Entah kenapa sejak dua menjak ni anak-anak teruja nak g melancung ke luar negara.Nak ikut sunnah konon kata Ajim; kan Nabi suruh pergi ke Negeri China?Nabi suruh pergi sana menuntut ilmu …bukan sekadar pergi melancung?tapi dalam hati teringin plak.
Adik beradik pun sibuk ngajak ke tanah seberang walaupun mama ugut dengan gunung berapi,gempabumi atau tsunami semua masih berkeras nak pergi juga.Napa?surga membeli belah di sana kata mereka.
Ala kalau setakat nak beli telekung yang penuh dengan kerawang cantik yang boleh menguurangkan kusyuk sembahyang tu baik beli telekung kat pakcik di market tu simple je,kainnya pun putih melepak takpayah gosok lagi.Boleh juga tolong bisnes dia.
Katanya, isterinya jahitkan dan dia tolong jualkan murah aje,telekong aje RM10 hengget,kalau dengan kainnya RM20 hengget..Boleh beli banyak-banyak sedekahkan pada adik beradik, boleh letak kat surau-surau,di R & R, boleh letak kat surau di Shopping komplek yang kadang-kadang kain telekungnya ..adus!berkarat!,..

Pun masih nak pergi jugak?
Seperti kata sedara pada mama, “kamu dak teruk kerja sekali sekali pergi ler melancung,hadiah untuk diri sendiri”..

Mama memang sejak dulu selain dari ke Tanah Suci kureng sikit tahap nak melancung ke luar negara..masih setia melancung di dalam negara saja..masih belum puas menikmati setiap inci oppps! centimeter *sekarang guna sistem metrik kan? tanah tumpah darah mama.walaupun ada yang masih takjub dengan hujan emas di negeri orang tapi mama masih terpesona dengan hujan batu di sini walaupun takpernah jumpa dengan hujan batu lagi?

MACAM-MACAM ADA kan?tenang dan aman nak ke mana-mana di bumi Malaysia ini;melihat muka-muka yang dikenali, berbahasa yang kita fahami dan makan makanan yang yakin halalan toyyibannya..
Lagipun mama rasa tak berbaloi habis duit berbelas ribu untuk diri sendiri sedangkan kalau sebanyak itu kita boleh semuaaaa ahli keluarga, adik beradik, emak ayah pergi bercuti dalam negara kita ..lebih jimat lebih menambah fadhilat bersilatulrahim.

Pun begitu hasutan dari AirAsia dan MAS sejak dua menjak ni begitu menggoda anak-anak mama terutamanya Ajim dan Arep untuk terbang merasa dunia luar..menggada-ngada tergoda sangat kan? macam ler duit depa cop sendiri!

Tak semudah itu, jadi mama pesan pada mereka kalau teringin nak ke luarnegara rajin-rajin ler kumpul duit sendiri, cukup tambangnya baru boleh pergi.Kalau takder menyimpan minta maaf ,kena tinggal ler jawabnya.Jadi nampak gayanya sehari dua ni mereka berdua sedang gigih berjimat cermat,abang-abangnya taktau ler pulak camna..
Tengok ler camna kalau akaun depa semakin kering kesian kat diri sendiri ler kena tinggal..jangan berbelanja tak hengat dunia!
Itu syaratnya buat masa ni.
Anak sedara yang kat Politeknik pun sangat gigih berjimat nak ikut sama katanya ,hinggakan catu makan minum nak simpan duit berjimat nak ikut sekali.Semalam dia tepon sakit perut seharian tak makan.Naik kereta pun buka tingkap tak mau guna ekon katanya nanti banyak guna minyak..Haruuu!

* mama dah selongkar cari passport ,rupa-rupanya dah lama ekpired!