo!*dalam hati ler.

Kesimpulannya memang makcik dah camgitu akibat makan ubat makjun yang beramuan steroid *ramuan ajaib yang boleh rawat semua penyakit tapi dalam diam diam merosakkan tulang,buahpinggang,kulit,mata dsbnya..dan makcik ini sedang melaluinya.Aduhhh!

Tapiii ..kalau makjun tu dah boleh meredakan sakit lututnya kenapa makcik datang ke sini?Tapi mama takbertanya pulak padanya gitu.mama beri ubat je …..sebulan pastu dia datang balik .

Aada cerita tersirat rupanya…nantikan sambungannya………..