tiba-tiba hati jadi tak tenteram pagi ni..mesej dari ayah awal pagi tadi membimbangkan mama.
” Tokteh penat sejak semalam ,takdapat tidur semalaman”

Tokteh,ibu tiri mak dimasukkan ke spital dah dua hari. Sembab dan penat.Dia memang ada masaalah paru-paru = COPD sejak lama..mungkin dah jadi cor pulmonale ..dah lemah jantungnya akibat penyakit lamanya..

Kata adik seluruh badannya dah sembab dan bengkak=edema,tidurpun dalam posisi duduk dah xleh baring , sesak nafas,cakap pun kadang-kadang seperti merapu..sedara mara yang melawat ingat Tok dah di rasuk hantu spital tapi mama rasa dia jadi keliru mungkin sebab hypoxia atau hypercapnia.
Kadang-kadang tunjuk sana tunjuk sini katanya nampak makhluk hijau mengganggu pandangan dia..dengan matanya dibeliakkan yang membuatkan misi pun takut nak datang dekat..Ish!..Haru jugak tu.Tentu cucu pempuan yang nak temankan tok malam-malam naik seriau =takut ..terutamanya maklang Ani .

Tok takada anak sendiri tapi cuma ada anak-anak tiri termasuk emak dan kami cucu-cucu tiri yang takpernah membezakan status tirinya kerana sejak mama ada dialah tok mama serta cicit-cicit tiri yang sangat dimanjakan…

sempatkah mama balik hujung minggu ni?