esok semua start cuti..horay!
CNY termasuk mama pun sibuk gak nak cuti walaupun emak dan adik-adik mengatakan wat rugi je cuti bila semua klinik lain tutup..ada yang kata masa ni ler nak cari duit, ada yang bagitau masa ni la nak tolong patient yang xder tempat nak dpt rawatan kalau semua dah tutup..

Walaupun apapun alasan mama akan tutup juga kerana sebab berikut:
*perlu ke beralasan? kan xyah isi borang cuti? ehehehe

Kat rumah penuh dengan saudara mara,emak dan adik-adik serta anak-anak saudara yang datang dari Kedah dan KL .Along dan Angah pun dapat balik semuanya dapat berkumpul serentak..Meriah tau!
.Mana boleh di sia-siakan masa berkualiti bersama mereka.

Emak dah pandai main bowling di KinectxBOX dgn Arep dan Maklang ani serta Pakteh..mak selalu strike tu yang ayah selalu jeles.
Kadang-kadang mak akan leka bercucuk tanam di Fiona’s Garden di iPAD atau bercakap dengan burung hantu ,game feberet mak yang Ajim tolong downloadkan.
Mak pun dah pandai search nama ustaz Kazim kat Utube bila dia nak dengar ceramah ustaz feberet dia ni..Ehhe itu my mother yang dulu xpernah sempat pergi sekolah tapi sangat celik IT bila di ajar.
………
opps nak minta diri dulu ..nnt sambung lagi