“doktor dah baca kitab *****” tanya sorang patient.
“kalau belum baca banyak ilmu agama yang doktor taktau ler..
seperti ustaz ler camna orang boleh panggil ustaz kalau tanya bab Allah pun dia takleh jawab..saya tanya apa makna Alif Lam Lam Ha pun dia takreti nak jawab ustaz apa cam tu?.”.itu konklusi dan komplen anak muda pada mama dan ustaznya.

“Awak dah habis baca kitab Allah,Al-Quran?..dah habis baca tafsirnya?” tanya mama kembali.

” Errr..belum ler lagi”..jawabnya teragak-agak.

Tu dia .dia dok sibuk letak rating ilmu oranglain sedangkan diri sendiri pun masih belum baca dan memahami surat cinta Allah padanya.

“Maaf nak tanya juga.kamu pergi dengar ceramah agama tu untuk menduga ilmu ustaz ke atau nak belajar ilmu yang dia ada?” tanya mama kembali.

” mengertikah kamu buku yang ditulis oleh manusia hanya menggambarkan pandangan penulis dengan ilmu yang dia ada pada masa tu? sedangkan ilmu yang Allah turunkan dalam kitabnya untuk kita baca dan fahami isinya serta perlu kaji pandangan manusia dan pelbagai tafsiran dan pengertian.
So jangan taksub dengan satu kitab@buku saja.Kena banyak membaca dan cuba hubungkait dengan apa yang Allah bagitau dalam kitabNya.Itu yang akan menambah Tauhid kita pada Allah”..giliran mama pulak memberi pandangan.

Aik dah terbabas sket dari rawatan fizikal pagi ni..tapi terapi minda pun bleh juga kan?