Momo lahir pada 24hb Januari lalu,sama dengan harilahir Ummair Razin anak saudara mama.pejam celik pejam celik dah sebulan lebih umur Momo.dari 3beradik hanya momo saja yang dapat hidup membesar hingga keumur ini.kembarnya yang dua lagi dah lama mati sekor cacat kaki belakang dan sekor lagi dah mati selepas berusia seminggu.Jadi tinggal Momo bersama ibunya Mami yang sangat takpandai menjaga anak..elok disediakan tempat anaknya tidor di gonggong anaknya di bawa pergi entah ke mana,kadang-kadang jumpa terbaring di tepi longkang,kadang-kadang terbaring tengah panas..walaupun begitu dapat juga Momo, anaknya itu membesar dan lincah bermain.
Hari demi hari momo dah sangat jinak dengan kami,lebih merapkan Ajim dan Arep berbanding ibunya,akan lepak manja di celah ketiak abah ditengah hari dan mula mengintai mengikut masuk rumah bila kami berada di rumah.

Dia dah mula pandai memanjat kusyen dan dah mula mencuba kuku mungilnya mencakar kusyen bila bersama kami menonton TV.Bila letih bermain dia akan tidur meringkuk dalam kusyen empuknya camgini


Dia menjadi buahhati Ajim dan Arep, balik aje dari sekolah mereka akan bergegas mencari Momo sebelum makan tengahahari..puas bermain ,melompat , mencakar dan mengigit manja dia akan keletihan tidor..Aduhhh sgt sweetnya baby cat ini…

Tapi…kehadirannya tidak lama…

Awal pagi tadi .selepas abah mengantar KakAnis balik Kampung,mama lihat momo dah tertonggok depan pintu emaknya entah ke mana.Mama ambik momo dan letak di atas katil sebelah Ajim yang masih lena…terus Ajim terjaga ..pandai momo mengejutkan Ajim..Jenuh di panggil turun Ajim breakfast Ajim masih ralet dengan momonya..

Bila mama sedang sibuk dengan patient di Klinik Arep,anak bungsu mama menelepon; dalam esaknya dia bagitau momo dah mati?Haaa?..napa?

Entah, badannya menjadi lembik tiba-tiba bila dijumpai didepan rumah oleh angah yang baru kembali hantar Ajim ke Pekan.. dan bila Angah bergegas panggil Arep untuk tengokkan Momo..Momo dah mati……………..tiada kesan darah tiada kesan cedera..

Hanya gambar ini menceritakan segalanya: tatapan terakhir seekor ibu kepada anaknya.selamat tinggal momo.terima kasih kerana menceriakan hidupkan untuk tempoh yang singkat itu..sob!sob!sob!