dah seminggu berlalu..
tau tak passport baru mama dah bercop?.. dah masuk Singapore ,Gerek seh!
Mama dan abah,Ajim dan Arep bercuti-cuti di sana dari 17-20hb..nanti kalau rajin mama uploadkan gambarnya atau kalau rajin cari kat my FB. Tapi itu bukan topik yang nak mama tuliskan hari ini.Ini citer lain.

Sebagai doktor kadang kadang ada episode kecewa melanda diri.Tahu memang pesakit kita ada yang tak kena tapi kadang-kadang sukarnya mencari titik noktahnya
Setelah 2 tahun ku rujuk ke sana sini semalam baru final diagnosis di ketahui.

Agak terkilan kerana dia sudah beberapa kali datang mengadu..bukan sekali bukan dua kali tapi beberapa kali bila mama semak kembali rekodnya.
Segalanya bermula sejak Feb 2009 bila pakcik ini mengadu batuk batuk berpanjangan, walaupun badan nya masih tegap kerana kuat bekerja sebagai peneroka tapi bila mendengar dalam paru-paru kirinya penuh dengan bunyi yang agak luarbiasa-mama rujuk ke hospital untuk siasatan lanjut…2minggu lepas tu pakcik datang semula kali ini dengan demam dan batuk ,cengkung matanya tak cukup tidur .
Rujukan dulu katanya pihak di spital bagitau tidak ada apa-apa..bersangka baik mama cadangkan dia supaya di rujuk ke spital lain pula untuk dapatkan pandangan kedua..sekali lagi macam bola pingpong dia dihantar pulang selepas dilihat di ER saja..no problem kata mereka di sana.Aduh !mana mungkin?..kalau tidak ada apa apa takkan dia datang mengadap mama lagi?

Batuknya terus terusan..pada umur 60an gini mama sungguh takut dengan diagnosis yang mama minta pihak spital buktikan TRO Lung Malignancy or ?PTB..Tapi bila dah dua spital dah kata tiada apa-apa jangan salahkan pakcik ini bila mula beralih rawatan..mula berubat kampung yang sudah tentu final diagnosisnya ‘buatan orang @santau ‘…agak lama mama tidak berjumpanya selepas itu.

Suatu hari Mama agak terkejut bila mama terserempak dengannya di minimarket ,wajah semakin cengkung,agak tercungap bila bercakap tapi masih boleh tersenyum bila ditegur..belum sihat rupanya dia.Katanya puas sudah dia pergi ber’shopping’ merata klinik untuk merawat penyakitnya.
Faham dengan kecewanya tapi Mama sarankan agar dia di rujuk ke hospital yang agak jauh kali ini ,yang ada ramai pakar-pakar klinikal termasuk pensyarah pakar dari universiti awam kerana hospital ini menempatkan pelajar untuk latihan klinikal..Dia setuju untuk datang esoknya.
Setelah tiga hari di masukkan ke wad ..pun dia pulang dengan diagnosis biasa, COAD ..dan rawatannya pun biasa-biasa sejak itu.
Inhaler dah bersilih ganti jenisnya tapi keadaan diri tidak berubah.Kadang-kadang kena leter lagi kalau selalu datang kat ER mengambil nebulizer, marahkan dia yang dulunya merokok tanpa ada yang teringin untuk review kembali diagnosisnya…

sejak itu mama tidak berjumpanya lagi..

Tapi semalam dalam sibuk merawat patient agak terkejut mama bila melihat pakcik ini disorong masuk anaknya diatas kerusi roda,dengan badan yang sangat cengkung tapi buncit perutnya,kuning kulitnya dan sudah tidak mampu bersuara dengan matanya merenung hampa kepada mama…
Kata anaknya; baru sebulan lalu (*bererti genap 2tahun mencari diagnosisnya) doktor sudah mengesahkan dia mengidappp Kanser Paru-paru sambil anaknya mengangkat 4jari dibelakang ayahnya..tahap 4! sudah merebak ke hati.
Dah terlewat untuk berbuat apa-apa…
Maafkan mama pakcik..tiada daya dan upaya saya..Lahaulawala…
Aduh! cancer paru-paru tahap 4…

Kelu lidah bila isterinya bertanya,” kenapa semua hospital yang doktor rujuk sebelum ini tidak dapat mengesannya awal?”