pernah dengar lagu bangau o bangau?
Masa kecik dulu selalu nyanyi lagu ni;

Bangau o bangau kenapa kau kurus sgt?
Bagaimana aku tak kurus.ikan xmo timbul

ikan o ikan kenapa ko xmo timbul?
Bagaimana aku nak timbul rumput panjang sangat….

rumput o rumput kanapa engakau panjang sgt?
bagaimana aku xpanjang, kerbau xmo makan aku

Dan….begitulah seterusnya masing-masing makhluk ini menyalahkan pihak laen diatas kekurangan masing masing..Dulu tau nyanyi aje taktahu apa maksud yang tersirat dalam lagu tu.sekarang baru faham bila dah melalui asam garam hidup ni..

Jadi bila anak saudara mama berusia 12tahun ,anak bungsu my sister tiba-tiba di masukkan ke wad kerana mengalami masaalah apendik-sitis dan perlu dioperasikan segera maka mama anggap itu adalah suatu minor operation yang xperlu di bimbangkan..dan my sister pun patuh tanpa banyak soal kerana tahu komplikasinya kalau tidak dibuang..apendik bengkak…;pecah..; kuman masuk dalam darah…; ??..

pelan awalnya sempena cuti panjang CNY ni my sister sekeluarga dan my emak nak datang ke rumah mama dan kemudian ramai-ramai nak ke KL ziarah my sister-in-law yang baru 4hari bersalin.kain baju dah siap dimasukkan dalam beg ,kata mak tapi perancangan Allah lebih baik dari itu.
My nephew tu sakit perut tiba-tiba,berulang ke tandas tapi sakit perutnya xmau reda sebaliknya makin kuat.Terus ke private klinik untuk menggelakkan lama masa menunggu berjumpa doktor di spital tetapi di rujuk segera ke emergency bila confirm apendiks..

SeBELUM maghrib petang semalam dia di wadkan ..dipuasakan dan kemudian tunggu giliran untuk di panggil ke dewan bedah.Sejak itu my sister menunggu setiap saat jam berdetik dalam debaran..

selepas isyak tiada tanda-tanda anaknya akan dibawa masuk ke dewan bedah..tungguuuu…tungguuuu…tungguuuuuuuuuuuuu..

selepas subuh ..tungguu..tungguuuuuuuu.

selepas zohor bau ayam masak lemak cili api ,menu makan tengahari pesakit sebelah mula mengganggu minda my anak saudara..sabarrr pujuk maknya..nanti lepas baik boleh makan tapi sekarang kena tahan dulu..kena puasa..nanti nak susah doktor takmau bedah kalau dah makan..

Tik tok tik tok dah hampir 22 jam menunggu! aik lewat benar ???
.
My sister pergi tanya misi ,semua takboleh bagi jawapan pasti..tapi yang pasti jawapannya adalah doktor sedang sibukkk..
Ngeri memikirkan nasib yang sama akan menimpa anaknya seperti yang berlaku pada dirinya dulu April 2007.boleh baca entry blog ini di sini https://drzeze.wordpress.com/2007/04/04/tentang-diagnosis/
dia mesej pada mama anaknya mula minta yang bukan-bukan.Bila lapar rengek minta nak makan itu ,teringin nak makan ini…jadi sampai bila harus tunggu lagi?Tapi takmakan itu bukan masaalah besar ,mama lebih risaukan komplikasinya nanti.

Jadi gini ler dialoq mama dengan pihak spital.Mula tu malaih nak call tapi….

bila nak dibedah misi?
Taktau la cakap dengan doktor ***** ni.

Bila nak di bedah Dr. *****?
Entah saya houseman saja cuba tanya MO@ surgeon?

Bila nak bedah Sir?
well, myself pun tak tau pasal kes ini..tapi u ni siapa?

bla…bla…bla…

ooooo…nanti i bincang dengan anaesthe-tis@ doktor bius dulu…..

Haaa kan dah kata ni la citer bangau o bangau.

*Hati mama jadi semakin kecut.Kalau rupture lain citernya nanti.