tolong isi borang kwsp utk abang saya-dia dah hilang upaya, pinta seorang adik lelakinya.

Taktau hujung pangkal takpernah merawat abangnya mama di suruh isi borang kwsp untuk tuntutan keluar duit kwsp..aik ? pelik ni.

Jap jap cuba story dulu..apa sakitnya?tanya mama.

Dia dibuat bininya..tiba tiba aja jatuh terus lumpuh sebelah badan.Dah setahun lebih.

Uishh! Dahsyat tuduhan tu? dibuat bini sendiri.Ada superpower ke isterinya hinggakan boleh wat suaminya jatuh lumpuh tiba tiba gitu?..tapiiiiiiiiii itulah pendapat dan diagnosis abangnya dan keluarga si suami. kena korek lagi ni…takboleh kata citer depa ni mengarut jom kita korek lagi mesti boleh jumpa diagnosisnya pasni.

Konfiden adik dia bercerita:
Abang saya ni umur 45tahun*ish muda lagi kan? ada kencing manis, pastu dah mati pucuk *sambil dia buat isyarat jari telunjuk dibengkokkan..Jadi bini abang saya tu dah main kayu 3 dengan Mat Indon.Bila abang saya keluar kerja malam dia bawa Mat Indon masuk rumah…*ni kes isteri gersang dan iman goyang ni.Pastu?

Pastu abang saya tiba tiba jatuh lumpuh sebelah badan..terus tak dipeduli bini dia lagi.Abang saya bagitau isteri dia bomohkan dia supaya jadi camtu…sejak tu makan jaga abang saya diambilalih oleh mertuanya.isterinya dah takpedulikan dia lagi.tapi lama kelamaan depa dah takmo jaga dah. Hantar balik kat saya pulak untuk menjaganya.
Jenuh kami berubat dengan bomoh tak sembuh juga…bagitau adik jantannya juga hanya kerja kampong saja xder pendapatan tetap.

Bila saya pun dah hilang punca pendapatan ..inilah ikhtiar akhir saya nak bantu dia ..nak ambik duit kwsp dia yang masih bersisa utk dikeluarkan..

Ubat apa yang dia makan sekarang? tanya mama
Dia takmakan ubat apa apa pun..ubat kampong ja.Lorrrrrrrr??

Diagnosis mama nak habaq mai na:

Hmmmm. rasanya abang encik tu dah ada tanda tanda nak dapat stroke tu awal lagi dah tapi dia xperasan..kencing manis dan mati pucuk tu petanda awal yang saluran darahnya dah mula tersumbat ..kalau urat arah di anunya dah sempit takmustahil saluran darah di kepalanya camtu juga.. hingga dah tersumbat terus dan jadi stroke..lumpuh sebelah badan..mujur tak sumbat disaluran jantung lagi bahye!

terang mama supaya tohmahan terhadap si isteri tidak berkekalan..mana mungkin skali hembus puffff!camtu boleh lumpuh camgitu..powerrrr tul!

* pemerhatian mama kaum lelaki yang berpenyakit kronik spt kencing manis ,darah tinggi sangat susah nak berjumpa doktor untuk rawatan susulan terutamanya golongan muda .mereka mereka ini susah sangat nak pantau penyakit mereka ..sindrom menafikan sakit atau mengabaikan sakit selalu melanda mereka.
Mereka lebih percaya dengan rawatan yang disyorkan oleh kawan kawan mereka berbanding rawatan doktor.selalu cari jalan pintas untuk rawatan.air daun ketum la..akar itu akar ini kapsul tu kapsul ini yang disangkut dikedai kopi lebih tekun mereka makan berbanding ubat disyorkan doktor.Ubat doktor hanya gigih mereka makan sehari atau dua hari sebelum temujanji dengan doktor..selain dari tu makan minum mereka ikut selera orang sihat..pastu camna ?

Kalau dah jatuh sakit atau dah dapat komplikasi siapa yang tanggung?..kalau sakit sehari dua mungkin sanggup pasangan sabar menjaga tapiiii kalau dah bertahun camna?..

Sang isteri? ..adoi Mat Indon ka Mat Bangla atau sesiapa saja yang lalu kalau dah tipis iman ,nafsu jadi tunggangan.dosa azab sengsara neraka tak dipeduli lagi.Takyakin untuk bertemu Illahi nanti gamaknya.
Dizaman sekarang susah nak dapat pasangan yang setia sehidup semati cam dulu-dulu.ikatan kasih-sayang sekarang sgt longgar…berbelas kasihan pada pasangan yang sakit lagi lerrrrr takder tak gitu?tak caya? cuba lihat stastistik perceraian di setiap negeri…dan fikirlah sendiri kenapa.?ini sebahgian dari sebabnya.

sekian wallahualam..