Masya’allah
..bila bumi digegarkan dengan sedasyatdasyatnya,
Bumi pun mengeluarkan segala isinya,
Berkatalah manusia dengan perasaan gerun,”apakah yang sudah terjadi kepada bumi?
Pada hari itu bumipun menceritakan kabar beritanya,
Bahawa TuhanMu telah memerintahkan berlaku demikian…

Petikan dari ayat 1-5 Al-Zalzalah
Gempa terburuk katanya dalam tempoh 140tahun telah melanda Jepun,dunia dapat melihat musibah terburuk yang meranapkan bumi Japan, memusnahkan sekelip mata apa yang telah dibina manusia yang bertamaddun tinggi seblum ini..
Aduhai..
Sambil mengurut dada mama melihat dengan penuh ngeri bila airlaut yang dimuntahkan bumi mengaul seperti mesin basuh segala yang ada dilaluannya,kapal,rumah,kereta ?manusia dan segalanya disapu sebegitu rupa..
Ya Allah lemahnya makhlukmu ..tiada daya dan upaya kami melainkan dengan kehendakkanMu jua memelihara kami dari musibah itu..
Dan seketika itu juga semangat untuk bercuti-cuti menjadi terhenti.
Tiada lagi hujan emas dinegara orang.

Rupanya ada hikmahnya kenapa terlalu banyak halangan untuk mama ke Matta Fair 2011 KL walaupun hati begitu berkobar kobar nak ke sana.
Sempat ke Matta Fair Ipoh alahai ciputnya penyertaan travel agencies yang ada semuanya syarikat cha ya nun alip …yang agak terpinga pinga bila di tanya ,” ada Muslim package ke?”…