semalam kami sekeluarga kecuali angah bersantai ke KL..Ikut sama Ein dan Kakanis.Dek Are pelatih misi dari Nilai join kemudian.
Mission: ziarah anak saudara baru ,baby Mohammad Ummair Razin yang baru berusia 4hari yang lahir secara C-Section.Tahniah to my bro and my sister-in-law.pasni tentu tentu lebam pipi baby tu kena cubit ngan kazen-kazennya yang dah lama tak tengok baby kecik dalam keluarga kami…

Pastu kami checkin di Parkroyal sebelum bersenam kaki menambahkan sesak pengunjung di shopping komplek Times Square.Aduh dah lama tak jalan-jalan buang masa gini..masa santai bersama keluarga.

Booking 2 bilik Deluxe Double double tapi kami diberikan bilik yang diupgradekan ehhehehe lagi besar di Orchid Club dengan harga deluxe..fuhh nasibb baik kan?
ni bilik nya.

Masaalahnya bilik airnya semua berdinding cermin..haruuu..

di luar bilik

Dapat free akses kepada internet ..so pencinta FB cam Azim dan Along serta mamanya pun layannn..

berebut line ke?