Alahai semua yang ada lesen memandu dah cek ke saman dengan JPJ or PDRM?jangan tunggu last minit baru nak beratur bayar saman atau nak ber’on-line’ dengan myEg gerenti sesak atau akan akan sesak nafas selepas habih bulan ni.
Mama dah clearkan 23 saman ..2.5K !bleh beli notebook baru tau dgn jumlah tu tapi sia sia buang duit atas kesalahan yang takpernah mama lakukan.Mama bawa honda cabuk je dari rumah ke klinik yang taksampai 10 minit..trafik light pun ada satu je.tekan minyak tak sempat tukar gear* auto dah sampai klinik.Mama kan pemandu berhemah…mana sempat bawa melebihi had laju?mana tak pernah langgar lampu merah kalau nyala kuning dah slow bersedia untuk berenti.
bukan tekan minyak laju- laju untuk memecut dan tidak juga pernah silap parking kecuali di belakang klinik aje free parking..
Jadi mana silapnya?Aduh!tepuk dada tanya hati pasni kalau ada yang kesian belas dengan mama mereka seharusnya berhemah bila bawa kereta yang bernama mama…tau la memang kreta tu boleh tekan minyak hingga rapat ke lantai tapi kesian le pada mama yang kena bayar ni..
Kabarnya sedikit masa lagi Majlis Daerah pun nak tumpang sekaki ,nak masukkan sekali saman mereka dlm list JPJ, PDRM ni so rabak lagi ler poket tuanpunya kereta pasni..bila ada oranglain yang senang senang je hamburkan duit tu masa pilihanraya.

Silapnya berada di zaman pemerintahan Saman dan Cukai.